‘Dia’ Datang

#Salmah_ ‘Dia Datang’
‘Dia Datang’

Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada peminat tegar FS. Aku kali pertama menulis untuk FS. Aku salah satu peminat tegar FS. First sekali aku ingin mengucapan ribuan terima kasih kepada FS jikalau cerita aku dipublishkan. Banyak kisah – kisah yang menarik serta seram dan tak lupa juga memberi pengajaran yang dapat aku baca membuatkan aku tertarik untuk menulis tentang ‘Dia Datang’. Aku tulis ni ada sikit bahasa formal gan lorat (loghat) perlih (Perlis) kalau hampa tak paham nanti cari sorang kawan orang perlih suruh depa translate, hahahaha. Maaf la na klau cerita aku ni tak seram.

Nama aku Salmah, berumur dalam 20 an. Aku anak ke tiga dari lapan adik – beradik. Dalam banyak – banyak anak abah, aku la paling sering kali disapa oleh makhluk halus a.k.a makhluk ghaib. Boleh dikatakan selepas umur aku masuk 13 tahun, ada saja makhluk ghaib yang cuba nak tegur aku. Pernah sekali waktu tu dalam pukul 1 pagi, aku ni pesyen (jenis) yang suka tidur lewat la. Hari tu pulak hari sabtu ada tayangan movie tengah malam tv3, cerita perang ‘Rambo’ bak hang tunggu apa la. Apa lagi aku berjaga sampai tengah malam kes semata –mata nak tengok cerita perang.

Elok – elok tengah syok tengok cerita boleh pulak nak terkencing. Tak apa la nasib baik waktu tu tengah iklan. Lepaih tengok tengah iklan, aku tunggu apa lagi pecut pi bilik ayak (toilet) buka pintu luas bak hang. Bilik ayak pulak belakang rumah (rumah kampung selalunya bilik ayak kat luaq). Waktu ni tak pikir apa lagi kira nak kencing ja, tengah dok kencing tiba –tiba dengaq suara orang lelaki dok bersembang belakang bilik ayak. Aku tengah pikiq sapa pulak yang dok bersembang tengah – tengah malam ni. Disebabkan aku tak tau makhluk jenis apa, so aku bagi nama. Lelaki yang mula cakap tu Leman dan kawan dia Hassan.

Leman : Saan hang baru mai ka? Hang dari mana?
Hassan : aku baru balik keja. Awat, pasaipa?
Leman : jom kita pi perkena ayak.
Hassan : ayak apa malam – malam ni?
Leman : la ayak apa lagiiiii……. D***h laaaaaaa….. D***h laaaaaaa, heheheheheh…. ( yang part hihihi ni bak hang seram)
Hassan : jommmm, akuuu…. sukaaaaa… heeeheeeheeeheeehee (panjang gila pulok tu)

Suara garau nak mampuih, meremang bulu tengkok aku. Dalam rumah aku mak, kak ngan adik perempuan aku semua dah tido. Abah, adik ngan abang aku keluaq mana ada kat rumah (bak kata waktu tu geng perempuan ja yang ada kat rumah, geng laki – laki mana ada). Lepaih teringat abah, abang ngan adik lelaki aku tak ada kat rumah. Tunggu apa lagi bak hang, lepaih dengaq macam tu, aku lempak (baling) cebok (gayung) lepaih belah mana aku pun tak tau.

Seluar aku tarik sampai atas pusat macam mr. bean dok tarik seluar tido sampai atas pusat. Hampa boleh bayangkan kot. Waktu tu yang aku tau, aku lari rasa macam tak jejak tanam. Kalau lawan lari ngan usop wheelchair ni sah aku yang menang lah. Dah masuk dalam rumah tu, tutup pintu tak dak nya slow dah. Bang!!!!. Waktu tu ingatkan dah selamat dah, dok lagi bak hang. Jantung dok bunyi Duuk. Daak!!!.. Duuk. Daak!!! .. Duuk. Daak!!! macam nak luruh.

Aku ingatkan dah tak ada dah, ada lagi bak hang. Boleh pulak Leman dengan Hassan cakap,

“Hai ada kat belakang pintu ka?” (Tang ni seram bak hang).

Lepaih dengaq macam tu, tunggu apa lagi pecut lagi aku, kalah orang lari 100 meter. Last kali aku lari pi tido dengan mak aku. Nasib baik mak aku tak terjaga waktu tu, hai maklumlah lari tak jejak tanam. Tak ada bunyi la, hahhaha. Aku tarik selimut kelumbung muka. Waktu ni semua tido depan tibi (television bak kata orang putih). Remote control nasib baik ada kat sebelah aku ni. Lepaih dah jantung aku ni dah tak kuat dah bunyi aku slow bunyi tibi. Lama aku dok dia, dok dengaq ada lagi dak suara tu. Hampeh!! Sampai aku tertido nak dengaq suara tu, tak dak pulak depa dua nak bercakap.

Esoknya aku habak dekat mak ngan abah aku.

Aku : Mak, Abah semalam kan cek dengaq ada orang dok sembang nak minum d***h, suara macam suara jantan.
Abah : Dah tu awat tak suluh tengok, kot – kot orang ka?
Aku : tak mau cek. sat gi dia mai cekik cek mampuih tang tu sat gi.
Mak : tu la hang!! Jadi burung hantu lagi.. tengok hantu mai tengok hang dah bru tau akai (akal). Nasib baik dia usik ja.
Aku : baik mak, cek tak mau tido sayot (lewat) dah.

Ambik bak hang kan kena ceramah dengan mak dah. Abah aku ni sempoi sikit, dia nak suruh aku berani. Tu yang dia dok ajar aku suruh pi tengok apa benda. Aku ni nak kata penakut sangat dok jugak, nak kata berani sangat pon dok jugak. Kira senang – senang la aku ni dok tang tengah – tengah la. Lepaih pada hari tu dalam seminggu kot, aku tak tido sayot dah. Tobat dah tak mau tido lewat dah, lepaih seminggu tu, aku buat balik, hahahahah. Next time, bila orang tua – tua nasihat tu dengaq la. Jangan dok ketegaq sangat, jangan ikut aku, hahahahaha.

Sekian saja dari aku
-Salmah-

Salmah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “‘Dia’ Datang”

    • Assalamualikum dan salam sejahtera kpd peminat FS. Ni first time aku menulis setelah jadi silent reader. hehe. Ok nama aku Sha( bukan nama sebenar). Aku nak cerita pengalaman aku sewaktu di bangku sekolah. Time tu aku baru 15 tahun ye anak-anak. And now, aku baru 21 tahun.
      Aku dulu duduk asrama since tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Dalam satu dorm aku tu ada 16 orang termasuklah senior dan junior, kiranya campur student lah. Sekolah aku sekolah agama and dalam kawasan kampung tp tepi jalan raya. Kiranya malam2 kau boleh tengok kereta motor lori sepupu sepapat dia lalu lalang lah ek. Boleh bayang tak?
      Malam tu malam jumaat, lepas bacaan yasin then solat isyak, semua student asrama bebas lah nak buat aktiviti apapon . Ada yg buat rivision, siapkan homework , membawang pon ada ye , jgn igt sekolah agama tkde yg membawang. hiks. Tapi aku takda dalam list semua tu ye.
      Aku selalunya lepak dengan kawan2 kalau malam free macam tu yalah esok cuti kot. takpayah la nak tunjuk rajin sangat kan (maaf kawan2 tkda niat nak mengata). Aku nak naik dorm yg mana dorm aku tu di tingkat 2, so aku ajaklah kawan aku ni Mimi (bukan nama sebenar) temankan aku naik atas. Aku memang penakut sebab sekolah aku tu tiap2 tahun jd histeria dan takpernah sekali pon takda student yg tak kena histeria ( takda lah sampai satu sekolah) .

      Aku” Mi. jom teman naik dorm, nak ambik duit. nak pi coop (koperasi) .
      Mimi” jom”
      Bila dah sampai dorm ,semua floor dari tingkat bawah sampai atas ja yg buka lampu tangga dgn lampu floor. lampu dorm takboleh buka kalau takdak student. Tapi malam tu floor aku ja takda student lepak kat dorm weh. Kau rasa? Dah buang tebiat ke macam mana? Aku buat bodoh ja la time tu sebab Mimi ada belakang . Aku masuk ambil duit dalam loker yg mana loker aku tu sebelah pintu . Lepas ambil duit tu aku nak keluar lah tengok2 si Mimi tu takda kt belakang. Ya Allah! nak terlucut jantung aku masa tu. Lepas tutup lampu semua aku jalan laju2 mmg takkan slow lah gila apa sorang2 kat situ. Aku pon taktau masa mana budak Mimi tu takda kat belakang.
      Tengah jalan laju2 tu tiba2 aku dengar ada org mendengus and panggil nama aku kat belakang. suara tu bukan suara kawan2 aku sebab pelik suara tu. Tiga kali benda tu panggil nama aku. Aku apa lagi pecut sampai tangga floor bawah terus aku terjun ( skip anak tangga ketiga dari bawah) . Yg si Mimi tu boleh ada kat bawah dgn makguard siap tanya aku kenapa aku terjun macam org nak b***h diri. Tapi aku diam ja tak bagitau pon,, ye la kang takut pulak makguard tu nak round kunci jam nanti. Aku tanyalah Mimi kenapa dia tinggal aku kat atas sorang2.Dia cakap dia takut pastu dia naik sampai tangga floor pertama ja .Dia lagi hantu dari hantu2 lain.Terpaksa lah dia tinggal aku kat atas.

      Tu ja pengalamn dari aku. Sorry kalau tak seram
      mana.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.