Dendam Peneman

2 tahun lepas aku accident. Kereta langgar dari belakang waktu dekat traffic light. Takde teruk mana tapi selama sebulan lebih aku duduk dengan ibu aku dekat kampung. Lepas dah sepenuhnya okay. Aku pun balik rumah aku. Rumah aku ni dah sebulan lebih nak dekat 2 bulan aku tak balik. Jadi bila aku balik. Aku kemas semua mop sapu sampah semua. Separuh hari juga baru selesai kemas rumah.

Rumah aku tingkat 11 bilik ada 3 tapi aku sorang je duduk. Malam tu aku gosok baju semua nak siap pergi kerja maklumlah dah sebulan rehat. Nasib lah cuti tapi gaji jalan. Lepas dah siap semua aku baring dekat master bedroom ni. Tengah nak lelap aku terpandang beg. Beg ni kalau nak travel aku bawa. Tapi beg ni aku memang sentiasa letak dekat bilik hujung. Jadi aku pun biarkan je lah mungkin aku ambik secara tak sedar. Jadi aku pejam. Tapi aku ni bukan jenis senang tidur. Sambil tidur tu aku punya fikiran meracau. Tiba-tiba aku teringat. Waktu aku accident tu keluar dari hospital aku memang letak dalam bilik hujung gantung dalam almari .

Aku bangun. Nak ambik beg tu. Terkejut aku beg tu dah tak ada. Aku bangun dan pergi bilik hujung. Aku bukak almari check. Nasib baik ada. Aku pun tidur macam biasa. Azan subuh aku bangun mandi pergi solat dekat surau bawah. Jumpa pakcik dekat situ sembang kejap aku pun naik. Lif dekat situ cuma ada dua. Aku tekan dan lif kiri ni turun dari tingkat 15. Dah nak sampai dekat G ni lif ni nak terbuka. Aku dengar suara perempuan. “Abang” aku pun terus toleh. Sebab suara tu macam jelas. Bila aku toleh depan balik tengok ada perempua dua orang dalam lif. Dalam hati aku mungkin aku tak perasan diorang ni masuk.

Tapi aku masuk, diorang ni tak tekan tingkat berapa. Jadi aku pun tekan tingkat 11. Aku tanya tingkat berapa. Yang sorang tu tiba2 dia pusing kepala dekat sebelah dia. Sorang lagi jawab “Sebelas.” Bila perhati eh jiran baru ke tak kenal. Sebab satu tingkat tu cuma lebih kurang 12 rumah je ada. Rumah aku pula memang hujung sebelah dengan lift. Aku bersandar dekat belakang lift. Aku usha2 lah telefon sekejap. Dah sampai tingkat 11 ni, aku ingat nak biar diorang keluar dulu nak tengok rumah mana. Tapi bila aku pandang satu lif tu. Kosong! Aku sorang je. Sampai tertutup lif tu. Cepat2 aku tekan button bukak. Aku masuk rumah dalam rasa takut. Tapi aku tenang. Sebab bukan kali pertama aku “terserempak” benda macam ni.

Aku pun sarapan lah duduk depan tv. Belek fon kejap, tak ada benda menarik sangat. Tengok berita pun setakat kasi riuh pagi. Tengah aku duduk dekat sofa ni. Aku dengar bunyi orang cuba nak paksa pusing tombol pintu rumah aku. Siap bunyi hentak kuat lagi. Aku pun laju bangun bukak lock ingat nak perambat. Sekali tak ada. Aku fikir dia dah lari je. Tapi pintu grill tu aku kunci. Aku check mmg berkunci. Jadi aku memang syak “benda” kacau aku. Aku pergi kerja macam biasa. Balik dalam pukul 10. Aku balik ni rumah aku rasa macam gelap dan menakutkan. Padahal aku dah buka lampu. Selama ni aku okay. Tapi haritu aku rasa lain seram sangat. Aku mandi sekejap je takut punya pasal.

Aku duduk dekat ruang tamu nak mengaji. Tapi aku hairan. Aku cari Al-Quran satu pun tak ada dalam rumah. Biasa aku letak dekat meja tu Alquran siap dengan tafsir. Tapi tak ada. Aku cari yassin pun tak ada. Aku jadi takut. Aku punggah semua buku aku dekat rak cari buku bacaan surah semua tak ada. Padahal selama ni buku aku zaman sekolah agama pun aku simpan tapi malam tu tak ada. Sampai aku nak solat sejadah tak ada. Menangis juga aku waktu tu tapi dalam hati je. Aku nak Azan takut benda tu tutup ke apa. Aku baru nak laung Azan ni, aku dengar ada orang jerit tepat dekat sebelah telinga kiri aku. Dia jerit perkataan yang aku tak faham.

Aku keluar rumah. Azan tak jadi. Aku pergi surau. Waktu tu dah nak dekat pukul 12. Selama 2 tahun aku duduk situ pertama kali Surau tu ada orang kunci waktu tu. Pertama kali! Aku nak buka tak boleh. Sampai tiba-tiba aku ada perasaan marah sangat sampai hilang takut. Aku keluar pergi kedai makan, duduk minum. Rasa takut aku dah hilang. Tinggal marah ni. Aku tengah minum ni. Ada benda dari jauh pandang aku. Aku tak nampak muka dia. Tapi aku rasa macam dia tersengih dekat aku. Aku balik rumah. Aku masuk tidur terus. Esok pergi kerja macam biasa. 2 minggu aku kerja. 2 minggu tu solat semua aku tinggal. Aku tak tahu macam mana 2 minggu tu aku asyik terlupa solat. Aku ambik wudhu zuhur ni. Tapi aku tak terus solat. Tiba2 aku nak solat dah masuk waktu lain. Aku tangguh tangguh sampai tak solat.

Sampai lah mak aku datang lawat nak tengok aku. Mak aku dia sampai bila dia pegang tombol pintu rumah aku nak pulas tu terkejut dia rasa panas. Sampai ada kesan terbakar dekat tangan mak aku. Mak aku ada kunci dengan ayah aku, jadi dia masuk. Dia cakap waktu masuk ni, rasa macam ada orang tolak dan suruh dia balik. Mak aku buka pintu tapi tak masuk. Sampai lah ayah aku tepuk bahu mak aku. Ayah aku masuk pun dia dah tahu. Aku tepat azan maghrib, mandi semua, ayah dgn mak aku ajak solat. Aku cakap solat lah dulu. Tapi ayah aku paksa. Aku marah tiba-tiba. Ayah aku siram aku pakai air masak. Menggelupur aku rasa sakit.

Pakcik aku datang malam tu dengan abang aku. Pakcik aku ni dia dah biasa rukyahkan orang. Dia masuk rumah aku dia duduk dalam bilik aku. Mula2 master bedroom lepastu dia keluar. Pergi bilik tengah dia keluar. Diri dekat dapur dia keluar. Dia nak buka pintu bilik hujung ni. Tapi pintu kunci. Pakcik aku tanya aku mana kunci. Aku tunjuk dekat dapur. Aku waktu ni rasa lemah sakit dekat dada bahu dengan perut. Pakcik aku masuk kunci bila buka je. Bau busuk keluar dari bilik tu. Macam-macam bau. Aku terus muntah dekat situ. Pakcik aku ambik beg. Beg yang mula2 aku cerita tu. Dia buka dalam tu terkejut. Ada paku, lilin, kain kuning putih dengan hitam. Lepastu ada kertas kecik tulis ayat al fatihah terbalik.

Pakcik aku lupuskan benda tu. Bersihkan rumah aku. Aku ni ikut dia pergi rukyah. Yang aku ingat bila pakcik aku sentuh ibu jari. Aku rasa macam ada renjatan elektrik menjerit aku. Benda tu pakcik aku buang jauh. Lepas dah seminggu pakcik aku kasi tahu ada yang nak kenakan aku. Nak kasi aku lari dari Islam semua. Aku balik rumah check rumah Alhamdulilah Alquran sejadah semua ada buku2 agama pun ada. Aku fikir siapa sebenarnya yang buat aku. Sampai lah aku jumpa bekas tunang aku. Aku tanya dia elok-elok. Mula2 dia taknak mengaku. Tapi aku cakap dengan dia elok2 lepasni jangan buat lagi. Bukan setakat dekat aku. Tapi dekat orang lain. Balik tu bekas tunang aku ni dia sms aku. Dia cakap dia yang buat dia minta maaf.

Sebenarnya kita orang dah nak kahwin lagi 3bulan. Rumah tu aku siap dah kasi lawa untuk tinggal berdua. Tapi dah tuhan nak tunjukkan. Aku terjumpa dia dengan lelaki lain waktu aku balik kerja. Aku tengah penat balik kerja aku nampak kereta dia. Aku berhenti lah. Dekat kedai makan ni. Bila aku tengok dalam tu dia dengan lelaki bermesra duduk rapat2 semua bergelak peluk. Tapi aku diam dulu. Sampai sekali telefon dia tertinggal. Aku buka. Aku tengok whatsapp dia menangis aku bila tengok dia send gambar lucah dengan lelaki tu siap mesej lucah semua. Aku putus terus. Tak kasi tahu sebab. Tapi dia katanya tak puas hati dan dia nak kenakan aku biar aku menyesal. Alhamdulilah semua dah okay. Sekarang pun aku dah kahwin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Amizai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

19 thoughts on “Dendam Peneman”

  1. Hmmm sedih saya baca kisah awak ni. Sampai hati kan ex fiancee awak buat mcm tu. Kuasa Allah. Allah tunjuk dkt awak yg awak lyk dpt lebih baik.

    Reply
  2. ape lah teruk sgt perangai bekas tunang tu..xboleh trima knyataan tp kesalahan sendiri xnk tgk..hrap dibukakan mata dan diberi keinsafan..jalan cerita bagus..

    Reply
  3. Ni la sikap segelintir org kita… asal x puas hati je, mula la hantar sihir, santau nk bg pihak lain merana.. padahal semua masalah berpunca dr diri sendiri…. nasib baik la keluarga penulis ni pun bkn calangĀ² org.. sekurangĀ² nya dpt diubati lbh awl… emmmm

    Reply
  4. Perempuan yg baik utk llaki yg baik.da klau bpeluk2 sbelum nikah elokla kick awal2..satu bala da lepas skurang2ny kn. Dah sampai buat2 orang ngn bnda sihir mmg xelok sgt la pmpn jnis cmtu.nasib kau xbuat bini dik..Allah tunjuk awl2..nasib baik

    Reply
  5. Terer kan org zaman skrg ni…
    Senang2 jer leh carik bomoh…
    Akk ni sakit urat, nak carik tukang urut pon punyelah susah…
    Udahnye kang g ar cr tukang urut Gintell…
    Masok singgit singgit…
    Huhuhuhuuuu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.