Dia ke yang jaga aku?

Hai assalamualaikum pembaca FS. Okay aku harap admin terima lah kisah aku ni. Sorry bahasa agak kasar “aku, kau” supaya mudah aku nak bercerita. Cerita ni agak panjang so terpulang lah nak baca atau tak. Hehe. Kisah yang aku nak cerita ni adalah pengalaman aku masa zaman aku belajar dulu. Macam biasa lah, duduk di hostel tu memang lumrah kalau tempat belajar jauh dari kampung halaman. Tapi aku tak, kolej aku dengan rumah atok aku berhadapan je. 20 langkah macam tu dah sampai pintu pagar kolej, tapi still juga mak ayah aku sumbat aku masuk hostel . Kisah tak berapa seram aku dekat hostel banyak juga lah. Aku akan cerita kisah aku di hostel dan di rumah atok aku. Okay jommm!

Okay yang pertama, bila duduk hostel wajib lah kan setiap kali masuk waktu akan kena turun surau. Waktu subuh tu kawan aku sara beria ria kejut aku tapi aku buat pekak je sebab mata aku mengantuk gila gila. So sebab kan aku liat sangat nak bangun time tu, sedar sedar dorm (bilik) aku dah kosong. Rupanya member dorm semua dah turun surau (Surau dekat dengan dewan makan). Aku dengan kelam kabut aku capai tudung dalam loker (almari besi) lepas tu turun ke surau. (Dorm aku tingkat 4 paling atas). Berpeluh juga aku berlari sampai ke surau. Risau juga kalau kena sembur ayat berbisa dengan senior yang perangai macam Firaun! Hahahaha.

Dalam berapa langkah nak sampai surau, aku berhenti ambil nafas dan entah kenapa mata ni tiba tiba terpandang satu pokok dekat dengan dewan makan tu, aku taktahu lah apa nama pokok tu. Tahu apa aku nampak? Aku nampak budak perempuan lengkap dengan baju sekolah menengah yang kain biru tu. Aku puas gosok mata aku , yelah mana tau aku mimpi ke apa. Tapi apa yang aku nampak memang real. Sudahhhh!! Anak siapa yang salah datang sekolah ni. Kolej aku pakai pakaian seragam, siapa pula pakai baju sekolah lusuh tu. Siap lambai tangan panggil aku pula tu. Lama juga aku perhati, tiba tiba budak tu hilang lepas lalu dari pokok tu. Sebab malas nak layan aku teruskan langkah masuk ke surau dan teruskan solat berjemaah.

Yang kedua, malam tu kawan baik aku sara beria ria suruh aku tidur. Aku ni jenis susah tidur. Dalam dorm aku ada 14 buah katil. Katil aku ni betul betul depan pintu kecemasan. Pintu kecemasan ni agak seram lah sebab banyak juga kisah seram senior duk cerita bagi kami semua takut hahaha. Okay, lepastu sedang rancak aku oncall sambil meniarap atas katil, dalam masa yang sama aku pandang pintu kecemasan dengan penuh tanda tanya. Tengah borak rancak tiba tiba aku dengar anjing menyalak. Kuat gila suara anjing tu. Mana tak kuat kalau dah berjemaah duk menyalak. (Belakang asrama aku hutan dan berbukit, tapi bila tengok hutan tu serius akan rasa tenang. Aku taktahu kenapa). Aku pun cakap dengan cik abang aku yang ada anjing menyalak sambil tu aku pandang tingkap kat belakang aku. Bila aku toleh je depan menghadap pintu kecemasan, sappppppp!!!!!! Berderu darah aku, dia muncul kan diri depan pintu kecemasan sambil badan benda tu tembus perlahan lahan ke pintu puaka tu hahaha. Muka syaiton tu takpayah tanya lah macam mana. Buruk tu hanya Allah je yang tahu. Huaaaaa ?. Dan bermula lah episod aku demam panas selama seminggu!

Last sekali, masa tu time solat subuh, kawan aku aina dan eiqa tengah gosok baju uniform masing masing dalam bilik gosok kat tingkat 3. (Time ni dorang ABC, so tak pergi surau). Lepas je selesai solat subuh aku and the geng pun naik dorm. Tiba tiba aina tegur, “weh cepat nya kau naik. Bukan ke kau baru je turun tadi. Kau solat ke tak. Dah lah turun siap pandang kami macam nak ajak gaduh”. Time tu aku dah nak nangis. Aku bagitahu dorang apa yang dorang nampak tu bukan aku tapi “Dia”.

Hari yang sama (waktu malam), kita orang akan buat statistik kat ruang tv. Tengah aku berborak dengan kawan aku, tiba tiba aku nampak makhluk Allah. Dia pandang aku sambil merangkak, kepala dia senget senget pandang aku. Aku cuba nak bagitau kawan aku tapi aku kaku. Lepas kawan aku tepuk bahu aku, baru aku boleh bercakap. Tapi aku tak cerita lah kat dia. Tak pasal ada pula yang kena histeria. Hahahaha.

…………………………………………………………………………………

Okay ni kisah aku dekat rumah atok aku. Masa ni aku dah tak duduk hostel sebab ada masalah. Kat rumah atok aku duduk bilik makcik aku yang dah berpindah ke Perak. Bilik tu besar juga lah dalam anggaran 20×20 (siap ada bilik air). Kira beruntung lah dapat bilik tu. Heheheh. Hari first aku jadi budak outsider rasa bangga lah juga hahahaha. Tapi bila hari first tidur rumah atok aku sebagai penduduk tetap bilik tu, macam macam aku kena malam tu.

Tepat pukul 1.30pagi, wan aku hantar whatApps, “jangan lupa pasang surah AlQuran dalam radio tu ye, wan dah letakkan Cd dalam tu”. Aku pun ikut jelah arahan. Pukul 2pagi aku rasa tak sedap hati tapi mata aku mengantuk. Sedang aku nak terlena tiba tiba aku dengar orang ketawa betul betul depan muka aku. Suara dia nyaring gila. Aku tersentap, bila tengok radio dah terpadam. Allahuuuu, dugaan apa ni.

Sebab taknak nampak aku ni penakut aku pun sambung tidur, “tap tap tap”. Siapa pula lah yang rajin ketuk tingkap bilik ni. Bila aku buka mata, badan besar hitam berambut panjang tengah tenung aku dalam gelap yang diterangi lampu luar yang samar samar. Ya Allah, aku nak nangis tapi aku malu nanti hantu tu kata aku penakut hahaha. Aku capai phone terus whatApps sara “weh sara tidur dah ke?  Hantar kat aku surah surah yang boleh bagi hantu lari”. Selang berapa minit chat masuk. Alhamdulillah sara hantar audio kat aku. Bila aku buka audio tu aku rasa nak maki. Tahu apa dia hantar?  Lagu nasyid wehhhhh!!!  Pejadah hantu nak lari kalau dengar lagu nasyid!  Hawau gila perangai hahaha. Aku tenangkan diri dan terus tidur.

Lepas tu pukul 4pagi aku tersedar semula. Aku dengar orang duk cakau pintu bilik. Bila aku buka mata je, benda tadi tu betul betul berdiri depan pintu bilik. Kali ni aku dah tak tahu nak buat apa. Aku mampu baca bissmillah je. Aku lupa semua surah yang aku hafal. Aku terjaga sampai kepagi kauuu. Nak solat subuh pun aku tak berani nak turun katil hahahaha.

Dalam masa sebulan juga lah aku kena kacau dengan syaiton hitam tu. Bila aku tanya atok aku, jawapan dia mudah. “Tu pak itam, dia nak jaga awak je tu”. Aku pelik juga, atok aku ni ada saka ke hahahah. Bila aku tanya mak aku pasal saka mesti mak aku marah. Bila aku ajak pergi berubat beribu alasan dia bagi. Tapi aku pernah dapat mimpi, dia kata “aku yang jaga kau”. Persoalan aku, hantu yang aku nampak selama ni ke penjaga aku? Okay itu jelah cerita yang aku nak sampai kan. Kalau tak seram sorry ye. Assalamualaikum.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. kot ye pun nk jaga awat muka menakotkan?sah2 lah kita takut..jelma lah elok2 sket rupa..tp kalo kena kt aku pun mmg aku dah bertempiaran lari..tu pun kot mampu nk lari..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.