Detektif D9 (BUNUH DIRI OR DIBUNUH?)

HOLLA, KALI NI TAK TAULAH MENARIK KE TAK OKAY. HAHA. THANK MIN PUBLISH STORY SAYA. AND SORRY ATAS KECACATAN PENULISAN SAYA UNTUK DIBACA OLEH PEMBACA-PEMBACA YANG SEMPURNA DI LUAR SANA DEKAT STORY YANG SEBELUM NI. #DEEPINSIDETAK ? HAHA SORRY YAH SEBAB SAYA BUKAN PENULIS DAN MAYBE TERLEPAS PANDANG. RASA MACAM NAK KELUARKAN BUKULAH LEPAS BACA KOMEN-KOMEN KORANG HAHA ADA YANG NAK BELI TAK KALAU KELUAR ? HAHA.

OKAY CITE DIA MACAM NI, KISAH SORANG AMOI MATI, BUNUH DIRI OR DIBUNUH. JAM 10 MALAM KAMI DAPAT CALL DARI IPD. BAPAK AMOI NI NAK P MELAWAT DIA. MASA PANGGIL TADAK ORANG JAWAB KATANYA JADI DIA PUN PERGILAH TERUS KAT PINTU RUMAH. DIA KETUK-KETUK TAK DISAHUT JUGA. BAPAK DIA PASTI DIA KAT RUMAH SEBAB KERETA DIA ADA. BAPAK DIA PULAS TOMBOL PINTU TAK TERKUNCI. DIA MASUK CARI TENGOK-TENGOK NAMPAK BADAN DAH TERBARING KAKU MULUT BERBUIH, TANGAN KANAN PEGANG BOTOL RACUN.

MULANYA DIA TAK NAK REPORT TAPI BILA FIKIR BALIK, DIA RASA PELIK KENAPA ANAK DIA BUNUH DIRI? SEBAB DIA SURE ANAK DIA TAKDA MASALAH APA-APA. SEBAB KALAU ADA MASALAH ANAK DIA PASTI SHARE DENGAN DIA. JADI DIA MUSYKIL SO DIA REPORTLAH. JADILAH KERJA MALAM TU HAHA. NAK RILEK PUN TAK BOLEH HAHA NAK BUNUH DIRI, BUNUH DALAM HUTANLAH TAK SUSAHKAN ORANG. FORESIK AMIK GAMBAR SEMUA. SO MAYAT BAWA PERGI HOSPITAL LAH. SO KES DALAM SIASATAN DAN MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN BEDAH SIASAT.

MALAM TU BALIK RUMAH MACAM BIASA. LETIH SANGAT SAMPAI TERUS TIDUR. MIMPI PELIK PULA MALAM TU. *MIMPI RAHSIA ADA KENA MENGENA DENGAN AMOI SEMALAM*. BANGUN MANDI SEMUA PERGI IPD. SAMPAI IPD BLUR OTAK DOK FIKIR APA KENA MENGENA MIMPI TADI DENGAN KES NI ? TAK MASUK AKAL PULAK RASA. PINTU DIKETUK, MY PARTNER Z MASUK.

“MACAM MANA? KALAU TAKDA CLUE APA-APA KITA LETAK KES BUNUH DIRI JELAH. TUTUP KES”, KATA Z.

PASTU AKU DIAM KEJAP AND JAWAB BALIK, “BAGI AKU MASA SIKIT“.

Z TANYA LAGI, “KAU SURE KE ?“.

“YAH, I’M PRETTY DAMN SURE”, AKU JAWAB DENGAN PENUH KEYAKINAN.

DIA ANGGUKKAN KEPALA JA SEBAB DIA TAHU DAH KALAU AKU JAWAB MACAM GITU, MACAM GITULAH. MUKTAMAD. AKU PUN TAK TAU APA SEBAB TAPI NALURI KUAT MENGATAKAN ADA SOMETHING WRONG KES BUNUH DIRI NIH. Z KELUAR DAN PINTU BELUM TERTUTUP RAPAT LAGI, LAGI SEKALI DIA SUAKAN KEPALA DIA YANG AKU DAH MENYAMPAH TENGOK TIAP HARI, BILA DIA NI NAK KENA POSTING TEMPAT LAIN TAH HAHA.

“HOSPITAL CALL, JUM”, KATA Z.

AKU PUN BANGUN AMBIK JAKET SARUNG KAT BADAN. TUP TUP SAMPAI HOSPITAL, MASUK BILIK BEDAH JENG JENG JENG. BILIK BEDAH MAYAT OKAY! EVEN SIANG HARI TAPI DALAM TU KAU BUKAN NAMPAK PUN SIANG OR MALAM. YANG ADA HANYA PETI-PETI MAYAT, PLASTIK PUTIH, KATIL-KATIL BESI HAHA. BAYANGKAN. KAMI P BERTIGA, SORANG LANS. KPL ANIS, KITA NAMAKAN DIA A. DIA NI TENGOK MAYAT OKAY LAH DIA TAK PERNAH LAGI ALAMI BENDA PELIK-PELIK. SO DIA PIKIR YANG DIA NI SORANG YANG BERANILAH. WHATEVER.

MASUK DALAM DOC DAH TUNGGU AND DIA TERANG-TERANG SIKIT, ADA KESAN DEKAT BADAN SEPERTI MANGSA DALAM PERGELUTAN. YALAH MAYBE GADUH DENGAN BOYFRIEND KECEWA BUNUH DIRI. TAPI AKU TAK RASA MACAM TU SEBAB BILA CHECK BACKGROUND TAKDA PULA BOYFRIEND. HMM MENGAPA TAKDIR TAK MENEMUKAN KITA AMOI HAHA. MEMANG DIA MATI SEBAB RACUN. Z BUAT MUKA BERLAGAK. DIA RASA DIA BETUL.

“OH KEJAP, SAYA ADA BARANG NAK TUNJUK KAT AWAK“, DOC PUN BERJALAN TINGGALKAN KAMI BERTIGA DALAM BILIK TU.

KAMI SEMUA RENUNG MAYAT TU TAPI TAK BUKA PUN PLASTIK TU LEPAS DOC DAH TUTUP TADI. RENUNG PUNYA RENUNG TUP TUP TANGAN KIRI DIA TERKELUAR. MACAM ADA ORANG TOLAK TANGAN TU. TAPI LEMBIK MEMANG TAK BERGERAK. A MUKA CUAK DAH. Z STEADY KAN DIA. TERJATUH KOT A TENGOK Z, PASTU DIA CAKAP “KOT??“. Z ANGGUKKAN KEPALA DENGAN TERAGAK-AGAK. PASTU DOC SAMPAI, MULUT DIA MACAM NAK CAKAP SESUATU TAPI DIA TAK JADI. DIA CUMA TUDING JARI DIA KE ARAH TANGAN MAYAT.

DIA MACAM BERTANYALAH. AKU YANG BAWA KELUARKAN TANGAN DIA KA? “TAK, AKU TAK PAKAI GLOVE,” KATAKU. PASTU DOC BUAT MUKA PELIK AND DIA TUNJUK KAT TEPI DINDING “TU GLOVE ADA SANA”. AKU PUN PERGILAH. PAKAI GLOVE NAK AMBIK TANGAN TU NAK MASUKKAN BALIK. BELUM SEMPAT JARI AKU SENTUH TANGAN DIA, TANGAN DIA NAIK SENDIRI. TERUNDUR KE BELAKANG AKU PASTU TERLANGGAR TROLI AND BARANG JATUH MENAMBAHKAN LAGI RASA TAKUT SI A. DIA TERUS BERLARI SAMBIL JERIT NAK PERGI DEKAT Z TAPI TAK TAHU TETIBA MACAM MANA TANGAN DIA BOLEH TERSANGKUT DEKAT PLASTIK TU.

JADI TERTARIK PLASTIK TU SAMPAI JATUH, SO MAYAT SEKARANG NI TERBUKA. DOC PULA MUKA PUCAT. PELIKLAH KAN. DIA NI TIAP HARI MAIN DENGAN MAYAT TAKKAN CUAK KOT. DIA DENGAN MENGGIGIL TUNJUK KAT JARI MAYAT. CINCIN. “SAYA NAK TUNJUKKAN INILAH TADI, TAPI..TAPI MACAM MANA ADA SINI. SAYA DAH KELUARKAN TADI”, DOC CAKAP SAMBIL TERGAGAP. KAMI PUN TENGOK-TENGOK SIKIT LAGI TAPI SI A MASIH DI BELAKANG Z TAK KIRA KE MANA SEKALI PUN DIA PEGANG BAJU Z DENGAN DUA JARI DIA. LEPAS KEJADIAN TU DIA DAH TAK LABELKAN DIRI DIA SORANG YANG BERANI DAH.

AKU MASIH TAK PUAS HATI, YA KALAU IKUTKAN KEMUNGKINAN BESAR Z BETUL DIA MEMANG BUNUH DIRI SEBAB TADAK KEHILANGAN HARTA BENDA. PASAL CINCIN TU SEMALAM LAGI DAH TENGOK CINCIN TU, TAPI DOC TU DIA NAK GITAU SOMETHING BUT RAHSIA DI SINI. KAMI BALIK IPD. MASUK OFFICE SO AKU AMIK PIC PIC KES, SATU SATU AKU RENUNG. DALAM GAMBAR NI TERMASUK SEKALI DIARI AMOI NI. DIA ADA TULIS DIARI DAN DIARI TU PUN TERBUKA LAGI DAN ADA PEN. KALAU IKUTKAN CARA LETAK PEN TU DIA NI PENGGUNA TANGAN KIRI.

SO AKU TRYLAH MINTA TOLONG DEKAT MEMBE YANG DI CAWANGAN MULTIMEDIA CEK KOT-KOT JUMPA DIA PUNYA MEDIA SOSIAL. NASIB BAIK, TUHAN PERMUDAHKAN URUSAN. JUMPA IG DIA. AKU PUN BUKA TENGOK PIC PIC DIA. BANYAK PIC DALAM TU DIA PEGANG APA APA PUN DENGAN TANGAN KIRI. BINGO. DIA DIBUNUH BUKAN BUNUH DIRI. SEBAB BOTOL RACUN SEMALAM ADA DITANGAN KANAN. MAYBE PEMBUNUH TAK PRO LAGI NAK BUAT JENAYAH, KANTOI AND KITA KEBANYAKANNYA TANGAN KANAN SO DAH TERBIASA LA KAN JADI DIA LETAKKAN RACUN DITANGAN KANAN. KEALPAAN MEMAKAN DIRI.

AKU SUH ANGGOTA CARI DEKAT MANA DIA PERGI SIANG TU SEBELUM BALIK RUMAH. JUMPALAH RAKAMAN CCTV DEKAT RESTORAN, DIA DENGAN SORANG LELAKI MELAYU. SIASAT PUNYA SIASAT. LAKI NI SORANG YANG MEWAH JUGALAH. AND RUPANYA PEREMPUAN TU BUAT PART TIME MELACUR. HMM NI SEMUA SEBAB APA NAMA DIA TU YANG SUH BUAT DIA TIGA KERJA TU. SO AMOI NI PUN BUATLAH PART TIME. KAMI SIAP NAK P SERBU RUMAH LAKI TU. SAMPAI DEPAN PINTU. KAMI PANGGIL TADAK ORANG DATANG BUKA PINTU. SO PECAH LAH.

“POLIS!” PAMM, TENDANG PINTU. RUMAH BERSELERAK. KUAR PISTOL LAH MANA TAU KES PECAH RUMAH KA ? BERPECAH CARI-CARI. SORANG ANGGOTA JERIT “ BODY “ PERGI TENGOK, ANGGOTA TU GELENG KEPALA JA. MEANS DIA DAH MATI. ISTERI LELAKI TU. MATI SEBAB DARAH KELUAR BANYAK DARI KESAN TIKAMAN DARI PISAU. LEPAS TU DENGAR ORANG JERIT DARI ATAS, AKU DENGAN Z BERGEGAS LARI. LELAKI TU ADA KAT PENJURU DINDING TERDUDUK SAMBIL TANGAN DUA-DUA DIANGKAT DAN DIA BUAT TANGAN DIA SEOLAH-OLAH MACAM ADA ORANG NAK BUNUH DIA. MACAM MANA NAK TERANG EH. KAU BAYANGLAH KALAU ADA ORANG NAK BUNUH KAU DAN DIA BERJALAN KE ARAH KAU SO TANGAN KAU MESTI BERGERAK PUSING2 SAMBIL CAKAP, “JANGAN, TOLONG JANGAN“. HARAP KAU FAHAMLAH HAHA.

ANGGOTA TU TERGAMAM SEBAB DIA NAMPAK AMOI TU ADA DALAM BILIK. PEGANG PISAU. KALI NI DIA DAH MAKIN DEKAT DENGAN LELAKI TU. Z TERUS TARIK TRIGGER TEKAN PICU POM POM. PISTOL MELETOP GELONSONG KELUAR, BUT YANG KELUAR CUMA DARAH. JADI PISTOL AIR PISTOL Z. A PULA LEPAS TU. DENGAN MUKA GERAM MAYBE SEBAB MARAH KES KAT BILIK BEDAH TU KOT. LAST PISTOL DIA PUN SAMA, JADI MACAM Z CUMA YANG A NI DARAH TERPECIK. PENUH TANGAN DIA DARAH. DIA LEPAS TERUS PISTOL KAT TANGAN. CUAK TENGOK TANGAN DIA, JADI BINGUNG.

DAN TERUS DATANG SORANG ANGGOTA LAGI DARI BAWAH BERGEGAS NAIK ATAS SEBAB DIA DENGAR GUN SHOT. DIA SAMPAI SAMPAI TERKEJUT KEJAP DIA. PASTU TERUS DIA LAUNG AZAN. AMOI TU MACAM MENGERANG KESAKITAN. DIA MENGGELUPUR MACAM AYAM KENA SEMBELIH KEJAP TERBANG SAMBIL JERIT TAPI TAK TINGGI LAH. DIA DATANG DEKAT SEMUA ANGGOTA BETUL-BETUL DEPAN MUKA SORANG LIMA SAAT JUGALAH. A HANYA DIAM TAK MAMPU BUAT APA-APA DAH. DIA KERAS KAKU TAK BERGERAK MATA PUN TAK BERKELIP. HABIS SEMUA MUKA ORANG, DIA P BALIK KAT LELAKI TU JERIT-JERIT DEPAN MUKA DATO TU AND LAST DIA TERBANG LAGI PUSING PUSING DALAM BILIK TU DAN HILANG. DIA HILANG SEKALI DENGAN KESAN DARAH YANG KELUAR DARI PISTOL.

ANGGOTA TADI PUN BERHENTILAH AZAN. ANGGOTA TADI P KAT A, DIA BACA-BACA APATAH, A DAH OKAY. BARU DIA BERGERAK-GERAK. SAPA TAK TAKUT KAN KALAU TENGOK MUKA ORANG BERDARAH ADA KESAN TOREH-TOREH SEBIJI MATA TERKELUAR. LELAKI TU MASIH MENGGIGIL KETAKUTAN. KAMI ANGKAT DIA. GARI, BAWA MASUK KETA. CITA BALAI CITA BALAI. SAMPAI BALAI KAMI HUMBAN TERUS DALAM BILIK SOAL SIASAT. BILIK KAMI GANAS SIKIT. STILL PAKAI LAMPU KUNING BULAT TU. BARU NAMPAK GANAS SIKIT. DIA MASIH DIAM TAK BERCAKAP SEPATAH PUN.

DAN DUA MINIT LEPAS TU TIBA-TIBA DIA MENJERIT, “TOLONG TOLONG”. MATA DIA TERPANA DEKAT PENJURU DINDING. KAMI TAK NAMPAK APA-APA PUN. BILA TENGOK DIA MAKIN MERACAU, AKU PERGI PANGGIL ANGGOTA YANG AZANKAN TADI. AKU NAMAKAN DIA C YAH. C NI BARU LAGI DALAM UNIT, TAK LAH BARU SANGAT. TENGAH-TENGAHLAH. AKU PUN BARU TAU YANG DIA ADA KELEBIHAN JUGA. NASIB TUHAN PERMUDAHKAN KERJA. KALAU HARAP AKU, MASA BELUM JADI PAPA, ADALAH DALAM OTAK CAKAP, ”KALAU ADA APA-APA, TENANG BACA APA YANG PATUT”. HMM DAH JADI YANG BERGERAK HANYA MATA.

AKU RASA SI Z PUN SAMALAH DUA KALI LIMA JA. KAU YANG BACA PUN MAYBE SAMA HAHA YELA MANUSIA NI DICIPTA LIHAT BENDA BENDA INDAH SEKALI DATANG MCAM GITU QHOPE SAPA TAK KAKU. SI Z DIA TAU PISTOL DIA JA. AKU RASA KILANG KENA BUAT PISTOL TEMBAK JIN LAH NANTI. BALIK PADA CERITA, C PUN DATANG. DIA PUN TERKEJUT. KAMI TAK TAU APA DIA NAMPAK. TAPI DIA PUN TENGOK KAT PENJURU DINDING JUGA. Z BUAT MUKA HAIRAN PASTU DIA BANGUN DARI KERUSI DIA P DEKAT PENJURU DINDING TU. DIA TENGOK SI C. SI C GELENG KEPALA KAT DIA. Z BUAT TAK TAU JA LEPAS TU TANGAN DIA DIA BUAT SEPERTI ORANG TENGAH “GAGAU” KAT PENJURU DINDING (MACAM BERJALAN SAMBIL MERABA RABA DIDALAM GELAP) PAHAM KOT.

PASTU DIA PUSING TENGOK KAMI BALIK DENGAN SERIBU TANDA TANYA. BIBIR C TERKUMAT KAMIT MEMBACA SESUATU. LELAKI TU DAH TUNDUKKAN KEPALA, JADI DIA TAK NAMPAK APA-APA DAN DAH TAK MERACAU. HABIS C BACA, DIA TUNJUKKAN DIRI DIA. KAT PENJURU DINDING BERSEBELAHAN Z. AKU PUN KERAS KEJAP, YELAH NAK TUNGGU SEL-SEL OTAK BERHUBUNG BALIK. PASTU BUAT ISYARAT GUNA BIBIR KAT Z. Z PUN PUSING BLAH DINDING BALIK. TAK DAN DIA PUSING SEPENUHNYA LAGI TERUS DIA LOMPAT DEKAT KAMI. AKU TAK TAU MANA DIA DAPAT KEKUATAN DENGAN SEKALI LOMPAT TERUS ADA DEKAT KAMI, TAK LAH JAUH MANA CUMA KALAU IKUT BETUL DUA KALI LOMPAT BARU BOLEH SAMPAI.

SEMUA DIAM. TAU APA DIA BAWA KALI NI. DIA BAWA GAMBAR DALAM FRAME. DIA BAWA GAMBAR DIA. GAMBAR CINA MATI TU. KAN ADA DIORANG BUAT GAMBAR KALAU MATI. GAMBAR TU LAH DIA PEGANG DEKAT PARAS PINGGANG. C KUMAT KAMIT LAGI. TAK SEMPAT HABIS C BACA DIA HILANG PASTU MUNCUL DEPAN KAMI SEKELIP MATA. C KUMAT KAMIT LAGI LAJU. DENGAR MACAM BUDAK BUDAK KALAU SOLAT. BUNYI-BUNYI ANGIN TAK TAU APA DIA BACA. PASTU DIA HILANG LAGI DIA MUNCUL PULA DEKAT MEJA DEPAN LELAKI TU. TAPI LELAKI TU STILL TUNDUK KAKU. DIA LETAK GAMBAR TU DEKAT ATAS MEJA DAN HILANG TERUS.

AKU RASA DIA HILANG TERUSLAH SEBAB C DAH BERHENTI KUMAT KAMIT. TAPI KAMI MASIH BERDIRI DEKAT TEMPAT SAMA. AKU TENGOK KAU, KAU TENGOK AKU MASING-MASING LAWAN DOK ANGKAT KEPALA. PASTU C JALAN NAK P DEKAT MEJA. DIA NAK PEGANG GAMBAR TU. TAK DAN PEGANG GAMBAR TU HILANG. AKU DALAM HATI, “APA LAGI NI ADOII MALANG”. KAMI PERGI TENGOK LELAKI TU. LEPAS C KATA DAH TAK ADA APA-APA DAH, BADAN DIA PANAS MACAM DEMAM. JADI TAKLEH NAK TERUSKANLAH. KENA IKUT PROCEDURE. JADI DIA KAMI HANTAR PERGI HOSPITAL. GARI TANGAN DEKAT KATIL HOSPITAL PASTU ADA SORANG POLICE OFFICER JAGA OKT. (ORANG KENA TUDUH), MALANGLAH NASIB POLICE OFFICER TU.

KAMI BALIK IPD NAK REST REST KEJAP. MASA KAMI SAMPAI C TERPACAK DEKAT MEJA DIA. KAMI TENGOK JALA. Z MASUK OFFICE AKU. PASTU AKU TENGOK C. MUKA DIA MACAM TAK SENANG DUDUK. AKU DENGAN Z KELUAR PERGI DEKAT DIA. KAMI DUDUK DEPAN DIA. TAK DAN KAMI TANYA DIA, DIA TANYA KAMI, “YOU WANNA TALK ?“. “NO, I THINK YOU WANNA TALK TO ME”. DIA DIAM SAT, PASTU DIA CAKAP, “CUBA PI TENGOK GAMBAR KETUA POLIS DALAM OFFICE”. AKU DENGAN Z SEKALI LAGI PANDANG SAMA SENDIRI. KAMI BANGUNLAH NAK TENGOK. TAPI TAK MASUK, JUST SUA KEPALA DEKAT PINTU JA. DUA-DUA DIAM. GAMBAR TU BERTUKAR JADI GAMBAR CINA MATI TU. KAMI TUTUP PINTU PI BALIK KAT C. Z SAMPAI DEPAN MEJA TERUS DIA TANYA, “SOMETHING KAU NAK CERITAKAN DEKAT KAMI?”.

C MENGHEMBUS NAFAS PANJANG. KAMI TARIK KERUSI TERUS DUDUK DEPAN MEJA DIA. DIA KATA YANG HANTU TU, ADA ORANG HANTAR. DIA MEMANG NAK BUAT KAT LELAKI TU. TAPI DAH KAMI PERGI SERBU TADI. SO DIA RASA KAMI KACAU DIA. DIA MACAM NAK BALAS DENDAMLAH DEKAT LELAKI TU. FUHH SATU LAGI MENAMBAH MASALAH. KIRA BENDA NI TAKDA KENA MENGENA DENGAN MAYAT TU PUN. MASALAH TU MASALAH LAH TAPI TAKLAH SUSAH SANGAT SEBAB KALAU KAITAN DENDAM, MESTI ORANG YANG ADA KENA MENGENA DENGAN SI AMOI TU. JADI KAMI SYAK BAPAK DIA. SEBELUM TU, KAMI ADA TANYA C, “KAU TAK BOLEH BUAT APA-APA KA?”.

C GELENGKAN KEPALA. DIA KATA DIA BELAJAR SIKIT JA JUST UNTUK DIRI SENDIRI. JADI DIA SYORKAN KAMI CARI USTAZ. TAPI KAMI NAK PI JUMPA BAPAK AMOI TU DULU.  KEESOKANNYA LELAKI TU DAH PULIH. DAH TAK MERACAU JADI ANGGOTA POLIS BAWA DIA BALIK LOKAP IPD BALIKLAH. KAMI ADA TANYA YANG DUTY JAGA OKT TU. TIAP MALAM DIA MERACAU DIORANG CAKAP. DAN YANG KENA DUTY SEMUA OKAY TAK PERNAH KENA APA-APA. GAMBAR DALAM OFFICE PUN DAH BERTUKAR KEPADA TUANNYA HAHA. Z MASUK TENGOK GAMBAR DAH OKAY. TERUS DIA TABIK HAHA.

JADI BERMULALAH SESI SOAL JAWAB PULA. LELAKI NI LANGSUNG TAK BAGI KERJASAMA. DIA MERASA HEBAT PULA BILA SIHAT. TU LA MANUSIA. HAISH. BERURUSAN DENGAN ORANG BIJAK MACAM NI LAH. DIA DIAM JA. “SAYA NAK GUNA HAK SAYA. HAK BERDIAM DIRI”. APA BOLEH BUAT, SIAP PANGGIL LAWYER. LAWYER PULA MAI. LAGI TAK JADI KERJA. DOK SAT Z BISIK KAT TELINGA AKU, “AKU ADA IDEA. KAU TUNGGU JAP”. PASTU DIA KELUAR. DIA BUKA PINTU JA MASA DIA MASUK TU ADA RASA ANGIN JUGA MASUK. SEBAB LAMPU BERGOYANG, JADI MEMANG BETUL ADA ANGIN. TAK SEMPAT LAMPU TU BERHENTI GOYANG LAGI LAWYER TU TERUS BANGUN AMBIL BEG DIA DAN CAKAP, “SORRY, CARI LAWYER LAIN”. PASTU DIA KELUAR.

AKU PELIKLAH TIBA-TIBA JA. KENAPA? AKU PUN BANGUN NAK KELUAR TAPI Z TAHAN. “BIARKAN JA”. TAPI AKU JENIS TAK SUKA PERSOALAN BERMAIN DIFIKIRAN JADI AKU KELUAR TINGGAL Z DENGAN LELAKI YANG MUKA DIA DAH BERUBAH BILA LAWYER DIA BLAH. AKU KEJAR LAWYER TU, KEMAIN LAJU DIA JALAN. AKU PEGANG BELAKANG DIA. DIA BERHENTI. AKU TANYALAH KENAPA.   “SAYA NAMPAK ADA SORANG BUDAK CINA PEREMPUAN MUKA PUCAT MENANGIS AIR MATA DARAH BERDIRI DEPAN SAYA SAMBIL PEGANG GAMBAR SAYA DALAM FRAME”, HABIS SAJA DIA CAKAP DIA TERUS BLAH. AKU PUN TENGOK JALAH DIA BERJALAN KELUAR.

AKU MASUK BALIK DALAM BILIK SOAL SIASAT. Z DOK RENUNG TAJAM DEKAT MUKA LELAKI TU. LELAKI TU PULA STILL MUKA BERLAGAK. YALA ORANG KAYA JADI DIA PIKIR DIA BOLEH BUAT APA SAJA DENGAN DUIT TAPI TERNYATA DIA SALAH. DIA TAK BOLEH BAGI DUIT DEKAT HANTU SURUH BLAH. DIA INGAT DIA HEBAT. Z KEMASKAN TEMPAT DUDUKNYA. PASTU DIA BAWA KELUAR FON. DIA TUNJUK APA TAK TAU DEKAT LELAKI TU. MUKA LELAKI TU BERUBAH SIKIT. PASTU Z BERSUARA, “KAU BAIK NI PUN KAMI YANG TOLONG TAU. JANGAN AKU BAGI DIA MASUK PULA DEKAT SINI” ( Z TAHU YANG SEMUA ATAS IZIN ALLAH TAPI INI CARA UGUTAN HALUS HAHA DIAM AH JANGAN PERTIKAI POLICE BUSINESS).

LELAKI TU DIAM. LAMA JUGALAH TAPI MUNGKIN SEBAB TAKUT DIA LEBIH PADA HANTU BUKAN UNDANG-UNDANG JADI DIA SETUJU BAGI KERJASAMA. DIA PUN CERITALAH SEMUA. DIA LANGGAN AMOI TU. TAPI WAKTU DIORANG BERMESRA AMOI TU ADA AMBIL-AMBIL GAMBAR DIORANG BERSAMA. MASA TU DIA TAK FIKIR SEBAB TENGAH SERONOK. AMOI TU AMBIL KESEMPATAN, DIA UGUT LELAKI NI. DIA AKAN TUNJUK GAMBAR TU DEKAT ISTERI LELAKI TERSEBUT. JADI LELAKI TAK MAU LAH. MARUAH DIA APA LAGI KAN.

JADI DIA UPAH ORANG UNTUK BUNUH. DIA BAGI DETAIL SEMUA KE PEMBUNUH TU. ISTERI DIA PULA DIA BUNUH TANPA NIAT SEBAB DIA TAK TAU PUN TU ISTERI DIA. APA YANG DIA NAMPAK ISTERI DIA JADI AMOI TU. TERUS DIA DENGAN KEADAAN TAKUT TU DIA LARI PI DAPUR AMBIL PISAU DAN MASA TU PULA AMOI TU DATANG DEKAT DIA. JADI MASA AMOI TU DATANG DEKAT DIA TERUS CUCUK DENGAN PISAU TU DALAM KEADAAN KETAKUTAN. BAYANGKAN BERAPA KALI DIA CUCUK. LEPAS DIA DAH RASA PUAS BARU DIA SEDAR. DIA BUKA MATA DIA TENGOK BADAN ISTERI DIA BERLEMURAN DARAH. PASTU AMOI TU MUNCUL DEKAT TEPI SINKI. KIRA BERSEBELAHAN DIA JUGA. LEPASTU DIA LARI NAIK ATAS BILIK.

DAN TAK LAMA LEPAS TU KAMI SAMPAI. TAPI ISTERI DIA MEMANG DAH TERUK JADI. JADI DIA MATI DI TEMPAT KEJADIAN. DOSA KITA ORANG LAIN JADI MANGSA. TU LAH MAKSIAT NI MEMBAWA KEPADA MASALAH. DAH LA BUAT DOSA PASTU JADI KES UGUT AMOI TU. LEPAS DAH BUNUH AMOI TU, BUNUH ISTERI SENDIRI PULAK. MASALAH KIAN DATANG SATU PERSATU. JADI JAUHI MAKSIAT OKAY. JADI MACAM AKU. TAK PERNAH BUT TERINGIN HAHA TAPI TAKUT BILA DENGAR YANG ADA KEMALUAN SANGKUT, YANG BUAT DALAM HUTAN KENA BELIT ULAR ADA YANG PALING NGERI TENGAH TENGAH SERONOK DITAKDIRKAN MATI MASA TU. FUHH TAKUT MENGUASAI DIRI AKU, JADI AKU MASIH SUCI HAHA.

KALAU DAH TERLANJUR MENGANDUNG PULA JANGAN DIBUANG BAYI. AWAK YANG BERDOSA KENAPA HUKUM ORANG LAIN. DAH TERLANJUR SUDAH JANGAN BUAT DUA KALI DOSA. GIRL JANGAN PERCAYA CAKAP LELAKI. LAKI SEMUA TANAM TEBU TEPI BIBIR . KECUALI AKU LAH TAK MACAM GITU. SEBAB MANA BOLEH TUMBUH TEBU TEPI BIBIR SEBAB TU JUGALAH SAYA FOREVER ALONE HMM. MASA KAMI KELUAR DARI BILIK SOAL SIASAT TU LELAKI TU MENANGIS. NASI DAH JADI BUBUR WOI. KEPADA LELAKI YANG DAH ADA ISTERI SAYANGILAH. BELAJAR KAWAL KEMAHUAN SEBAB MANUSIA NI KALAU DIBERI 100 TETAP DIA KATA KALAU 200 BEST AH BILA DIBERI 200 DIA KATA PULA KALAU 300 BEST AH.

MASA TU JUGA LAH AKU TANYA Z APA YANG DIA BUAT. DIA KETAWA HAHAHA. DIA CAKAP MASA LAWYER TU BLAH AKU CALL BAPAK AMOI NI. SUH DIA BUAT MACAM MANA YANG LAWYER TU NAMPAK. CUMA NAK BAGI DIA BLAH JA. NAK PERTAHANKAN ORANG SALAH SANGAT. PASTU YANG DIA TUNJUK KAT LELAKI TU ADALAH GAMBAR. GAMBAR AMOI CINA TU. RUPANYA DIA SEMPAT AMBIL GAMBAR DALAM OFFICE AKU. KATANYA DIA AJAK C TEMAN SEKALI. PEMBUNUH TU PUN KAMI DAH DAPAT. DEKAT KAWASAN KAMPUNG PUKUL 3 PAGI BARU SERBU. TAKLAH KECOH SANGAT TAPI BAWA BALIK MAYATLAH. SEBAB DIA MELAWAN MASA TU PELURU KAMI BUKAN DARAH DAH. PELURU MEMANG PELURU HIDUP SO GOODBYELAH. TAK SEMPAT TAUBAT.

LELAKI TU PUN BELUM SEMPAT PEMBICARAAN KEDUA, DIA DAH MASUK HOSPITAL GILA BILA DOC SAH KAN DIA ADA GANGGUAN MENTAL. TAPI TAK LAMA JUGA. DIA MATI BUNUH DIRI. SEBENARNYA PERBINCANGAN KAMI DENGAN BAPAK AMOI TU, KAMI SUH DIA BERHENTI DULU SAMPAI KAMI SELESAI KES. APA KAMI BOLEH BUAT ITU JA YANG BOLEH DARI TAK BOLEH APA LAGI TAK JADI KERJA MAYBE LEPAS TU DIA SUH BOMOH DIA HANTAR PULA KOT ENTAHLAH SEBAB TU LELAKI TU MERACAU N BUNUH DIRI. NAK DAKWA BAPAK AMOI TU PUN TAK BOLEH. MANA NAK CARI BUKTI??

KES NI LOW PROFILE JADI SHHHH. NASIBLAH LELAKI NI TAK TERKENAL. ANAK-ANAK DIA NAK RAHSIAKAN BENDA NI. SAYA TAK TAULAH APA DIA JAWAB BILA ORANG TANYA, ITU HAK DIA DAN URUSAN DIA (MAYBE DIA JAWAB YANG PAK DIA GILA KOT) DAN NASIB BAIKLAH DEKAT HOSPITAL TADAK ORANG KENAL. ORANG KAYA MANA PERGI HOPISTAL KERAJAAN. KAWAN-KAWAN LELAKI TU PUN BUKAN BOLEH PAKAI ORANG KAYA-KAYA NI. KITA LEBIH DIA DATANG LAH. CUBA KITA JATUH.*SAJA AKU TAMBAH HAHA* MACAM TIN TEPI JALAN BELAMBAK BERSEPAH TAPI KOSONG!! KOSONG!!BOLEH TAHAN MULUT AKU. JAUH DAH AKU MELALUT TAK JADI KISAH SERAM. KORANG JANGAN BERKHAYAL SANGAT NANTI DIA DATANG BAWA GAMBAR KORANG PULA. CER TENGOK BALIK TIRAI TU, TAK PUN BAWAH KATIL HAHA.

THANK YOU SO MUCH TO ADMIN AND PARA PEMBACA. MAAFLAH KALAU ADA SILAP. THANKS AGAIN TUK SEMUA KOMEN. JAWAB SOALAN SAYA DI ATAS SANA HAHA. ONE MORE SETIAP KES ADA MASA DIA TERSENDIRI UNTUK SELESAI. BERGANTUNG KEPADA CLUE, KEBIJAKSANAAN PENYIASAT HAHA DAN TAHAP KEPANDAIAN PENJENAYAH TU. KALAU DIA BODOH, CEPATLAH KES SELESAI BUKAN MACAM STORY DI ATAS. SAYA YANG STORY MACAM BENDA TU TERJADI DUA TIGA HARI JA. EASY. PALING PENTING BERGANTUNG KEPADA TUHAN. KALAU TUHAN IZINKAN SEMUANYA JADI.

ASSALAMMUALAIKUM GUYS. SAY NO TO MAKSIAT K HAHA. OMPUAN YANG TERTUDUNG, TUTUP LUARAN TUTUP DALAMAN (HATI) SEKALI SUPAYA TAK CEPAT GOYAH IMAN. SEMOGA KITA SEMUA MENJADI BAIK DAN LEBIH BAIK LAGI. AMIIN. SAYA HARAP ANDA FAHAM HAHA. TAKAT NI J KOT STORY. INI JE YANG PANJANG YANG LAIN BANYAK PENDEK DAN TINGGAL PERSOALAN. HM TERGANTUNG TAK BERTALI. KALAU ADA STORY DARI ORANG LAIN. NANTI SAYA KARANG DAN SHARE EA. MAAF BANYAK LARI DARI CERITA MELALUT BENDA LAIN.

–MAC AMIN–

25 comments

  1. Kenapa caps lock dari awal sampai habis? Hahaha best ?? kalau ada cerita mohon submit cerita awak kat sini ya. In shaa Allah, saya akan jadi penggemar cerita awak tu.

  2. pada MAC AMIN, awak mmg ohsem.. tp next time awk nk citer, gne huruf kecik tau.. rse mcm sy kne marah pulak.. hahaha ..nnt citer lg tau…

  3. MAC AMIN, unexpected! Kes polis pon ada sangkut paut dengan paranormal gak ek. Kadang-kadang macam di luar bidang kuasa. Walau apa pun, untuk next story, gunakan huruf besar hanya pada tempat yang sepatutnya sahaja. Tabik tuan!

  4. Gila! Memang win citer ni..harap bro tulis lagi pengalaman bro..Menarik giler!
    yang maklumat penting tu ko sensor pun takpe janji ko citer lagi..
    Jarang dengar citer real macam ni dari jabatan atau pihak *****..memang best la..

    5 Star!

  5. Mak haiii berpinau biji mata den baca seme huruf beso… tp sbb citer best so layan gk la huhuhu

    Keep it up… aku tgu citer lain lak…

  6. terbaik la…. giles la tugas polis smpai mcm ni… haha… aritu ada selisih dgn 2 org polis dlm lif… dia ckp… “bunyi guli & heret perabot kat tgkat atas pun repot polis…hebat tugas polis skrg ni… “hehe… sian diorg…

  7. pasal aku fall in love pulak dgn cara dia bercerita ehh? hahaha ke fall in love dgn tuan HAHAHAHA kidding k best storyy ? semua cerita u semua terbaik

  8. Payah betol nk hadam yg part suspen tu. Mybe sebb caps lock kot..terus dua tiga kali ulang baca tmpt sama… Haha.. Rs cam oh my gosh.. Lama lgi ke citer ni? Btw, best sgt.. Unexpected experienced..

  9. dsbb kn capslock, ak migrain. but the overall, tragis giler story brader n. ak xsangka benda2 mcm ni berani giler tunjuk diri kt manusia. mcm dlm movie. ssh nk hadam.

  10. ” LELAKI TU ADA KAT PENJURU DINDING TERDUDUK SAMBIL TANGAN DUA-DUA DIANGKAT DAN DIA BUAT TANGAN DIA SEOLAH-OLAH MACAM ADA ORANG NAK BUNUH DIA. MACAM MANA NAK TERANG EH. KAU BAYANGLAH KALAU ADA ORANG NAK BUNUH KAU DAN DIA BERJALAN KE ARAH KAU SO TANGAN KAU MESTI BERGERAK PUSING2 SAMBIL CAKAP, “JANGAN, TOLONG JANGAN“. HARAP KAU FAHAMLAH HAHA. ”

    dia punya nak kita paham tuuuu. try harder bro hahaha lawak laa MAC AMIN nii 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *