Di Kejar Makhluk Berbungkus

Assalamualaikumm..Terima kasih ye admin FS kalau publish cerita seram aku yang seram ke entah ni. Bagi aku, dah cukup dah seramnya. mungkin cerita ni macam bereka reka, tapi sejujurnya ni lah yang betul² jadi pada aku…nama aku Iwan & aku nak share pengalaman aku tahun lepas, masa tu umur 19.

Watak² dalam cerita ni aku & sepupu aku namanya Hairi budak sekampung. Dia ni baru² je habis 3 tahun study di ipt di semenanjung. Ok! Masa tu tengah musim durian & masa tu juga harga durian tengah mahal sampai ada sebiji sampai RM40 untuk durian yang isinya merah & oren tu durian otak udang galah ke kalau tak silap..dia punya penangan sampaikan ada yang dari Brunei datang ke sini nak borong. Macam biasalah setiap tahun, datang je musim durian akan ada cerita yang akan jadi bualan orang kampung pasal durian kena curi lah ada orang menyamar jadi hantu pocong atau pontianak bediri atas dahan kayu nak takutkan pencuri lain atau empunya dusun tu sendiri tapi bila owner dusun tu acah dengan senapang lintang pukang juga pelakon hantu tak bergaji tu lari.

Cerita dia macam ni. Pada lewat tu dalam pukul 11 malam kami berdua dah decide nak berjaga sampai siang tunggu di pondok tepi dusun durian atuk kami ni di sebabkan takda orang lain boleh jaga masa tu.Jadi otw je dari rumah ke dusun yang terletak kira 4 kilometer dari rumah/kampung & aku bawa moto jenis 135LC milik abang aku & Hairi membonceng di belakang sambil asyik main phone dia. Setibanya kami di dusun, cuma terdengar suasana sunyi hutan yang di iringi bunyi cengkerik yang membingit dingin malam tu. Kami letak barang semua bekal makanan ringan di pondok & terus berebut ter cari² durian dari pohon ke pohon & aku dengan parang sentiasa di sisi yelah kalau ada apa² boleh buatkan senjata. Yang lagi spoil nya boleh pula aku terlupa bawa lampu suluh! nasib baik lah ada bawa phone ada juga la torchlight.

Bila dah puas mata melilau tercari cari durian, dapat la 7 biji kami pun angkut ke pondok & aku pun kupas durian untuk si hairi yang tak sabar² nak makan katanya dah 2 tahun tak makan durian. Mula² tu si hairi ni yang ber iya² nak kupas durian tu sangat.. tapi nak pegang parang pun tak reti dah tu di tetaknya sekaligus pulak durian tu jadi 2 bahagian dia ingat kelapa ke apa?..nampak sangat tak ada pengalaman kupas mengupas ni. Then aku rabak durian² tu, si hairi lah yang paling banyak melantak sampai 4 biji sambil terkemam kemam hisap biji durian dalam mulut macam beruk pula aku tengok. lantak dia lah..sambil² tu aku hidupkan api pasal nyamuk dah naik menggila.

Setelah hampir berjam menunggu, kami lebih banyak main phone sampai bateri low warning 10% dah la tu satu satunya lampu. Durian pun jarang² pula nak gugur malam tu. Jam pun menunjukan pukul 3.30 pagi tunggu punya tunggu akibat dah terlampau bosan akhirnya kami cadang nak balik jela pagi tu Hahahh tak senonoh punya perangai..Sebenarnya aku dah awal lagi rasa tak senang masa mula² masuk ke hutan tu tapi aku buat rileks je nak control macho kononya. Kami pun kemas barang serta durian yang cuma dapat terus di masukan ke bakul yang ikat tali & di pikul oleh hairi.

Aku pun start moto kami pun berlalu pergi bila sampainya di simpang tiga, kalau ambil kiri, boleh terus ke pekan jalan pun ada tar tapi kena ambil banyak simpang lagi baru sampai ke kampung aku..kira jalan jauh lah.. kalau jalan terus masuk ke ladang sawit dan ke kanan tentulah jalan paling hampir ke kampung tentulah aku ambil kanan tapi jalan tu agak berbatu. Maka aku meneruskan perjalanan dengan mata pun terkebil kebil menahan rasa pedih pasal dah mengantuk. Tengok saja keadaan keliling memang boleh menimbulkan suasana seram yelah hutan yang belum di terokai. Dengan kelajuan 30km/h aku meredah batu² sambil di temani hutan tebal kiri kanan. Tiba² si hairi di belakang aku ni menggegar bahu aku menyuruh aku berhenti & aku berhenti mengejut sambil bertanya “kenapa?” pastu si hairi jawab dalam nada berbisik….

“Cuba kau tengok tepi jalan depan sana tuu..apa yang macam terang tegak bediri tu?”

Aku mulanya malas nak ambil peduli pasal si Hairi ni kadang² suka merapu & aku cuba amati benda tu betul² sambil kecikkan mata nak fokus pasal benda tu jauh lagi & aku tak berapa nampak sangat. Aku tak fikir yg bukan² lagi masa tu.. sambil aku cakap kat hairi.

“alahh kau ni tu signboard jalan lah.. tak pun tiang ke kayu ke apa ke” balasku..

sambil tu si Hairi tertunduk tunduk macam dah mula takut² di belakang moto tu..masa tu fokus aku cuma pada jalan pasal kena perhati setiap laluan jalan tu takut terlanggar batu besar. Bila dah setengah jalan, tiba² si hairi menggegar lagi bahu aku tapi kali ni kuat semacam.. tiba² dia menjerit dengan nada takut….

“WOI! WAN! PATAHH BALIKK LAA DEPAN TU HANtuuuuu!!!”.
diperlahankan hujung ayat tu..

Aku pun terkejut gila dengan cakap si Hairi tu lalu aku berhentikan moto dan perlahan aku pasang lampu tinggi moto untuk suluh bagi nampak jelas objek depan kami yang jaraknya mungkin kurang 100 meter di depan. Mengucap panjang aku apa yang aku nampak sekujur tubuh berdiri berpakaian lusuh putih kecoklatan kotor bertanah maka jelas sekali itu POCONG!! tapi pocong tu palingkan badanya ke belakang jadi cuma nampak belakangnya saja.

Aku cuba tenangkan hati yang jantung dah berdegup laju ni tangan aku pun mula menggeletar sikit & aku kuatkan hati anggap tu budak² nakal kampung yang macam aku cerita awal tadi. Sambil hati dalam keadaan takut & terkejut tu, aku drop ke gear 2 untuk patah balik ke belakang sambil aku berpusing tu sambil tulah aku asyik perhati pocong tu & masih lagi berdiri & kadang² macam bergoyang ke kiri ke kanan. Aku buat rileks lagi walaupun aku dah takut tahap dewa dah masa tu.

bila dah patah balik dah makin jauh dengan pocong tu entah kenapa aku tergerak hati nak tengok ke belakang & aku palingkan kepala ke belakang & JENG JENG JENGGGGG…alangkah terkejutnya aku pocong tu kejar kami punyalah laju dia melompat lompat & makin hampir dengan kami aku nampak muka dia yang hitam gelap tu dengan mata dia bewarna hijau. Kali ni aku yakin itu memang setan takan la manusia kalau berbungkus camtu boleh kejar moto dalam kelajuan 80km/j dalam keadaan melompat.. Takut punya pasal bawa laju sikit & aku tak fikir lagi jalan berbatu..Mata terus ke depan & terkadang dari ekor mata aku nampak pocong tu cuba memintas kami tiba² si hairi menjerit……

“ARRKKKKHH!!! KAU PEGIII LAH HANTU SIA***!!”..

Terkejut lagi aku dengan teriakan si Hairi ni. Aku terus memecut laju menuju ke pekan. Bila dah masuk jalan tar aku perah lagi throttle moto sampai meter menunjukan 130km/j..Bila dah masuk kampung orang sebelum sampai pekan ni, yang dah di terangi lampu jalan & lampu rumah yang terang benderang, barulah pocong tu tak follow kami lagi..Lega hati aku tapi kami tak terus balik..kami melepak di pekan sampai ke siang hari.. Hairi cuma banyak diam mungkin first time kena kacau rasanya. Oh lupa durian yang di bawa oleh Hairi pun dah begolek entah kemana bersama bakul tu sekali Hahahh.

Esoknya aku datang ke rumah Hairi aku tengok dia takut sampai demam kesian pula aku tengok dia makan pun tak lalu. Masa duduk sebelah katil dia tu, dia tanya aku kenapa aku malam tu macam rileks je dah tu hari ni macam takda apa² berlaku je. Mungkin dia ingat aku ni orang berani yang berhati kering tapi sebenarnya sebelum ni aku dah pernah ada pengalaman seram masa aku ke laut malam & masa motong getah pukul 1 pagi & aku pun demam jugalah lepas kena kacau tu..

Ok lah! ini cerita akuu next time aku tulis lagi kalau post ni dapat feedback baik hehehh sorry sangat kalau tak seram dah la panjang..

 

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *