‘Dia’ Menumpang…

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Cerita yang aku nak share ni pendek saja and mungkin bagi korang seram mungkin tidak tapi tak apa aku just nak share experience aku untuk bacaan korang. Ok ceritanya bermula begini. Kejadian ni berlaku pada bulan lepas. Masa ni aku dan classmate aku Balqis (bukan nama sebenar) keluar dinner berdua saja since kawan-kawan kitorang yang lain busy siapkan assignment di hostel masing-masing.

Maklumlah kitorang ni student. Kitorang study di sebuah private college di Negeri Sembilan (tempat dirahsiakan). Ok di sebelah kedai yang kami dinner ni ada sebuah gereja. Keadaan gereja yang gelap tidak berlampu membuatkan aku rasa macam ada something yang memerhati. Aku cakap pada Balqis namun dia hanya menyuruhku agar tidak ambil pusing. Seumur hidup aku, aku cuma dengar cerita-cerita orang dan dapat ‘rasa’ saja apabila menyentuh bab-bab benda ghaib. Aku tak pernah nampak even sekalipun.

Tapi Balqis ‘gifted’. Dia selalu dah nampak benda-benda tersebut. Dia sudah lali. Around pukul 10.40 malam kitorang sudah siap makan dan ketika on the way balik ke hostel, aku dan Balqis sedang karaoke dalam kereta. Kitorang menyanyi lagu ‘Blank Space’ by our queen Taylor Swift. Bayangkan kitorang berdua pun jadilah memekak dalam kereta tu hahaha. Tiba-tiba kitorang perasan lampu tengah dalam kereta berkelip. Alaaa lampu atas kepala tu. Itu menandakan ada pintu yang tak bertutup rapat tapi aku fikir itu mustahil sebab biasanya sebelum gerak kemana-mana aku akan check semua pintu.

Kemudian aku tengok logo pintu tak menyala pun. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku pandang Balqis, Balqis pandang aku. Dia terus berhenti menyanyi dan senyap. Tak lawak weh dahlah time tu kitorang betul-betul lalu tepi kubur cina. Dengan keadaan gelapnya, sunyinya. Padahal awal lagi pukul 11 pun belum. Aku memberanikan diri untuk melihat seat belakang. Dalam hati aku minta supaya tak adalah yang menumpang. Fuhhh lega rasanya bila takde ‘benda’ di seat belakang namun aku terus drive and drive.

Kitorang senyap saja tak memekak macam tadi dah. 5 minit kemudian, tiba-tiba lampu atas berkelip semula. Bukan sekali tapi dua kali! Aku sekali lagi memberanikan diri untuk tengok belakang tapi tiada apa-apa. Time ni Allah saja yang tahu betapa kuatnya jantung aku berdegup. Kencang. Aku dah mula berpeluh padahal aircond kemain sejuk lagi. Aku tengok Balqis senyap habis dan pandang luar saja. Aku tahu dia dapat rasakan something. Aku kenal dia. Tapi memang taklah aku nak bersuara time tu juga. Aku nekad sampai hostel nanti barulah aku tanya dia.

Sampai saja di simpang tiga, aku belok kanan untuk masuk dalam hostel area dan time nilah lampu atas berkelip sekali lagi dan tiba-tiba Balqis bersuara menyuruhku singgah kedai, jangan balik terus katanya. Aku menurut saja dan drive sampai depan 7e. Lepas park kereta, aku menarik nafas lega kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku pada kami. Balqis juga turut melakukan perkara yang sama. Selepas itu, Balqis menepuk-nepuk bahuku untuk ‘cool’kan aku. Sebelum aku sempat bertanya, Balqis terlebih dahulu menceritakan semuanya.

Katanya, time di kedai makan tadi semasa aku tengah bayar, dia ternampak kelibat misteri di gereja itu. Kelibat tersebut fizikalnya tinggi, gempal, dan berambut panjang. Dia tak dapat melihat wajah kelibat itu kerana faktor keadaan gelap yang membataskan penglihatannya. Selepas itu dia mula rasa tak sedap hati dan terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Ceritanya lagi, dia nampak kelibat misteri itu berada dalam kereta setelah lampu berkelip pada kali kedua. Rupanya sangat menyeramkan. Dua biji mata terperosok ke dalam, wajahnya penuh d***h dan rambut kusut masai.

Sebab itu dia hanya mendiamkan diri dan pandang luar. Di simpang tiga tadi barulah kelibat tersebut keluar dari kereta aku ceritanya lagi. “Habis kenapa kau tak nak balik terus?”, tanyaku. “Orang tua-tua pernah kata kalau keluar ke mana-mana jangan balik terus. Mungkin ‘benda’ tu mengikut”, kata Balqis. Jadi kesimpulannya untuk mengelakkan makhluk-makhluk Allah yang tidak diundang ini mengikut kita pulang, eloklah singgah mana-mana dulu.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Terpulang pada korang untuk percaya atau tidak. Tapi aku sudah mengalaminya sendiri. Kita wajib percaya bahawa benda-benda ghaib ini wujud. Namun kita tak boleh berani sangat, tak boleh jadi penakut sangat. Ingatlah bahawa kita hanya perlu takut pada Allah bukan pada makhluk-makhlukNya.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

5 thoughts on “‘Dia’ Menumpang…”

  1. SAMA LAH KITA
    drive malam lampu kelip kelip dan tengah nyanyi lagu queen jugak dari freedy queen ”we are champion”
    sampai umah lampu pon m**i . dah siap park kelip kelip lagi lampunya.
    malas nk pikir terus masuk tido
    sudahnya esok keta xleh start batery kong sebab lampu tu rosak hidup je sampai padi 😉

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.