Dengki

Hiii admin &peminat FS semua. Aku seorang student dari salah satu universiti tempatan. Apa yang saya nak kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar. Actually, ni bukan kisah pasal aku tapi benda ni jadi kat family aku. So, beginilah ceritanya~

Kisah ni berlaku masa aku di tingkatan 4, ayah aku seorang ahli perniagaan yang boleh dikatakan berjaya. Satu hari tu, kita orang pegi supermarket untuk beli barang dapur. Tiba-tiba ayah aku cakap dia tak sedap perut ,ingatkan benda tu normal tapi lepas tu kesihatan dia mulai susut. Mak aku pulak, kadang-kadang mimpi ada seorang gadis (bukan manusia) disuruh untuk berkahwin dengan ayah aku. I mean dalam alam mimpi, kalau kahwin maksudnya ayah aku dah pegi buat selamanya. Perempuan tu cantik dan berpakaian serba merah. Mula-mula, bila mak aku bagitau benda ni, ayah aku cakap mimpi mainan tidur. Mak aku pun tak ambik kesah sangat.

Sampailah mak aku perasan yang ayah aku semakin kurus dan tak nak duduk kat luar rumah. Selalunya, petang-petang ayah aku akan duduk kat luar rumah untuk ambik angin. Mak aku mulai tak sedap hati, malam pun ayah aku tidur tak menentu. Satu tahap tu, mak aku menangis, dia suruh ayah aku pegi berubat. Masa tu, mak dan ayah aku dah pegi buat check up kat klinik, memang dia disahkan tidak menghidapi apa-apa penyakit. Masa ni, ayah aku dah setuju nak pegi berubat. Adik ayah aku yang temankan ayah aku pegi berubat, mak masa tu tak nak kitaorang masuk campur. Mak pun bagi nasihat untuk stopkan perniagaan yang sedia ada, sebab dia dh tak sanggup tengok ayah aku jadi macam tu.

Mula-mula, pegi berubat kat satu tempat ni, tapi still tak ada hasilnya. Sampailah pergi berubat dengan seorang pak cik ni. Masa tu laa, mak aku tahu orang tu yang nak ayah aku meninggal tu orang paling rapat dengan family kitaorang. Siapakah gerangannya, abang kepada mak aku. Sedih bila dapat tau. Actually yang hantar benda tu dua orang, sorang lagi yang dengki dengan perniagaan ayah aku juga.
Masa pergi berubat tu, pak cik tu cakap nasib baik kita orang hantar ayah aku berubat awal kalau takk (faham-faham laa). Masa ni, badan ayah aku dah susut gila, dah tak rupa orang dah ayah aku masa tu. Badan kuning, pipi cengkung.

Masa ayah aku berubat, dia bagitau orang tu curi seluar ayah aku untuk dijadikan syarat nak kenakan dia. Bahan-bahan yang dia tanam depan rumah kita orang adalah cebisan poket seluar, sarang tebuan, kaca, dan macam-macam lagi, aku tak ingat dah bahan dia. Malam-malam kita orang berdoa supaya benda tu tak jadi teruk. Sampaikan kita orang nak keluar rumah malam-malam pun takut dah. Sebab kadang-kadang aku dan kakak aku nampak macam ada perempuan berdiri di tingkap dapur. Masa proses perubatan berlaku, ayah aku perlu tidur atas kain kuning dalam bilik berseorangan.

Masa dia nak masuk tidur tu, anjing-anjing kat luar mulai buat suara sampaikan kita orang adik beradik tidur dalam satu bilik yang sama. Kadang-kadang tak tidur langsung sebab takut terjadi apa-apa, at the same time, meremang juga laa. Kesian kat mak masa tu, dengar dia tersedu-sedan setiap kali nak tidur. Setiap malam jumaat ayah aku perlu dimandikan dengan tujuh jenis bunga. Mak aku dan mak cik aku laa yang pegi cari tujuh jenis bunga (Thank you aunty D !). Tapi nasib baiklah jumpa orang yang pandai berubat, sampai sekarang ayah aku tak simpan dendam dengan pak cik aku tu. Aku pun tak tau kenapa ayah aku tu hati lembut sangat. Dia tak pernah benci, dia still layan macam biasa. Masa pak cik aku kena bayar cash dengan Tuhan, dia hampir meninggal sebab kena heart attack. Masa tu orang pertama yang tolong dia ayah aku juga. Masa dia dh sedar tu, pak cik aku ucap sorry tetiba (sebab masa ni kta orang tak tau cerita lagi) sambil menangis.

Till now, Pak cik aku tu, kadang-kadang segan dengan ayah aku. Maybe sebab dia pun tau kot dia dah terkantoi dengan perbuatan dia. Orang yang kedua tu pulak, perniagaan dia dah lingkup dah. Hebat kuasa Tuhan bila Dia tau umatnya menyekutukan dia, dia bagi balasan balik. Cuma nak pesan, hasad dengki tak membawa keuntungan pun. Maaf jika ada kesalahan ejaan, sebab aku pun baru berjinak dalam penulisan, thank you sebab sudi baca!

Dreamcatcher

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

4 thoughts on “Dengki”

  1. really? ada bukti ke pakcik kau yg buat? benda mcm ni takda bukti so jangan la tuduh menuduh. tak pasal la merangkak kat akhirat kang nak mintak maaf. lagi satu org kalau berubat org yg ubatkan tu bgtahu sapa org yg menyihir baik jangan berubat. sb takut jatuh fitnah. benda mcm ni Tak nampak. anggap la satu ujian dari Allag tanpa ada tuduh menuduh. mak aku dari aku kecik smpi besa sakit cm ayah ko. tapi tak sekali pon kitorang percaya kalau ada org ubat tuduh si polan ni buat. berdosa kalau percaya.. takut2 kau fitnah org

    Reply
  2. Bila berubat guna barang perantaraan ni pon dah boleh jatuh syirik…contohnya kain kuning ,mndi air kolah 7 buah masjid ,mndi 7jenis bunga…
    Bnda2 cmni jauh kn la ..sbaiknya cari org alim ulamaq , tak akn dorg mntk brg perantaraan hnya mohin bntuan Allah swt shj….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.