Di Tegur PENGHUNI

#SeramRamadhan.
Assalamuilaikum guys, dan tak lupa juga terima kasih admin fiksyenshasha kalau cerita ni di pilih. Cerita yang bakal aku cerita berlaku di bulan ramadhan. Ni pertama kali aku nak sampai kan cerita. Jadi kalau ada tersalah type, yang terlepas pandang aku minta maaf. Nama panggilan aku, Shah. Umur dah masuk 24. Still bujang, Haha. Dan dalam watak aku nak cerita kawan baik aku, Zul (Nama panggilan). Okay dah panjang intro aku mulakan cerita.

Sewaktu aku masih lagi berumur 18, masa ni kalau tak silap aku tahun 2010. Baru lepas exam spm. Macam biasa, mengagur cari kerja. Sampai waktu bulan ramadhan, zul mengajak aku untuk bekerja dengan dia di pasar ramadhan. Aku pon ON lah, sebab nak guna duit untuk beli baju raya. Tak kan nak harap duit mak ayah aku. Aku percepat kan cerita.

Satu hari ni, selepas berbuka puasa. Tengah dok sedap tarik rokok sambil layan phone, zul bersuara.

zul : Shah aku bosanlah, Jom pi masuk dalam gua bukit ch*****. Lagipon apa nak takut, kan bulan puasa. Kalau bulan biasa kot la orang tak berani masuk. Mana tahu kalau jumpa harta, raya tiap-tiap hari kita. Haha.

Jadi aku pon berfikir, betul juga cakap zul. Bulan puasa bukan ada setan. Di sebab kan malam tu aku dah habis kerja, aku pon ikut cadangan dia. Kami ada mengajak kawan seorang lagi, tapi dia tak mahu ikut. Ada kerja lain katanya. Jadi kami berdua saja yang pergi. Kemas barang berniaga semua, aku balik mandi sekejap. Tepat pukul 12 setengah malam zul datang jemput aku di depan rumah. Jarak bukit yang nak dituju dengan rumah aku dalam 20km jgk la. Sampai saja di jalan kecil nak masuk gua tu, bulu roma aku cering dah beb. Mungkin sebab sejuk aku buka tingkap time tu atau mungkin ada benda lain nak jadi. Akhirnya, sampai juga di depan pintu lubang gua. Sebelum zul matikan enjin kereta, dia buka highbeam untuk tengok kot ada orang lain ke apa. Tapi memang tak ada. Selalu kalau ada orang datang gua ni, mereka tak berani masuk sampai kedalam. Hanya duduk melepak atau dating di luar sahaja.Selepas ambil barang dalam kereta. Kami masuk dengan memberi salam.

zul : Assalamuilaikum, pakcik kami nak masuk tengok kot ada barang kemas kami nak curi. Huhu.

Zul seakan mencabar penghuni di situ. Tapi aku hanya diamkan diri. Sebab aku tahu, tempat macam ni memang ada penghuni dari zaman berzaman. Jadi kami teruskan berjalanan. Gua ni agak dalam jugalah, sebab memisahkan Malaysia dan Thailand. Kami berjalan dah 1km lebih aku rasa, sebab rasa dah agak jauh sampai lenguh lutut ni. Dan akhirnya sampai juga di penghujung gua ni. Kalau nak diikutkan bukit ni memang panjang, tapi gua ni sampai sini saja yang dapat orang lalu kalau masuk. Kami berhenti rehat kejap borak-borak kosong.

zul : Buat letih je weyh masuk dalam ni. Bukan ada apa pon. Dah lah busuk bau taik kelawar pulak tu.

Aku pon ajak zul balik semula. Sebab dah hampir sahur time tu. Sampai je di hujung gua, boleh nampak kereta. Tiba-tiba dengar bunyi orang meminta tolong. Tak kuat suara tu, tapi cukup buat kami pucat. Lari masuk dalam kereta nak hidupkan enjin tak boleh. Aku pon sedap kan hati je cakap sebab enjin sejuk kot. Mau tak mau, kami kena keluar juga. Kalau tangki air kereta habis ke apa tak tahu. Suara yang tadi minta tolong dah hilang tak dengar. Waktu kami di depan kereta tu, dengar suara menegur kami berdua dari belakang.

“Lain kali kalau datang rumah sesiapa, kena ada adap sopan ye saudara.”

Memang aku dan zul dengar jelas. Macam suara makcik. Kira suara perempuan yang dah tua lah. Tanpa tengok ke arah belakang, zul tutup bonet kereta terus lari masuk dalam kereta. Memang time ni aku pon mandi peluh habis walaupon buka aircond paling sejuk. Jantong macam nak luruh dah, haha. Baca bismillah sekali start kereta hidup. Lega habis beb time ni. Lepas buat reverse tanpa tengok dalam gua tu. Terus menuju keluar dari kawasan bukit tu. Kami singgah sahur kat kedai mamak dulu. Tapi zul muka dah memang pucat habis. Dia tak makan pon. Aku sorang je yang makan sambil borak pasal tadi. Esok nya kedai tutup, aku pergi rumah zul tengok dia demam. Dekat seminggu juga baru dia sembuh dan berniaga macam biasa.

Kisah aku sampai sini saja. Kalau tak seram sory la sebab aku cerita tak pandai nak tambah-tambah. Yang baca terima kasih.
Assalamuilaikum.

shah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Di Tegur PENGHUNI”

  1. Cabul giler mulut. Nak mencuri la, busuk taik la. Kalau orang kau kata gitu pun blh kena maki. Kira nasib baik la jumpa bunian yg baik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.