Diganggu Sewaktu Menginap di Hotel

Salam. Aku nak kongsi pengalaman seram yang berlaku kat aku waktu aku dengan family pergi bercuti. Kami bertolak ke sana waktu petang dan tiba waktu malam. Kami sewa satu hotel untuk 1 hari.Then,kami sewa bilik berasingan aku ngan adik aku, manakala Mak aku dengan ayah aku. Bila waktu malam aku ngan adik aku tengah cerita pasal hantu. Jam waktu tu tak silap aku dah pukul 11malam. Mak dengan ayah aku dah tido, so hanya aku dengan adik aku ja yang blom.

 

Waktu tengah seronok cerita ada orang ketuk pintu dengan perlahan tapi aku dengar, JADI aku pun pergi la bukak pintu. Aku tengok kiri tak ada apa pun tapi bila toleh kat sebelah kanan ada seorang budak dengan baju yang lusuh dan mukanya comot, rambut dia pulak serabai . Aku perhati dia tundukkan kepala sambil membaca sesuatu, tapi tak seberapa jelas. Aku cuma dengar dia sebut “lari”. Meremang terus bulu roma aku, tapi aku cuba memberanikan diri tanya, mana pergi mak dan ayah dia? Dia tak jawab, tapi hanya menunding jari ke arah hujung tangga. Tak semena ² adik aku tepuk belakang aku dan tanya aku buat apa? Aku terkejut jugak lah aku pun paling muka kat dia sambil marah adik aku tu, kata kat dia suruh sabar jap. Tapi bila aku paling muka ke depan balik, aku tengok budak tu dah hilang. Cuma aku masih terdengar suaranya memanggil aku.

 

Aku terus masuk tutup pintu dan ajak adik aku tidor. Aku pasang ayat ruqyah kat telefon aku dan akhirnya aku tertidur. Tapi aku bermimpi malam tu, budak tadi kata kat aku “tu Mak dengan ayah… Mereka panggil awak…” dan lepastu dia terus gelakkan aku bila aku ternampak Mak dengan ayah dia dalam rupa yang sangat mengerikan. Ayah dia tak ada tangan sebelah dan mulutnya pula hancur. Mak dia pulak mata terbeliak macam nak tercabut dan kepalanya hancur. Aku terus terjaga dari tidur dan habis berpeluh. Aku mengucap dan baca surah ² lazim. Tapi aku tetap tak boleh nak lelapkan mata hingga ke subuh. Bila azan berkumandang barulah aku boleh tidur. Tak lama lepas tu, ayah aku terus kejutkan aku untuk bangun sembahyang subuh. Selesai sembahyang aku berdoa supaya tak dikacau lagi.

 

ALLHAMDULILAH aku tidur tanpa sebarang gangguan lepas tu. Esok harinya aku bagitau ayah aku pasal hal tu, dan ayah aku ckp dia pun kena. Ada orang ketuk tingkap bilik diorang dan ayah aku kata dia ternampak tangan hitam yang mengetuk. Kami berkemas dan meneruskan perjalanan kami hingga ke destinasi. ALLHAMDULILAH tak ada perkara mistik yang berlaku selepas itu.

 

Sekian.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

1 thought on “Diganggu Sewaktu Menginap di Hotel”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.