#Devilkiller (20 mei 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca-pembaca tegar kisah seram di halaman Fiksyen Shasha ini. Aku #DK ingin menceritakan tentang sebuah kisah di mana sebuah pertempuran telah berlaku di antara diriku dengan makhluk-makhluk puaka yang bersarang di premis House Of Cat, Seksyen 7 Shah Alam pada tanggal 20 Mei 2017 yang lalu. Kisah ini adalah mengenai serangan taktikal ke atas makhluk-makhluk puaka yang telah dihantar oleh seorang individu yang berhati gelap dan sesat bagi tujuan menjahanamkan perniagaan mereka sejak ia mula beroperasi sehinggalah ia hampir bankrap. Aku mulakan dahulu kisah ini dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim.

TEMPUR PERANG

Sehari sebelum kejadian, aku telah dimaklumkan oleh beberapa orang kenalan di laman FB mengenai musibah yang telah menimpa pemilik, pekerja, dan beberapa ekor kucing di premis perniagaan House Of Cat yang telah dianiayai melalui serangan sihir skala besar. Berdasarkan daripada maklumat itu, aku mengesyaki terdapat banyak makhluk puaka yang sedang bermaharajalela di kawasan itu. Aku terpanggil untuk membantu mereka semua. Perancangan telahku atur pada malam itu juga (19 Mei 2017) dan serangan terawal akanku lancarkan sejurus selesai solat Isyak pada keesokan harinya (20 Mei 2017). Untuk pengetahuan semua aku mempunyai beberapa ekor haiwan yang dibela & diperolehi daripada alam ghaib iaitu sekawan Burung Helang Gergasi, seekor Naga Darat, seekor Raja Singa, 2 ekor Harimau Putih, dan sekawan Serigala. Aku juga ditemani oleh seorang sahabat yang merupakan jin Islam/bunian iaitu Panglima Andika sebagai penemanku. Setiap haiwan ghaibku telahku pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu:

  1. Unit Udara (6 ekor Helang Gergasi & seekor Naga Bukit).
  2. Unit Darat (Seekor Raja Singa, 2 ekor Harimau Putih, & 4 ekor Serigala).

Secara harfiahnya haiwan-haiwan ghaibku berasal daripada golongan jin yang berbentuk haiwan. Mereka faham akan setiap butir bicara dan arahan daripadaku. Panglima Andika bertindak sebagai pembantu kananku. Oh ya, sebelum terlupa, misi serangan itu turut disaksikan oleh seorang sahabat yang aku kenal melalui laman FB iaitu kak Laksamana Sunan. Beberapa jam sebelum serangan bermula, dia telah meninjau dan melakukan rondaan kawalan di sekitar premis itu. Selesai dengan kewajipanku, aku mula mengarahkan unit udaraku untuk meninjau di seluruh blok kejiranan premis itu. Daripada imbasan yang diterima, aku melihat pelbagai jenis makhluk yang berkeliaran di bahagian dalam dan luaran premis itu. Pada tepat jam 9.30 malam aku mula melancarkan serangan secara besar-besaran. Unit darat dan udara telahku kerahkan untuk menangkap kesemua makhluk puaka dan jembalang yang bersawang di situ untuk dibawa pulang ke kawasan berhampiran rumahku bagi tujuan pemusnahan. Kak Laksamana Sunan mula bergerak mengiringi unit-unit tempurku dan menuju ke lokasi yang telahku tetapkan itu.

SERANGAN PENGHAPUSAN

Panglima Andika berada di barisan hadapan manakala aku pula bersiap siaga di bahagian belakang sebuah padang yang agak berhampiran dengan kediamanku. Daripada jauh aku terdengar pekikan dan jeritan yang kuat daripada makhluk-makhluk puaka yang ditangkap itu. 41 ekor makhluk puaka daripada pelbagai spesies diikat secara ghaib lalu diterbangkan melalui udara oleh unit udaraku. Unit darat pada awalnya telah melancarkan serangan awal terhadap mereka di premis itu bagi tujuan melemahkan kekuatan mereka manakala unit udara pula digunakan sebagai pengangkutan utama.

BEDEBUSHHHH. Bunyi makhluk-makhluk puaka itu dihempas daripada langit. Ternampak jelas olehku mereka semua di dalam kesakitan. Jeritan dan pekikan rayuan bagi melepaskan diri dihamburkan oleh mereka kepada unit udara dan unit darat yang sedang mengerumuni mereka. Terdapat beberapa ekor makhluk puaka yang bersaiz besar dan ia berapi-api menyala seperti letusan api di gunung berapi. Aku mengarahkan unit udara untuk m******h mereka. Aku, Panglima Andika, dan juga unit darat bertempur bersama-sama menumpaskan saki baki makhluk puaka yang masih ligat bernyawa itu. Masihku ingat lagi, beberapa ekor langsuir pantas berlari mengejarku tetapi mereka jatuh tersungkur akibat diterkam oleh serigala dan harimauku. Raja Singa dengan garangnya mengaum. Bunyi ngauman itu mampu menggeletarkan dan mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Saiznya sahaja bersamaan dengan saiz sebuah bas. Dia dengan rakusnya menyiat dan membaham seekor demi seekor puaka yang masih bernyawa. Adalah mustahil untuk makhluk-makhluk puaka tersebut melarikan diri daripada cengkamannya.

Di dalam banyak-banyak puaka itu terdapat seekor puaka yang berbentuk fizikal seperti seorang manusia. Wajahnya adalah seperti seorang manusia. Aku yakin bahawa dia adalah pendamping kepada pemilik makhluk-makhluk puaka ini. Aku mengarahkan Panglima Andika untuk menangkapnya bagi sesi soal bicara.

“Siapa yang hantar kau ke mari?”, Soalku sambil menghunus keris di hadapannya.

“Aku datang sendiri…” Jawabnya kelemahan.

“Aku bagi peluang kali terakhir, kau nak jawab atau tak? Siapa tuan kau?”

“Aku tak tahu. Lepaskan aku, lepaskan aku…”

“Woi lahanat anak gampang! Aku tanya ni siapa tuan kau?”

“Aku tuan kepada diri sendiri.” Ketika itu hatiku berasa begitu panas lalu aku melepaskan beberapa das tumbukan padu ke mukanya.

“Kau nak beritahu atau tak?”

“Aku adalah tuan kepada diriku sendiri, mengerti?”, Kali ini aku menoreh kerisku ke bahagian dadanya. Bau hanyir seakan-akan bangkai ikan mula menusuk hidungku. Dia menggelepur kesakitan.

“Aku beritahu, aku beritahu…”

“Siapa tuan kau setan?”

“Lepaskan aku dahulu tuan. Tolong saya pendekar…” Dia merayu pula kepada Panglima Andika untuk dilepaskan.

“Tidak mungkin aku akan lepaskan kau. Kau ingat aku bodoh?” Jawab Panglima Andika dengan tegasnya sambil mengunci kuat tangan puaka itu.

“Tolong tuan, saya berjanji saya akan sebut nama tuan saya kalau tuan dan pendekar lepaskan saya…” Rayunya lagi sambil menggeliatkan badannya untuk melepaskan diri.

“Andika, tuan hamba tolong angkat si anak gampang ini sekarang. Hamba akan berikan pengajaran yang setimpalnya kepada kepala segala puaka ini.”

Ketika itu suasana di persekitaran padang itu sudah kembali ke keadaan asal. Tiada lagi bunyi jeritan dan pekikan daripada puaka-puaka tersebut. Mereka semua telah maut akibat diserang oleh haiwan-haiwan ghaibku. Hanya seekor sahaja lagi yang masih bernyawa. Dia adalah ketua kepada mereka. Lalu aku seru dan mengarahkan haiwan-haiwan ghaib untuk datang ke arahku.

“Wahai sahabat-sahabat yang berterbangan dan berjalan di daratan, ke mari semua ke sini dan kelilingiku sekarang.” Jeritku kepada mereka semua. Pada waktu itu Kak Laksamana Sunan kelihatan tergamam akibat daripada kejadian yang telah berlaku itu. Aku faham kerana mungkin ini adalah kali pertama dia melihat seorang manusia bertempur secara ghaib dengan puaka-puaka tersebut. Kak Laksamana Sunan juga dianugerahkan dengan pancaindera ke-6 yang aktif. Aku menyuruhnya untuk membaca ayat-ayat suci supaya dia kembali tenang dan tidak dihantui dengan peristiwa yang telah berlaku itu.

Ketua kepada makhluk-makhluk puaka itu masih tidak mahu mendedahkan nama pemiliknya, maka aku telah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya di situ juga. Aku telah menyuruh Panglima Andika untuk menikam kerisnya di bahagian tengkuknya. Aku pula menikam dada dan perutnya secara bertubi-tubi dengan keris pusakaku. Dia maut akibat cedera parah di situ. Haiwan-haiwan ghaibku hanya memerhatikan tindakan kami berdua ketika itu. Raja Singa dan 2 ekor Harimau Putih telahku arahkan untuk kembali semula ke premis House Of Cat untuk berjaga-jaga daripada kemungkinan terdapat lagi ancaman sihir dan puaka yang mungkin masih berada di situ.

3 ekor Helang Gergasi juga aku kerahkan untuk berkawal di seluruh kawasan blok premis di situ untuk menjaga kawasan dan penghuni-penghuni di situ daripada gangguan sebarang makhluk puaka bagi tempoh 3 hari. Manakala Naga Bukit pula aku arahkan untuk mengiringi kak Laksamana Sunan sehingga dia selamat pulang ke rumahnya. Setelah semuanya selesai, aku dan Panglima Andika sempat melepak bersama dan berbincang mengenai pemilik kepada makhluk-makhluk puaka itu. Dia tidak mampu untuk mengesan individu itu kerana individu itu telah mendindingkan dirinya dengan ilmu sihir yang dipelajari oleh beberapa orang bomoh yang berilmu tinggi. Aku andaikan bomoh itu berasal dari Siam.

Aku cukup pantang sekiranya terdapat individu-individu yang menggunakan ilmu sihir dan ilmu sesat untuk menjatuhkan mangsanya melalui cara tersebut. Sihir tergolong di dalam dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah kerana ia secara terang-terangan telah syirik kepadaNya. Hidup seorang pelaku sihir tidak akan tenteram dan dia sentiasa ditimpa musibah dan kesusahan daripadaNya. Hidupnya juga dilaknat oleh Allah sepanjang masa sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Hidup di dunia ini adalah singkat sahaja, hidup di akhirat juga yang kekal abadi. Aku harap korang semua mendapat iktibar daripada kejadian yang telah menimpa pemilik House Of Cat itu. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan. Akhir kata saya menyusun 10 jari kerana terlewat menyiarkan kisah ini disebabkan tanggungjawab terhadap tugas hakiki. Semoga kita semua berjumpa lagi di kisah yang akan datang. InsyaAllah. Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Sekian, terima kasih.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

14 thoughts on “#Devilkiller (20 mei 2017)”

  1. Assalamualikum, saya dari negara seberang. Boleh tak saya minta bantuan awak. Saya sudah hampir setahun menderita sakit dan sudah hampir 10 tempat saya berubat. Semua mengatakan ada yg menghantar tuju ke saya. Saya pernah tidak dapat bangun langsung, nak mengurus anak-anak apa semua memang tak boleh. Badan saya separuh kebas, dada saya sakit seperti dicucuk, telinga saya berdesing, kepala saya berat seperti nak meletop, belakang saya sangat berat seperti kena himpit. Setiap kali lepas berubat saya akan sihat sekejap saja lepas tu sakit datang balik dan kadang-kadang semakin menjadi-jadi. Kerana teringatkan kata-kata suami saya, kita bukan hanya berdoa tetapi juga berusaha, dengan itu saya tetap akan berusaha semoga saya sembuh seperti sediakala.

    Reply
    • Saudari boleh mencuba cara yang diajarkan abdourahman ben halifa. Dia kata jika tak berjaya maka perlu berdoa kepada Allah sebab doa org yang dianaya adalah mustajab. Perlu solat 11 rakaat tahajjud dengan membaca sepotong ayat berulang kali. Dia kata tukang sepanjang malam menyeru syaitan dan ibois utk menyihir orang, takkan kita yg sakit tak sanggup sepanjang malam mohon kepada Allah. Untuk lebih lanjut boleh lihat video ini https://youtu.be/j1veRUbvUrU

      Reply
  2. dulu aku pernah ketawakan daeng kasturi ni bila dia up cerita first dia.
    sebab nampak macam khayalan.
    tapi sekarang aku rasa macam nak tabik pun ada.huhuhu

    Reply
  3. saya baru google pasal hoc.. ade pic syiling lame, kucing kene sihir, janin gugur, rambut, kaca, kain kafan, paku karat pun ade.

    kesiannye dorg… semoga pelaku tu diberi balasan setimpal.

    Reply
  4. Salam Tuan.Semoga Tuan Sentiasa Dalam Rahmat Dan Perlindungan Nya. Best pengalaman tuan bertempur dengan makhluk astral.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.