DERITA MAMA

Hai assalamualaikum team FS. Terima kasih pada admin kerana telah publishkan “KISAH SAKA KETURUNAN”. Seperti yang dijanjikan kalau kisah saka keturunan ni dipublish, aku akan cerita pasal arwah mama pula. Pada yang baru nak baca kisah aku ni, digalakkan baca Kisah Saka Keturunan dulu.

Aku Aliya (nama samaran), aku berasal dari daerah yang sedang membangun sekarang yang terletak di sungai besar. Kalau nak bercuti bolehlah datang ke sungai besar ni, banyak tempat percutian dan tempat makan yang viral yang korang boleh pergi. Saja lah promote dulu sebelum nak bercerita hahahahaha.

Kisah ni bukan kisah seram tapi lebih kepada kisah bahawa betapa kuatnya seorang insan bernama ibu. Kisah ni aku olah sikit supaya senang korang nak faham jalan cerita. Okay let’s start.

Masa aku kecil, kami sekeluarga buka kedai makan depan rumah. Alhamulillah perniagaan kedai makan yang arwah mama usahakan dapat sambutan daripada orang kampung. Setiap hari ada je orang datang ke kedai kami. Sampailah satu masa kami sekeluarga disihir. Perniagaan kami merosot, orang yang datang ke kedai semua berpatah balik, kata mereka kedai kami tutup. Tapi kami pula tengok je orang datang dan semua berpatah balik, dalam fikiran kami mungkin dia tak jadi nak singgah sebab ada hal lah tu. Keadaan berlarutan hingga 2 minggu. Kawan arwah mama yang tanya kami kenapa tutup kedai? Ada masalah ke? Masa tu mama terkejut sangat sebab dalam tempoh 2 minggu tu kami buka kedai tapi tak ada seorang pun nak datang singgah.

Mama pun perasan macam ada benda yang tak kena, jadi kami ikhtiar untuk cari pengamal perubatan islam dan tanya berkenaan masalah yang kami hadapi. Katanya kami sekeluarga disihir. Selepas pada tu, kedai mula ada orang balik, tapi benda lain pula yang jadi. Mama dengan abah kerap bergaduh (tanpa sebab yang munasabah), kami hidang order pelanggan dengan keadaan bergaru-garu (satu badan gatal) tapi kami tak perasan apa yang kami buat. Setiap malam kami bergaru-garu sampai kaki aku melecet teruk sebab bergaru non-stop. Disebabkan keadaan kami yang macamtu, pelanggan mula berkurangan balik.

Kami ikhtiar cari pengamal perubatan yang boleh bantu, merata kami cari. Bila kami dengar orang kata, orang ni pandai berubat, orang tu pandai berubat, kami pergi. Berpuluh-puluh orang yang kami jumpa tapi keputusan tetap menghampakan. Sampailah kami pergi jumpa seorang kawan pada kawan arwah mama yang pandai dalam perubatan ilmu ghaib. Keadaan beransur pulih seperti sedia kala.

Lepas pada tu, mama selalu sakit, dan sakit yang paling teruk ada adalah pada awal tahun 2014. Dan pada tahun tu, abah masukkan aku ke asrama sebab nak aku belajar berdikari. Yelah dah tingkatan 2 kan, kena la belajar berdikari.

Awal tahun 2014 mama mula demam. Permulaan dengan demam biasa hinggalah demam panas yang teruk dan sehingga mama tak boleh nak uruskan diri sendiri. Mula-mula warden marah sebab aku setiap minggu balik, yelah normal pelajar yang duduk asrama kan balik rumah 2 minggu sekali. Tapi aku seminggu sekali balik. Mama mula tak boleh nak makan, apatah lagi nak berdiri dan berjalan sendiri. Kalau aku ada akulah yang akan tolong mama bersihkan diri, mama dah pakai pampers sebab dia tak boleh nak jalan dah. Dia terbaring dan dia selalu menangis cakap dia lapar. Tapi bila dia makan, semua makanan tu akan keluar balik. Walaupun mama minum air kosong, air tu akan keluar balik. Badan mama yang dulu chubby, semakin hari semakin kurus. Bila refer hospital, doktor kata mama kurang air je, tapi kurang air sampai teruk macamtu. Pelikkan? Tapi sekurang-kurangnya bila mama ditahan di ward, doktor boleh masukkan air dalam badan mama. Sebab perut memang kosong, tapi aku bersyukur pada Allah sebab murahkan rezeki abah, sebab apa yang mama teringin sangat nak makan, abah dapat tunaikan satu per satu, walaupun mama tak boleh nak telan pun makanan tu, mama dapat tengok je, mama menangis cakap dekat aku “adik… mama lapar, mama nak makan”. Allahuakbar, bila teringat kata-kata tu sedih sangat. Betapa besar dugaan mama.

Keadaan mama macamtu berlarutan hingga 6 bulan. Setengah tahun mama tak boleh nak makan, Allah jaga mama supaya mama dapat bertahan sampai dia kembali sihat macam dulu-dulu. Dalam tempoh 6 bulan tu, mama pernah nazak 2 kali. Korang bayangkan aku yang dekat asrama, warden panggil cakap, ayah awak ambil awak kejap lagi sebab mak awak tengah tenat, masa tu aku rasa hidup aku gelap sekejap. Bila sampai rumah, orang ramai, ada yang bacakan yasin untuk mama, aku sampai dekat rumah terus berlari dekat mama, mama pandang aku dia sebolehnya senyum dekat aku, aku bisik dekat mama “mama istighfar ye, mama kuat adik tahu”. Dengan izin allah mama okay balik. Aku bersyukur sangat-sangat masa tu. Allah pulangkan mama pada aku dan keluarga.

6 bulan berlalu, mama slow-slow kembali sihat, mama dah boleh makan sikit-sikit, dah boleh jalan guna tongkat slow-slow, kuasa allah kan. Alhamdulillah.

Bertahun dah berlalu, hidup mama bergantung dengan ubat sebab dia ada penyakit 3 serangkai. Awal tahun 2017 mama mengadu dia demam, dan tak terdaya nak berjalan. Aku dan abang pujuk mama untuk pergi hospital, mama taknak sebab dia cakap “mama nak m**i dekat rumah ni”. Kami pujuk sampai mama mengalah dan ikut kami pergi hospital untuk check up. Mama ditahan di ward sebab doktor kata ada jangkitan kuman dekat paru-paru. Aku yang teman mama dekat hospital. Keadaan mama makin parah. Satu-satu penyakit mula serang mama sampai la mama disahkan meninggal dekat Hospital Teluk Intan pada 1 februari 2017 :’). Al-fatihah untuk mama, seorang wanita yang sangat kuat.

Kalau kisah ni dipublish aku cerita pula kisah tentang diri aku sendiri. Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

cik blue light

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4]

7 thoughts on “DERITA MAMA”

  1. Assalamualaikum Aliya.
    Saye bace cite awak ni dah nangis
    tau. Especially, bila kite bayangkan mak kita yg kene. 😕Semoga Bertabah ye 😌🙍‍♂️

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.