Di Kelilingi Makhluk yang Tak di Undang.

Hai semua. Ini kali pertama aku menulis cerita dekat sini. Terima kasih untuk admin kalau cerita ini di publish. Pengalaman aku ini sebenarnya waktu aku bersekolah di sekolah menengah. Nama sekolah rahsia. Tapi di kawasan johor bahru. Waktu tu aku tingkatan 5.

Nak di jadikan cerita aku suka jadi orang yang pertama sampai ke kelas aku. Maknanya orang yang buka lampu pertama waktu gelap pagi hari. Jadi setiap hari rutin aku bangun subuh dan keluar lebih kurang pukul 5.50 dan sampai sebelum 6.10. Rumah aku dengan sekolah perjalanan jalan kaki lebih kurang 15 minit. Sekolah aku waktu paling lewat masuk sebenarnya 7.30 pagi

Jadi setiap hari aku datang awal bukak lampu, kipas semua dan duduk seorang diri dalam kelas. Kelas aku tingkat 3 atas sekali. Waktu tu sekolah aku sunyi lagi takde sorang pelajar lagipun dah sampai. Paling awal yang datang pun dalam kelas aku 6.50. Jadi satu hari tu aku terdatang lewat sikit sebab ada hal. Dan waktu aku sampai ni kecoh ada sorang kawan aku dia datang awal dan nampak hantu. Aku tanyalah, “kau nampak dekat mana? Biasa aku datang awal tak pernah nampak lagi.” Tanya aku dengan agak tegas.

Ada. Aku ada nampak orang diri dalam bilik stor kelas. Sebelum tu aku nak kasi tahu yang kelas aku ni ada stor. Dalam tu biasa letak barang ke buku dengan hal-hal kelas dekat dalam tu. Tapi dia berpagar. Yang ada kunci tu cuma ketua kelas je. Tapi pintu dalam dia terbukak. Berbalik pada cerita. Aku tanya dia kau datang pukul berapa. Dia cakap 6.30. Aku pun lantang cakap. “Pukul 6 aku dah ada dekat sini aku belum pernah nampak lagi benda tu.” Angkuh menjawab. “Kau tak pernah jumpa boleh lah kau cakap macamtu.” Nangis kawan aku tu sampai di demam dan balik waktu rehat.
Jadi, aku memang tak puas hati. Pada aku dia cuma nak acah-acah. Padahal aku datang lagi gelap lagi awal dari dia. Jadi balik sekolah tu aku ajak kawan aku. Aku ajak diorang datang awal. Diorang seboleh boleh taknak. Aku siap sukarela kalau diorang takut aku datang rumah masing2 gerak sama-sama. Diorang still reject. Jadi aku biarkan. Dan esoknya aku rancang nak datang lagi awal. Sebelum 5.30 aku dah gerak dari rumah. Mak aku terperanjat dia cakap awal lagi ni. Rasanya dalam 5.15. Jadi aku keluar pagi tu. Hujan gerimis aku bawa payung sambil jalan laju. 5.25 gitu aku dah sampai dalam kelas.

Mula-mula aku memang tak sabar. Tapi lepas sampai sekolah. Oh btw aku masuk ikut pintu pagar belakang. Kalau ikut depan aku kena pusing jauh. Pintu pagar belakang tu pukul 5 dah buka kalau tak silap aku. Jadi sampai dekat pintu pagar tu aku berhenti kejap. Aku nampak gelap belakang tu. Nampak bangunan sekolah aku yang gelap. Sekeliling aku gelap juga. Waktu tu aku dah tak sedap hati. Hujan pula makin lebat. Tapi aku gagahkan dan melangkah masuk. Pertama kali dalam hidup aku waktu datang awal aku rasa sekolah tu betul betul gelap. Biasanya aku tak fikir apa dan terus pergi dekat blok kelas aku.

Jadi aku jalan laju dan terus pergi bangunan kelas aku. Waktu nak naik tu aku check jam. 5.35 “ini kalau aku masuk kelas, dalam 5.40, tunggu budak ni dalam 6.30 atau 6.50 sejam juga aku sorang dalam kelas.” Dalam hati aku berkira. Sudah, takkan nak patah balik pula. Aku pun laju naik, tingkat 1. Aku tak pandang apa apa. Cuma rasa angin sejuk sebab hujan. Tingkat dua pula kawasan bilik guru. Aku biarkan juga tak toleh langsung. Dan akhirnya tingkat 3. Gelap. Kelas aku dekat hujung koridor. Aku jalan lintas satu kelas. Kelas yang pertama aku lalu, aku terpandang ada orang tengah duduk bergelap. Allahu, nak menjerit aku. Lalu kelas lagi satu sama juga ada orang duduk dalam gelap. Tangan aku ni dah gigil. Sampai kelas aku, aku nampak ada kelibat diri depan meja aku. Lagi sorang pula duduk.

Aku dah nak jerit ni. Mula mula aku fikir nak lari, tapi kaki aku lemah cuma mampu jalan perlahan. Aku pun tolak pintu aku slow2 tak pandang arah meja aku dan pergi dekat suis sambil buka lampu kipas semua. Lepastu aku slow2 pusing belakang. Tengok takde siapa. Aku tarik nafas lega kejap. Sebab aku takut pergi dekat meja aku. Jadi aku duduk dekat meja dekat dengan pintu. Pada aku senang sikit lari kalau ada apa apa. Hujan dekat luar tu memang dah makin lebat. Baru je aku duduk. Prang! Bunyi almari dalam stor kelas aku macam ada orang tendang. Lepastu berhenti. Then bunyi orang tampar2 pintu pagar stor tu. Aku memang nak lari tapi kaki aku taknak gerak. Yang paling takut. Tiba2 guruh dan lampu klas tu terpadam. Tiba2 aku nampak nampak dalam kelas aku penuh orang duduk gelap dan tak bermuka. Tangan,kaki mata aku semua rasa macam kaku. Sebab terperanjat jadi macam koma, kaku tak bergerak langsung.

Lepastu dalam pukul 6.30 kawan kelas aku datang. Baru aku sedar. Dia bawa aku pergi jumpa cikgu. Waktu tu kaki aku dah menggeletar. Muka pucat. Basah baju. Tangan sejuk. Lidah terkelu. Cikgu punyalah takut dia bawa aku hospital terus. 3 hari aku kena tahan. Sebab trauma. Sampai sekarang kalau aku ingat tu aku masih takut lagi.

Terima kasih semua sebab sudi baca.

5 comments

  1. heran betul aku. apsal la datang awal2 ke sekolah kalo dah rumah ko cuma 15 minit dr sekolah.sah2 ko tak solat subuh ari2 kan…

  2. Awal naw masuk kelas, kalau aku sekolah start 7.30 pukul 7.15 dari rumah. Tak kuasa nak datang awal. Hahaha. Cari naya tu datang awal sangat, gelap lagi kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *