Derita Mak cu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Nama aku Danisha (bukan nama sebenar) , aku berketurunan Kelabit dan aku berasal dari Kelabit Highlands yang merupakan sebahagian dari Daerah kecil di pelosok Bumi Kenyalang tercinta. Ini adalah kisah pertama yang aku kongsikan di ruangan Fiksyen Shasha setelah beberapa abad menjadi silent reader heheheh diharapkan admin mempertimbangkan untuk publish bagi tatapan dan pengajaran para pembaca sekalian . Kali ini aku nak kongsikan satu kisah yang pernah berlaku dalam hidup aku dulu. Aku tidak pasti ini seram atau tidak , tapi kisah ini membelenggu fikiran dan hidupku sehingga ke hari ini. Ok jom mulakan.

Pada tahun 2013 yang lalu , ketika itu aku masih di tingkatan 4 , sekolah biarlah aku rahsiakan untuk kesejahteraan bersama . Kisah yang bakal aku ceritakan ini adalah berkisar tentang hari-hari terakhir mak cik aku atau yang lebih senang dipanggil dengan gelaran mak cu. Kisah ini berawal pada pertengahan bulan september 2013, dimana ketika itu mak cu aku di diagnos menghidap Kanser Leukimia tahap terakhir (membawa maksud tiada harapan untuk sembuh). Ketika itu , sepupu aku anak kepada mak cu aku (anak sulung) , yang aku gelar sebagai Danel (bukan nama sebenar) bakal menduduki peperiksaan PMR tidak dapat menerima kenyataan akan keadaan ibunya . Hari-hari mak cu aku dihabiskan hanya berada di dalam wad hospital serta ditemani dengan ubat-ubatan.

Namun , setelah bergantian dari satu hospital ke hospital yang lain dari hospital kerajaan hinggalah ke hospital swasta untuk mengubati mak cu aku , tiada satu pun jalan keluar yang kami temui . Sehinggalah pada satu hari , ada seorang pakcik menyarankan agar kami membawa mak cu aku berubat secara tradisional . Ketika itulah satu per satu punca mak cu sakit terbongkar . Ternyata mak cu disihir akibat daripada perasaan cemburu . Kami meminta pakcik tersebut untuk melihat siapakah orang yang tergamak menyihir mak cu . Orang tersebut merupakan jiran mak cu yang telah menyimpan perasaan terhadap mak cu sejak mak cu belum berkahwin lagi .

Ketika sesi perubatan berlangsung , pakcik tersebut berjaya menjumpai 2 botol paku yang telah berkarat di dalamnya (satu dijumpai di kawasan bilik mak cu dan satu lagi di bahagian hadapan laluan masuk rumah ). Meskipun begitu , kanser mak cu kian merebak sehingga ia mula merebak ke bahagian kepala mak cu . Ketika itu keadaan mak cu sangat lemah dan mungkin menitiskan air mata sesiapapun yang melihatnya. Mak cu dikejarkan ke hospital untuk kesekian kalinya .

Malam hari lahir mak cu yang ke 34 tahun , sepupuku Danel menelefon ayahku memberitahu bahawa mak cu tidak sedarkan diri. Sejurus menerima panggilan telefon tersebut , ayahku terus sahaja ke rumah mak cu dan membawanya ke hospital. Dihospital , mak cu dipakaikan dengan pelbagai jenis alat bantuan hayat . Ketika itu , pak cu (suami mak cu) berada di lautan (offshore) nun jauh di sana . Tanpa kami sedari malam itu merupakan malam terakhir mak cu berada di sisi kami . Doktor yang merawat mak cu malam itu memberitahu ayah untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga terdekat dan meluangkan masa bersama mak cu dan menyampaikan apa sahaja hajat yang ingin disampaikan kepada beliau .

Ketika itulah , kesemua adik beradik mak cu , ipar serta sanak saudara datang kecuali yang tinggal berjauhan mendekati mak cu dan memeluknya serta membisikkan surah ke telinga mak cu. Sepupuku , Danel yang faham akan keadaan ketika itu membuat panggilan kepada bapanya dan meletakkan telefon tersebut ke telinga mak cu (mak cu tidak sedarkan diri ) , ketika itulah kami melihat air mata mak cu mengalir di pipi beliau. Aku yang melihat keadaan itu tidak mampu menahan airmata daripada mengalir.

Setelah panggilan telefon terputus , mak cu menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 1 pagi. Pecahlah tangisan di dalam wad pada malam itu .
Kini telah hampir 7 tahun kepergiaan mak cu . Kepergian yang memberi pukulan hebat dalam kehidupan ku serta anak-anak mak cu. Semoga mak cu tenang di alam sana . Kami merindu mak cu! Al-fatihah mak cu . maaf andai jalan penyampaian cerita agak berserabut dan agak kurang untuk difahami . Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Khairunnisa Atiqah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.3]

2 thoughts on “Derita Mak cu”

  1. Takziah. Tapi sihir cuma gangguan syaitan, tak jadi kanser. Sihir takde tanda penyakit yg jelas. mungkin sekadar kebetulan. Waktu sama dia disihir masa tu dia murung Allah bagi penyakit kanser. Mudah la merebak. Tapi ingat, tukang sihir tu pun pasti derita juga nnti.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.