Dendam Peneroka

Assalamualaikum / hai pada peminat setia fs. Ni cuma pengalaman aku dan juga famly aku. Yup famly kecil aku.

Cerita sikit bab famly kecik aku ni. Arwah abah aku orang indonesia ibu aku orang malaysia dan anak peneroka. Aku sarah anak tungal famly ni. Abah aku kerja sabit buah sawit dan jadi mandor pada budak-budak indon yang lain. Ok story pon bermula…

Abah ni orangnya panas baran. Haih susah na cakap kalau dia dah hangin. Semua terbang. Semua dia haruk. Lain dengan ibu aku. Perwatakan lembut tapi tegas. Dan aku bertuah dapat ‘hadiah’ dari ibu.
Hanger getah paip n macam-macam lagilah. Sebab aku ni perangai hantu sikit kecik-kecik dulu..

Satu hari tu tiba-tiba abah jatuh sakit. Demam yang teruk dan tak baik-baik. Jumpa dokter jangan  cakap. Berpuluh dokter pergi. Pakar mana pon sampai. Tapi abah tetap macam tu. Satu hari tu abah mula meracau pulak. Macam-macam sumpah seranah keluar dari mulut dia. Ibu aku sampai tak tahu nak buat apa. Sepak terajang tu da lali. Abah jadi luar biasa ganas. Masa tu pekerja abah datang jenguk abah.  Sebab abah dah lama tak datang kerja. Dia cuma kata yang abah tu ada yang tak kena..
Abah aku ni susah nak percaya. Sampailah ibu aku mimpi ada orang buang makanan depan rumah..
Ibu cerita dekat abah. Abah kata mainan tidur. Tapi sakit abah tak pernah kurang makin bertambah selepas ibu mimpi tu.

Seminggu lepas ibu mimpi orang buang makanan depan rumah. Ibu pergi urut badan dekat rumah jiran aku ni. Ibu aku cerita pada tukang urut. Apa yang dia mimpi. Tak semena muka suami tukang urut tu berubah dan jadi gelisah tak tentu hala. Kehulur kehilir. Tapi ibu tak ambik port..

Seminggu lepas tu. Abah meracau lagi teruk. Suara bukan suara dia lag.. Tapi subuh je keadaan kembali tenang. Dan mangsa gangguan seterusnya adalah aku..

Siang hari after sekolah aku akan main basikal dan panjat pokok. Dulu tak de hp canggih macam sekarang. Bila aku na melangkah keluar rumah aku akan dengar orang batuk orang bedengkur tapi umah aku tak ada orang. So aku abaikan..

Hari demi hari. Macam-macam aku kena. Orang terjun tingkap. Orang jalan dalam rumah. Masak dan macam-macam lagi. Tapi bila tengok tak ada apa pon. Sampai satu tahap aku nampak macam lembaga dalam rumah aku. Berkeliaran seperti rumah dia. Aku hanya tahu menagis dan menagis.

Seminggu berlalu aku tetap di ganggu dengan benda yang sama. Ibu dah habis ikhtiar. Datang seorang pak cik aku. Dia tanya abah..

Pakcik:  kau ada sakitkan hati sape2 tak?
Abah : seingat aku tak ada
Pakcik: :kau ada excident tak?
Abah: tak ada.. Anak buah aku ada lah
Pakcik: kau kenal orang yang langgar anak buah kau?
Abah: ye kenal.. Jiran aku tu ha.. Tapi dah selesai.. Aku da bayar ganti rugi.. Duit hospital semua..
Pakcik: bagi kau da habis. Bagi dia belum.. Dia nak kau m**i..
Terdiam abah.. Dan abah tanya apa perlu abah buat..

Abah berubat kampung. Dari bomoh ke ustaz berpuluh bomoh n ustaz dah. Tetap tak berubah keadaan abah yang bagai mayat di pukul2 orang. Dengan rumah aku dah berbau mayat manusia membusuk tak tahu timbul dari mana. Dugaan cukop gila..

Pakar peruabatan datang nak buang apa yang orang tu tanam. Syarat hanya dia dan abah sahaja yang boleh ambik dan nampak. Jika ada mata lain memerhati batal lah perubatan tu..
Alhamdulillah berjaya dikeluarkan..
Bukan 1 bukan 2 tapi 10..
Dari kain kafan. Dari bangkai.. Dari b**i..
Ya allah kejam kau manusia..

Selepas berjaya keluarkan jadah haram tu abah sehat alhamdulillah tapi Abah sakit semula. Abah ambik keputusan tingalkan rumah..

Kami berpindah dalam felda tapi block lain. Sangkaan abah meleset. Rupanya benda tu ikut dan di hantar melalui angin pulak kali ini. Sekarang ni ibu kerja sorang dan aku dah sekolah menegah. Lagi abah kene hadapi sorang2 tapi kali ni abah yang kuatkan diri abah. Solat tak tingal doa pada allah. Wirid zikir tu je abah aku buat..

Tapi pengaturan allah tu tepat. Pak cik aku dari indon datang. Dia yang habiskan santau abah ni. Seminggu dia zikir dan ilmu sikit yang dia ada. Walau macam-macam yang ketuk malam-malam hari.. Tapi dia tak goyah. Apa yang ditanam terkeluar sendiri. Apa yang di hantar berpatah balik pada tuannya..

Segalanya terhenti dan yang santau abah menderita.. Dgn tiba2 istrinya sakit mengejut dan meninggal. Rumahnya terbakar. Dia sakit dan tak baik-baik..

Tak lama kejadian tu dan abah beransur sehat. Dia datang minta ampun dan maaf. Abah cuma kata. saya pon banyak silap. Sakit ni lah penghapus dosa dia pada allah. Tak lama pak cik tu meninggal. Tapi bahagian dia masa dia meninggal cukup azab. Tapi biarlah.. Tu urusan dia dengan allah..

Dan abah. Al fatehah untuk mu. Moga allah luaskan kuburmu jauhkan dirimu dari seksa kubur hingga hari kiamat..

Dan pada semua pembaca. Janganlah dendam menjadi penghalang untuk kita hidup bahagia.. Dan yakinlah allah sebaik2 pelindung..

Matamemerhati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

13 thoughts on “Dendam Peneroka”

  1. sedihkan tengok orang yang kita sayang kena khianat dengan orang lain. hanya sebab tak puas hati, sanggup sekutukan Allah. apa apa pun sy ucapkan semoga keluarga penulis berada dalam lindungan Allah SWT. 🙂

    Reply
  2. kita alami benda yang sama…tapi alhamdulillah mak aku dah ansur pulih…..org kalau sakit hati dan iri hati macam2 dia sanggup buat…alfatihah untuk arwah abah penulis

    Reply
  3. ayah saya pernah mengalami, kesian tengok dia sakit sampai berubat ke sana sini.. akhirnya orang yang membuatnya meninggal beberapa bulan selepas ayah saya pulih dari sakitnya.

    Reply
  4. byk2 cerita, yg ni kira happy ending sbb mangsa dpt lihat pengakhiran org yg busuk hati tu, ini baru happy ending.. aku bc pun puas hati, pdn muka org yg busuk hati tu, dh kena btg hidung sndr baru nak mintak maaf, sblm tu ? ada dia menyesal ? padan muka dia dapat cash lagi kat dunia nie ! moga jdi pengajaran..

    Reply
  5. Aq pon sme.. yg santau tu jiran selang sebuah rmh..kwn baik mak aq.. mcm xpcye tp tulah hakikatny… smpai skrg aq dlm proses berubat..

    Reply
  6. Aq pn sma gak..p yg anto bnda2 tu adik bungsu ibu aq,suma adik-bradik,ipar-duai,ank2 n cucu2 sedara di antonyer bnda2 tu. Skrg alhamdulillah suma yg sakit bransur pulih n adik bungsu ibu aq lak jd mcm xsiuman slpas kami suma berubat.

    Reply
  7. Rasanya bukan berkait sangat dgn eksiden tu.mesti ada benda lain yg dia sakit hati dgn arwah abah awak.sekadar pendapat-wallahu’alam.al fatihah utk arwah abah awak

    Reply
  8. Org nk sakit ht susah nk ckp, kdg hal xlogik je jd alasan.. Kluarge ak sdiri pn tkena.. Jiran pnye angkara jg.. Hati kalau da busuk penuh dgn syaitan dlm diri xdapat nk ckp ape

    Reply
  9. bnyak kisah yang aku baca org yang hantar sihir nie org yang dekat dngan kita sampai kita pun tak jangka..
    kekdng sedeh dengar sangop buat mcm tue hum..

    Reply
  10. family aku pn sma…mula2 adik aku yg kne dlu….pastu ibu aku sbb fmily ayah aku xske ibu aku dri dlu….diaorg nk ibu aku m**i…tpi time tu ada org lain ske mak aku…iaitu jiran aku….n dia pn bantu laa ibu aku….smbil tu dia amik peluang pulgkn bnda yg anta at ibu aku dri fmily ayah aku bg at ayah aku….. ayah aku xmenderita….tpi dia meninggal tnpa kami berada di sisi dia….kami jmpa dia pn at hospital atas bantuan manager dia…kata masa dia drive kete…dia sesak nafas…sempat parking n pindah tempat duduk ke sisi n meninggal….. Al -Fatihah buat ayahanda tercinta….moga tenang ayah disana…..kasihmu xkn ku lupa hingga akhir hayatku….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.