Diari Mimpi

Assalamualaikum pembaca FS! Terima kasih sebab bagi saya share cerita dekat sini. Okay, kisah-kisah ni pasal diari mimpi-mimpi saya.

Mimpi-mimpi saya semakin kerap sejak saya ambil keputusan untuk berubat. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang saya kena hadapi sepanjang tempoh berubat.

Sebelum tu saya kenalkan diri saya, seorang perempuan dan nama saya humaira (bukan nama sebenar). Menurut perubatan Islam, badan saya bercampur aduk masalah. Ada masalah sihir, saka & gangguan bunian. Dan saya juga diberi kelebihan untuk mendapat petanda perkara-perkara buruk yang akan menimpa keluarga sama ada keluarga sebelah ayah dan keluarga sebelah emak. Di bawah ini saya kongsikan diari mimpi-mimpi saya untuk dikongsikan bersama pembaca FS. Untuk makluman nama-nama di dalam diari ini bukan nama sebenar untuk tujuan melindungi diri saya dan menjaga aib

Ada watak-watak yang saya perlu kenalkan untuk mengelakkan kekeliruan para pembaca:
CIK WAWA = mempunyai kelebihan untuk melihat benda-benda halus. Bahasa mudahnya hijab terbuka.
CIK TUN = mak cik saudara sebelah emak yang menyihir keluarga.
CIK ANDAK = mak cik saudara sebelah ayah yang menyihir ayah saya.
SUNAN HAQI = seorang bunian yang menyukai dan mengahwini saya.
NEK INDUK = nenek saudara saya yang berkahwin dengan bunian
KAK SOFEA = arwah kakak saudara sebelah emak yang meninggal disebabkan disihir oleh cik tun.

27 SEPTEMBER 2015

Saya dan CIK WAWA balik kampung emak. Kami buka satu almari. Dalam almari tu ada benda-benda ghaib. Dekat luar waktu tu ramai sangat orang. Ramai orang nak b***h saya. Ada nenek tua. Lepas tu satu kumpulan lelaki siap senjata semua sebab nak b***h saya. Saya pun lari sungguh-sungguh. SUNAN HAQI yang datang selamatkan saya. Bangun pagi rasa sakit kaki urat tegang.

29 OKTOBER 2015

Saya mimpi benda tu cakap buatla macam mana sekali pun, dia tak akan keluar. Dalam mimpi tu waktu saya, mak dan ayah nak pergi ke rumah ustaz, kami tak nampak jalan asyik pusing jalan yang sama tapi tak sampai-sampai ke rumah ustaz. Akhirnya kami sampai dekat lot kedai-kedai kosong dan dah usang.

30 OKTOBER 2015

Mimpi dekat bangunan-bangunan kosong. Main nyorok-nyorok. Ada perempuan tua yang akan cari. Dalam hati cakap kena menyorok dekat masjid, tapi ada orang yang bawak saya menyorok dekat rumah lama masuk jauh ke dalam hutan.

12 NOVEMBER 2015

Mimpi ada orang langgar kereta saya. Tak kemek tapi body kereta habis calar balar macam dicakar. Cat tertanggal sana sini padahal langgarnya tak seberapa pun.

13 NOVEMBER 2015

Mimpi majlis kahwin saya. Ramai betul yang datang rewang (gotong-royong memasak). Yang pastinya pengantin lelaki bukan orang malaysia. Foreigner macam pak arab. Berbadan tegap dan hidung mancung. Semua suku sakat dia turun. Budak-budak kecik. Putih-putih semuanya. Hantaran dia pelbagai jenis pokok. Memang grand habis majlis tu.

14 NOVEMBER 2015

Mimpi ada lembaga hitam duduk dekat depan kaki saya. Dia tarik kaki saya. Saya lari turun ke tingkat bawah tapi lembaga tu kejar. Saya menyorok dekat belakang mak ayah. Lembaga tu elok je duduk dalam bilik saya. Bangun tidur urat kaki rasa tegang. Ini lembaga yang sama waktu saya kena tindih dekat parking ofis dulu.

15 JANUARI 2016

Mimpi ada seorang lelaki ni bawa saya pergi ke masjid. Dah siap-siap ambil wudhuk, lelaki tu hilang dan waktu saya nak siap-siap pakai telekung ada lelaki masuk dalam tu dan cuba nak rogol saya. Saya lari dan tiba-tiba saya masuk dalam kawasan macam taman tapi macam hutan. Ada rumah-rumah. Rumah dia semua usang dan dalam rumah tu ada banyak binatang yang saya tak pernah tengok dan cuba hendak gigit saya.

24 JANUARI 2016

Mimpi CIK WAWA. CIK WAWA duduk sebelah saya lepas tu tiba-tiba CIK WAWA bertukar suara jadi suara garau lelaki. CIK WAWA cakap “ni..ni..ni..dalam badan ko ni..ada ni..dia memang tak nak keluar..macam ada pendinding..berlapis-lapis” tangan cik wawa siap tunjuk-tunjuk dekat saya dengan muka marah. Saya tersedar sebab tersedak. Bila sedar tengok stokin kaki sebelah kanan tercabut. Pelik pun ada sebab saya pakai stokin panjang. Tak tahu siapa yang buka stokin saya.

11 MAC 2016

Mimpi saya pergi ke rumah ustaz tapi bila dah sampai rumah ustaz, saya terlupa bawa air hujan dan limau. Lepas tu saya patah balik rumah ambil barang-barang tersebut. Waktu nak ambil barang saya hampir kemalangan dan ada satu binatang besar kuku panjang serang saya supaya saya tak dapat balik ke rumah. Tapi saya lepas dari dia dan selamat sampai rumah. Bila nak keluar balik bersama barang-barang tersebut ke rumah ustaz, saya tak lepas sebab binatang tu dah ada di depan rumah saya.

14 MAC 2016

Mimpi satu badan saya berdarah-d***h sebab kena cakar dengan benda tu. Habis satu badan dia cakar.

14 APRIL 2016

Mimpi ada seorang lelaki datang hendak b***h saya. Lepas terselamat dari lelaki tu, saya naik basikal sambil kendong mak ayah saya. Saya tak pasti ke arah mana. Saya macam rasa ke arah genting sebab jalan dia sunyi, kiri kanan hutan dan banyak selekoh. Waktu dekat selekoh tu kami hampir lima kali dilanggar lori besar.

15 APRIL 2016

Mimpi ada lelaki bagi saya makan buah durian belanda dan saya makan semua buah tu.

5 MAY 2016

Mimpi masuk dalam gua, dalam gua tu ada seorang hamba Allah tapi saya tak nampak dengan jelas muka dia. Dia cakap dia boleh ubatkan saya, saya dapat dengar dengan jelas dia bacakan ayat qursi. Lepas dia baca dia pegang saya lepas tu terus saya muntah-muntah dalam mimpi tu.

15 JUN 2016

Mimpi saya bersalin. Bayinya putih tembam. Dulu saya pernah mimpi kena rogol, lepas tu mimpi kahwin. Sekarang ni mimpi bersalin pula. Dalam mimpi tu saya bersalin normal anak lelaki.

28 OKTOBER 2016

Mimpi macam dekat dalam bangunan besar. Setiap lorong tu ada banyak bilik-bilik. Gelap je lorong-lorong tu. Cuma guna cahaya obor macam dalam cerita-cerita lama. Dalam mimpi tu saya main nyorok-nyorok dengan budak-budak.

2 JANUARI 2017

Mimpi satu pasangan suami isteri bagi saya makan ayam goreng. Saya makan ayam goreng tu dalam lima ketul. Paginya ayah saya jumpa kulit telur elok bersusun depan pintu rumah.

3 JANUARI 2017

Mimpi dikejar sesuatu. Bangun pagi ibu jari saya kebas dan tengkuk sakit.

22 JANUARI 2017

Mimpi pergi melawat NEK INDUK dengan CIK WAWA. Tapi dalam mimpi tu macam bukan rumah nek induk. Waktu borak-borak tu saya pun cakapla nak ambil gambar NEK INDUK. Tengah tangkap gambar tu memang kami nampak ramai sangat orang-orang dekat belakang NEK INDUK seperti suatu keluarga. Semua tersenyum sekali nak tangkap gambar. Banyak kali juga saya tangkap gambar tapi kamera asyik problem je. Tapi bila kamera dah ok dan dah dapat tangkap gambar, yang ada dalam gambar tu hanya nek induk seorang. Yang ramai-ramai lagi tu tak ada dalam gambar.

26 JANUARI 2017

Mimpi saya tolong seorang wanita ni cari jalan ke tempat yang dia nak tuju. Wanita tu tinggi, badan besar sedikit dari saya. Tak silap saya wanita tu sedang mengandung. Waktu kami lalu dekat kawasan ramai orang, ramai yang takut untuk dekati kami. Saya nampak wajah mereka seperti takut dengan wanita yang saya tolong tu. Dalam perjalanan nak ke tempat tersebut, saya dan dia ternampak seorang warga tua dengan muka yang hodoh di depan. Saya dah niat nak patah balik sebab takut tengok orang tua tu. Tapi bila saya pusingkan badan saya, ada seorang lelaki berjubah serba putih menyuruh saya jangan takut dan teruskan perjalanan. Lelaki berjubah putih tu tak bercakap. Dia cuma bagi isyarat sahaja. Lepas tu saya tersedar dan jam waktu tu pukul 4:44 pagi. Waktu biasa saya akan terjaga kalau bermimpi.

10 FEBRUARI 2017

Mimpi digigit ikan yang sangat besar. Hitam berkilat. Ikan tu seperti ikan keli. Dia gigit keseluruhan kepala saya. Puas saya meronta akhirnya dilepaskan cuma bisanya sahaja tak boleh ditanggalkan sebab dah tertanam dalam badan saya. Bangun pagi saya terasa belakang badan saya lenguh-lenguh dan berbisa.

12 FEBRUARI 2017

Saya mimpi kereta saya kena cakar.

13 FEBRUARI 2017

Mimpi kereta saya kena curah dengan air warna hitam.

25 FEBRUARI 2017

Mimpi seperti di kawasan pergunungan. Ada tasik lepas tu nampak ada ramai yang celup kaki dekat dalam tasik tu. Saya pun celup la kaki sama. Waktu saya celup kaki tu, baru saya perasan yang ramai-ramai orang tu semua dah kaku tak bergerak. Lepas saya perasan, tiba-tiba rasa macam kena tindih. Tak boleh nak bernafas. Terus saya bernafas ikut mulut. Lama juga benda tu sekat pernafasan saya. Alhamdulillah berjaya lawan sampai tersedar.

26 FEBRUARI 2017

Malam tadi saya kena tindih lagi. Sesak nafas. Terpikir agaknya macam ni la perasaan arwah KAK SOFEA mengadu rasa susah nak bernafas.

20 MAC 2017

Mimpi CIK TUN datang pakai serba putih. Dia cakap dia tak bersalah tapi saya tengok muka dia tersenyum sinis. Saya cakap dia tipu, dia pandai berlakon. Bila saya cakap macam tu terus dia kejar saya. Penat saya lari semalam. Sungguh-sungguh saya lari dari dia tapi jarak tu tetap dekat. Laju macam mana pun saya masih jatuh dekat dia. Seperti saya ditambat.

29 MAC 2017

Mimpi ada benda suka saya tapi dia cakap dia tak kacau teruk macam SUNAN HAQI.

5 APRIL 2017

Mimpi saya pergi ke suatu rumah. Saya buka pintu rumah tu. Saya nampak ustaz dan empat orang pengamal perubatan yang lain. Waktu saya melangkah masuk, ustaz tanya pada saya kenapa KAK SOFEA tak ikut serta sekali. Lepas je ustaz sebut arwah KAK SOFEA badan saya rasa sangat lemah dan terus jatuh. Semua ustaz yang dekat situ rawat saya termasuk ustaz. Waktu rawatan tu saya rasa sakit sangat otot-otot saya kejang dan badan rasa panas. Dalam beberapa jam lepas tu saya dah ok sedikit tapi tiba-tiba saya serang ustaz. Saya cakap pada ustaz “kau yang selalu tolong budak ni kan? Aku dah bagi banyak dekat budak ni, aku nak bagi dekat kau sedikit..aku tak boleh bagi terus, aku bagi melalui budak ni”..lepas saya serang ustaz dan cakap macam tu, ustaz macam nak pengsan tapi ustaz yang lain cakap jangan takut, kuatkan pertahanan diri kita berlindung dengan Allah.

30 APRIL 2017

Mimpi sepatutnya nak pergi tempat lain tapi sebab jalan jem ke macam mana, saya balik ke kampung emak. Masalahnya waktu perjalanan saya sihat. Masuk kampung emak saya je terus saya sakit teruk. Sakit tu boleh berjangkit dekat orang yang datang dekat dengan saya. Terus terjaga & macam biasa sakit-sakit badan.

3 JUN 2017

Mimpi ada orang cakap dekat saya jangan suka sangat, memang nampak kamu sihat tapi aku makan dalaman kamu sedikit demi sedikit. Lepas tu saya terus terjaga tengok jam baru pukul 3:33 pagi.

4 JULAI 2017

Mimpi saya dan mak dalam satu kereta bertinted gelap. Lalu dekat satu kawasan ni. Tiba-tiba anak CIK TUN datang ketuk-ketuk tingkap kereta. Saya rasa dia ingatkan kawan-kawan dia datang rumah, bila kami buka tingkap dan dia nampak muka kami terus dia lari. Dalam mimpi tu saya rasa dia malu bila nampak kami tu yang dia lari. Rupanya CIK TUN tu buat sambutan hari jadi anaknya tapi tak jemput kami semua. Waktu tu macam dah nak maghrib tu yang mak saya cakap kita singgah sini jelah solat. Saya cakap tak kan kita nak singgah jumpa CIK TUN. Disebabkan CIK TUN ada dalam rumah tu, saya cakap dekat mak, kita ambil wudhuk dekat paip luar je. Waktu tu CIK TUN tak perasan kami. Lepas je mak selesai ambil wudhuk, CIK TUN tu perasan kami ada dekat situ. Dia keluar rumah nak jumpa. Saya cepat-cepat suruh mak sembunyi dalam kereta dan saya sembunyi tepi kereta. Kereta tu macam kereta antik sultan-sultan dulu.

10 MEI 2017

Mimpi suami saya sakit. Bangun pagi terfikir kembali, sejak bila pula saya bersuami.

16 MEI 2017

Saya rasa pening kepala sangat. Rasa macam nak pecah kepala, kaki kiri mencucuk-cucuk. Lepas tu saya mimpi saya ada anak lelaki kembar tapi saya tak boleh jaga anak tu. Tak tahu sebab apa. Ada orang lain yang tolong jagakan. Dalam mimpi tu ada juga la saya nampak budak-budak sebaya anak-anak buah saya bermain. Bangun pagi buang air, rasa sakit menyucuk kt bahagian kanan perut.

2 JUN 2017

Tidur sekejap dekat ofus pun benda tu ganggu. Macam mimpi dalam mimpi. Selalunya saya tidur dekat kerusi tapi sebab belakang saya sakit sangat, saya tidur bawah meja. Saya baru terlayang, CIK TUN datang sambil gelak jahat macam syaitan. Dia datang seksa saya. Dia heret saya tapi saya memang nampak jelas benda tu berlaku dekat ofis. Saya siap merangkak mintak tolong tapi kawan-kawan ofis tak dengar dan tak nampak saya. Yang pasti keadaan saya lemah dan sakit sangat waktu tu. Akhirnya saya berjaya sampai dekat tempat admin dan minta tolong. Tu yang saya terus terjaga.

5 JUN 2017

Mimpi tercucuk duri, rambut gugur dan jadi botak, bertarung dengan ular dan kucing hutan (binatang-binatang ni keluar dari bumbung rumah) lepas tu bangkai yang saya siram dengan air pembatal sihir tu hidup balik.

6 JUN 2017

Mimpi CIK TUN datang rumah kononnya nak bayar hutang tapi lain pula yang dia hantar. Lepas tu saya dapat tangkap dia. Waktu saya nak ikat tangan dia tiba-tiba dia ilang.

14 JUN 2017

Saya kena tindih. Biasanya kan waktu kena tindih, kita boleh nampak keadaan sekeliling tapi tadi waktu kena tindih macam ada benda putih dekat mata saya. Lepas tu saya terjaga kejap dan tidur balik. Waktu tidur tu saya nampak diri saya sendiri. Dekat bahagian rusuk kiri kanan dan perut saya hitam lepas tu dekat perut tu macam ada kesan jalur-jalur seperti diikat. Perut dan belakang saya memang sakit menyucuk

7 JULAI 2017

Mimpi ada seorang lelaki ni suka dekat saya. Waktu tu saya memang nampak lelaki ni memang betul-betul ikhlas dengan saya. Lepas tu tiba-tiba datang seorang perempuan bersama dengan anak perempuan dia dan seekor gagak. Entah apa perempuan tu baca, tiba-tiba anak mata lelaki yang suka dekat saya tu jadi hitam, tak ada langsung warna putih. Lelaki tu terus jadi benci dengan saya dan nak b***h saya. Saya pun lari sekuat hati. Tapi saya perasan mana je saya lari, gagak tu dapat kesan. Bangun pagi kaki saya sakit. Kaki jadi tegang penat berlari dalam mimpi.

10 JULAI 2017

Mimpi yang saya duduk dalam satu kereta dengan ustaz. Saya tak pasti destinasinya ke mana tapi macam nak ke rumah seseorang. Ustaz yang memandu waktu tu dan kita kemalangan tapi alhamdulillah tak ada kecederaan teruk. Kereta je remuk.

12 JULAI 2017

Mimpi CIK TUN tiba-tiba datang beraya setelah hampir 8 tahun tak beraya di rumah kami. Waktu CIK TUN datang saya lari menyorok dan kunci pintu dekat bilik belakang. Entah macam mana CIK TUN masuk rumah terus je dia pergi ke bilik belakang dan cari saya. Senang pula tu dia buka pintu berkunci tanpa pakai kunci. Saya terperanjat juga macam mana dia boleh buka. Dia masuk je bilik tu cepat-cepat saya lari keluar rumah. Tapi waktu saya lari tu saya sempat toleh muka dia. Muka dia macam biasa senyum orang jahat macam dalam sinetron tu.

17 JULAI 2017

Mimpi CIK TUN datang. Dia datang dari pintu belakang rumah. Saya pandang dia. Melalui ekor mata dia, saya nampak dia pandang ke sudut-sudut rumah sambil senyum jahat.

21 JULAI 2017

Mimpi ada dua susuk tubuh yang datang cari saya. Saya tak nampak wajahnya cuma nampak bayang sahaja. Mereka cuba pukau saya tapi Alhamdulillah Allah lindung.

4 OGOS 2017

Mimpi berselisih dengan seorang nenek tua pakai serba hitam dekat lorong mana entah. Tapi yang pasti lorong tu sunyi sangat. Tak nampak muka sebab dia berselubung dengan kain hitam. Waktu berselisih, dia cakap dekat saya dia sejuk tapi saya buat tak tahu je terus tinggalkan dia. Saya rasa saya dah jalan selaju yang boleh nak tinggalkan nenek tu tapi rasa macam ada magnet yang tarik saya ke arah nenek tu. Saya rasa macam dah nak ditindih tapi nasib baik saya terbangun dari tidur. Bangun pagi ada bangkai tikus terletak elok tepi kereta saya. Saya jadi sakit-sakit badan dan selalu rasa berdebar tak menentu.

14 OGOS 2017

Mimpi pergi rumah KAK SOFEA. Macam biasa minta tumpang solat. Bila saya masuk bilik yang kedudukannya hujung-hujung saya rasa semacam. Macam ada sesuatu. Lepas tu sebelum solat saya tumpang mandi dekat bilik air atas tu. Dekat bilik air tu pun saya rasa macam ada orang yang perhati. Saya nampak macam ada budak kecik masuk dalam dua laluan ni. Laluan tu kecik je. Saya kejar budak tu tapi budak tu terlepas ikut laluan kecik tu. Lepas tu saya terus sakit dan kena masukkan air.

15 OGOS 2017

Mimpi CIK WAWA datang rumah saya. Dia cakap dekat saya hati-hati orang tu masih cuba nak b***h saya. Jangan bagi badan sejuk sangat sebab dia nak saya m**i kaku. Lepas tu tiba-tiba enjin kereta terbakar. Saya tak pasti kereta siapa. Yang saya nampak box enjin dan api. Dan pagi esoknya saya terserempak dengan CIK TUN. Dah la saya baru mimpi buruk semalam dan pagi ni terserempak dengan CIK TUN. Menggigil badan. Terserempak dekat stesen minyak. Dia betul-betul parking sebelah kereta saya pagi tadi. Nasib baik waktu CIK TUN sampai saya dah habis isi minyak. Saya sekadar senyum pada CIK TUN dan terus pecut kereta tinggalkan dia sebab saya teringat ustaz cakap jangan bagi CIK TUN tunjal kepala saya lagi.

21 OGOS 2017

Mimpi ada nenek ni datang dekat saya terus peluk saya. Sambil peluk tu dia cakap dia sakit dan nangis-nangis. Lepas dia peluk saya dia terus pergi macam tu je. Lepas tu tiba-tiba saya sampai dekat satu kawasan ni. Macam suasana kampung. Ada dua orang lelaki tapi saya tak nampak mukanya. Tapi pak cik ni memang hebat ilmu-ilmu kampung. Bertukang dia hebat, memancing dia hebat, kutip hasil hutan pun dia hebat. Lepas tu saya cakap dekat dia saya sakit pinggang sangat macam nak patah. Lepas tu pak cik tu ada bagi saya dua barang dari hasil hutan dia. Saya tak berapa perasan barang tu. Salah satu nampak macam buluh tapi tak pasti betul atau tak sebab macam samar-samar. Bila bangun rasa ibu jari kaki kebas ni pun kejap sakit kepala, kejap ok.

25 OGOS 2017

Mimpi ada di kebun getah. Bila sampai di tengah-tengah kebun, pokok-pokok getah tu semua jadi hantu dan kejar saya.

27 OGOS 2017

Mimpi ada dua orang datang marah saya sebab saya ada tolong seseorang. Yang seorang sekadar perhati, yang seorang lagi datang dan k***r tangan saya dengan pisau. Berdarah-d***h tangan saya dan dia hisap d***h yang keluar dari tangan saya tu.

28 OGOS 2017

Mimpi binatang. Tikus, lalat, lipas, cicak dan labah-labah. Setiap binatang tu ada benda. Lepas tu ada orang letak barang dekat rumah saya. Lepas dia letak barang terus dia pergi. Bangun pagi saya periksa betul atau tak ada barang tu. Yang saya jumpa bulu burung gagak sahaja. Telinga saya berdesing. Lepas hilang berdesing terus rasa sakit dekat pinggang.

4 SEPTEMBER 2017

Malam tadi saya macam rasa CIK TUN berdiri betul-betul sebelah katil saya. Dia pandang je saya. Waktu tu saya berselubung dalam selimut sebab demam panas. Puas saya baca ayat qursi dengan 3 qul. Akhirnya bayangan tu hilang.

11 SEPTEMBER 2017

Mimpi saya nampak ada satu kertas yang ada tulisan. Bila saya nak pergi ke kertas tersebut dan baca kandungannya seperti ada yang menghalang. Tiap kali saya semakin hampir dengan kertas tersebut, saya dapat rasakan yang satu badan saya seperti berpusing dan saya dibawa ke tempat lain. Berkali-kali saya cuba tapi tetap berlaku perkara yang sama. Sampaikan saya tiba di suatu kawasan tasik. Di tengah-tengah tasik tu ada satu pokok besar yang telah tumbang. Benda tu disumpah menjadi pokok selama 11 tahun. Tapi entah kenapa dalam dunia tu 11 tahun seperti 1 saat. Saya dengar dia cakap pada saya sumpahan dia dah berakhir, dia akan datang untuk balas dendam. Saya tak pasti dendam apa yang dimaksudkan.

26 SEPTEMBER 2017

Mimpi arwah KAK SOFEA. Dalam mimpi tu saya duduk menghadap arwah KAK SOFEA waktu sakaratulmaut dia. Saya nampak dia pegang seorang bayi yang dah tak bernyawa. Bayi tu hitam seperti rentung dengan mata terbeliak. Lepas arwah menghembuskan nafas yang terakhir, ada seseorang memberikan bayi pada saya. Keadaan bayi tersebut tak sama dengan bayi yang dipegang arwah. Bayi yang saya pangku tu masih bernyawa. Dan saya nampak seekor kucing hitam. Kucing tersebut hanya duduk di hadapan saya dan memerhatikan saya.

30 SEPTEMBER 2017

Mimpi saya dibawa ke satu kawasan. Waktu tu tengah hujan. Lepas hujan reda, saya nampak pelangi di atas langit. Tapi beberapa minit selepas itu pelangi tu bertukar seperti api. Lepas tu saya ada dengar suara yang marah pada saya. Suaranya garau dan besar. Dia sangat marah pada saya. Dan tiba2 ada api datang dan mengelilingi saya. Saya tak boleh lari kemana-mana. Dalam mimpi tu saya pejamkan mata dan saya cakap dalam hati jika saya ditentukan meninggal dengan cara begini saya terima qada dan qadarNya dan berserah padaNya. Lepas saya buka mata, api dan suara tadi terus hilang.

9 OKTOBER 2017

Mimpi kami sekeluarga diberikan sangkar burung. Dalam tu ada banyak burung. Ada yang terlepas dan ada yang dalam sangkar. Lepas tu ada nota dalam tu. Dekat nota tu tulis dari CIK TUN. Dia cakap dia suka sangat. Dalam mimpi tu saya nampak seekor gagak sentiasa perhatikan kami.

11 OKTOBER 2017

Mimpi arwah KAK SOFEA. Dalam mimpi tu, arwah menderita sakit. Badannya jadi kurus cengkung, rambut memutih dan tak berdaya untuk bangun. Saya peluk dia. Dia tak bercakap tapi hanya pandang pada saya. Pandangan dia seperti nak meminta bantuan saya.

12 OKTOBER 2017

Mimpi dibawa menghadiri satu jamuan makan. Semua tetamu tu saya tak kenal dan tak pernah nampak. Kalau ikutkan wajah mereka semua tu macam orang asli. Mereka hidangkan saya bebola daging. Saya makan satu cucuk. Rasa daging tu tak pernah lagi saya rasa. Rasa dia macam pelik sedikit.

16 OKTOBER 2017

Mimpi singgah makan di suatu gerai. Entah macam mana saya boleh terserempak dengan CIK TUN. Dia datang dan usap-usap belakang saya tapi saya marah dia. Saya kata buat apa usap-usap badan, CIK TUN nak tanam apa lagi kat saya. Lepas saya cakap macam tu dia marah dan terus ke dapur kedai. Waktu makanan sampai saya tak usik langsung makanan tu sebab saya tahu dia ada letakkan sesuatu dalam makanan tu. Sebabkan saya tak makan, dia hampir tikam dada kanan saya dengan benda tajam. Nampak macam gunting. Gunting tu ada 3 lipatan. Hujung mata gunting tu memang hampir-hampir nak tusuk dada saya tapi saya sempat pegang dan bergelut dengan dia. Lama juga saya bergelut sampai suatu tahap saya rasa saya makin lemah. Saya terus lari tinggalkan dia. Terus saya tersedar tengok jam pukul 1:57pagi.

22 OKTOBER 2017

Mimpi saya pergi satu tempat. Tempat tu sejuk sangat. Waktu saya nak keluar dari tempat tu tiba-tiba tempat tu berputar menjauhi pintu yang saya nak keluar.

23 OKTOBER 2017

Mimpi pergi ke satu kampung lepas tu ada orang datang dekat saya dan sembur minyak wangi. Baunya harum sangat.

24 OKTOBER 2017

Mimpi saya kena menyeberangi tasik. Ada seseorang yang ikut saya. Air tasik tu kotor dan dalam. Waktu saya meniti kat batu-batu tasik, saya hampir jatuh masuk dalam tasik tapi Alhamdulillah saya lepas cuma orang yang ikut saya tadi dia tak meniti ikut batu. Dia masuk dalam tasik tu sampai ke tepian. Lepas kami berdua berjaya seberang tasik, saya jatuh sakit. Bangun pagi ni saya rasa tekak saya perit dan satu badan rasa lenguh.

28 OKTOBER 2017

Mimpi saya solat. Waktu duduk tahiyat akhir tu tapak kaki saya terdedah sebab kena tiup angin. Lepas solat saya ke hospital sebab saya rasa tangan kiri saya lemah sampai ke pinggang. Saya tak nampak pula wajah doktor tu tapi dia cakap sekali je tak cukup untuk rawat awak. Katanya makan masa. Lepas tu saya terus tersedar tengok jam baru pukul 2 lebih pagi. Lepas saya tersedar tu saya dengar orang ketuk pintu bilik 3 kali. Saya endahkan sahaja sebab dia tak bagi salam.

29 OKTOBER 2017

Mimpi ada orang menghantar sesuatu untuk b***h saya. Saya menyorok di sebuah rumah sebab benda tu tak boleh masuk rumah tu. Bila saya keluar dari rumah tu, benda tersebut akan cuba untuk b***h saya. Saya baca ayat pendinding yang ustaz bagi dan benda tu terbakar tapi belum sempat dia habis terbakar, ada seseorang berpakaian serba hitam selamatkan benda tu dan dia senyum pada saya dan terus hilang dengan benda tu.

30 OKTOBER 2017

Mimpi pergi ke bangunan lama. Bangunan tu besar dan dibuat daripada batu-batu warna kelabu seperti batu-batu di candi borobudur. Saya jalan-jalan dalam bangunan tu. Waktu di tingkat satu, saya nampak perkuburan. Saya seperti disedut masuk dalam tu tapi saya berjaya lawan dan berlari ke tingkat atas. Di atas pula ada seorang perempuan. Dia marah-marah saya dan lontarkan lembing ke arah saya. Mujur saya dapat tepis. Lepas tu terus saya tersedar.

2 NOVEMBER 2017

Mimpi duduk dalam satu rumah. Rumah dia kecik sahaja. Lepas tu rumah tu kena pecah masuk. Pencuri tu takde pula curi barang tapi dia pergi ke saya dan toreh kaki saya dengan pisau dan mereka hisap d***h saya.

8 NOVEMBER 2017

Mimpi saya nampak diri saya sendiri. Dalam mimpi tu keadaan saya nampak lemah. Berjalan pun makin lama makin perlahan.

9 NOVEMBER 2017

Mimpi orang datang bawa jenazah ke rumah saya. Jenazah tu meninggal tempat lain tapi kebumi di tempat saya. Saya tak pasti jenazah siapa tapi yang saya tahu jenazah tu perempuan. Lepas habis kebumi, ada satu kumpulan datang serang saya. Habis satu rumah mereka letak serbuk warna putih. Saya tak tahu serbuk apa tapi bau serbuk tu menusuk hidung dan menyakitkan dada.

11 NOVEMBER 2017

Mimpi CIK TUN. Dia memang nak ugut b***h keluarga saya dan keluarga CIK WAWA. Dia kejar kami semua tapi tak dapat. Tapi dia cakap dia akan cuba lagi.

14 NOVEMBER 2017

Mimpi nampak seekor ikan kelisa. Badan ikan tu memang cantik dan berkilat. Tengah saya perhati ikan tu tiba-tiba muncul pula CIK TUN. CIK TUN tu senyum dan nak datang dekat pada saya tapi saya mengelak. 3 kali dia cuba datang dan 3 kali itu saya cuba mengelak daripada dia datang dekat dengan saya. Sebab saya dapat rasakan dia ada niat yang tak baik.

15 NOVEMBER 2017

Mimpi saya ada dalam satu rumah. Dari tingkap rumah tu saya nampak sangkar yang ada buaya, burung dan tikus. Tikus tu selalu jadi mangsa makanan buaya sebab kakinya lemah dan burung pandai mengelak sebab boleh terbang. Lepas saya tengok kejadian tu, saya perasan dalam rumah tu ada seorang nenek bertongkat. Saya tak nampak wajahnya sebab dia tunduk memandang sesuatu dalam air. Lepas saya nampak nenek tu, saya perasan di luar rumahnya ada banyak binatang. Saya tak pernah lagi nampak binatang-binatang macam tu. Semua garang dan bertaring tajam. Binatangnya boleh bertukar-tukar rupa. Saya beranikan diri datang dekat nenek tu sebab saya ingin tahu apa yang dilihat. Bila saya tengok dalam air tu saya nampak ada satu bola mata yang sedang memerhatikan saya.

17 NOVEMBER 2017

Mimpi saya ada di hospital. Saya tak pasti saya melawat siapa. Orang tu lelaki tapi saya tak sempat jumpa sebab waktu saya datang saya nampak ada lelaki berjubah putih sedang merawat seorang pakcik tu. Lepas dirawat, Alhamdulillah pakcik tu sembuh cuma kaki pakcik tu ada masalah sedikit.

18 NOVEMBER 2017

Mimpi saya nampak ular. Ada dua ekor ular. 1 ekor ular sawa besar warna hitam dan 1 ekor lagi ular albino kecil warna putih. Yang warna hitam belit yang warna putih tapi dia tak makan ular tu. Tiap kali saya pandang mata ular hitam tu, dia akan tunjukkan taringnya seperti nak gigit saya. Dan adik saya pun mimpi juga. Dia cakap dia mimpi keris. Keris tu ada dekat abang saya dan saya. Keris yang dekat abang saya semua dah m**i tapi keris yang dekat saya semua hidup. Adik saya terjaga tidur pun sebab dengar saya tersedak.

21 NOVEMBER 2017

Mimpi lagi pak cik yang sama. Kali ni saya nampak dia dikejar dengan binatang-binatang. Bangun pagi saya terpikir saya kena tolong pak cik tu ke. Pastu malam berikutnya saya niat buat solat hajat 3 malam berturut-turut. Hari pertama lepas solat hajat, saya tertidur sekejap. Saya mimpi saya pakai baju putih tapi baju saya kotor. Saya tukar baju lain dan saya pangku seorang bayi dan bayi tu kencing atas saya. Pastu saya tersedar. Saya pikir balik mungkin Allah nak tegur saya. Nak minta tolong tapi tak ada tertib.

23 NOVEMBER 2017

Mimpi ada pasangan suami isteri ajak saya makan. Mereka bersungguh-sungguh suruh saya makan tapi saya tak jamah makanan tu. Dan pagi tadi hari terakhir saya buat solat hajat. Waktu solat sunat saya tak ada rasa apa-apa tapi waktu saya solat hajat tu saya rasa diperhatikan tapi saya buat tak tahu je rupanya adik saya cerita dia kena tindih waktu saya tengah solat tu. Dia kata kena tindih dengan budak kecil.

24 NOVEMBER 2017

Mimpi kena jaga dua orang kanak-kanak. Lepas tu ada orang bagi saya dua pokok. 1 pokok ros putih berbunga 1 kuntum dan 1 pokok lagi pokok buah belimbing lebat berbuah. Saya tak tahu la dalam mimpi tu saya sakit atau tak yang pasti dubur saya berdarah. Bangun pagi saya tersedak lepas tu sesak nafas. Perut rasa sakit dan rasa susah nak membuang air kecil.

26 NOVEMBER 2017

Mimpi CIK TUN tu datang kejar saya. Penat saya lari dalam mimpi tu. Bila tersedar tengok jam baru pukul 2:13 pagi.

29 NOVEMBER 2017

Mimpi saya duduk dalam satu rumah papan. Dah usang rumahnya. Dalam mimpi tu ada benda yang mengganggu saya. Dia cakap dia terlalu sayang pada saya dan dia tak nak tinggalkan saya. Tapi saya ada dengar suara yang suruh saya sentiasa amalkan ayat qursi dan 3 qul.

1 DECEMBER 2017

Mimpi dalaman saya sakit. Lepas tu dalam mimpi tu tiap kali saya nak langkah masuk pagar rumah, kepala saya akan berpinar dan hendak pengsan.

2 DECEMBER 2017

Mimpi tengah bawa kereta lepas tu ada lelaki tahan. Lelaki tu ada bawa seorang nenek. Lelaki tu marah dekat saya. Dia cakap saya ada buat salah dengan nenek tu. Dia suruh saya minta maaf tapi saya cakap saya tak ada buat apa-apa yang salah dengan nenek tu. Dia paksa saya ikut mereka. Lepas tu tiba-tiba ada seorang pakcik datang selamatkan saya. Nenek tu marah sebab pakcik tu kacau dia. Tapi saya dapat rasakan lelaki yang dengan nenek tu baik cuma dia dihasut oleh nenek tu.

4 DECEMBER 2017

Mimpi dicucuk. Lukanya biasa je tapi lama-lama jadi pedih dan makin teruk.

10 DECEMBER 2017

Mimpi saya datang jumpa ustaz. Saya bawa limau sekali. Sepanjang perjalanan memang limau tu elok warna hijau. Bila saya dah sampai dan jumpa ustaz untuk buat rawatan, limau tu jadi warna kuning dan ada daun-daun kering.

12 DECEMBER 2017

Mimpi ayah saya dan saya diculik. Kami dibawa ke hutan. Lepas tu kami dapat lari. Kami sembunyi di kampung ayah saya. Penculik tu dapat jumpa kami. Bila saya tengok, penculik tu adalah CIK ANDAK (adik ayah saya) dan anak beranak dia. Dia marahkan ayah saya sebab tanah pusaka. Mereka semua tu nak pukul ayah saya. Saya bertekak dengan mereka. Saya cakap kalau nak lawan biar beradap. Tangan ayah saya baru lepas pembedahan. Tak adil kalau lawan orang yang sihat dengan orang sakit. Kalau nak lawan, lawan dengan saya. Dalam mimpi tu pandai pula saya bersilat padahal saya tak pernah pun belajar silat.

13 DECEMBER 2017

Mimpi ada orang datang dekat saya. Dia usap kepala dan badan saya. Dia ada cakap sesuatu tapi tak berapa jelas. Lepas tu saya terjaga dalam pukul 2 lebih. Bangun tu memang terasa pening kepala dan mual.

16 DECEMBER 2017

Mimpi ada orang nak bagi saya makan. Dia hampir nak suapkan saya tapi Alhamdulillah nasib saya tersedar dari tidur.

19 DECEMBER 2017

Mimpi saya dalam sebuah rumah. Dalam rumah tu ada 1 lelaki dan 2 perempuan. Lampu rumahnya malap. Dia cakap dia doktor. Dia kata saya ni sakit dan kena ambil d***h. Dua perempuan tu la yang ambil d***h saya. Dia main cucuk je jarum tu kat tangan kiri saya. Banyak juga d***h saya dia ambil. Lepas dia ambil d***h saya dia biarkan je d***h saya mengalir. Lepas tu dia balut tangan saya dengan kain hitam.

21 DECEMBER 2017

Mimpi berada dekat rumah kosong tapi saya tak tahu saya buat apa kat situ. Lepas tu awal pagi tadi saya singgah hentian rehat kat highway. Saya baru nak terlayang saya nampak gagak dan kucing hitam, saya cakap “eh sampai sini kau ikut aku”.. lepas saya cakap macam tu terus saya kena tindih..saya baca ayat qursi baru terlepas dari ditindih.

22 DECEMBER 2017

Mimpi ada orang nak b***h saya. Saya tak pasti siapa tapi orangnya pakai baju serba hitam.

23 DECEMBER 2017

Mimpi saya dibawa melawat ke makam-makam.

27 DECEMBER 2017

Mimpi ada orang macam buat sesuatu pada tayar kereta saya. Orang tu macam gunting tayar kereta saya. Dia nak buat saya kemalanagn. Lepas saya dapat mimpi macam tu pagi ni sebelum pergi kerja saya periksa semua tayar. Tayar belakang sebelah kiri memang pancit terus.

29 DECEMBER 2017

Mimpi saya, ayah saya dan ada seorang lelaki ni nak ke kubur. Kubur tu atas bukit. Waktu nak ke kubur tu kami dikelilingi monyet/babun. Garang dan ganas-ganas semuanya. Besar monyetnya. Habis kami diserang. Lepas saya terjaga dari mimpi saya nak tidur balik. Saya baru nak terlayang, kena tindih pula. Kali ni macam susah nak lepas. Berkali-kali saya baca ayat qursi baru saya terlepas dari ditindih.

1 JANUARI 2018

Mimpi pasal tanah kat kampung ayah. Masing-masing nak kan tanah bahagian depan tapi bahagian tu memang ayah saya punya. Ada yang tak puas hati. Saya nampak arwah pak lang saya nasihatkan ayah saya suruh hati-hati jangan sampai anak-anak terkena. Arwah pak lang cakap dulu arwah mak long pun meninggal bukan sebab demam panas. Lepas tu saya tinggalkan perbincangan tu dan pergi ke laut. Saya nampak budak kecil & saya bermain dengan dia. Waktu saya bawa budak tu ke tepi laut tiba-tiba ombak yang tenang tu jadi ganas dan saya hampir hanyut ditelan ombak.

2 JANUARI 2018

Adik saya mimpi pasal saya. Dia cakap dalam mimpi dia ada benda yang hisap d***h saya.

4 JANUARI 2018

Mimpi tayar kereta saya dipancitkan lagi. Lepas tu ada sekumpulan lelaki cari saya di rumah. Saya sempat kunci pintu tapi kebetulan akak saya balik dan mereka ugut nak kenakan akak saya sebab tu saya terpaksa buka pintu.

6 JANUARI 2018

Mimpi nampak satu rumah ni. Rumah ni ada sorang lelaki yang jaga keadaan rumah tu tapi lama-lama lelaki tu makin hilang.

8 JANUARI 2018

Mimpi saya nampak sebuah rumah. Rumah tu nampak kelam tak ada seri. Waktu saya nak melangkah masuk, tiba-tiba rumah tu bergegar dan roboh.

11 JANUARI 2018

Mimpi dua situasi. Satu situasi tu saya menjaga anak kembar. Saya tak pasti kembar lelaki atau perempuan yang pasti bayi kembar tu dari golongan kerabat sebab ada dayang-dayang dan hulubalang yang jaga kawasan tu. Satu lagi situasi saya kena kejar dengan ular sawa batik. Mana tempat saya lari ular tu ada. Saya tak ingat berapa ekor tapi memang banyak. Yang besar ada, yang kecik pun ada. Nasib saya dapat selamatkan diri. Lepas tu saya jumpa seorang perempuan ni, saya ceritakan yang saya kena kejar ular. Dia cakap itu petanda buruk.

12 JANUARI 2018

Mimpi saya jumpa satu botol ni dekat bawah baldi yang saya selalu guna untuk mandi. Dalam botol tu ada minyak. Saya ambil botol tu dan saya nampak dalam baldi saya tu penuh dengan d***h kotor. Saya basuh baldi tu dan buang botol yang ada minyak tu. Esoknya baldi tu retak sendiri.

15 JANUARI 2018

Mimpi ada benda kejar saya.

16 JANUARI 2018

Mimpi ada dua orang datang serang saya. Seorang pegang saya, dan lagi seorang nak tikam saya. Mata pisau tu dah hampir nak tikam pinggang saya tapi nasib baik saya pandai silat dalam mimpi tu. Alhamdulillah saya terlepas dari ditikam.

18 JANUARI 2018

Mimpi saya bawa satu barang ni. Barang ni macam berharga sangat untuk saya. Pastu saya terlalai sedikit dan barang yang saya pegang tu hilang. Orang yang jahat tu semua gelakkan saya.

19 JANUARI 2018

Mimpi saya dekat satu rumah ni. Dalam rumah ni ada 3 orang pengamal perubatan, ada seorang bayi dan saya. 3 orang ni bacakan ayat pada bayi ni tapi bayi tu tak rasa sakit. Kaki saya yang rasa sakit bila mereka buat pada bayi tu.

20 JANUARI 2018

Mimpi CIK TUN. Dia datang dan nak sentuh saya. Banyak kali dia cuba datang dekat tapi Alhamdulillah saya dapat jauhkan diri dari dia.

21 JANUARI 2018

Mimpi saya bawa seorang budak ni jalan-jalan. Waktu tu tengah malam. Pastu saya nampak CIK ANDAK. Tapi dia datang dengan bekas suami mak cik saya. Mereka macam ada niat buruk. Saya balik dan suruh ayah saya sorokkan mak cik dan anak-anak dia supaya mereka tak dapat jumpa.

25 JANUARI 2018

Mimpi saya di satu perkampungan. Sunyi kampung tu. Tak ramai sangat orang. Saya cuma nampak 2-3 orang lelaki. Waktu saya lalu di sebuah rumah ni ada seekor lembu yang sangat besar. Kepala lembu tu hampir terkulai tapi lembu tu masih boleh berdiri dan nak menghampiri saya. Lembu tu macam nak memberitahu sesuatu. Bila lembu tu hampir ke arah saya, orang lelaki tu terus rentap tali dan lembu tu terus m**i. Habis darahnya tersembur.

28 JANUARI 2018

Mimpi saya nampak gagak. Lepas tu saya dapat tangkap gagak tu. Saya dah nak b***h dah tapi belum sempat saya b***h dia patuk tangan saya dan gagak tu terlepas.

1 FEBRUARI 2018

Mimpi saya jumpa ramai orang tapi semua orang macam takut nak datang dekat saya cuma ada satu lelaki ni je berani datang. Orangnya putih tapi saya tak suka sebab dia gatal suka peluk-peluk.

2 FEBRUARI 2018

Mimpi saya bersembunyi dekat satu tempat sebab ada orang nak b***h saya. Orang tu perempuan pakai baju serba hitam. Dia dapat jumpa tempat saya bersembunyi. Dia suruh benda yang menyerupai manusia tu b***h saya. Lepas tu ada seorang lelaki ni selamatkan saya. Benda tu m**i tapi perempuan tu sempat tikam orang yang bantu saya sebelum dia larikan diri.

4 FEBRUARI 2018

Mimpi saya dukung seorang budak. Elok je saya dukung, saya kena kejar dengan b**i hutan. Saya tak pasti dari mana datangnya b**i hutan tu. Tiba-tiba je muncul dan kejar saya. Saya lari. Macam dah agak penat hati saya suruh lepaskan budak tu. Bila saya lepaskan budak tu terus b**i hutan tu tak kejar saya lagi.

7 FEBRUARI 2018

Mimpi ada seorang lelaki ni mengajar saya mengaji. Dalam mimpi tu saya mengaji siap berlagu taranum. Saya pun tak sangka dalam mimpi tu saya boleh mengaji sesedap tu sedangkan selama ni saya mengaji saya memang tak pandai berlagu taranum.

9 FEBRUARI 2018

Mimpi ada budak kecil datang dan duduk di pangku saya. Lepas budak tu pergi ada seorang lelaki cari saya. Lelaki tu sangat tinggi. Saya cuma nampak kaki sampai ke paras pinggang dia je. Dia kejar saya. Nasib baik saya sempat menyorok.

11 FEBRUARI 2018

Mimpi saya nampak seorang perempuan dan seekor binatang. Saya tak nampak sangat binatang yang dia bawa tu. Binatang tu gigit tangan mak saya. Kalau ikutkan struktur gigi, saya rasa binatang tu ular sebab taringnya kecil dan bercangkuk. Saya tolong lepaskan gigitan ular tu dan binatang tu gigit saya pula. Lepas tu ada orang yang tolong saya dan campakkan binatang tu. Perempuan yang bawa binatang tu senyum dan terus pergi.

13 FEBRUARI 2018

Mimpi saya pergi ke kedai cermin mata ibu saya. Kedai dia terang benderang, cantik dan nampak luas. Lepas tu saya keluar. Ada sesusuk tubuh ni datang dekat saya. Bila dia dekat satu badan saya meremang. Dia pesan pada saya untuk tebang pokok. Saya tak pasti pokok depan rumah saya atau tempat lain. Kalau pokok depan rumah saya dulu memang ada orang tanam sesuatu.

15 FEBRUARI 2018

Mimpi saya naik satu bas ni. Dalam bas tu penuh dengan budak dalam umur 1 tahun. Comel-comel semuanya. Saya pandang je tapi saya tak dukung. Lepas tu saya sampai dekat satu bangunan lama macam kilang. Bila saya sampai tiba-tiba ada 1 budak ni dalam umur 5 tahun dia datang dan peluk saya dari belakang. Budak tu macam meracau. Saya tak dengar sangat apa yang dia cakap tapi macam ada perkataan saka. Waktu dia peluk tu saya rasa ada benda tajam cucuk belikat saya. Lepas tu baru budak tu lepaskan saya dan dah tak meracau.

18 FEBRUARI 2018

Mimpi saya diberi jaga seorang bayi. Anak mata bayi tu tak sama macam kita. Warnanya merah. Saya nak pulangkan kembali bayi tu tapi dia cakap bayi ni memang khas untuk saya. Lepas tu ada seorang lelaki berbulu badan gempal nak rogol saya. Nasib saya dapat larikan diri.

20 FEBRUARI 2018

Mimpi dua orang lelaki. 1 orang lelaki tu ambil jantung saya tapi dia letak balik. Lepas tu yang seorang lagi ambil buah pinggang saya. Dia cakap pinggang saya rosak sebab tu dia ambil.

22 FEBRUARI 2018

Mimpi saya lihat satu kemalangan yang teruk. Semua mangsa tu m**i. Saya boleh nampak roh semua mangsa tu keluar dari jasad mereka. Waktu tu saya tak henti-henti ucap Allahuakbar sebab tu pertama kali saya nampak roh keluar dari jasad. Roh-roh tu makin lama makin mendekati saya. Roh tu nak masuk dalam badan saya. Ada yang terlepas masuk dan ada yang tak dapat.

24 FEBRUARI 2018

Mimpi saya dekat kawasan hutan. Saya dijamu makanan. Yang duduk di sebelah saya seorang lelaki. Duduk di depan saya seorang perempuan. Disebabkan saya lapar dan dekat hutan susah nak dapatkan makanan, saya makan semua makanan tu.

3 MAC 2018

Mimpi seorang perempuan berikan saya bayi dan letakkan kami dalam bilik yang sempit, gelap dan kotor.

4 MAC 2018

Mimpi saya nampak satu benda. Rambutnya panjang, badannya penuh dengan d***h.

6 MAC 2018

Mimpi saya hilang barang. Saya pergi cari barang tu sampailah dekat satu rumah ni jauh dalam hutan. Dalam rumah ni ada sepasang patung. Saya usik patung ni lepas tu ada benda yang marah dan kejar saya.

8 MAC 2018

Saya ada mimpi tapi saya tak ingat apa yang saya mimpi. Kaki saya je ada kesan lebam-lebam tapi lebam tu tak sakit.

9 MAC 2018

Mimpi ada di satu rumah ni. Rumah ni penuh dengan hantu. Semua hantu kejar saya. Dalam pukul 2 lebih saya terjaga. Sakit-sakit badan dan rasa benda bergerak dalam badan.

11 MAC 2018

Mimpi ada orang bagi saya kek sempena hari jadi saya. Dia bawa saya masuk ke kawasan kedai. Kawasan tu semua gelap gelita. Dia bagi saya sebijik kek. Belum sempat saya tiup lilin, lilin tu dah terpadam sendiri. Dia bagi saya makanan. Saya makan sedikit je. Lepas tu ada seorang lelaki ni datang dekat saya. Katanya saya ada sesuatu. Dia usap perut saya dan bacakan sesuatu tapi saya tak dengar apa yang dibaca.

14 MAC 2018

Mimpi saya dirawat oleh seseorang. Dia cakap saya terkena lagi. Waktu dia rawat saya tu benda dalam badan saya tak nak keluar. Dia ada suruh saya cari satu buah ni. Buah ni memang susah nak dapat sebab tumbuh dalam hutan. Dia ada cakap nama buah tu tapi tak berapa jelas.

15 MAC 2018

Mimpi saya berjalan dengan seorang lelaki. Dalam hutan rasanyer. Tempat tu banyak sangat pokok. Semua pokok tu saya tak pernah nampak. Cantik-cantik semuanya.

16 MAC 2018

Mimpi saya ada dekat satu kawasan ni. Semua warna putih. Tapi bilik-bilik dia semua gelap. Jadi saya duduk je dekat luar sebab saya takut tengok bilik-bilik tu. Lepas tu saya terjaga pukul 2 lebih. Kaki saya rasa lemah sangat. Tapak kaki saya sejuk macam ais.

18 MAC 2018

Mimpi ada orang bagi saya pegang bayi. Bayi tu berkulit gelap dan botak. Saya perasan ada 3 orang lain dalam mimpi saya. Sepasang suami isteri dan seorang lelaki. Lepas dah lama saya pegang, saya letakkan bayi tu di bawah tapi tiba-tiba keadaan berubah. Pasangan suami isteri tu terus bertengkar. Mereka tiba-tiba jadi baran dan marah-marah. Yang seorang lelaki lagi hanya senyum memerhatikan pasangan tu. Saya takut tengok mereka bertengkar jadi saya lari. Waktu saya nak lari tu saya hampir-hampir tercucuk duri. Ada 3 duri dan duri tu sangat besar.

22 MAC 2018

Saya tersedak waktu tidur dan saya terjaga. Dalam pukul 2 lebih macam tu. Lepas tu saya tak boleh nak tidur. Rasa sakit sangat kat pangkal ari-ari.

24 MAC 2018

Waktu saya tidur saya rasa macam roh saya baru nak keluar tapi roh tu masuk balik. Tu yang saya terjaga tiba-tiba. Rasa macam tersentak. Saya istighfar dan tidur semula. Lepas tu saya mimpi saya nampak ada benda bergerak-gerak dalam kulit saya dan saya muntah-muntah dalam mimpi tu.

25 MAC 2018

Mimpi saya nampak ikan puyu dekat celah pokok-pokok saya. Ikan puyu tu masih hidup. Saya buang ikan tu keluar dari kawasan rumah. Lepas saya buang tu ada gagak bertenggek dekat pagar rumah jiran kami. Gagak tu perhati je saya. Lepas tu kucing saya yang dah lama hilang balik ke rumah semula. Ada 3 ekor. Mak saya bawa masuk rumah sebab saya memang takut dengan kucing. Dalam mimpi tu saya dapat rasa ada tangan yang melingkar di tubuh saya. Kukunya panjang. Dan pagi tadi waktu saya buang air kecil, ada 3 titik d***h.

27 MAC 2018

Mimpi saya menjaga seorang bayi. Bayi tu datang bersama dengan keris.

29 MAC 2018

Mimpi saya ada di satu bangunan lama. Macam asrama. Dalam mimpi tu saya demam. Saya nampak kelibat-kelibat askar yang cedera. Orang lain yang duduk asrama tu tak nampak tapi saya je nampak askar-askar tersebut. Rupanya asrama tu dulu dijadikan hospital untuk askar. Bila saya terjaga badan saya demam panas. Tapi Alhamdulillah lepas subuh ni dah surut sikit panasnya.

30 MAC 2018

Mimpi arwah nenek saya. Arwah nenek saya cantik sangat berseri-seri. Saya peluk dia. Saya cakap saya nak ikut arwah. Arwah KAK SOFEA pun ada sekali. Lepas tu arwah hilang. Saya cari arwah semula dan ada orang yang tunjukkan jalan. Mula-mula ramai orang tapi makin lama tempat yang dia tunjuk tu makin sunyi. Saya nampak ada satu susuk tubuh kulit gelap perut buncit perhatikan saya.

31 MAC 2018

Mimpi saya memandu kereta ayah saya. Waktu tu hujan lebat. Saya sampai dekat satu perkampungan ni. Macam perkampungan orang asli. Jalan bertanah merah. Saya pun tak pasti apa yang saya buat dekat sana yang saya perasan, waktu saya sampai tu ada seorang nenek tua berkemban yang sambut saya.

1 APRIL 2018

Waktu saya baru tidur, saya nampak kelibat kucing dalam mimpi saya. Dia terus terkam saya. Saya tersentak dan terjaga. Tiga kali juga jadi macam tu. Lepas tu saya dapat tidur macam biasa. Waktu tu la saya mimpi saya pegang budak dan pergi ke kampung ayah. Kat situ lagi banyak bendanya. Garang-garang semuanya.

2 APRIL 2018

Mimpi saya dukung dua budak, mak dan adik saya. Kami dekat kawasan hutan. Bila sampai dekat satu tebing sungai ni adik saya berkeras nak tangkap gambar. Saya dah cakap bahaya. Adik saya hampir terjatuh tapi mak saya sempat capai. Tapi dia degil, tak puas lagi nak tangkap gambar. Kali ni mak saya pula hampir jatuh sebab nak selamatkan adik saya. Nasib saya sempat pegang mak saya. Dua kali mak saya hampir jatuh tapi Alhamdulillah saya dapat selamatkan. Saya pun tak tahu mana saya dapat kekuatan untuk angkat mak saya sedangkan saya berbadan kecil.

17 APRIL 2018

Mimpi saya dekat satu rumah ni. Ada dua orang lelaki cari saya. Tak silap saya lelaki yang sama yang pernah ambil d***h saya dalam mimpi. Tapi mereka tak nampak saya walhal saya berdiri je sebelah mereka. Lepas tu mereka pergi dan tiba-tiba CIK TUN datang dan pegang bahu saya. Saya marah-marah dia. Dia diam je. Gaya dia macam dah tak larat.

18 APRIL 2018

Mimpi saya dalam hutan lepas tu saya terjatuh dalam sungai. Dalam sungai tu ada 2 ekor buaya yang besar. Seekor buaya tu hampir hendak gigit saya tapi ditahan oleh seekor lagi buaya.

19 APRIL 2018

Mimpi saya dapat beg. Dalam beg tu ada 3 pisau yang berlainan saiz dan berbungkus serta nota-nota lama.

20 APRIL 2018

Mimpi dekat rumah saya. Waktu tu dah senja. Saya duduk di luar rumah. Waktu saya nak ambil wudhuk untuk solat maghrib, saya perasan ada kelibat budak kecil ikut saya masuk rumah. Dia duduk di belakang pintu bilik saya.

23 APRIL 2018

Mimpi saya dalam satu rumah. Dalam rumah tu ada pelesit dan cengkerik. Dekat luar rumah pula ada ular tapi ular tu tak berjaya masuk.

25 APRIL 2018

Mimpi saya di kampung. Ada seorang perempuan rambut panjang dengan baju lusuh gaya seperti pontianak. Dia bawa saya masuk ke satu tempat. Dekat tempat tu ada banyak pintu. Saya ikut naluri saya untuk pilih satu pintu. Jalan dia panjang dan sempit. Bila saya sampai, kawasan tu seperti dalam gua. Dalam tu ada mak, ayah dan adik saya. Ada pula si CIK TUN gelakkan kami. Tak lama lepas tu ada seorang lelaki yang bantu kami.

27 APRIL 2018

Mimpi larikan diri dari seseorang. Saya lari sampai dekat satu kawasan rumah ni. Rumah kampung tapi laman dia luas. Ada seorang lelaki yang dukung budak kecil yang sambut kedatangan saya. Orang yang kejar saya tadi dapat cari saya. Saya tak tahu kenapa saya marah sangat dan saya tampar orang yang kejar saya tadi.

28 APRIL 2018

Mimpi saya berjalan di kawasan kedai-kedai. Waktu saya jalan tu tiba-tiba ada seorang lelaki muncul dan kejar saya dengan pisau. Saya lari. Tak cukup dengan pisau, dia pakai anak panah pula. Alhamdulillah nasib saya dapat elak semua.

30 APRIL 2018

Mimpi saya pergi sebuah rumah papan. Tangganya tinggi sampai ke awan. Saya bawa satu barang ni tapi saya tak pasti barang apa. Yang saya tahu saya memang jaga baik-baik barang tu naik sampai ke atas.

3 MEI 2018

Saya mimpi saya bawak kereta lalu rumah-rumah kosong. Bila lalu dekat lorong belakang, saya nampak seorang perempuan serba hitam tengah berjalan. Payung yang dia pakai pun warna hitam. Saya nampak dia dari belakang je lepas tu saya patah balik sebab takut nak melintasi perempuan tu.

11 MEI 2018

Mimpikan ustaz. Ustaz tak sihat dalam mimpi tu. Ustaz cakap ustaz dah tak mampu nak lawan. Pagi esoknya saya telefon ustaz memang ustaz tengah demam panas.

15 MEI 2018

Saya mimpi saya jalan berseorangan. Saya tiba dekat suatu kawasan ni. Nampak seperti sebuah sekolah. Dibuat dari kayu. Cantik dan besar bangunannya. Dalam hati saya cakap saya pernah pergi ke tempat ni. Tempat ni sama seperti dalam mimpi saya dulu. Saya terus berjalan sampai ke hujung. Penghujungnya hutan jadi saya patah balik semula. Waktu saya patah balik semula sekolah tu dah dihuni dengan ramai kanak-kanak walhal waktu saya sampai tadi sekolah tu kosong tiada orang.

19 MAY 2018

Saya mimpi saya ada dekat satu kawasan kampung. Saya naik kereta warna putih. Beg saya warna putih. Boleh dikatakan semua barang-barang saya warna putih. Ada seorang pakcik datang ubatkan saya. Mula-mula pakcik tu elok solat. Lepas dia angkat takbir terus dia seperti dirasuk. Dia mendekati saya dan cucuk sesuatu. Suara dia garau. Dia tanya pada saya ada tak rasa d***h mengalir keluar. Lepas dia tanya macam tu terus saya tak sedarkan diri. Lepas saya tersedar terus saya larikan diri dari pakcik tu.

Mimpi pagi tadi bersambung mimpi petang tadi. Pak cik tu kembali mencari saya. Dia pegang dahi saya. Saya tak pasti apa yang dibaca tapi saya rasa sakit. Dia mahu kan d***h saya. Saya dapat lepaskan diri dan lari. Dia kejar saya. Waktu saya lari saya nampak buluh berbucu tajam dan saya terus tusuk buluh tersebut di dada pakcik tadi. Saya tak pasti pakcik tu m**i atau hidup tapi ada seorang perempuan yang datang ambil pakcik tu semula.

20 MAY 2018

Saya ada mimpi seekor kucing berwarna kuning keemasan. Kucing tu seolah-olah suka pada saya. Sebenarnya saya ni fobia pada kucing jadinya dalam mimpi tu saya lari dari kucing tersebut. Kucing tu kejar saya dan gigit di bahagian pinggang saya.

23 MAY 2018

Saya mimpi ada dua lelaki kejar saya. Saya bawa kereta mak saya waktu tu. Bila saya tutup pintu kereta sebelah pemandu, pintu belakang terbuka sendiri. Bila saya dah mula memandu, dua lelaki tu halang saya tapi saya dapat lepas. Lepas tu ada dua ekor anjing putih yang lindung saya.

25 MAY 2018

Saya mimpi rumah saya. Saya tengok belakang rumah seperti dibuat kolam ikan. Cetek je kolamnya. Rumah yang lain tak ada pula kolam tersebut, yang ada cuma rumah saya. Lepas tu saya ke depan rumah. Saya tengok langit gelap dan saya nampak seperti bola api datang tapi nasib baik tidak jatuh di rumah saya.

26 MAY 2018

Saya mimpi saya nak pergi ke suatu tempat. Saya singgah berhenti makan. Di kedai tu saya perasan di sebelah saya seorang lelaki. Badan agak gempal tapi saya tak perasan pula wajahnya. Saya tengah meriba seorang budak. Waktu saya duduk tu saya ternampak CIK TUN dan 2 anak dia. Cepat-cepat saya berselindung di sebalik lelaki tadi. Mereka duduk di meja hujung manakala saya di meja depan. Anak-anak dia perasan saya tapi CIK TUN seperti tercari-cari kelibat saya. Nasib baik lelaki di sebelah saya tu besar sedikit dari saya dapatlah saya bersembunyi dari CIK TUN.

30 MAY 2018

Saya mimpi dikejar seorang perempuan. Saya berlari sampailah saya terjatuh. Waktu terjatuh tu lah saya tersedar. Ingatkan dah sahur, rupanya baru pukul 2 lebih.

31 MAY 2018

Saya mimpi seperti berada di kawasan tahanan. Saya nampak saudara mara sebelah emak saya. Tapi saudara mara saya tak nampak saya. Saya lihat satu-satu dibawa oleh seseorang ke tempat lain. Lepas balik dari tempat tersebut, badan mereka kurus cengkung seperti d***h mereka disedut. Saya perasan ada seorang perempuan yang memandang dan senyum ke arah saya. Lepas tu saya terjaga pukul 1 lebih pagi.

Alhamdulillah dalam bulan ini saya dah kurang mengalami mimpi-mimpi buruk seperti sebelum-sebelum ni. Bersempana 5 malam terakhir ramadhan, saya ingin meminta jasa baik pembaca FS untuk mendoakan saya supaya saya dijauhkan dari gangguan sihir dari CIK TUN dan CIK ANDAK. Sihir yang paling ekstrim adalah dari CIK TUN. Kalau mengikut CIK TUN, dia memang hendak b***h saya selepas dia berjaya b***h KAK SOFEA. Dan untuk pengetahuan pembaca FS, CIK TUN ni juga telah menyihir suaminya sendiri iaitu pak cik kandung saya sehingga meninggal

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Cik mimpi

19 thoughts on “Diari Mimpi”

  1. Sebelum tido tak baca 3 qul ke? Dan takde ke usaha berubat dgn ustad? Dah bertahun2 mimpi buruk napa dibiarkan? Bykkan ibadah utk lindungi diri…baca Quran jgn tinggal…tahajud jgn tinggal..zikir selalu..Jin setan akan lari lidah sering berzikir

    Reply
    • Sya setuju dengan bro ni. Doalah sebelum tidur, pergilah cuba berubat, mintalah pendapat dr ustaz.

      Doa sebelum tidur, doa sebelum makan, doa sebelum keluar rumah. Sya rasa, kamu ada doa untuk semua tukan.

      Hati kita ni mudah ditipu dan dipermainkan oleh kejahatan jika hati kita lemah. Kuatkan hati kita dengan percaya kpd Tuhan.

      Minta bantuan dari Tuhan selagi mampu tapi jgn lupa bila kita sudah mampu.

      Sharelah lagi lepas ni, sya rasa ramai yang akan menunggu update dr kau lepas ni. Sharelah lagi ok.

      Reply
      • Baca ayat ruqyah terus-terusan, berhenti masa masuk tandas dan tidur je. Sentiasa mintak Allah musnahkan semua jin2 dan setan2 tu. Insyaallah, Allah selamatkan awak dan keluarga nanti.

        Reply
  2. Diari (mimpi) yang agak menyeramkan. Terlalu banyak mimpi2 yang buruk diceritakan oleh penulis, adakah penulis telah berusaha untuk pergi berubat/belajar sebarang amalan pendinding atau hanya membiarkan sahaja mimpi ini berterusan?
    8/10

    Reply
  3. faham apa yg penulis rasa sebab pernah mimpi mcm ni jgk..
    bila terbangun sbb terkejut dari mimpi tgk jam 3.00 am atau 2.00 am..
    padahal rasa mcm dah lama tidur tapi baru tgh malam..nak tidur balik tu mmg susah sebab rasa takut :’)

    Reply
    • Bonda alami perkara yg sama. Bertahun-tahun juga. Bila terjaga takut nk tidur semula sbb mimpi ngeri lain pula menjelma. Pdhal tiap2 mlm baca ayat2 fatihah qursi 3 qul, mimpi ttp dtg. Pergi k perawat, ustaz baca ayat ruqyah dn tekan sikit kepala. Ustaz bacakan ayat2 ruqyah pd limau nipis & daun pandan buat mandian. Benda itu dh lama menetap kt badan kita. Itu sbb walau kita baca ayat apa sekali pun, benda itu mengganggu. Perlukan perawat juga utk halau benda itu. Lps itu perawat pesan teruskan membaca ayat2 Alquran.

      Alhamdulillah lps berubat, skrg hanya sekali sekala saja mimpi tersebut.

      Reply
  4. pelik…kt dalam mimpi ada nampak kaler² ker…biasanya org yg boleh nampak benda halus ada jin pendamping…bukan hijab terbuka..selidik dulu

    Reply
  5. Maaf sebab banyak sangat mimpi saya skip je. Sebenarnya saya seorang yang akan bermimpi setiap kali saya tido. Walaupun hanya terlayang. Walaupun tido beberapa saat je saya tetap akan bermimpi. Seingat saya, tak pernah tido saya tak bermimpi.

    Saya juga seorang yang pernah menanggung saka dan sihir selama hampir 20 tahun, sehinggalah saya bernikah. Pengalaman saya, jin dan syaitan banyak muslihatnya. Apa yang anda dapat daripada mimpi dan sebagainya tidak semestinya betul. Kita tak boleh mengatakan orang ni sihir, orang tu sihir hanya berdasarkan mimpi @ ayat2 jin sebab sekiranya kita percaya, kita dah termasuk perangkap mereka. Saya dulu mempercayai ayat2 jin ni tanpa sedar rupanya saya dan keluarga diperdaya, supaya keluarga porak peranda kerana fitnah2 sebegini.

    Ikhlaskan hati nak berubat bukan kerana nak pulangkan kepada siapa yang buat. Amalkan ayat2 Allah sebelum tido. Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

    Reply
  6. Dulu sy mimpi jgk…. tp sejak sy pasang surah al baqarah slps mghrib….dh kurang mimpi pelik…. bila psg ayat quran surah al baqarah spjg sy tidur tkde dah mimpi2 tu…. tp kna korbankan la satu laptop psg surah al baqarah ulang2 dari start tdo tu smpi pagi setiap hari… awal2 dulu masa baru psg surah tu mcm2 bunyi dgr….cakaran…org brjln d diling, perabot kna alih….kuat lg tu bunyinya….tp istiqamah hari2 psg, jin tk thn dia lari jgk dari ganggu kita…. sbb mimpi2 pelik pn ada faktor jin yg menumpang d rumah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.