Dia Tidur Sebelah Aku

Hai FS. Thanks sebab sudi share kisah yang tak seberapa ni. Kisah ni mungkin korang rasa tak berapa nak seram sangat tapi kalau korang kat tempat aku mungkin korang rasa seram kot haha.

Okay kite start ngan cite first. Dulu masa aku form 1 aku duk asrama. Sekolah ni aku tak nak dedahkan namanye tapi sekolah ni terletak kat pedalaman Kelantan.

Aku ingat lagi time tu hari sabtu so aku kena balik asrama lepas dah habiskan masa kat rumah. Ye la Kelantan kan sekolah hari ahad. Masa tu memang aku ingat aku hari tu aku dah pack siap2 semua barang2 nak bawak pegi asrama termasuk la baju sekolah 2 pasang.

Tapi malam tu lepas abes prep aku balik bilik aku bukak la beg yang aku letak depan locker aku nak ambik baju sekolah tu nak iron sebab esoknya dah sekolah kan tapi baju aku tu takde. Bile tanya semua budak dorm aku semua cakap dorang tak tau and tak nampak pun baju aku tu. So malam tu kecoh la sikit sebabnya exco2 asrama pun datang bile dorang taw pasal tu.

Masa tu aku duk menangis atas katil. Katil aku blah atas, depan katil ade locker. Salah sorang exco tu datang kat aku cuba tenang kan aku then dye keluar. Dalam masa aku duk menangis tu aku pandang katil depan. Aku nampak kawan aku tengah panjat nak naik katil atas pastu tibe2 dye jatuh dari katil tu. Masa dye jatuh tu aku nampak macam ade benda yang tolak dye tapi aku tak tau ape sebab mata aku blur sikit time tu. Ye la dah berjam2 aku menangis. Tapi sumpah ade benda yang tolak dye and cara dye jatuh tu pun pelik. Pastu kawan aku yang jatuh katil tu malam tu dikejarkan ke hospital sebab tangan dye patah.

Pastu malam tu macam2 jadi. Masa tidur tibe2 bunyi anjing duk menyalak. Tak tau mana datang anjing tu. Pastu lepas tu ada bunyi orang main congkak kat depan katil aku. Congkak tu kawan aku yang katil blah bawah tu bawak balik asrama sebab dye nak berlatih untuk pertandingan congkak. Tapi definitely bukan dye la yang main malam tu. Kejadahnye dye nak main congkak dalam gelap kan? Esoknye kawan aku tanya aku dengar tak bunyi2 tu semua pastu hari tu jugak dye hantar balik congkak tu.

Aku pegi sekolah esoknye tu dengan pakai baju sekolah kawan aku. Baju aku pulak pagi hari khamis aku kemas2 barang nak balik rumah memang takde baju tu masa aku kemas. Pastu balik sekolah aku g asrama ambik beg tu trus balik rumah memang tak bukak dah beg tu. Sampai rumah malam tu aku bukak beg nak ambik baju tidur tengok2 baju sekolah aku ada dalam beg tu kat atas sekali. Tak tau sape yang letak. Wallahu a’lam. Sampai sekarang aku tak tau sape yang ambik baju tu and pulangkan balik, pastu ape tujuan dye ambik pun aku tak tau. Tapi lepas kejadian tu aku decide taknak duk asrama dah. Parents aku pun setuju sebab barang and duit aku selalu hilang masa duk asrama. Minggu pertama duk asrama pun dah hilang berpuluh2 hurmmm.

Okay cite kedua…cite kedua ni masa aku balik dari asrama. Masa aku balik tu mama and abah aku takde kat rumah. Abang aku je yang ada. Masa sampai rumah tengok parents aku takde tu aku sedih la jugak. Maklum la aku ni anak manja. Mama ngan abah aku g mana2 mana penah tinggal aku. Tapi sejak aku duk asrama aku redha je la kena tinggal pun huhu.

Okay aku balik tu masa nak dekat maghrib tu aku g mandi sambil basuh kasut sekolah. Okay bilik air kat rumah aku ada 2 . rumah aku ni banyak sangat bertingkat kat dalam rumah. Bilik air ni dekat2 tapi sebab rumah aku jenis bertingkat2 kan aku tak tau nak explain camne haha. Yang aku boleh explain bilik air blah atas an bawah gitu je la. Yang blah atas ni shower cam biasa kat rumah orang lain ada and blah bawah plak abah aku buat kolah. So aku mandi kat bawah sambil basuh kasut.

Masa aku duk basuh kasut ni abang aku yang mandi kat atas tibe2 panggil tanya aku balik sorang ke bawak kawan tadi. Aku jawab la aku cakap aku balik sorang je. Pastu aku tanya la kenapa kan? Pastu abang aku cakap takde pape pun saja tanya. Aku pn diam je la and sambung basuh kasut.

Malam tu bile parents kitorang balik baru abang aku bukak cerita. Dye cakap masa maghrib tu lepas dye keluar dari bilik air dye nampak budak pompuan pakai baju putih. Budak tu tinggi lebih kurang aku and rambut sama panjang macam rambut aku. Tu yang dye tanya aku balik sorang ke ade bawak kawan. Lepas aku jawab tu dye trus keluar g tengok kat ruang tamu tapi takde sape2. Pintu rumah pun kunci. Nasib baik abang aku tak cakap awal2 pasal tu kalau tak memang aku tinggal trus kasut tu haha.

Okay cite ketiga. Masa aku darjah 4 dulu aku penah join kem solat. Masa tu aku ngan kawan aku ahli termuda. Aku tak ingat camne aku boleh join tapi kem tu actually untuk budak sekolah menengah agama tapi kitorang join. Balik dari kem solat tu aku okay je. Lek je duk gurau2 ngan kazen2 aku. Masa tu kazen aku yang duk jauh semua balik sebab malam tu ade buat tahlil untuk nenek aku. Tapi lepas maghrib tibe2 je aku demam panas.

Malam tu semua orang g rumah nenek aku nak tak nak akak aku heret jugak aku bawak g rumah nenek aku sebab takde orang nak jaga aku kat rumah. Dulu jalan kampung tu gelap, takde lampu jalan lagi time tu. Kat depan rumah kitorang je ade. Lain2 tempat takde lampu jalan. So menapak la kitorang dalam gelap tu g rumah nenek aku. Tapi masa kitorang jalan tu kan aku tak rasa pun macam aku tengah berjalan. Sebabnya aku rasa ade orang pegang aku kat blah kiri and akak aku blah kanan padahal kitorang berdua je. Aku rasa masa tu kaki aku tak jejak tanah pun sebab ‘orang’ yg kat blah kiri tu angkat aku. Bile aku pandang akak aku, aku tengok akak aku pandang straight je kat depan so aku diam je la. Aku rasa kaki aku jejak tanah balik masa dah sampai rumah nenek aku.

Pastu malam tu dah balik rumah aku taknak tido dalam bilik. Aku tido kat luar ngan kazen2 aku. Then aku terjaga malam tu, aku bangun g ke dapur. Otw nak g dapur tu aku tengok pintu bilik akak aku terbukak. Aku nampak 2 orang pompuan rambut panjang kerinting2 pakai baju putih tidur mengiring atas katil tapi dua2 tido mengadap ke dinding. Pastu boleh pulak aku tercegat lama kat depan tu and boleh pulak aku g pikir tu akak aku memandangkan akak aku rambut kerinting (tapi rambut akak aku pendek) ngan abang ipar aku. Aku tak tau kenapa aku boleh pikir sorang lagi tu abang ipar aku padahal aku dah nampak dua2 tu pompuan rambut panjang. Pastu aku tak jadi g dapur aku g sambung tido balik.

Esoknye aku tanya akak aku kenapa dye tido tak tutup pintu semalam. Akak aku cakap ko mengigau ke dik? Aku tido rumah nenek la semalam. Pastu aku tanya kakak aku yang lain pun semua cakap dorang tak tido dalam bilik tu. Sampai nangis2 aku sebab aku ingat dorg tipu aku.

Kat rumah aku tu dulu2 banyak gak gangguan especially lepas akak aku yang no 5 kawen ngan abang ipar aku. Penah dulu masa tu aku kongsi bilik ngan kakak2 aku and abang aku. Satu katil tu kitorang tido 3 orang. Means aku and akak aku 2 orang, abang aku tido kat bawah.

Tapi ada satu malam tu akak aku 2 orang ni takde so aku tido sorang atas katil tu. So ade ruang kosong la tempat akak aku 2 orang tu. Abang aku plak cam biasa tido bawah. Malam tu aku terjaga around kul 2 pagi camtu aku perasan ade something tido dekat bantal hujung sekali. Kirenye kalau tadi ade 2 ruang kosong sekarang ni tengah2 tu je kosong sebab hujung sana dah ade orang. Mula2 aku ingat tu bantal peluk tapi aku ingat balik kat hujung tu ade bantal tido biasa je mana ade bantal peluk. Masa tu aku rasa badan aku tak boleh bergerak. Mata aku memang nak pandang ‘dia’ je. Aku funding sebenarnya takut dye tibe2 bergerak ke ape ke. Masa aku duk pandang tu aku perasan benda tu telinga dye tajam macam telinga toyol tapi badan dye panjang bukannya ketot macam toyol. Bile dah perati lama aku rasa makin cuak and takut.

So aku amek keputusan nak kejut abang aku yang tido kat bawah. Slow2 aku mengengsot turun katil takut benda tu perasan. Badan aku dah menggeletar time tu. Tuhan je tau betapa takutnya aku. Aku kejut abang aku tapi aku rasa nak tumbuk je abang aku tu.

Ditepisnye tangan aku pastu dye duk gerak2 ngan bunyi2 tak puas hati sebab aku kacau dye tido. Dah la bunyi selimut dye buat aku bertambah takut. Korang taw tak selimut askar yang nipis tu yang kain dye macam kain payung tu. Alaa yang kain cam orang buat baju windbreaker tu. Kalau korang tau mesti korang boleh bayang kan bunyi dye camne kan. Aku dah nak nangis dah time tu sebab abang aku tak nak bangun pastu aku rasa benda tu dah bangun.

sekali aku dengar bunyi motor and bunyi orang bukak pintu rumah. Rupanye abang aku sorang lagi baru balik melepak ntah mana ntah. So aku pun ape lagi cepat2 keluar bilik berlakon g toilet la kononnye. Pastu aku balik ke bilik aku hulur tangan je bukak lampu then aku jenguk dulu tengok benda tu ade lagi ke tak. Alhamdulillah masa aku masuk balik tu benda tu dah takde. So malam tu aku tido tak tutup lampu and aku menyempit kat sebelah abang aku hahahaha.

Sebenarnye banyak lagi kejadian2 yang jadi kat aku tapi lain kali la aku cite sebab ni pun aku rasa korang dah boring nak baca hahaha. Pastu aku rasa meremang plak masa duk menaip ni. Ntah2 dye ade kat sebelah masa aku duk menaip ni arghhhhh…

Okay sekian itu saja setakat ni. Thanks sudi baca.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *