“DIA” Marah Sebab Ganggu Kawasan Mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di ruangan FS. Aku tergerak juga nk share cerita seram aku masa study dahulu. Maaf kalau tak seram bagi anda yang membaca. Tp seram bagi aku yang mengalaminya sendiri. Cerita yg aku nk kongsikan ni berlaku 9 tahun yang lalu, semasa aku belajar di Politeknik Kuching, Sarawak tahun 2007 (last semester). Masa tu aku dapat hostel blok B (Perempuan) Blok baru, sebelum ni pelajar perempuan dan lelaki guna blok lama. Dengar-dengar Blok lama memang seram. Tp yg aku nak cerita ni blok baru.

Suatu hari tu, aku aku terdengar budak-budak bercerita dekat luar bilik mandi tentang warden nak letak tv dekat bilik stor yang tak digunakan tu. Mean bilik stor tu dijadikan sebagai bilik ruangan menonton tv untuk budak-budak asrama. Happy giler dorang ni. Zaman kami tak layan cerita korea ok. Kami layan cita mexico, pilipin, hindustan dan cerita indon je. Bilik stor tu memang panjang dan luas, cermin tingkap sepanjang bilik dan ada 2 pintu yang agak jauh kedudukan antara satu sama lain.

Cuti semester bermula, masa tu cuti 2 minggu je, so aku bercadang nak habiskan cuti di hostel je. Nak balik jauh. Naik bas pun 12 jam baru sampai. Lagipun malas nak susahkan ayah kirim duit untuk aku beli tiket bas balik ke sana.

Minggu tu hostel memang sunyi sepi. Suasana dekat lobi pun lengang je. Xde budak-budak junior melepak bergosip sambil bawa buku nota. Acah-acah nak study. Budak2 hostel yang tinggal tak banyak masa tu. Dekat kawasan bilik kami adalah 2-5 bilik yang berpenghuni. Malam tu aku dgn roomate aku yaya plan nk pegi tengok cita dekat bilik TV. Siang hari tu kita org dah siap2 beli makanan untuk kudapan smbil layan tv nanti.

Selepas selesai solat isyak aku dan yaya gerak ke bilik ruangan tv. Perjalanan ke bilik tu mmg jauh. Kena lalu satu koridor yang agak panjang (lalu 10 buah bilik), view koridor pulak tak berapa nak menyenangkan sebab kawasan hutan. Dengan lampu sepanjang koridor yg sekejap tutup dan sekejap buka. Sakit hari pulak aku bila terkenang.

Tp sbb x fikir nak terkena malam tu. Memang tak ambil kisah. Bila sampai bilik tu, suasana memang seram sebab gelap je dalam tu. Terasa pelik sbb dari jauh tadi dengar mcm ramai je bunyi budak yang melepak tengok tv dalam bilik tu, siap aku nmpak ada cahaya lampu dari bilik tu dari cermin-cermin yang tak berlangsir. Masa tu perasaan aku dah semacam. Tp aku abaikan sebab nak layan drama hindustan.

Aku mintak si yaya on lampu. Masa yaya on lampu tu, agak terkejut jugaklah aku sebab ternampak kelibat budak berlari keluar dari pintu belakang (pintu yg aku dan yaya masuk pintu depan) dan pintu tu terhempas dengan kuat.

Tp aku cepat-cepat buat lawak dengan yaya, yang angin kuat efek dari kipas yg menyebabkan pintu bertutup. Aku tanya bukak kipas no. berapa, berdekah jugak yaya ketawa dan jawab dia bukak kipas no.5. Aku pun senyum jugaklah. Tapi dalam hati aku ni mmg dah semacam. Cuma aku diamkan sebab tak nak yaya takut.

Malam tu aku dengan yaya layan cita hindustan tv2 sampai pukul 1.00 pagi. Masa tengah kemas2 nk balik ke bilik aku ternampak macam ada something yang perhatikan aku dengan yaya dekat cermin. Bukannya aku baru perasan. Memang dari mula masuk sampai habis cerita tv aku nmpak benda tu statik je berdiri dekat cermin. Cuma aku tak ambik port sangat sebab tak nak takutkan diri sendiri jugak. Sebelum balik ke bilik aku dan yaya pergi off segala elektrik dalam bilik tu. Kalau tak kena demerit dengan warden.

Sampai bilik, yaya tiba-tiba teringat hp tertinggal tepi tilam dekat bilik tv. Memanglah budak yaya ni nk menyusahkan aku. Pujuk punya pujuk aku terpaksa patah balik ke bilik tv tu. Risau pula hp dia hilang di songlap budak lain yang ternampak hp tu nanti.

Yaya ni pula tiba-tiba ngadu kat aku yang kepala dia pening. So, sebelum pergi aku bagi yaya makan panadol supaya boleh rehat cukup. Jam masa tu pukul 1.50 pagi. Ntah kenapa kaki aku ni berat je nak melangkah sampaikan terserempak dengan kakak senior, nama dia kak Ain.

Dia tegur aku dah kenapa sorang-sorang je dekat luar ni tak tido-tido lagi. Aku mcm biasa menyengeh dan berlalu pergi je. Berbalik kepada tujuan utama aku yg nk ke bilik tv tu. Masa nak lalu koridor tu, tiba-tiba badan aku sejuk sampai ke tulang hitam. Angin xde, bunyi cengkerik pun tiba2 xde. Haih! Terasa pelik dan seram sekejap. Aku lajukan langkah kaki aku, dah sampai pintu nak pulas tombol, pintu berkunci pulak. Masa aku tutup pintu tadi aku tak kunci pun. Tanpa berfikir 2 kali aku pergi try bukak pintu belakang. Yesss! Boleh, aku masuk dan bukak lampu cari mana phone yaya.

Puas aku geledah setiap inci sudut bilik tapi x jumpa. Pada sangkaan aku mungkin yaya letak dekat tmpt lain. Mungkin ada di laci almari atau di bawah bantal tidur yaya. Aku keluar dan tutup lampu. Masa nak keluar pintu tiba-tiba dengar suara budak ketawa. Jantung aku masa tu tiba2 nk melompat keluar pulak dari dada aku. Kaki kiri aku cramps secara tiba-tiba. Alahai! Masa ni jugak nak cramps bagai. Sakit-sakit pun aku kena kuat dan lari jugak. Tak pasal-pasal “dia” bawa geng serang aku. Naya aku. Sepanjang berlari-lari anak melalui bilik tv tu, sepanjang cermin tu anak mata aku nampak ada satu kelibat makhluk yang ikut sama aku berlari, nak cakap bayang aku tak mungkin sebab aku guna baju warna biru yang bayangan berlari dekat cermin tu warna putih.

Cerita aku tak habis dekat situ je malam tu. Aku selamat sampai ke bilik. Yaya dah jauh belayar dengan mimpi indah mungkin. Aku pulak tercungap-cungap dan masih bersandar di tepi almari selepas kejadian tadi. Aku pandang jam di tangan, pukul 2.15 pagi. Nak tak nak aku kena mandi. Sebab dah berpeluh. Aku jenis yang tak boleh nak tidur kalau badan melekit-lekit. Satu hal jugaklah. So aku capai towel dan pergi mandi.

Kali ni “Dia” dah siap-siap tunggu aku dekat toilet, kali ni dia pegi cuci kain pulak. Masa masuk toilet, aku tak toleh pun dekat tempat khas kami cuci pakaian (sebelah kiri). Aku terus belok kanan dan masuk bilik mandi yang hujung, sebab 2 bilik lagi kepala shower rosak so air tak keluar sangat, dalam bilik mandi ni ada 3 bilik mandi dan satu bilik untuk melepas hajat, masa tengah mandi tu aku dengar bunyi berdehem dari bilik sebelah, bilik yang bersebelahan aku mandi dihujung tu bilik melepas hajat.

So dalam fikiran aku masa tu mungkin ada budak sedang melepas hajat. Aku abaikan, masa ni aku tak fikir langsung pasal kejadian yang baru aku alami tadi, hilang mcam tu je. Mungkin sebab aku bukanlah seorang yang sangat penakut sangat (Ekk..) Selesai mandi dan pakai baju/seluar, sebelum keluar aku terperanjat dengar bunyi bekas penutup tangki air toilet jatuh dan berderai (sejenis yang diperbuat daripada tembikar dan seramik bukan penutup plastik). Terkena mini heart attack untuk kali ke 2.

Tp boleh pulak aku tanya “budak” sebelah tu ok ke tidak. Tak menyahut pulak. Mungkin “dia” ok. Masa nak keluar, agak teperanjat sebab pintu tu terbukak luas je dan xde orang. Tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang lagi. Ahhh! Sudah, “dia” mai lagi nak kacau aku. Masa tu dalam fikiran aku, aku nak cepat-cepat keluar dari bilik mandi tu, tp apakan daya masa toleh ke belakang aku nampak “dia” tengah berkemban dan sibuk memberus baju dengan slow motion nya.

Aku perlahankan langkah kaki aku, ntah kenapa aku rasa perjalanan dari bilik mandi ke pintu utama keluar tu terasa agak jauh. Memang nak menangis jugaklah dengan lutut aku yang tiba-tiba terketar-ketar. “Dia” boleh pulak syok-syok mimeng lagu apa ntah. Memang seram sangat suasana masa tu. Tiba-tiba ada bau kurang menyenangkan menusuk masuk ke dalam rongga-rongga hidung aku. Kepala pun pening secara tiba-tiba.

Aku gagahkan diri cakap dekat benda tu “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”. Masa tu aku memang dah tak larat sangat, dengan sedikit tenaga yang ada, aku gagahkan diri membaca ayat kursi untuk perlindungan aku. Ntah mcm mana tiba-tiba ada satu sosok perempuan yg mencapai tangan aku yang terkapai-kapai dek kerana sesak nafas, dalam samar-samar mata, telinga kau menangkap suara orang yg memapah aku masa tu adalah kak Ain. Aku berasa bersyukur sangat.

Keesokkan hari aku ke bilik kak Ain dan cerita kisah seram yang terjadi kat aku awl pagi semalam. kak Ain tiba-tiba menyengeh dan beritahu “patutlah hati digerakkan ke bilik air malam tadi” . Al-kisah semasa kejadian kak Ain tak boleh nak lelap langsung dan dia terbangun jam 3.45 pagi. So kak Ain bingkas bangun nak pergi mandi serta nak solat Tahajud sambil ulangkaji hafazan Al-Quran.

Nak dijadikan cerita sebelum keluar bilik dia dah kena kacau dengan jelmaan seorang nenek tua berdiri di tepi pintu tangga bersebelahan dengan bilik aku dan yaya. Disebabkan kak Ain ni dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama, benda tu perkara kecil bagi Kak Ain. Pada waktu yang sama dia nmpak aku tengah terkapai-kapai dekat pintu bilik air macam sedang berlawan dengan seseorang dari dalam bilik air. Dia cepat-cepat baca ayat suci Al-Quran yang diajarkan oleh ayahnya untuk menghalau gangguang tersebut.

Sejak dari kejadian itu, aku tak pernah pijak kaki ke bilik Tv tu lagi, aku lebih suka duduk di surau bersama kak Ain dan yaya. Bilik tu pun warden dah kunci kerana kes budak bergaduh nak tengok siaran tv yang berbeza. Kak Ain ada beritahu di sebabkan Blok yang kami diami masih baru, mungkin “benda” tu marah dan pergi menyakat kami sebab kacau kawasan dia dahulu. Wallahualam. END.

Cukup dulu berhenti disini. InsyaAllah aku akan ceritakan cerita seram lain dilain masa. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.8]
Hakak Z.M

18 thoughts on ““DIA” Marah Sebab Ganggu Kawasan Mereka”

    • Aku student dkat situ jga. Tapi blok A perempuan lah. Blok B prmpuan mmg seram sbb dkat dgn kwasan hutan dan prgunungan berbnding dgn blok A prmpuan. Time sesi jun 2019 masa minggu orientasi tu, 20 student perempuan blok B kena histeria. Aku msa tu ajk mnggu orientasi. Trpksa lah brjaga smpai 4 pgi dkat masjid. Msa tu, pnca tk tahu lgi. Lpas hbis mnggu orientasi tu, bru aku tahu apa pncanya. Dngar kata, pagar dh trbuka sbb ada yg dah trtendang tangkal msa mnggu prsediaan orientasi plajar bru. Skrng ni, pihak masjid dh seal baliklah pagar.

      Reply
    • Aku student dkat situ jga. Tapi blok A perempuan lah. Blok B prmpuan mmg seram sbb dkat dgn kwasan hutan dan prgunungan berbnding dgn blok A prmpuan. Time sesi jun 2019 masa minggu orientasi tu, 20 student perempuan blok B kena histeria. Aku msa tu ajk mnggu orientasi. Trpksa lah brjaga smpai 4 pgi dkat masjid. Msa tu, pnca tk tahu lgi. Lpas hbis mnggu orientasi tu, bru aku tahu apa pncanya. Dngar kata, pagar dh trbuka sbb ada yg dah trtendang tangkal msa mnggu prsediaan orientasi plajar bru. Skrng ni, pihak masjid dh seal baliklah pagar.

      Reply
  1. Gangguang ? mung ni orang tranung eh? HAHAHA. Anyways, story kau gempak la. Hantu basuh kain ni yang seram ni 😭

    Reply
  2. Rase nk bebel je kat author ni sbb dh kene gangguan blh pulak pegi mndi..mmg laa semua org xley nk tido ngan berpeluh2 tu…jgn laa cri padah..bru lps kene kan…hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.