DERIA IBU

Hello dan Assalamualaikum semua. Alhamdulilah kalau ada yang dapat membaca coretan ni, bermaksud admin dah pun approve cerita aku ni. Mula nak cakap ni, tak tahulah bagi korang coretan aku ni seram ke tidak. Kalau tak seram, minta maaflah ye.

Ni bukan pasal diri aku, tetapi pasal ibu aku. Ibu aku ni berumur 54 tahun pada tahun ini. Anak ke-empat dari 7 orang adik beradik. Hijab ibu aku ni bukanlah terbuka, kalau terbuka mestilah selalu nampak benda tu lalu lalang depan matakan tapi aku rasa “benda-benda” ni selalu menampakkan dirinya pada mata ibu aku ataupun selalu membiarkan ibu aku merasa kehadiran mereka. Lebih kurang dia orang ni sukalah sakat ibu aku atau pun yang jenis islam nak bagi kesedaran pada ibu aku kot.

Ibu aku ni mungkin dah biasa. Jadi dia dah malas nak amik port. Kalau dia nampak kelibat atau dah ada rasa tak kena dia akan buat tak tahu je. Dan kalau time tu benda tu nak sakat dia, lepas tu kitaorang adik beradik ada sekali. Mesti kami pun akan rasa sekali apa yang ibu rasa. Aku ada pengalaman gak dengan ibu. Adik-adik aku yang lain tak tahulah. Aku mulakan dengan kisah pertama pengalaman ibu aku. Kisah pertama ni time dia dibangku sekolah. Diceritakan oleh nenek aku sendiri.

Ibu dan keluarga berasal dari Melaka. Tetapi mereka menetap di Kuala Pilah, makanya ibu aku bersekolah di sana. Setiap pagi ibu aku akan berjalan kaki ke sekolah, kata nenek aku, sekolahnya agak jauh keluar dari kampung dan ke arah pekan. Ibu kena bangun awal dan berjalan kaki. Kebiasaannya ibu di antara pelajar yang sampai ke sekolah awal. Disebabkan ibu selalu sampai awal, cikgu menugaskan ibu aku ni membersihkan dan membuka surau tetiap pagi.

Jadi satu hari ni, ibu seperti biasa ditemani rakannya membuka surau dan membersihkan surau. Kata nenek lebih kurang 6.30 pagi. Ibu membuka pintu surau dan terus ke arah tingkap untuk membukanya. Bersama rakannya tadi, ibu berbual sambil menjalankan tugasnya. Tapi sedang ibu berbual sambil membuka tingkap ibu merasakan dia berbual seorang diri. Ibu berpusing sambil mencari rakannya tadi tiba-tiba matanya terpaku satu lembaga besar berserban putih yang tingginya hampir terkena syiling sedang menunaikan solat. Ibu hanya berdiri terpaku memandang lembaga tersebut sehingga lembaga tersebut selesai menunaikan solat. Rakannya tadi sudah terlihat lembaga tersebut tetapi tidak sempat untuk memberitahunya lalu melarikan diri kerana ketakutan.

Ibu memberitahu yang dia hanya ingat selesai lembaga itu solat, lembaga itu memandangnya dan tersenyum. Yang selepas itu, ibu tidak dapat mengingatinya kerana mengikut kata nenek, ibu dijumpai pengsan di surau.

Kisah kedua, selepas berkahwin kami sekeluarga menetap di Johor kerana ayah bekerja di sana. Ayah juga dari Melaka. Jadi, setiap kali ada kelapangan, cuti sekolah atau sebagainya kami akan pulang ke Melaka. Ada satu masa ni, kami pulang ke kampung agak lewat petang. Dari Senai, Johor ke Melaka. Perjalanan memakan masa berjam2. Sewaktu tu umur aku dalam 10 tahun. Ayah memandu seperti biasa di highway sehingga melewati satu exit di waktu maghrib. Aku rasa exit Pagoh kot time ni. Tiba tiba ibu menjerit.

“Bang, bang berhentikan kereta bang, berhenti”.

Ayah dalam keadaan tergesa terus memberi signal kiri dan memberhentikan kereta. Usai kereta berhenti.

“Kenapa awak mintak saya berhentikan kereta?”, Tanya ayah. Waktu tu aku kat belakang hanya melihat apa yang berlaku antara ayah dan ibu.

“Ada orang tua tu tahan kereta nak tumpang agaknya, kesian dia bang. Pegang beg mcm beg haji tu pakai jubah putih. Tolong bang bawak dia sekali.”

Ayah terus keluar kereta dan pergi melihat tempat yang dikatakan ibu tu. Ayah kena berjalan sikit kerana ayah dah berhenti jauh dari tempat yang dikatakan ibu. Selepas beberapa minit, ayah masuk semula ke dalam kereta.

“Mana ada. Tak ada sape sape pun. Saya da check dah tak ada orang pun kat tepi jalan” . Yela, Highway kan panjang, kita mesti nampak orang tengah berjalan atau tunggu ke. Tapi memang ayah tak nampak dan dia dah pergi check tak ada apa apa pon. Aku yang sepanjang jalan dok melekat muka kat tepi tingkap kereta pon tak ada nampak sesiapa pun.

“Betul bang saya nampak. Saya nampak. Tolonglah bang. Kesian dia bang”. Ibu mula nak menangis.

“Mana tahu kena tinggalkan bas, tak akan kita nak tinggalkan dia macam tu”. Sambung ibu lagi. Seingat aku time tu, ibu baru lepas melahirkan adik aku yang bongsu.

Lepas melihat ibu menangis. Ayah mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan sehingga di perhentian rnr yang terdekat. Di rnr, ayah menelefon helpline plus untuk memberitahu mereka berkenaan dengan lelaki yang ibu maksudkan. Tetapi apa yang pihak plus beritahu, ini dah kali ke berapa dah orang menelefon mereka dan memberitahu berkenaan lelaki tersebut namun setelah diperiksa, mereka tak menjumpai sesiapa pun di kawasan tersebut.

Lebih mengejutkan selepas sampai di Melaka, ayah menceritakan hal tersebut kepada Adiknya, adik ayah memberitahu kawasan tersebut pernah berlaku kemalangan bas yang bawak orang pergi haji. Ada yang cedera dan ada yang meninggal di tempat kejadian. Jadi mungkin yang ibu nampak roh salah seorang dari mangsa kemalangan bas tersebut. Wallahualam.

Kisah ketiga, ini bersama dengan aku. Kami terus menetap di Melaka sewaktu aku berumur 13 tahun. Aku bersekolah yang agak jauh dari kampung ku. Jadi aku perlu menaiki bas untuk ke sekolah ku. Pada setiap pagi ibu akan menemani ku ke bus stop di kampung ku untuk menunggu bas disitu. Kami akan keluar seawal pukul 5 pagi untuk menunggu bas. Aku jenis banyak mulut. Dari keluar rumah sehingga ke bus stop aku akan berceloteh pada ibu aku. Pada satu hari, sewaktu aku bersedia nak ke bus stop, aku sedang memakai kasut sambil berceloteh dengan ibu yang sedang menunggu aku, aku mula perasan yang ibu tidak cakap banyak pagi tu. Usai aku memakai kasut, kami berjalan keluar dari pekarangan rumah kami. Tiba- tiba aku rasa bulu roma aku meremang, rasa seram sejuk dan aku terus merapatkan diri aku ke ibu.

Tiba-tiba aku berhenti jalan dan mata ku tertatap pada satu objek yang tinggi berada lebih kurang 800m dari tempat ku berdiri. Ibu yang berjalan kedepan aku lihat dia tertunduk.

“Ibu…….” Tangan aku menggeletar. Jantungku berdegup kencang. Kaki aku tak boleh berjalan ke depan. Aku dapat rasa yang objek muka hitam, berkain kapan putih, tangat terikat memandang ke arah ku. Pocong. Ya itu yang aku lihat. Putih kain kapannya lain macam. Matanya terbeliak memandang ke arah ku.

Ibu patah semula ke arah ku dan menarik tangan ku semula pulang ke rumah. Di rumah aku menangis ketakutan. Atuk membaca ayat al-quran pada ku untuk menenangkan aku. Aku tidak ke sekolah selama 2 minggu kerana hilang semangat sehingga ibu terpaksa membawaku berjumpa dengan Ustaz. Kata ustaz itu laluannya. Kebetulan itu juga laluan kami ke bus stop setiap pagi. Dia sengaja memunculkan diri.

Kata ibu, sewaktu keluar dari rumah. Dia sudah merasakan ada benda yang berdekatan dan cuma berharap benda itu tidak muncul didepan kami. Sewaktu keluar dari perkarangan rumah, Ibu sudah perasan objek tersebut dan terus menundukkan muka dengan harapan mataku tidak nampak apa yang dia nampak. Tetapi tekaannya salah. Aku nampak terkejut dan ibu terus memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja.

Banyak lagi yang berlaku bila aku bersama dengan ibu ku, malah sepupu ku juga pernah ada pengalaman mistik sewaktu sebilik dengan ibuku di hotel.

Tapi hanya tiga kisah ini yang aku sempat ceritakan pada semua di sini. Kalau ada masa aku citer lagi ye. Sorry kalau tak seram.

Nysa Sarah
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

    1. Hahaha. 800m baru perasan. Kalau stesen minyak 500m pon xnmpk signboard lagi dik oiii.

      Mungkin nak tulis 80m kot. Tertypo. Ke cane? Haha. Tak pe dik. Citer best. Tp kalau boleh sape2 yg tulis citerr seram ni. Tgk balik ejaan or kelogikan dia. Kang dr seram jd kelako pulakkk ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.