Diari Suri

JUMAAT, 13 MAC 20**
Pernah tak ada mana-mana ibu yang tak rasa gembira setelah bertahun menunggu kelahiran anak pertama mereka? Aku tak tahu nak gambarkan macam mana… Sebab sebaik saja aku tengok muka anak aku, timbul satu perasaan aneh dalam hati aku. Betul ke ini anak aku? Aku tergamam, tak mampu senyum atau menangis macam ibu-ibu lain.

Anak aku tenung tepat ke mata aku. Macam dah boleh melihat jelas. Matanya bulat, kulitnya cerah, sempurna anggota badan. Tak ada cacat celanya tapi kenapa aku rasa seakan bahawa itu BUKAN anak aku. Badan aku macam kaku sampailah ditegur staff nurse supaya sambut anak aku dengan segera. Di saat aku sambut dia, terasa satu getaran yang cukup aneh. Badan aku tiba-tiba mendingin tak semena-mena. Apa yang berlaku ni?

*****

Suami aku balik pada jam 2 pagi sejurus segalanya selesai. Mujur dia houseman di hospital yang sama. Semuanya dia tolong uruskan. Sekarang tinggal aku di wad keseorangan (wad kelas pertama) bersama anak aku. Takut. Ya, aku takut malahan sakit seluruh badan. Namun, aku gagahkan juga demi si kecil ni. Sejurus aku keluar dari tandas, aku terkejut bila aku toleh ke katil. Anak aku yang pada mulanya ada di dalam koc bayi sudah berada di atas katil aku. Berdegup laju terus jantung ni. Howcome?? Mungkin aku dah terlalu letih. Ya, letih. Malam itu aku terpaksa iyakan je….

HARI KE-7
Macam tak percaya dah 7 hari berlalu. Dan sepanjang malam aku terjaga dan susah tidur. Namun, bukan disebabkan anak aku, tapi disebabkan mimpi-mimpi seram dan aneh yang kerap mengganggu tidur aku. Anak aku langsung tak meragam. Sampai suami boleh tidur nyenyak berdengkur.

Anak kami diberi nama Laila bererti malam. Sebab dia lahir tepat jam 12 malam. Perasaan aku masih sama. Tetap tak merasakan bahawa Laila anak aku. Teringat bila kami hampir bertengkar disebabkan hal ni. Suami aku risau aku depress erti kata lain, meroyan. Aku pelik. Suami dan mak aku kata anak aku ni comel, tembam, rambut nipis, bibir kecil molek macam suami aku. Tapi, aku tak nampak semua tu. Apa yang aku nampak, anak aku ni sangat-sangat kecil, cerah tapi kulitnya dingin, rambutnya lebat hitam dan… Langsung aku tak tahu seiras siapa.

*****

Selepas selesai majlis cukur jambul petang tadi, aku ke bilik terus. Kepala aku sakit berdenyut-denyut. Laila pula duduk bersama opah dan atoknya di luar. Ramai yang nak tengok katanya. Maklumlah cucu sulung. Ketika berada di dalam bilik air yang berada di dalam bilik tidur kami, aku terdengar suara Laila menangis. Makanya, aku bersegera hendak keluar. Aku jadi hairan memikirkan siapa pula yang tinggalkan dia keseorangan di atas katil. Namun, setelah pintu bilik air dibuka tiada kelibat sesiapa pun di dalam bilik kami. Oh ya, pintu bilik juga masih berkunci! Dahi aku mulai berkerut. Lalu aku pun masuk semula ke bilik air. Belum hilang rasa pelik tadi, aku jadi semakin pelik bila lihat pad yang aku belum habis cuci tadi dah putih kering. Apa semua ni? Aku serius tak boleh nak hadam…

*****

Mata aku masih merenung tepat kepada Laila. Keanehan apakah ini? Rambut Laila aku dapat lihat masih lebat macam belum dicukur! Mulut aku jadi bungkam. Berkali-kali aku bertanyakan pada suami sehingga hampir kami bertengkar semula. Aku jadi serik nak mengadu pada suami aku lagi. Laila membuka mulut beberapa kali tanda minta susu. Anak akukah ni?

BULAN PERTAMA
Hari ini Laila dapatkan suntikan vaksin yang pertama. Aku sendiri yang bawa dia ke klinik. Opahnya bising kerana aku masih dalam pantang. Tapi, aku terpaksa sebab aku nak jawapan. Apa masalah yang Laila hadapi atau… adakah aku yang bermasalah?

Sebaik saja berjumpa dengan doktor, aku segera bertanyakan beberapa soalan yang menjadi kemusykilan aku. Tapi, secara berlapik. Aku tak mahu dicop meroyan. Doktor yang baik itu kata anak aku normal dan sangat sihat. Cuma dia kata aku nampak sangat pucat dan kurang rehat. Mungkin keadaan itu yang menyebabkan aku mengalami delusi dan tekanan. Dia cadangkan aku berjumpa dengan psychologist sekiranya keadaan bertambah buruk. Aku berhenti untuk bertanya lanjut. Aku dah agak orang-orang medical ni akan memberikan jawapan sedemikian.

******

Malam semalam aku tak boleh tidur. Selepas bercadang nak berjumpa seorang ustaz bersama suami, Laila mulai meragam. Kami terpaksa batalkan hasrat tersebut. Kami takut Laila demam disebabkan suntikan vaksin yang diterimanya. Suami memujuk untuk menangguhkannya ke hari yang lain. Aku terpaksa redha. Tepat jam 3 pagi, aku terjaga bila dengar Laila menangis. Aku segera bangun dan sedia untuk melayan si kecil ni. Namun, aku terkejut bila melihat Laila meniarap menghadap sesusuk lembaga hitam. Apa benda tu? Aku betul-betul terkejut sebab pada mulanya aku ingat hanya gantungan baju! Kenapa Laila tak menangis dan dia, dia meniarap! Bayi sebulan MENIARAP! Badan aku menggigil-gigil sambil cuba memanggil suami di sebelah. Namun hampa, dia tidur m**i. Lembaga hitam seakan hurungan serangga yang banyak itu mendekati aku dan, aku pengsan!

BULAN KE- 6
Aku nekad berhenti kerja. Badan aku semakin lemah. Semua orang risaukan aku. Tapi, takde siapa pun yang percaya cakap aku. Termasuk suami aku sendiri. Dengan dia kerap on call lagi. Jujur aku dah letih… Dekat diari ni je aku boleh cerita. Macam-macam cara aku dah guna untuk buktikan pada semua orang yang Laila TAK NORMAL! Tapi semuanya tak berjaya. Video yang aku record semuanya corrupted. Audio yang aku ada semuanya senyap tanpa bunyi. Gambar pun tak jadi! Tiap kali nak bawa berubat mesti ada hal terjadi. Aku dah letih! Aku harap diari yang tinggal ni akan jadi saksi apa yang sebenarnya terjadi, andai satu hari nanti akan ada perkara buruk terjadi…

*****

Hari ni aku ke klinik, Doktor cakap aku kurang d***h. Ya, aku perasan. Tapi bukan itu je, seluruh badan aku banyak lebam-lebam dan kesan gigitan. Semuanya semakin teruk bila Laila menginjak usia 6 bulan. Aku rahsiakan kesan lebam dan gigitan tu sebab dah takde siapa akan percaya. Aku diberi ubat tambah d***h dan cuti rehat.

*****

Laila. Aku nak sangat tahu siapa sebenarnya kau. Kenapa aku menjadi mangsa? Dia hanya tersenyum menampakkan dua batang giginya. Laju dia merangkak ke arah aku. Dia menolak solid food yang aku suakan ke mulutnya. Matanya yang hitam merenung tajam ke arah aku. Aku menelan air liur. Aku tahu dia lapar. Dan, bukan apa yang aku sua dia mahukan. Kalaulah orang lain dapat melihat apa yang jadi ni, sambil perlahan-lahan aku suakan hujung jari aku ke mulutnya. Ya Allah, selamatkan aku!

ULANGTAHUN PERTAMA
Aku merayu dekat suami aku minta dia stay di rumah malam ni… tapi aku tak berjaya. Dia ada shift malam di emergency department. Maknanya, esok pagi baru balik. Laila asyik nak melekat dekat aku. Kalaulah rumah mak dekat, memang aku tidur sana juga malam ni!
Dah dekat seminggu aku mimpi ngeri lagi. Aku mimpi badan aku d*****r-k***r dan diratah oleh puluhan makhluk hitam. Aku menjerit tapi tak ada suara keluar. Dan sakit tu betul-betul terasa sampai ngilu dan pedih badan aku setiap kali bangun tidur. Bila suami aku periksa dia minta aku banyak berehat je…

******

Aku betul-betul rasa tak sedap hati malam ni. Laila dah tidur sejak jam 9 malam tadi. Tu pun selepas penat aku pujuk dan bagi ‘makan’. Aku cadang nak telefon Ustaz Abdullah lagi malam ni. Ni pun baru kali ke-2 aku telefon secara sembunyi sebab dah takde siapa nak percaya. Sekurang-kurangnya ada yang tahu dan faham apa yang terjadi. Tapi, Ustaz pun masih belum jelas nampak masalah aku (tak pernah jumpa lagi). Jadi dia bagi doa dan amalan sebagai pendinding. Dia kata nak datang dengan isteri dan menantu lelakinya esok pagi. Aku harap semua dapat diselesaikan…

****

Ya Allah! Aku tak tahu dah nak buat apa! Tangan aku menggigil nak tulis apa yang terjadi sekarang! Tapi aku terpaksa sebab ini je bukti yang ada. Harap abang boleh baca…

Tepat jam 12 Laila bangun menjerit-jerit! Dia gigit lengan aku dan cakar muka aku! Aku terpaksa tolak dan kunci dia di bilik dia. Sekarang aku berkurung di master bedroom. Handphone aku! Aduh, kat bilik dia. Ada bau pelik. Busuk dan hancing! Aku cuba tutup hidung aku dengan kain. Aku hampir muntah. Laila dah berhenti menjerit tapi aku takut nak keluar. Aku dah tak peduli! Itu bukan anak aku!

*****

Pintu bilik aku ditendang kuat dari luar berkali-kali! Dicakar!
Aku cuba lawan – kuatkan bacaan dari ayat Quran yang aku hafal
Ada jeritan nyaring yang panjang
Asap hitam masuk dari bawah pintu
Lampu makin malap
“Jangan kacau aku! Tolonglah…”

EPILOG
Aku tutup diari koko yang lusuh dengan air mata isteri aku… dan contengan terakhir Suri berakhir di situ. Hanya beberapa helai muka daripada diari dia yang aku mampu baca. Dan itu dah cukup menceritakan kesimpulan derita yang dia alami. Diari ni aku terpaksa rahsiakan dari pengetahuan pihak siasatan. Aku betul-betul buntu dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang dah terjadi pada isteri aku. Segalanya seakan tak masuk akal! Tapi… apa yang aku boleh buat?!

*****

Isteri seorang doktor pelatih perubatan ditemui maut dengan puluhan kesan k***r seakan disiat di keseluruhan badan. Kepala mangsa pula ditemui tanpa tempurung kepalanya malah organ dalaman mangsa turut hilang. Namun tiada jejak suspek dan sebarang bukti yang telah ditinggalkan. Anak mangsa yang berusia setahun pula sehingga kini masih tidak ditemui. Polis masih lagi menyiasat tentang motif pembunuhan dan penculikan anak mangsa tersebut. Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian terbabit diminta segera ke balai polis berdekatan.

p/s: Ini adalah sebuah kisah fiksyen yang saya karang mengenangkan memori saya ketika meroyan sewaktu berpantang dahulu. Cebisan rasa yang dialami mangsa adalah benar. Jangan risau. Saya dan keluarga saya baik-baik sahaja.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

15 thoughts on “Diari Suri”

  1. dulu saya pun meroyan lepas lahir anak 1st, ada aje benda tak kena, nak tekup muka anak, cubit anak. semua tu punca sebab suami tak beli set berpantang nona roguy. suami pie beli set bersalin brand lain. bila igt balik memang nak tergelak. jadi para suami diluar kalau isteri nak set bersalin apa-apa belikan aje la. jangan dia murung, jaga pantang pun tak mahu, nanti siapa susah…para suami jugak.
    #jangankecam

    Reply
  2. Never take this matter lightly, kepada semua suami yang bini baru lepas bersalin, tolong pantau emosi bini2 awak. Hakak pernah kena dulu. Fuh, sememangnya dahsyat.

    Reply
  3. Sy simpati kpd ibu2 yg pernah meroyan..sy pernah terkena baby blues dgn 2 anak, the 3rd sy nekad utk aktif di social media n family n friends pun sll dtg rmh..di sini kami xda istilah pantang..sy pun sentiasa alert bila ada kwn2 yg update status yg agak pelik dan nasihatkan utk jemput kwn2 berbual di rmh or sembang di telefon..jgn biarkan fikiran kita sunyi

    Reply
  4. saye pernah hampir meroyan mse berpantang ank 1st .. sbbnye start pkol 1pgi smpai pkol 4pgi ank tido .. bile letak je nangis .. suami pulak sdap tido kt sebelah .. tngh pjok2x ank nangis trdetik dkat hati nk campak je anak ke bwah *rumah 2tingkat ..nsib mak msok bilik amik ank .. sye prnah lempang ank .. jentik2x pipi ank sye .. tpi bile sdar sye mnyesal buat kt ank cmtu .. Alhamdulillah skrg ank sye dh 8 bln .. sgt snang nk jage n manje dgn sume org .. skrg ank sye xshat .. batuk n selsema .. doa kan ank sye cpt shat ye .. ksian tngok dye ..

    Reply
  5. Pernah rasa meroyan masa pantang.. tapi xsuka kat org tu dtg..smpi skrg bila org tu dtg lg sy xsuka.. pdhal dia xde buat salah pon..

    Reply
  6. Best….sebab tu ibu lepas bersalin Kena Jaga betul…apa Yg diorg cakap tu, dengar dulu…Jgn simply cakap die Xbetul la meroyan la…fiksyen pn, Tapi penulis cakap ada yg betul dia alami…Alhamdulillah baik2 je😊

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.