Diganggu Kawan yang Bela Saka?

Thanks FS sudi siarkan ceriata sy. Ceritanya bermula bila aku mula sambung belajar dekat sebuah kolej kat Seremban. Kami diberi rumah sewa oleh pihak kolej. So kami ni dikira sebagai batch kedua la. Sebab batch pertama yg masuk rumah sewa tu awal sebulan dari kami. So nak dijadikan cerita. Batch pertama yg ada kat rumah sewa tu adalah dalam seramai 6 orang. Batch kedua pulak (batch sy lah tu) seramai 4 orang.

Ok la aku cuba pendekkan cerita. Satu bilik dgn kitorg ni ade sorang yang kitorg rasa dia pelik sgt. Mata dia pulak jenis besar. And dia selalu cakap dia ada bela saka. Kitorg pon mcm endah x endah aje la. Come on la. dah zaman modern kot. mana la ade org main bela2 saka ni kan.

So, nak dijadikan cerita..masa tu cuti sebab tak ade kelas. Cuti selama tiga hari la sebab jumaat tak de kelas. Sabtu and ahad mmg cuti.So masing2 dah packing baju ni nak balik. aku and kwn aku yg kononnya bela saka tu je xbalik. sebab malas nak balik. ala cuti tiga hari je pon. so masa tu tggal kitorg bdua aje kat rumah tu.

Roomate aku yg dua org ni dah pesan hati2 dengan kawan aku yang konon bela saka ni. tapi aku cakap ala jangan risau lah. sebab aku xpernah lagi kena ganggu. so malam tu kitorang tidur macam biasa. Katil kitorg ni jenis katil double decker. Yg bela saka tu tido blah atas. aku tido blah bawah. So malam hari pertama tu kitorg pon tido mcm biasa. Kwn aku yg balik kg tu ade pesan sebelum tido baca2 la dulu or tido bukak la ayat apa2.

Tapi aku pulak dah penat sgt haritu. So terus tido aje la. tiba2 dalam pkul 2 pagi aku tersedar katil aku mcm bergegar! Aku diamkan aje la. Makin lama makin kuat pulak bergegar dia. haish tak boleh jadi ni. Aku terus sound member aku yg tido kat bahagian atas katil aku tu. Woiii. Janganlah main goyang2. okay then dah stop bergegar. Aku pon rasa lega and xsyak ape2 langsung. Then aku sambung tido. and tiba2 aku rasa mcm ada org perhatikan aku. Bila aku bukak mata aje. aku tengok kawan aku tu tengah berdiri tegak sebelah aku. Ya Allah. bayangkan. ape kau nak buat masa tu. Aku xlari. sebab kalau aku lari. aku xtau nak pegi mana. Gate mmg setiap mlm lepas pukul 12 warden akan kunci.

Aku rasa mcm nak nangis je masa tu tapi nasiblah aku terpikir kalau nangis lagi benda tu suka. so aku terus baca aje apa2 ayat and sambil tu mata aku pejam lagi. Okay kali ni aku mmg rasa ade benda perhati lagi. so aku buat bodoh aje. sampai la aku rasa mcm dah lama sangat. aku bukak mata perlahan2.

Guess what! kwn aku tu tgh tgk aku dengan mata dia yg terbeliak! kiranya dia tgh tgk aku sambil berdiri kat atas bahagian kepala aku .Kali ni aku mmg dah rasa hilang pedoman. aku pejam mata. tarik selimut. mulut aku x berhenti2 baca ayat kursi and segala mcm ayat lagi. and aku ni pulak alhamdulillah. jenis orang yg takot ke ape ke . tidur tetap tidur. and aku berjaya tido dengan tenang sampai pagi esok.

pagi tu aku tgk kawan aku ade atas katil dia tgh tidur. So aku buat bodoh ajelah. aku pergi turun bawah, call roomate aku and cerita semua yg terjadi mlm td. dia cakap patutlah akak rase mcm xsedap hati. then dia suruh aku tumpang tidur rumah sewa kwn kitorg yg satu lg. sampai dia balik. Bila dia balik kitorg pon pikir ape cara utk keluarkan budak tu dari rumah kitorg.

And kitorg baru sedar. silap kitorang jugak selalu solat on off. tak pasang ayat2 suci dlm bilik. sbb xpernah lagi ade yg kena ganggu macam tu sekali. so mlm tu kitorg pasang ayat suci alquran. kwn kitorg yg bela saka tu jerit. suruh matikan. kitorg buat bodoh aje. Lepas tu alhamdulillah. dia dah berhari2 xbalik. rupanya kitorg dpt tau kwn kitorg tu sewa rumah lain. Memang tu la pengalaman paling seram aku pernah alami. Maaf kalau ada yg xpercaya. Tapi ini semua aku cerita dari ape yg aku alami sendiri. And moral value dia. kalau benda2 ni jadi kat korang. Jangan terlalu berani and jangan terlalu takut.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

2 thoughts on “Diganggu Kawan yang Bela Saka?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.