Salam semua. Nama saya Mawar (bukan nama sebenar). Kisah yang ingin saya ceritakan berkenaan kisah semasa saya tinggal seorang diri di sebuah rumah flat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Flat tersebut ada 17 tingkat dan saya tinggal di tingkat 13. Hari pertama saya pindah di situ, hujan turun amat lah lebat. Saya dan anak sulung yang menemani saya pindah sambil menyusun barang2 dalam rumah. Lepas penat buat semua tu, kami pun berehat.
Pada waktu malam, tiba2 blackout. Tanpa rasa takut kami tidur seperti biasa di dalam gelap kerana pihak TNB saya hanya akan hubungi keesokan hari. Anak saya tinggal dengan ibu saya, jadi saya menghantarnya pulang selepas itu. Dan tinggallah saya keseorangan di rumah selepas itu. Oh ya saya adalah ibu tunggal beranak dua. Anak sulung tinggal di rumah ibu saya manakala anak bongsu tinggal di asrama.
Selepas beberapa hari tinggal di flat tersebut, saya merasakan seolah-olah ada mata yang memerhati saya setiap masa. Saya menaiki bas/lrt setiap kali pergi dan balik kerja. Selepas subuh saya sudah keluar rumah untuk bekerja dan selepas maghrib baru tiba di rumah. Oleh kerana saya memang sentiasa mengaji setiap hari dan juga selalu amalkan solat2 sunat, saya teruskan amalan tersebut semasa tinggal di flat tersebut.
Tetapi saya tetap merasakan ada makhluk yang memerhati saya. Yang paling saya seram adalah untuk mandi di bilik air. Seolah-olah ada benda di situ jadi. Saya selesa mandi di tempat mesin basuh dekat sebelah dapur. Selalu pada waktu malam, saya seolah2 melihat ada benda melintas semasa saya didapur. Lintasan bayangan yang amat laju. Saya tawakal aje.
Paling kemuncak adalah pada suatu hari dalam pukul 3.30 pagi, hujan kilat petir di kawasan rumah saya. Saya tidur dibilik utama dan pintu bertutup. Tiba2 bunyi ketukan pintu yang amat kuat bertalu2 dipintu bilik saya. Saya amat terperanjat dengan ketukan itu tetapi saya agak musykil sekiranya manusia tentu dia dah tendang pintu itu tetapi ketukan itu hanya bertalu-talu. Dengan berani saya menuju ke pintu bilik dan menahan badan saya dipintu hingga merasakan gegaran ketukan. Saya azan dan baca surah2 yang saya ingat dalam 30 minit barulah ketukan itu berhenti. Saya juga menjerit pada ketukan itu dengan mengatakan, “kita sama2 hamba Allah, jadi jauhkan diri kamu menganggu saya ini”. Kemudian keadaan kembali senyap seperti biasa.
Oleh kerana tidak sedap hati, saya bertanya pada rakan sepejabat. Dia mengatakan ada 2 ekor jin jantan yang mengekori saya kerana meminati saya. Selain di rumah saya, memang ada tinggal satu keluarga jin kerana rumah saya itu dah lama kosong. Rakan menasihati saya supaya berjumpa orang yang pakar dalam hal ni. Saya berjumpa dengan seseorang dan dia mengatakan saya bernasib baik kerana kuat mengaji dan solat sunat sebab itu jin/setan susah nak memasuki tubuh saya untuk dirasuk cuma boleh untuk berlegar-legar sahaja di keliliing saya.
Pada sesiapa yang baru tinggal/pindah di rumah yang tidak diketahui ada entiti didalamnya rajin-rajinkanlah diri anda mengaji dan solat2 sunat selain berpuasa di rumah. Jika takut, pasanglah surah rukyah dimalam hari. Download surah rukyah dan pasang sampai pagi. Kadang2 sebab diri sendiri yang tidak jaga solat dan ibadah2 seperti mengaji/zikir2 la benda2 seperti itu suka mengacau kita kerana tiada pendinding. Wallahualam…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
akak cuba bacakan surah al-baqarah dalam sehari di rumah akak..mak saya pernah amalkan baca satu surah al-baqarah lengkap pada satu malam. masa tu kami baru masuk rumah baru. lepas selesai baca (mungkin di pertengahan bacaan), tiba2 ternampak seekor lipan besar xtahu keluar dari celah mana, ayah sy halau lipan tu..alhamdulillah, setakat ni xada gngguan yg teruk dirumah sy
pendeknye..adeh
berani akak ni tinggal sensorang