Diganggu Makhluk Runcing Kepalanya Sewaktu Belajar di Kolej Swasta di KL

hi, terima kasih admin sebab beri aku peluang untuk ketengahkan cerita aku. kisah ni berlaku sewaktu aku sambung belajar di kolej swasta di kl. kami disewakan sebuah apartment yg berdekatan dengan kolej. mulanya, kami biasa biasa saja hidup tenang tanpa gangguan. gangguan pertama berlaku pada satu malam selepas aku on call dengan bf aku, aku masuk ke bilik dan secara kebetulan roomate aku pun ade yg baru nak masuk tidur. aku baring kat katil aku sambil main phone. tiba tiba, aku nampak ada bayang yg meninggi di dinding yg berhadapan dengan aku. bayangan tu bergerak perlahan lahan. rumah ditingkat 8, dan dihapadapan rumah ni adelah jalan. jadi bayangan apekah itu ?

gangguan kedua ketika aku tinggal sendiri kt rumah tu.. kawan kawan aku balik kampung masa tu.. aku je yang tak balik. masa tu aku masuk awal tidur sebab takde ape nak buat memandangkan tv kt hostel tu takde.. masa aku tido, aku seolah olah dapat rasakan ade sesuatu yg himpit aku.. makin lama makin rapat dan seterusnya dia terus menunjukkan mukanye pada aku.. masa tu mukanye jelas aku nampak, seperti orang tua dan sedikit runcing di atas kepalanya. aku tersentak dan terus bangun.. aku istigfar banyak banyak dan cerita gangguan ni kt bf aku. dia mintak aku untuk baca surah fatihah dan ayat qursi sebelum tido. lepas tu barulah aku dapat tido dengan tenang.

bukan takat tu je, ade satu malam.. aku dengan roomate aku tidur agak awal sebb esok ade kelas.. masa malam tu, aku decide untuk biarkan pintu tu memandangkan tombol dah rosak dan takde sape lagi kat rumah melainkan kitorang..

malam tu aku terjaga bila aku terdengar pintu di buka tutup.. ‘kreeekkkkkk’ ‘dummmmm’ bunyi tu berulang kali.. kawan aku si A ni dia bangun dan intai.. tapi takde sape sape dan angin pun tak kuat malam tu.. aku dah mengiring ke tempat lain dengan kaki dah menggigil sebab seram.. pagi tu aku tanya kawan aku si E ni sama ade dengar tak.. dia kata dia tak dengar ape ape sedangkan dia dekat dengan pintu
Gangguan seterusnya berlaku di siang hari, aku dengan roomate aku keluar dan pulang lewat petang. masa tu, dua orang housemate aku tengh berbual kt ruang tamu. ‘korang keluar ke ? bila masa korang keluar ?’ tu lah soalan yg kawan aku tanya kt kitorang bila kitorang balik.. ‘dah lama la kitorang keluar.. kitorang keluar tengah hari tadi’ balas kawan aku (E) dan terus pergi ke pintu bilik nak masuk. ‘eh.. kitorang dengar korang berbual bual kt dalam bilik.. kitorang ingat korang ade kt dalam’.

housemate aku (S) bagitau kitorang dengan muka terkejut.. aku terus tutup pintu rumah dan terus nak ke blik.. kawan aku si E ni dah kt depan pintu bilik, nak tolak tapi ade benda yg menghalang. tombol pintu bilik tu rosak dan kitorang pecahkan, jadi pintu tu hanya bole disendal dari dalam bilik. persoalan, macam mana pintu bilik boleh disendal dari dalam sedangkan kesemuanya tiada dalam bilik. aku dengan yg lain berpandangan.. dan kawan aku E bukak jugak pintu tu dan meja sendal tu agak terpelosok ke dalam.

gangguan seterusnya dimana aku kerap di ikut oleh satu makhluk, keadaan dia meninggi dan sedikit runcing diatas.. ia tak ubah seperti yg dalam mimpi aku. dia ikut aku sampai aku balik ke kampung.. bukan takat tu je, kawan aku sesiapa yg bring di katil aku turut kena kacau.

sekarang, alhamdulillah dah 2 tahun berlalu dan aku dah bebas dari gangguan makhluk tu selepas aku ikhtiar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. maaf kalau kisah aku tak seram.. tapi tulah pengalaman aku yg tak bole lupa.. assalamualaikum

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

arraf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.5]

9 thoughts on “Diganggu Makhluk Runcing Kepalanya Sewaktu Belajar di Kolej Swasta di KL”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.