Detektif D9

Holla, pembaca pembaca fiksyen shasha. Terima kasih admin kalau story gua ni dipublishkan dan aku cerita sampai habis. Jangan risau sebab aku faham macam mana rasa tergantung. Aku sorang pegawai penyiasat senang cakap detektif. Ini kes yang complicated sekali bila melibatkan alam mistik. Jam 2 pagi kami dapat panggilan ada kes bunuh so semua anggota pergi crime location.

Sampai situ forensic semua dah ada dan bila kami masuk ke dalam depa dah tutup dah mayat dengan plastic hitam. Dan aku pun suruh bukalah nak tengok kan. Elok saja depa buka semua muka terkejut mayat memang ngeri. Aku pun suruh tutup baliklah “cover up”. Sorang tua berpakaian ala pakaian silat baju hitam dengan seluar hitam tu. Apa nama pun tak tau nak cakap. Mayat dia banyak kesan calar macam ditoreh toreh dan ada kesan seperti dia dicekik dan dihujung belakang leher ada kesan luka macam suspek tu berkuku panjang. Ada kesan luka baris panjang panjang.

Dah puas tengok semua benda pastu aku p dekat pegawai forensic tu. Mula kami sampai pun dia datang tapi aku nak pergi tengok dulu. Sampai dekat dia aku tanya, “what u got ?”. Dia pun teranglah macam-macam dan yang paling penting sebab kematian. Memang dicekik tapi no fingerprint. Biasalah kan tadak cap jari boleh kata suspek guna sarung tangan. Tapi kalau pikir logik akal, kalau guna sarung tangan mana datangnya kesan kuku panjang tu. Pastu dah siap semua. Masa kami nak balik tu ada sorang tua pakai jubah. Masa kami datang tadi pun dia ada dah. Tapi cara dia pandang rumah tu macam ada sesuatu.

Aku pun ignore je mungkin dia tak pernah tengok kes macam tu lagi kot. Mayat pun dah bawa naik jeep pergi hospital nak bedah siasat. Disebabkan mayat memang dah teruk jadi depa nak buat cepat-cepatlah nak cari kot ada bukti-bukti yang boleh bantu siasatan kami. Dalam pukul 4 lebih macam tu ada lagi call, kali ni dari pihak hospital. Aku pun pikir yang depa ada jumpa sesuatulah. Depa tak cakap dalam fon katanya susah. So kami pergi hopistal pulak.

Sampai hospital nak pergi amik sarung tangan mask apa semua nak masuk dalam. Last-last doctor panggil. Cakap tak perlu semua tu, dia panggil datang sebab nak bercakap. Kami semua dah pelik. Kenapa kan, kalau ya pun bagilah kami tengok apa yang dia dapat. Dia bawa kami masuk office. Anggota semua duduk luar je sebab office kecik kan masuk semua sardin lah. Pastu dia macam berat nak cakap. Pastu aku pun cakap, “ takpa cakap ja apa yang ko jumpa”.

Pastu dia mula bersuara, “macam gini. Tadi masa aku nak pergi masuk dalam nak mulakan operasi bedah siasat. Ada sorang tua tunggu kat depan pintu masuk. Bila aku sampai, dia pusing dan tengok aku, pastu dia cakap, “tolong”. Habis saja dia cakap dia terus berjalan pergi tapi dia jalan tu laju semacam aku pun macam peliklah kan. Tapi sebab ada kerja so aku ignore je. Aku masuk dalam, aku buka peti si mati. Aku buka saja kain, angin punya la laju tampar muka aku, aku pusing balik nak tengok mayat. Masa aku buka kain tu aku tak tengok mayat. Sebab aku dengar bunyi angin so kepala aku pusing ketepi. Masa aku tengok balik. Mayat takda. Kosong. Satu apa kesan darah pun tadak. Aku cepat2 tutup peti aku nak keluar”.

Sambung doktor lagi, “masa tu baru budak-budak sampai. Depa tanyalah aku, aku cakap mayat hilang. Semua muka terkejut tambah-tambah budak praktikal. Masih baru. Pastu depa macam tak berapa nak caya. Depa cakap jum kita masuk tengok sekali lagi. Kami pun dah ramai jadi masuklah dalam. Budak praktikal tu ja yang macam takut-takut sikit. Yang lain nak kata expert tu dak la tapi dah biasa dengan mayat2 ni. So depa buka peti. Betul apa aku cakap, mayat hilang. Semua muka cuak kali pertama. Masa depa nak tolak tutup balik pintu tu tertutup sendiri seolah-olah ada orang tarik dari dalam. Lepas ja pintu tu tutup, pintu lain pula terbuka tutup terbuka tutup, banyak pintu terbuka tutup. Kami dah cuak tahap gaban. Pastu keadaan okay balik, tapi tak lama lepas tu ada satu pintu terbuka dan mayat kat dalam tu tercampak keluar”.

“Kau bayangkan mayat mati xcident berkecai. Anggota badan berselerak dalam bilik tu. Budak praktikal tu jerit jerit terus pengsan. Kami pun dah tak pikir dah pasal mayat tu, terus angkat budak tu, kami keluar. Bawa budak tu pergi cek dan lepas tu dia sedar, cuma dia macam takut2. So kami pun bagi dia balik awal ada sorang teman dia. Dan kami pesan esok tu pergi jumpa mana mana ustaz untuk pulihkan semangat sebab kami tengok dia memang lesu macam orang tak semangat nak hidup dah. Lepas tu aku call kau, sebab tu lah aku cakap susah nak cakap dalam fon dan sebab tulah aku tak bagi korang masuk sebab ada orang tengok kutip balik isi isi dengan tulang mayat tadi tapi ada sorang ustaz teman diorang” doktor menghabiskan ceritanya.

Pastu aku waktu tu dah blur. Kes apa ni. Kami pun pergi cek balik. Memang mayat tadak dan tadak kesan ada orang datang curi mayat ka apa ka. Dan masa kami cek pun ustaz tu ada so alhamdulilah tadak apa-apa. Jam pun dh lewat waktu tu, kami semua balik rumah dulu. Aku masa nak sampai rumah tu aku nampak macam orang tengah tunggu depan pagar tapi samar-samar sebab jauh. Dan bila sampai tadak orang pun. Tapi sebab polis kan, memang dah diajar jadi curiga, so aku keluarkanlah glock, pergi tengok apa, pistol masih kat tangan. Dah puas hati smua, simpan balik pistol aku keluar ke kereta nak ambil barang-barang kes macam gambar apa semua.

Oh lupa nak cakap, kami dah cek semua latar belakang si mati tu memang tadak keluarga dah. Aku kunci pintu semua, masuk dalam terus kebilik air nak cuci apa yang patut yelah kan kau baru balik dari lokasi pembunuhan pastu bilik mayat lagi. So aku buka baju dan masa nak lempar baju tu ke dalam baldi, aku perasan darah setompok kat belakang baju, jadi aku pun turun bawah nak ambil sabun. Masa aku naik balik, darah tu dah tadak. Hilang baju aku bersih. So aku pun dengan penat apa semua aku pikir yang darah tu smua maybe khayalan aku kot, ignore je. Lepas mandi apa smua, aku tidur.

Sebelum tidur aku sempat lagi tatap gambar kes tadi. Habis puas aku tengok, aku tidur. Masa tidur tula aku dapat mimpi. Aku mimpi orang tua tu datang dekat aku, cakap benda sama juga “tolong”, pastu dia blah hilang terus. Esok siang aku decide nak pergi rumah semalam. Kami tak pegi satu unit terus, aku pergi dgn partner in crime aku ja. Aku nama kan dia “Z” okay. Z ni pun okay lah sebab dia tak berapa penakut sangat. Lami sampai dekat lokasi rasa hairan yang amat. Rumah tu lain, berbeza dari semalam. Rumah tu using gila. Nak kata silap rumah memang tak lah, tak mungkin silap rumah. Tali kuning polis tu pun masih ada lagi. Jadi memang betullah rumah dia.

Z tanya, “nak masuk ke?”. Aku diam kejap. Alang-alang dah sampai aku decide masuk juga lah. So kami masuk cek sana sini. Tak jumpa apa-apa pun yang boleh bantu siasatan ke rumit ni haha. So balik ipd, smua budak tanya lah ada apa-apa ka. Kami cakap tadak papa lah sebab memang tak jumpa apa pun. Pastu sorang ni dia datang. Dia cakap tadi masa dia cek gambar, ada tulisan thai dibelakang gambar. Kami semua pelik. Pastu aku pun masuk office aku keluarkan gambar beg. Tengok ada juga, sama macam gambar budak tu. Pastu aku suruh smua cek. Terkejut kami, semua ada tulisan sama belakang gambar. Kami semua tadak sorang pun tau Bahasa thai, jadi carilah kat ipd tu sapa yang pandai bhasa thai.

Jumpa. Pastu tau apa dia cakap, ni bahasa lama sikit, dia cakap bahasa diorang banyak. Dan maksud perkataan tu, jeng jeng haha, “jangan ganggu aku, kalau cuba juga, hidup kau tak aman”. Fuhh menambahkan lagi kekerumitan. Satu unit pelik. Semua diam ja haritu. Kami pun tak banyak habiskan masa kat dalam office, selalu keluar buat rondaan. Unit khas kan, bestlah pakai baju biasa apa semua. Jadi taklah dibelenggu sangat pasal kes tu. So malam tu aku sekali lagi ajak Z pegi rumah tu. Kami sampai dalam 12 lebih. Rumah tu macam biasa balik. Macam mula-mula kami datang, so masuklah dalam. Guess what? Mayat ada dalam rumah tu. Still macam semalam. So kami nak panggil forensic apa semua. Belum sempat call mayat bangun. Jatuh fon beb. Depan mata kau tengok benda pelik cam gitu.

Z dah nak lari keluar. Belum sempat dia sampai pintu, pintu tertutup dah. Tingkap semua tertutup rapat. Kami terperangkap dalam tu. Dan mayat tu rebah balik. Aku dgn Z apa lagi, aku tengok dia, dia tengok aku. Aku ambil balik fon simpan dalam poket ja, tak jadi nak call unit forensic. Pastu Z dah jalan nak ke pintu mana tau kot-kot boleh buka. Sekali lagi kejutan kami dapat. Sorang sami thai pakai kain kuning tu. Perut dia buncit muncul depan pintu. Z keluarkn pistol acu dekat dia. Dia ketawa terbahak-bahak, gelak setan orang cakap. Pastu Z masih lagi tak simpan pistol dia, malah dia tukar dari safe mode ke semi auto. Kira dah ready nak tembak dan elok jari dia masuk ke picu.

Kau tengok keliling kami penuh dengan sami. Ada yang ada muka, ada yang tadak muka. Yang urat perut terkeluar, ada yang kepala dengan perut katak. Semua ada macam tasbih dekat leher. Keliling kami dok baca jampi. Kami tak paham lah tah bahasa apa diorang cakap. Yang pasti sami yang mula-mula muncul tu hanya ketawa. Lagi kuat dari mula bila dia tengok muka kami dah cuak sikit. Dalam lima minit diorang jampi. Aku dgn Z rasa yang suara diorang makin slow makin lama makin kurang. Dan lepas tu semua hilang. Sekali mayat-mayat tu semua hilang. Pintu terbuka balik. Jadi kami pun nak keluarlah gila kau nak stay lama-lama tempat scary macam tu.

Tengok-tengok depan kami ada sorang tua yang aku cakap pakai jubah semalam. Aku cam muka dia. Dia macam tengah baca sesuatu. Mulut ja terkumat-kamit tapi jauh aku tak dengarlah dan kedudukkan dia bersila dekat atas tanah. Kami pun rasa takut juga nak pergi. Tah manusia tah hantu juga. Pastu dah dia habis baca, dia bangun dan lambai kat kitorang. Aku dgn Z sekali lagi pandang sesama sendiri. Z dah ready tangan dia dekat pinggang nk keluarkan pistol. Pastu org tua tu tengok kami macam cuak. Dia pun cakap lah, “jangan takut, saya manusia sama macam kamu. Saya tahu kamu kena apa sebab tu saya datang sini nak tolong”.

Z boleh pula dia pegi tonggeng ke belakang macam orang dok cakap tu kalau nak tengok hantu buat macam gitu. Aku tak pasti benda ni betul ke idok haha. Pastu dia bangun. Aku tengok tangan dia dah tak letakkan pinggang means orang tua tu memang org lah kot. Aku tgk Z, pastu dia angguk tengok aku. Sah lah orang. Maybe masa dia tonggeng tu dia tengok kaki orang tua tu kena tanah kot. Kami pun jalan dekat dia. Elok sampai, dia tegur, “apa nama?“. Z cakap nama dia, aku just tunjuk ID kad ja. Dia angguk. Dia cakap semalam dia datang tapi anggota polis yang kawal keadaan kat situ tak bagi dia masuk. Dia nak cakap benda penting dengan detektif tapi kena ikut rules la kan, mana boleh masuk. Pastu dia cakap dia pun malas sebab terasa hati dengan polis tu. Cakap kasar dengan dia. Sebab tu masa kami turun dia buat dunno je. Masa dia nak masuk tu kami semua ada atas rumah tengah tengok mayat so kami pun tak taulah yang ada orang nak bercakap.

Lepas dia cakap macam tu kami decide pergi mana-mana kedai makan dulu pastu baru suh org tua tu cerita. Sampai warung ja, semua orang tengok kami, tapi tak la ramai sebab dah lewat waktu tu. Orang tua tu aku namakan “M” okay. M cakap abaikan ja diorang tu. Diorang tu peliklah sebab ingat kami ni gila. Sebab apa nanti korang tau. Pesan air kopi tiga cawan sebab waktu dah lewat pagi so kami pun dah ngantuk. M pun buka cerita. Semalam masa rumah tu ramai polis, dia nampak sebab bila kereta masuk kena lalu rumah dia dulu. Dan rumah tu rumah paling last kira hujung kampunglah. So dia dah boleh agak ke mana kereta tu nak pergi. Dan org yang tengok kami macam gila ni sebab kami pegi rumah tu.

Sebenarnya tadak org pun rumah tu, rumah tu dah lama kena tinggal. Orang kampong tak tau mana pergi owner. Ya owner dulu bomoh. Kira yang menyimpang punyalah. M pun cakaplah yang kami bawak semalam kononnya mayat, tapi bukan. Yang tu kira macam jelmaanlah sebab tu dekat hospital dia hilang. Tengah-tengah rancak M bercerita, si mati tu datang warung. Semua org dekat warung lari sekali dengan tuan kedai lari. Siap cakap halalkan kalau minum korang. Kami pun macam nak angkat juga kaki. Tapi M tahan. Si mati tak lah seram sangat sebab cuma pucat mayat ja dan berpakaian silat maacm mana dia mati tu.

Elok dia sampai meja kami, dia berdiri depan depan kami. Z boleh ckp “ have a seat “, beranilah si M ada situ. Si mati gelengkan kepala ja. Dan dia cakap sekali lagi “tolong”. Pastu dekat tangan dia macam ada sesuatu dia genggam pastu dia letakkan tangan atas meja dan dia buka genggaman tu. Tanah, tanah atas meja kami. Pastu dia pandang M. Dia senyum dekat M dan cakap terima kasih. M hanya anggukkan kepala. Lepas tu si mati jalan keluar balik dan dalam lima tapak dia jalan, bayangan dia hilang seolah-olah benda hilang dari pandangan sekelip mata. M pun mula bersuara kembali, orang kampong sini tak suka dekat dia, sebab dia bela macam-macam. Sebab tu orang kampong buat tak tau ja pasal kes ni.

M ni kiranya macam sahabat dialah, sama seperguruan. Cuma si mati tersesat ikut jalan lain. Dan dia pun serba salah nak cerita sebab takut aib org kan, tapi nak tau juga kot-kot boleh bantu siasatan. Pastu kami letak duit atas meja. Sebab dah lewat kami pun nak hantarlah M balik. Dan masa nak balik tu, budak unit kami call. Dia cakap number yang buat aduan pasal kes smalam tak wujud. Semua pelik. Dan sampai rumah M, kami pun keluar lah. M belum masuk lagi, kami bersalam apa semua. Aku cakap dekat Z, “call forensic”. Pastu terlintas si mati letak tanah atas meja tu. Aku suruh z call unit K9 sekali (K9 ni unit anjing pengesan kepada sapa-sapa yang tak tahu ). Pastu terus M pusing balik, dia cakap dia ikut.

Mulanya kami tak bagi tapi dia cakap korang tak boleh buat kerja tanpa dia. So kami pun terpikir juga dengan apa yang jadi tadi dekat rumah tu, kami pun setuju ja lah dia ikut. Esok, sampai ja semua unit dekat situ. Sekali lagi geng-geng sami ni muncul depan rumah. Seolah-olah tak kasi kami masuk. Semua unit dah cuak, gelabah habis. Ada yang hidupkan kembali enjin kereta. Pastu M keluar dari kereta sambil mulut terkumat-kamit. Dan lepas tu hilang dah smua sami-sami tu. Pastu aku arahkan lah smua anggota buat kerja. Forensic aku suh cari maybe ada apa-apa dalam rumah. K9 pula aku suh cari dekat kawasan sekeliling rumah. Bawah rumah apa semua lah. Dan tengah diorang smua buat kerja, M cakap dekat kami.

Sami tu sebenarnya lawan si mati. Masa si mati tengah berubat dulu, ada sorang pesakit dia kena santau dengan sami tu. Si mati ni pun ilmu hitam dia power, jadi sami tu kalah dan dia berdendamlah dengan si mati. Si mati cerita dengan M yang ada orang dok hantar benda nak musnahkan dia, tapi semua tak berjaya. And lepas tu tiba-tiba si mati ni tak dak. Hilang. So M buat kesimpulan yang si mati ni dah kalah dengan sami tu, sebab sami tu maybe main kotorlah dengan ramai-ramai bergabung lawan si mati sorang sebab tu banyak sami muncul depan kami and depan rumah tu.

Dan tak lama lepas tu, anjing bunyi macam ada sesuatu yang dia jumpa. Koperal india yang bawa anjing tu panggillah kami. Kami p, dia cakap “macha” ada jumpa something. “Macha” tu nama anjing dia. Setiap anjing ada pelatih dia sendiri, jadi si macha ni pun namakan anjing dia “macha”. Aku pun cakap lah “cha” jumpa apa. India tu cakap tak pasti tapi mungkin dalam tanah. Aku pun panggil forensic turun sini. Start digging, mulalah kerja-kerja mengorek. Dalam dekat takat pinggang jugalah, goal. Jumpa dah tulang-tulang manusia. Kutiplah satu-persatu, bawa naik forensic ambik gambar apa semua, bawa naik jeep pergi hospital.

Pastu M pun macam bersyukurlah semua dah selesai tapi ada juga riak wajah sedih dimuka dia. Bila kami tanya kenapa, dia cakap yang dia terkilan juga sebab dia ni selalu ajak si mati bertaubat. Tapi si mati tadak lah bergaduh ka apa ka dengan M ni. Dia cakap kat M elok-elok, “sampai masa, aku berubahlah sahabat. Terima kasih sebab selalu ingatkan aku. Aku tak boleh tinggalkan macam tu saja. Doakanlah aku semoga dipermudahkan”. Rupanya si M terkilan sebab tak dapat nak tolong sahabat dia.

Dan waktu kami hantar si M balik, kelibat si mati ada depan rumah dia. Kami keluar dan dia pun senyum, dan cakap, “terima kasih semua. M, janganlah rasa bersalah. Kau tak salah pun, cuma aku yang bodoh diperdaya oleh setan”. Lepas tu macam hari tu la juga, lima langkah berjalan dan hilang. Dan pihak hospital yang uruskan semua urusan jenazah. Jenazah pun dikebumikan dekat kampong tu juga. Si M ni buat tahlil apa semua untuk arwah sahabat dia. Dan kita pun berdoalah ea semoga kita sentiasa dijalan yang benar.

Thanks a lot admin and pembaca harap cita ni dikeluarkanlah. Nanti ada cerita kita karang lagi. Aku tulis bahasa pasar saja sebab lebih santai bila baca bahasa pasar. Betoi dak geng? And sorry sebab tak pandai gurau and mungkin bosan sebab tadak lawak. Yang pasti seram kalau korang hayati dan imagine sambil baca haha.
-MAC AMIN-

17 comments

  1. Dlu mse kecik2 abah penah citer yg polis kenkdg memerlukan bantuan kerohanian atau spiritual utk selesaikan sesuatu kes…
    Ni aku dh jumpe salah satunye…
    Tengkiu detective…
    Sila share lagi yer…

  2. first time baca cerita dripada seorang detektif..share la lagi cerita2 yg best sepanjang bekerja sebagai detektif (Y)

    1. Kan! First time baca confession seorang detektif. Selalunya orang tanak share citer, waima boleh dijadikan sempadan dan pengajaran buat kita. Mac Amin, jgn lupa share lagi pengalaman yang tak boleh di beli kat kedai 99 Speedmart atau kedai runcit Acheh. Kami menunggu dan terus menunggu.

  3. Best cite ni..
    Walaupun serius, tp tergelak sikit bila part nama anjing tu ‘macha’..😂😂 haha..
    Share lah lg pngalaman tn.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *