Diganggu Puaka Laut

Assalamualaikum admin FS & pembaca FS semua. Nama aku Iwan dan story aku kali ni adalah yang kedua selepas cerita percubaan pertama aku dengan tajuknya ‘Di Kejar Makhluk Berbungkus’.. Ok untuk kali ni aku kongsikan bad experience masa aku di laut & lagi 1 mungkin cara penceritaan aku ni macam fake je tapi inilahh reality sebenarnya hahah..

Ceritanya bermula pada penghujung tahun 2012, masa tu aku tingkatan 4 habis je ujian semester & hampir cuti sekolah hujung tahun, bukan belajar lagi kat sekolah tu datang sekolah je bergosip, mengumpat, bertinju, tarik tudung pompuan, conteng marker kat muka orang tidur dan lain² aktiviti tak berfaedahhh.Bila dah hujung tahun tu kawan² sekelas semua banyak bawa smartphone, tab, laptop masing² diorang seronok ber selfie,bluetooth lagu, share movie sumpah jeles aku tengok tau! aku je takda smartphone masa tu yang ada cuma Nokia 1110 (Boleh try Google)aku mampu tengok jelah kegembiraan diorang tu.
Jadi masa tu aku nekad..habis je sekolah ni karangg aku cari duit nak beli phone baru Hahah! boring dah aku pakai phone lama tu nk dengar lagu yang ada Ringthone Rooster je dah tu balik² main game karom & snakes.

Hari berganti hari cuti sekolah pun sampai, aku pun fikir nak kerja apa ye.. kalau aku cari kat pekan, jauh sangat lesen moto pun takde masatu..Jadinya aku buat kerja kerja kampung jelah esoknya aku pergi kat pakcik aku dia ni ada kebun yg luas macam² dia tanam. Jadi aku kerja bahagian petik limau jelaa. Dalam,seminggu aku buat kerja tu dapat la duit RM177 ringgit lepastu aku berhenti buat kerja tu pasal permintaan limau tu kadang² je ada. Kembali pening aku memikirkan apa lagi kerja aku nak buat.. lusanya, dapatlah ikut² pakcik aku menjala, cari Kupang, cari siput sedut & duit simpanan dah ada RM244 tapi masih tak cukup nak beli phone yang dah aku aim tu & pening lagi kedua kalinya pasal takda kerja.

Sampailah satu hari tu,aku pun terfikir kenapalah aku tak mintak jualkan ketam je kat pasar tu je? memandang banyak sedara aku berniaga kat sana .masa tu aku memang dah senang hati dah nanti malam nak pergi tangkap ketam kat LAUT & air laut pun surut masa tu.Jadi petang tu aku call kawan aku namanya si Amar (budak kampung sebelah) dia angkat je call aku, terus aku tanya dia…..

“Weii Mar kau petang karang pergi mana² tak?” lalu dia menjawab dengan pantasnya……

“Aku nak ke laut karang nak tangkap ketam kenapa?”

aku pun balas balikk….. “Wuihh cantiklah aku pun nak pergi sana ni! tadi tu cadang nak ajak kau lahh”…

Amar pun jawabb.. “Cantekkkk kita pergi sama lahh jumpa aku simpang sana senja karang”…

aku pun tekan tekan butang merah phone untuk End Call tapi yang sebernanya dah lama butang tu rosak & tak berfungsi lagi.Dah memang kebiasaan orang sini kalau laut surut, mesti akan ada orang pergi tangkap ketam. Petang tu aku minta izin dulu ngan parents pastu dapat lampu hijau pasal diorang tak risau aku keluarngan ngan Amar pasal dia tu dia ni tua 5 tahun dari aku. Aku prepare barang yang patut pastu pinjam lagi moto abang aku dan berlalu pergi.

Setibanya aku di simpang, aku dah nampak si Amar tengah tunggu aku sambil merokok dan dia ada bawa kawan dia sekali(anak sedara katanya).Aku tak kenal orang tu tapi familiar kalau jumpa kat mana mat² rempit melepak dan nama dia pun aku dah lupa jadi aku namakan dia di sini, si ‘Bengis’ pasal muka dia tak pandai nak ceria langsung bengisss je memanjang dah tu banyakk diammm je macam orang hilang halkum. kami pergi dengan moto masing² & si Bengis membonceng di belakang Amar sambil tu juga muka dia terbengis bengis di tiup angin senja.

Bila dah sampai,kami pun sorok moto ke kawasan semak (takut kena usik) & kami terpaksa berjalan beberapa meter lagi untuk sampai ke pantai & melalui dulu laluan semak rimba yang jalannya agak berbukit sedikit. Aku dengan parang cuba tebas sikit rumput yang menghalang laluan & Amar dengan parang panjangnya melibaskan ke rumput yang juga menghalang laluanya juga & si Bengis hanya membengiskan diri & berjalan di tengah² antara aku & Amar.

Sambil asyik bertepuk tampar dengan nyamuk & si Bengis berada di depanku pun turut di serang nyamuk, aku pun tercium bau laut & dan terdengar bunyi ombak kecil..itu tandanya kami dah hampir dengan pantai. Bila tiba di persisir pantai, kami pun melepak sebentar di pasir² sambil menunggu air betul sesuai untuk gerak dan aku membakar daun² kelapa yang jatuh kering yang banyak bertebaran di pasir² maka menjulanglah api tinggi & larilah nyamuk yang asyik mengkerumun si Bengis tu..Ingat dah berenti dah buat muka bengis tu tapi, bertambah bengis pula jadinya..aku yang asyik tersenyum sinis melihat kebengisan beliau tu, rasa macam nak baling pasir ke matanya tu cubalah buat muka happy sikit macam aku ni hahahhh.

Dalam pukul 7malam canmtu nampak air laut yang dah betul² surut & kami tak membuang masa lalu bingkas bangun dan menuju ke air & kami pun makin jauh makin jauh dari pantai aku yang memegang karung guni dan lampu suluh terus pergi menuju ke sebelah kiri laut dan Amar & si Bengis pergi sebelah kanan. Nak di pendekan cerita malam tu memang takda rezeki lah berjam jam cari² sekor ketam besar untuk di jual pun takda langsung! air ok kot paras bawah lutut. Yang ada cuma ketam² batu yang sebesar 2 jari je berenang renang depan mata kalau besar tu sapa nak beli kan?.Cuma yang seronoknya aku jumpa banyak udang sebesar 2 jari..aku tetak & aku salai je sampai masak guna mancis.

Tengah aku asyik menyalai udang tu, Tiba² terdengar bunyi Amar menjeritt & aku suluh lampu kearahnya aku nampak dia dah rebah ke air & dari jarak aku yang agak jauh tu aku tengok Amar tengah menggelupur dalam air lepas tu tiba² dia hilang dari permukaan air takkan la air dalam kot paras lutut je masa tu.. Aku pun terus berlari pergi mendapatkan Amar. Tapi yang buat aku marah, si Bengis tu dia cabut lari pula menuju ke pantai..cuba la tolong orang tengah susah tu..Aku yang masih jauh dengan Amar cuba sedaya upaya berlari selajunya mendapatkan Amar sambil aku memanggil manggil dia sekuat kuat hati.

Sedang aku cuba berlari tapi tak terlari & kaki aku balik² terbenam ke pasir tu. Tiba² Amar keluar muncul keluar dari air tapi jarak dia mula hilang tu, jauh dari jarak dia timbul semula. Dengan keadaan dia yang kelam kabut tu dia berlari menuju ke pantai sambil tu juga aku menjerit memanggil dia tapi hampa dia tak beri tindak balas langsung aku tengok je sambil suluh dia lari macam ketakutan. Sambil aku perhati je dia lari tu, Amar macam ada menjerit kat kat aku tapi bunyi angin laut & air laut buat suara dia tak terdengar jelass cuma apa yang aku dapat tangkap…

“`….-GI- – Z. .TU—:-: WAN!!!! .-Bb…IKK!!-”

Aku dapat agak Amar cuba cakap “Pergi dari situ wann!! Balikkk!!”..aku dah marah masa tu sampai hati dorang tinggalkan aku sambil aku berdiri di kawasan laut cetek yang luas gelap tu maka mula timbul perasaan takut dan sekuat melangkah berjalan aku menuju ke pesisir pantai..Dalam keadaan cemas tu, Amar dah sampai ke pantai dan berlari menuju ke laluan balik…tengah aku berusaha untuk berlari tu,

Tiba² dalam suasana gelap tu rasa dari kiri macam ada yang main percik air ke muka kiri aku bila suluh keliling takda apa² pulak benda tu berlarutan sampai 4-5 kali Takut bercampur Marah aku masa tu..perasaan aku masa tu tak payah cakap la..nak je meraung minta tolong..bila sampai je separuh jalan tu,sampailah kawasan pasir bertanah..dengan nafas dah turun naik sekuat hati aku berlari dalam air cetek tu tapi benda tu still lagi follow aku pasal bunyi dia berlari dari belakang makin laju. bunyi dia sebiji macam orang berlari dalam air cetek.

Bila aku dah sampai di pantai,nasib akulah benda tu tak apa²kan aku nangis sikit jugalah aku masa tu hehehh & aku rasa benda tu juga dah berhenti kejar aku..habis lemah satu badan sampai tertiarap aku di pasir dalam beberapa saat lepastu sambung balik berlari anak menuju ke semak untuk cari jalan balik..boleh pulak aku cuba toleh ke belakang masa tu..korang rasa aku nampak apa? aku toleh je belakangggggggggg dannnnnnnnnnnnn aku nammmmpaaaaakkkkkkkkkkk kosong takda apa² pun..Spongebob betulah perangai hantu tu aku syak itu hantu air atau pun hantu laut & aku juga rasa hantu tu memang ketandusan cinta betulah apa dia ingat romantik sangat ke main percik² air sambil berlari lari berkejaran tu?
*tiba² teringat lagu lama*.

Mula² aku ingat benda tu dah habis kacau dah & dah boleh balik dengan amannya tapi je baru nak datang yang lagi EXtrEME!!
dalam keadaan aku yang kepenatan bercampur naik angin dan takut menggeletar tu, aku melangkah naik bukit kecil tu sambil perhati kaki aku & aku tak perasan bila pula aku tertanggal kasut sebelah kanan lagi? mungkin dah terbenam dalam pasir masa di kejar hantu romantika tadi tu.

Dalam beberapa langkah lagi aku nak sampai puncak bukit kecik tu, tiba² sayup² aku terdengar bunyi macam orang menegur aku cenggini bunyi dia……

“UU U Uu uuUU i ii iiiiii ~ Uuu u uuU ii i ii ii~”

perlahann je suara tu mendayu dayu tapi agak garau vokal dia. Time tu bulu² roma semua dah wakeup dah & aku masa tu dah takutttt ya amat dah..sekali lagi bunyi tu datang balikk..

“U uu uuU uu uuuii ii u i iii iii~”

dan laju je aku pusingkan kepala ke belakang mungkin dalam 0.8 saat..sambil berjalan mengundur aku menyuluh kawasan keliling..kiri kanan pandangan ku memerhati sambil menyuluh dengan lampu di kawasan belukar tu seriously langsung takda apa di kawasan tanah tu tapiii! pandangan ku terhenti bila aku tersuluh ke atas pokok kelapa yang tumbuh di tepi pantai tu. nampak sesosok tubuh berbaju putih buruk sedang berdiri memerhati aku di betul² di atas pokok kelapa & separuh badanya samar² tertutup sedikit oleh daun² kelapa muda.. kain dia yang lusuh tu berkibar kibar di tiup angin laut..

Dalam 3 saat jugalah aku tercengang menyuluh & memerhati benda tu..jadi apa yang aku nampak tu adalah langsuirr.. serta merta aku palingkan balik badan ke depan.. mula² tu aku berjalan laju je sebab tak nak berlari kalau aku lari, akan secara automatik rasa takut akan lagi memuncak (Sebernanya aku dah letih)..arwah nenek aku pernah cakap kalau kita jumpa benda² tu, dia akan lagi suka kacau kalau kita makin takut atau lari dari dia jadi buat don’t know je..aku pun ikutlah pesan arwah nenek aku tu.. nampak tak kelakian aku di situ? tapi segalanya berubah bila aku gerak selang beberapa langkah, secara tiba²nya LANGSUIRRRR tu terus MENYERINGAII kuat!! ..jadinya segala kelakian tu tolak ketepi..dalam keadaan TAKUT + PANIK tu, sumpah tak ingat langsung nak baca doa ke apa dalam otak cuma fikir satu ayat hikmat sakti padu ni je iaitu, L . A . R . I ! ! ! !!!!!.

Berlari kencang aku ketakutan menuruni bukit kecil tu maka segala hormon adrenalin & parathormon pun mula bekerja ketika tu..itu pasal aku yang dari letih terus berlari macam Usain Bolt tu.Aku bertambah takut bila langsuir tu menyeringaii dan seringai malam tu bergema ke seluruh kawasan tu & jelas terdengar sampai ke seluruh sudut hutan. Nyaring habis suara tu mengilai..Kalaulah Ziana Zain terdengar boleh tergujat jiwa dia sampai boleh berhenti dia jadi penyanyi pasal suara langsuir tu lagi tinggi semacam. dalam aku berlari yang berterabur tu, aku jatuh terperosok ke semak entah macamana kaki aku terbelit kat rumput semak tu puas aku leraikan rumput tu last² aku tanggalkan je kasut yang tinggal sebelah tu berlari berkaki ayam je WarkkHahaha..

Bila aku dah sampai tempat aku letak moto tu, yang tinggal cuma moto aku je..memang sah si Amar & si Bengis dah pegi tinggalkan aku. Dalam keadaan aku yang gopoh gapah tu aku keluarkan kunci dari poket seluar berzip aku lalu aku hidupkan moto terus aku berdesup laju meninggalkan kawasan tu.

Dengan harapan jangalanlah dia ikut menumpang duduk belakang moto pula..takut aku masa bukan lagi kepalang tengah otw balik tu, bulan terang pun aku terkekut sampai aku ingatkan tu cahaya hantu penanggal. Bila dah sampai di perkarangan rumah, aku pun terus berlari ke pintu depan dan membuka kunci pintu..orang rumah semua dah tidur..aku sekadar cuci badan dan tidur masuk bilik.Memang malam tulah malam paling puaka pernah aku alami.

Esoknya paginya aku terus demam & aku cerita kat keluarga kejadian aku tu Sampailah hari petangnya Ayah aku bawa pergi berubat kat orang tua kampung yang mahir mengubat bab² kena kacau ni..dia bagi minum air yang dah di bacakan ayat Al-Quran untuk nak bagi pulihkan balik semangat katanya..lepas 2 hari tu, badan aku sihat cergas macam rasa baru keluar kilang badan² pun rasa bersemangat & yang lagi teruknya keesokanya aku sambung buat kerja balik. kebetulan masa tu musim padi masak aku ambil upah menuai padi kat bendang sawah ..adalah makcik kat kampung aku tu yang tak larat lagi nak buat kerja berat katanya.. tu yang dia dia upah orang tu tapi kadang² tu aku lagi banyak ponteng kerja seronok sangat berkuda pakai kerbau.

Bila duit simpanan aku dah makin banyak, dan tinggal beberapa puluh ringgit je lagi cukuplah nak beli phone idaman kalbu tu. Jadi projek esoknya, pagi² lagi aku dah bangun aku pinjam pahat,toreh , cuka getah pakcik aku & segala alat untuk menoreh & aku pergi menoreh getah di kebun pakcik aku tu jugak. Lepas makan tengahari aku ke kebun balik nak pergi ambik susu getah pulak & getah tu aku buat getah beku je curah dalam baldi tuang cuka getah banyak² lepastu beku la dia.. malas aku nak mesin buat getah keping nak jemur lagi..lewat petang tu juga aku jual getah & akhirnya cukuplah duit.

Dalam pukul 5petang tu juga aku sekadar bersiap setakat tukar baju tshirt & pinjam lagi motor abang aku & aku laju pergi ke pekan menuju ke kedai talipon. puas hati aku akhirnya dapat juga smartphone android yang aku idamkan dengan harga yang sangat murah..

walaupun itu phone cikai je aplikasi pun selalu je crash. Aku keluar dari kedai phone tu dengan muka bahagia tak menahan terus meluru balik & dia punya bangga tak payah cerita lah rasa macam beli sebiji jet pejuang tempur mana taknya segala titik peluh, penat lelah, kaki tersadung, teperosok, berlopak,di tegur hantu bagai semua dh di curahkan kat phone tu.

Adik pompuan aku yang 2 ketul tu Ida & Ina tak habis² nak ketawakan aku cerita kena tegur pun nak gelak..cakap pasal aku demam pun diorang gelak.. dorang tengah makan tengok aku, then aku tengok balik pun dia gelak sampai tersebur nasi kat aku.. aku rasa nak je aku ikat 2-2 tu terbalik kat pokok jambu belakang rumah tu baru padan muka biar kena hurung dek kerengge biar aku lagi yang gelak macam setan WarkHaHaha!

Terlupa pula cerita.. lepas seminggu aku cuba call si Amar kenapa dia malam tu dia menggelupur² di air tu? apa yang dia cakap, malam tu dia bengang sangat pasal tak dapat apa ² pun..jadinya dia menyumpah nyumpah la.. beberapa minit lepas tu, dia rasa air sekeliling dia tiba² macam berarus deras then entah dari mana muncul di kaki dia ada 2 belah tangan bersalut lumut cuba mencengkam & menarik dengan kuat kaki kiri si Amar ni..pasal tulah dia jatuh sampai menggelupur tu..bila dalam air tu benda tu cuba menarik baju si Amar dengan kuat sampai hendak di bawa ke laut dalam. Lepas dia meronta ronta dalam air tu barulah dia dapat bangun & terus lari..

baiklah sampai sini je kot tak tau nak buat ending macamana & sorry kalau ada ayat yang tersasul..aku memang macamni menulis bukan reti nak draft dulu tulis ikut suka je..

THANK YOU READER!!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

    1. Benda tu pun kejar dia tapi lagi ganas macam nak menyerang katanya.. tu yang dia tak tunggu aku time.. lepas kejadian tu dia pun minta maaf balikk juga la

  1. rasanya hantu² tu tak kacau orang kalau mulut kitorang tak cabul, kesat & riak time tu.. jadinya benda tu tak mengacau si bengis tu, macam yang aku tulis… si bengis tu lagi banyak diam² daripada bercakap tu yang dia tak kena kacau time tu..nasib dia lah..tapi dia punya penakutt tuuu aduhaiiiiiiiiiiiiiiii

    Moral of the story is, kalau kita masuk hutan or ke laut & ke tempat² yang agak suram²… mulut mesti jaga & sebaiknya makan dulu seblom pergii tempat² cmtu.. aku ada pernah dengar orang pesan…. jangan sekali balik² cakap ‘lapar’.. benda tu suka katanya.. xtaw la kesahihannya.. & yang terakhirnya SOLAT! aku jahil lagi time tu Hahahahhhh

  2. Si bengis tu bkn bengis tapi die dh start masuk fasa berjaga2…
    Ooo kompemlah x solat ekk sbb semlm bace terpikir gak ekau g laut kemerib2 xde plak citer bab solat…
    Huhuhuhuhuuu…

  3. hahahaha
    citer hantu komedi ni..
    klu diolah lg baik sure leh jd seram..
    apa2 pn tahniah la sbb bjaya gk dpt android yg ko idam2 kn…
    selepas seme ujian yg ko tempuhi deq…
    aku kagum ngn semangat ko…

  4. Hahahahahahah ni citer seram ke citer lawak? Boleh bikin filem ni Dek Iwan. Terkekek-kekek akak gelak baca citer ko ni dek non. Mmg tak kering gusi. Dalam seram lari drpd langsuir, sempat gak kau selit Usin Bolt dengan Ziana Zain, bab hadek hadek pompuan ko yg dua ketul tu. Bahahahahahahahahahahahahahaha. Belum lagi part Si Bengis, part tu hakak ko ni baca byk kali ko tau? Sebab ayat mmg cliche. Tapi mmg seriously awesome!
    Lepas ni jgn lupa share lagi citer-citer ko yg langsung tak membosankan. Hakak rasa mcm ada bersama-sama berlari sakan dengan ko. Walaupun ayat dan perkataan sendu, tapi tu bukan titik utk akak tanak baca. Ingat, jgn lupa share stori mori yg lain tau! Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *