Assalamualaikum kepada pembaca setia fs, aku perkenalkan diri sebagai Nana. Selalu sangat baca kisah seram dekat Fiksyen Shasha ni, teringin pula hati ini nak berkongsi kisah seram aku di fs ni. Sebenarnya ini bukan sahaja kisah aku tapi termasuklah bapa dan emak aku juga. Sebenarnya sebelum bapaku kemalangan motosikal sewaktu hendak ke tempat kerja di area Shah Alam pada tahun 2010, dia kiranya pandailah juga dalam mengubat orang ,seperti terkena buatan orang, histeria ke dan ada benda nak mendamping ke, lebih kurang macam tu.
Sebab semasa remaja, dia pernah belajar di pondok, mendalami ilmu agama. Kemudian dah belajar di pondok, dia belajar ilmu persilatan. Itu adalah serba sedikit tentang diri dia, sebelum terlibat secara tidak langsung dalam ilmu perubatan ni. Sebab selepas kemalangan tu dia tak boleh buat kerja berat-berat, kalau ubatkan orang pun, yang jenis gangguan ringan sahajalah. Dipendekkan cerita, sebab pembaca tak suka mukadimah yang panjangkan. Dalam dua tahun lepas, sepupu aku ada mengurut kawannya (dia pandai juga urut sikit-sikit, tapi tak boleh scan), aku gelarkannya Azmi lah ya. Kawan Azmi minta urutkan, tengkuk dan bahunya sakit-sakit, seperti kena hempap. Berat rasanya hendak bawa badan katanyalah.
Si Azmi ni urutlah macam biasa. Hari berganti hari dan seminggu pun berlalu. Lepas tu muncullah Azmi ke rumah ku untuk berjumpa bapaku. Dia minta bapaku tolong urutkan badannya sebab terasa sakit. Keadaannya sakitnya tu sama saja seperti kawan yang dia urut minggu sudah. Bapaku cubalah urut bahu Azmi dan adalah bacaan yang dibaca, tapi perlahan sahaja. Selesai urut-urut sikit, bapaku cuma tepuk sekali sahaja tengkuknya, sudah selesai. Azmi terkejut, cepatnya urut. Bapaku berpesan, kalau nak urut tengok-tengoklah dulu, ini tidak main urut je. Terkebil-kebil Azmi cuba untuk memahami.
Jelas bapaku lagi, sebenarnya ada pontianak memaut bahu kawannya, sebab tu dia terasa sakit dan berat, kemudian semasa mengurut kawannya itulah kak pontianak ni sudah terbekenan pulak kat si Azmi ni, maka berpindahlah dia ke bahu Azmi. Patutlah masa Azmi melangkah masuk ke rumahku, lalu saja Azmi dihadapan ku terus mencanak naik bulu roma ditengkuk dan dilengan, terasa kembang saja tengkuk dan lenganku macam kucing nak bergaduh lagaknya. Terfikir pula dihati, manalah agaknya si kawan Azmi ni pergi sehingga kak pontianak dah “terpaut” padanya sehingga terpindah pula dibahu Azmi, boleh tahan mata keranjang juga kak ponti ni, pantang nampak lelaki berkumis dan berkening tebal, hahaha.
Tapi pada malam tersebut ketika bapaku tengah tidur, dia bermimpi didatangi pontianak tersebut, sebab marahkan bapaku pisahkan dia dengan Azmi. Bapaku marahlah, suruh cari rumah lain, sebab diakan syaitan, pontianak pula tu, macam lah lawa sangat. Dalam bertegang urat dan berlawan cara batin dalam mimpi tu, akhirnya kak ponti tu mengalah. Esoknya Azmi call, dia beritahu pada bapaku, dia terdengar bunyi perempuan menangis luar biliknya, sayu je. Tidak lama kemudian hendak dekat azan subuh baru suara tangisan tu hilang. Sedih pulak rasanya cinta antara dua alam, huhu. Tapi pergi jahanamlah kat pontianak tu kan.
Ada satu malam tu, aku, emak dan bapaku bercadang nak makan malam di luar. Bertolak hampir pukul 9 malam macam tu, sebab emak dan bapaku memang bercadang hendak pergi selesai solat Isyak. Dalam perjalanan tu, boleh tahan juga jauh tempat makan tu (tempat adalah rahsia), atas cadangan emak aku juga, hendak cuba tempat baru. Kereta tentulah bapa ku yang drive, lepas tu masuk dalam satu jalan kecil tu, tapi aku pelik kenapa tiada satu kereta pun yang kelihatan kecuali kereta kami sahaja, tapi aku abaikan sahaja perasaan tu. Dalam leka kami bersembang tiba-tiba saja kereta berhenti. Aku dan emak sudah panik, tentulah kan, sebab tempat tu gelap lain macam,sunyi pula tu.
Inipun kami ikut laluan yang disuruh gps. Dah tentulah si gps ni kena sumpah seranah aku, kenapa dia bagi laluan yang salah, fikirkulah ketika tu. Kemudian bapaku buat isyarat diam padaku. Mulut boleh diam! Tepat dan padu, aku cuma kata…. sorrryyyy….terlepas cakap. Kemudian bapaku keluar sendirian, tengok apa masalah yang ada, kemudian masuk kereta semula. Mak pun bertanya, “OK ke?”. Bapaku kata ok, takde masalah. Tapi kenapa kereta boleh berhenti macam tu saja. Memang pelik, tapi aku simpan dan tahan saja persoalan dihati, takut nanti kalau banyak tanya, memang kena super leteran tahap dewa by mama, haha. Kemudian bapaku pun start kembali enjin kereta, vroommm, maka mengaumlah deruman enjin kereta proton waja, mengalahkan F1, di kepekatan malam itu.
Dan tiba-tiba bapaku pun, “TERIMA KASIH YA, SEBAB TOLONG…!”. Ha! Aku dan mak berpandangan sesama sendiri, kami mula bermonolog dalaman, tapi aku masih boleh faham monolog dalaman mak ‘abah bercakap dengan siapa?’ lebih kurang je ngan aku, haha. Siap melambai lagi, seolah-olah melambai kawan lama. Aku tengok gelap je kat luar tu, semak meninggi paras dada adalah, takkan terima kasih kat semak tu pulakkan. Bergerak saja kereta ke kawasan terang sikit, barulah lega sedikit dihati, kereta sudah banyak di depan mata, tapi perut mula menyanyikan irama syahdu, adui laparnya.
Mak pun bertanyalah pada bapaku, apa yang terjadi tadi, dengan siapa dia ucapkan terima kasih, sebab dia tidak nampak kelibat umat pun. Bapaku pun menjawab, “Adalah..hamba Allah jugak”. Aku pun iyakan ajelah, sebab tak nampak. Akhirnya sampai juga destinasi yang dituju. Ada lagi satu kisah, masa satu malam ketika bapaku pulang dari kerja dalam jam 11 malam (ini diceritakan oleh bapaku), sedang dia tengah bawa motosikal dari Shah Alam ke Meru, dekat tepi jalan tu ada satu pokok besar dan rumah banglo lama yang macam menakutkan disebalik semak samun bak hutan belantara ketika itu, sebelum rumah itu dirobohkan ,tapi pokok besar tu masih berdiri gagah kat tepi jalan tu, sebab tidak boleh hendak tumbangkan, kalau nak tumbangkan pasti ada kecelakaan yang berlaku, kata orang.
Kemudian, sedang leka bawa moto, melepasi kawasan yang disebutkan tadi terus motor jadi berat. Bapaku tak pelik, tapi dia geram, sebab penat balik kerja ada pulak syaitan yang nak menumpang. Rasa-rasanya apa, haa..tak lain dan tak bukan kak pontilah…(nampak clichekan) tengah duduk ayu je kat belakang bapaku. Tapi bapaku tak terus balik rumah, dia bawa jalan-jalan, pusing-pusing keliling Meru, dari jalan Haji Saleh sampai depan jalan Hamzah Alang, pastu dia taknak turun jugak, bapaku dah try pujuk, siap dengan bunga-bunga surah dan ayat ruqyah lagi, masih lagi mendakap erat bapaku. Dan jalan terakhir bapaku singgah station minyaklah, bapaku masuk bilik air dia pergi buang air kecik dan air besar sekali, betul-betul dia bagi dekat kak ponti tu pakej, baru puasss.
Itupun keluar saja dari tandas tu, bapaku terus baca ayat apa yang patut, baru boleh gerak balik, takkan nak baca dalam tandaskan. Sesudah tu barulah terasa ringan sikit nak bawa motor pada malam tersebut. Tapi bapaku kata kak ponti ni tak kasar, sebab tu bapaku cuba berlembut sikit, tapi itulah dia tetap taknak lepaskan bapaku, terpaksalah bapaku pindahkan dia di istana menunggu tu, haha,bukan istana menanti tau. Kiranya kes dia lebih kurang si Azmilah. Tapi “awek” Azmi tu garang sangat.
Okeylah, itu sahaja yang mampu aku tuliskan buat tatapan kalian membaca, sampai seru lagi, aku tulis cerita seram yang lebih rare lagi (cewah macam tulis surat cinta pulak), sekian.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kirim slm ayah. Nk minta tlg dia tengokkan sy. Tengokkan hati sy ada di hati awk ke cia cia cia jgn mrh haha
rumah banglo lama tu mcm tau je kt mana, klau dr arah klang ke meru rumah banglo to sebelah kiri kn. tp skarang dh xde, sbb dh de perumahan Bukit raja. dulu ada accident kt area tu, smua dlm kereta m**i. kepala tarak.. terbabas kt area tu. dlu masih tebal dgn pokok kelapa sawit area tu. huhuhu
Adooiii…
Baiknye lahaaaiii x korek lebih detail lg part kera rosak tu…
Kay…bab yg menolong tu ghasenye xtau pn.xper…
Tp ape yg die tolong tu…???
Tolong tolak keta sampai idop enjin smle ke???
Caaiitttt…
Cikarooo punye kak ponti…
Sukak2 jer ngendeng motor bapak awak yer…
Nayolah sape yg g toilet tu nnt ade cik ponti dok dlm tu…
Huhuhuhuuu…
oh nana….boleh kenal x hahahahaa…..sory eh kak dok menumpang komen disini..dah kata saka kan…hahaha….huntonglah kemahin lagi kak ponti.. bapa dia bawa jalan2 ala2 pak maon naik vespa kan….
Haha.. tu la psl.. ada y tnggu dlm toilet la pulak… ni y rsa seram ni nk snggh toilet mlm2 kt rnr ke atau petrol station…
sila teruskan menulis. cter bez!
Lokasi makan tu mesti kt jeram ikan bakar tu kan? Teka je ni…sbb dh dkt dgn meru katanya…
Bestlah cite pengalaman ayah ko. Cite lagi
hahaha dari seram terus tak seram aku bace. lawak betul hahaha
seram betol cerita yang last tue..