seram-17

Diganggu ‘Ayah’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku nak cerita pengalaman aku diganggu sejak dari aku kecil.Aku bersyukur sebab aku ni jenis kuat semangat berbanding kawan perempuan yang lain.

Dulu aku tinggal di kampung. Ada sawah padi. Sesiapa yang pernah tengok kampung macam tu taulah. Rumah pulak jarak-jarak, ┬ásama ada selepas kawasan semak atau telaga barulah ada rumah orang lain. Rumah yang aku duduk tu sebelah kiri kawasan kebun getah terbiar tapi tak luas sangat dan sebelah kanan pula ada telaga. Mak aku kata “benda” yang duduk kat situ adalah seorang nenek yang tua sebab abang aku pernah nampak and tunjuk2 kat nenek tu tapi ayah aku tak nampak.┬áRumah tu dua tingkat, tingkat bawah batu, manakala tingkat atas pula dibuat dari papan. Mak aku pernah kena masa tengah malam. Kitorang semua tidur kat atas. Mak aku bangun nak pergi tandas dan sewaktu turun tangga tetiba mak terbau benda busuk. Busuk yang amat sangat tak tau nak cakap macam mana.Then tiba-tiba bau busuk tadi jadi wangi. Wangi yang teramat sangat.Lepastu mak aku nampak ada bayang-bayang hitam melintas kat tingkap dapur. Mak aku pun lari naik atas balik untuk kejutkan ayah aku. Tak jadi nak melepas.

Alkisah aku pulak yang kena. Ayah aku kalau tak pi kerja dia akan layan kami adik-beradik. Ada satu kerusi plastik ni tempat dia selalu duduk dan masa tu kami akan berebut-rebut nak duduk atas riba ayah(al maklumlah ramai siblings).Dan aku selalu menang,hehehe. Satu hari tu mak aku suruh ayah aku pergi beli barang kat kedai, dan as usual, ayah aku start motor terus pergi. Tak silap masa tu dalam waktu tenga hari. Aku pula semangat babai2 ayah aku. Lepas tu aku pusing belakang nak sambung main, tetiba nampak ayah dah balik. Dalam hati terdetik jugak la yang cepatnya ayah aku pi kedai. Tapi masa tu bebudak manalah tau apa-apa kan. Aku pun gembira menyambut kepulangan ayah aku dan berlari-lari letak barang yang mak suruh beli tadi atas meja kat dapur. Aku pun cakap kat mak “Tu barang ayah beli ada atas meja”. “Mana??”mak aku tanya.”Tuuuuuu” aku tunjuk sambil muncung-muncung bibir aku .Mak aku macam tak nampak juga sambil buat muka bengang, aku pun ahh lantaklah maybe sebab barang tu di sebalik tudung saji. Aku pun lari la balik kedepan sebab nak duduk atas riba ayah aku. Pelik jugak masa tu siblings aku yang lain takde pulak nak berebut tapi ternganga-nganga tengok aku. Aku biar jelah dan terus duduk atas riba ayah tapi ayah aku senyap je dari balik tadi, then guess what?? Tengah aku membebel-bebel, tiba-tiba ayah aku balik naik motor and “ayah” yang aku duduk tu terus ghaib! Aku pergi tengok barang-barang yang “ayah” aku beli letak atas meja pun dah takda. Tercengang-cengang aku tapi takdelah rasa takut sangat sebab bebudak lagi kan. Bila dah besar baru aku tau and aku ingat peristiwa tu dari A sampai Z.

Pernah jugak aku kena sorok. Kami ada satu port menyorok yang konon orang tak nampak tapi sebenarnya boleh nampak jelas(atas sofa je). Masa tu aku merajuk dan menyorok kat situ. Mak aku masa tu ugut nak tinggalkan aku sesorang tapi, aku ni pulak keras kepala. Siblings aku jenguk cari aku lah,tapi diorang tak nampak aku. Padahal aku betul-betul kat depan diorang siap tengok lagi diorang mencari-mencari aku. Mak aku datang baru nampak aku.Fuhh nasib baik. Pernah jugak tinggal sengsorang lepas tu dengar bunyi orang melompat2(aku fikir pocong je masa tu).

Fuhh banyak agi cerita nak share tapi panjang sangat.Nanti2 lah yee.Babaii

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *