Dihalau Balik oleh Momok Berpendidikan

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terlebih dahulu, terima kasih admin sebab siarkan cerita pertama aku. Merci, merci. Alhamdulillah aku dah habis pantang. Phew. Lega. Hahaha. Tapi sebenarnya aku memilih untuk pantang betul-betul selama 100 hari macam orang dedulu. Pantang 44 hari dah settled. Dan Alhamdulillah jugak Budak Kecik Naik Basikal sudah mengundurkan diri. Harap-harap beliau tak kembali. Hehehe.

Kenapa tajuk Dihalau Balik oleh Momok Berpendidikan? Sebab momoknya pandai belaka duk universiti. Hahahambariah. Okeh. Tak kelakar. Sis cuba. :p

Aku Madam Nel dan untuk kisah kedua ni, aku nak cerita pasal tempat kerja aku. Sebab macam seram taip memalam pasal kejadian-kejadian kat rumah ni. Hahaha. Dasar penakut. Malam tadi laki aku tak balik, makanya Mak aku teman tidur kat bilik depan ni. Hahaha! Anyway, dalam first post dulu, aku bagitau yang aku ni pensyarah kat sebuah universiti swasta di Lembah Klang. Tengah-tengah bandaraya. Kotlah sesape boleh teka uni mana, tahniah in advance. :p

Bilik pejabat aku kat level bawah Block XYZ dan sebelum aku dapat bilik sekarang ni, bilik aku kat tingkat atas block yang sama. Sebelum faculty kitorang berpindah ke block tersebut, kitorang kat Block ABC. Block ABC pun ada cerita, tapi aku cerita pasal Block XYZ ni dululah ye. So far kat bilik bawah, Alhamdulillah aku takde kena apa-apa gangguan mistik. Tapi bilik atas memang seram semacam walaupun waktu tengahari terang benderang. Especially bila ko sensorang dalam bilik.

Masa aku memula pindah masuk bilik tu, aku ok je. Tapi lepas kitorang kemaskan semua bilik-bilik lama kat Block XYZ tu, barulah aku kena ganggu. Orang lain pun pernah je kena kacau sebelum-sebelum tu. Tapi penampakan kelibat. Alhamdulillah, so far aku tak pernah. Ada sorang foreign lecturer kat faculty aku ni, dia yang paling awal sampai office, sebab rumah dia jauh. Dia selalu cakap, “I see ghosts.” Yang paling aku tak boleh lupa, dia cerita ada satu pagi tu, as usual, dia bukak semua pintu, daripada pintu bawah sampailah pintu utama kat atas.

Lepas tu dia pelik sebab semua lampu kat atas dah terbukak (kat wing bilik-bilik pensyarah) dan dia ternampak ada budak perempuan lalu kat area pantry yang dekat dengan bilik dia. Bilik dia hujung sekali ke dalam. Dan budak tu pakai pinafore biru muda yang dah lusuh, budak sekolah menengah. Yang dia nampak cuma belakang budak tu, dan budak tu rambutnya panjang, in braids (tocang). Dia pun jenguklah ke pantry, tengok budak tu dah takde. Dia dengan beraninya masuk bilik dia dan duduk diam-diam kat situ. Kalau akulah yang nampak, aku dah lari turun bawah masuk kereta balik, pi breakfast kat mamak belakang uni tu. Hahaha. Dapat gak pekdahnya kenyang.

Berbalik kepada cerita aku diganggu, beberapa hari sebelum kena kacau, kitorang gotong royong kemas semua bilik-bilik kosong kat Block XYZ. Penghuni sebelum ni jabatannya dah ditutup, jadi faculty kitorang dapat kelulusan untuk masuk block tu. Masa gotong royong tu takdelah beronok-ronok sangat, memasing beringatlah jugak sebab tempat lama dah kosong kan. Masa berkemas tu pun takde apa-apa yang pelik jadi.

Sehari dua lepas gotong royong tu, aku jalani kerja macam biasa, pergi kelas, balik kelas, hu ha hu ha bila students datang melepak borak-borak. Satu hari tu, aku balik lambat dan laki aku pulak pakai kereta. So balik tu terpaksalah tunggu dia datang jemput. Dia dahlah kerja jauh, nak sampai office aku je berjam jugaklah dia kena redah traffic. Macam biasa bila laki aku datang lambat, aku memang suka tunggu kat bilik je sambil siapkan marking atau prepare untuk kelas esok. Colleague aku yang second last balik hari tu datang singgah bilik aku…

Encik A: Eh, tak balik lagi ke?
Aku: Kejap lagi. Tunggu husband saya jemput. Tengah jam.
Encik A: Ko elok-elok tinggal sorang ni. Semua balik dah. Aku pun nak balik dah ni. Tinggal ko sorang je ni.
Aku: Iyaaa. Baiklah. (Aku jawab sambil gelak-gelak)
Encik A: Ko jangan gelak-gelak weh. Sini keras.
Aku: Takpe. Satgi saya nak solat Asar pun. Belum solat lagi ni. Tadi students datang jumpa lama. (Dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah colleague aku ni)
Encik A: Haaaa. Aku pesan je elok-elok. Baiiiii.
Aku: Babaiiii. Tolong kunci pintu luar hekkkk!

Encik A pun berlalu pergi meninggalkan aku dalam separa ketakutan. Chesssss. Tak lama lepas dia blah, aku pi toilet untuk amek wudhuk dan solat kat bilik aku. Aku cerita sikit pasal bilik-bilik kat wing pensyarah, bagi clear sikit keseraman tu especially bilik aku.

Setiap bilik kat wing pensyarah ni jenis memanjang. Jadi setiap bilik ada sederet tiga meja. Dalam bilik aku dan roommates, meja aku kat hujung, tepi tingkap. Dan depan meja aku ada pintu ke bilik mesyuarat kecik untuk kegunaan students, kadang-kadang ada lecturers buat kelas kat bilik tu. Tapi jaranglah orang guna bilik tu. Dan bilik tu ada dua pintu, satu pintu depan, satu lagi yang depan meja aku tu lah. Pintu bilik pulak jenis ada tingkap kaca kecik, so orang boleh intai-intai tengok kitorang kat dalam bilik.

Aku bila solat, solat kat gap antara meja aku dengan tingkap tepi meja aku, membelakangkan pintu bilik mesyuarat tu. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati, solat jadi tak khusyuk sebab aku solat dalam ketakutan. Masa aku solat tu dah 6.45pm. Sudah je solat, aku duk ngadap laptop aku balik, update slide untuk kelas esoknya. Dan aku pasang ayat Ruqyah kat Youtube. Aku jeling-jeling jam, dah nak 7 pm. Aku makin rasa tak sedap hati tapi aku buat bodoh je dan kentalkan diriku yang penakut ni. Hahaha.

Aku intai-intai lagi jam kat handphone, dah nak Maghrib. Masa tu masuk waktu awal. Satgi azanlah ni, aku cakap dalam hati. Tiba-tiba… Ada bunyi ketukan kat pintu masuk bilik kitorang. Tiga kali dia ketuk perlahan. Tok, tok, tok!

Ahhhh, sudah. Tadi Encik A kata semua dah balik. Aku tak angkat kepala, aku tumpukan perhatian kat slides powerpoint aku. Aku kuatkan volume ayat Ruqyah tu lagi. Tok, tok, tok! Makin kuat pulak dah dia ketuk pintu bilik tu. Dan makin kerap. Bulu roma aku dah meremang, dalam hati aku berdoa, cepatlah azan, cepatlah azannnn. Tiba-tiba pulak hari tu macam takde orang kat surau uni ke hapeeeee. Sikit lagi aku nak menangis, dah fikir bukan-bukan, dibuatnya benda ni intai aku daripada pintu depan meja aku ni, mampus aku. Nasib baik pintu tu memang kena kunci daripada belah aku je. Dan-dan aku fikir entah apa-apa, elokkkk je azan berkumandang dan bunyi ketuk tu hilang. Gigil weh.

Tak lama lepas tu laki aku Whatsapp kata dah dekat depan pintu luar, berlarilah aku bukak pintu luar tu. Dia masuk, solat kejap. Lepas tu aku solat dan aku ajak dia balik cepat-cepat dengan alasan dah lambat nak jemput anak sulung kitorang. Masa ni anak kedua aku belum wujud. Hehehe.

Dalam kereta aku senyappp je, belum berani nak cerita apa-apa. Sampai je kat rumah pengasuh dan dah jemput sikenit, aku ajak laki aku gi makan dulu. Yelah. Mana tau ada something ikut aku balik, at least aku boleh tinggalkan dia kat tempat lain dulu. Malam tu aku tidur terjaga-jaga sebab paranoid. Macam terdengar bunyi ketukan kat pintu.

Esok aku sampai kerja lambat. Memang sengaja aku sampai lambat, biar roommates aku sampai office dulu. Hahaha! Dalam tengahari macam tu, aku bukak cerita kat dua roommates aku apa yang jadi semalam. Aku bukak cerita sebab masa dorang masuk bilik (dorang baru balik daripada kelas), dorang nampak aku tengah tampal sticky notes kaler-kaler kat tingkap kaca pintu depan meja aku tu. Hahaha! Nampak tak aku ni memang penakut dan terlebih imaginative. Kat cermin pintu masuk bilik kitorang pun aku dah tampal siap-siap sebelum dorang balik daripada kelas dorang.

Bila students tengok sticky notes tu dorang puji cerianya, colourfulnya. Walhallll, dorang tak tau hapesal aku tampal sticky notes tu kat situ. :p

Roommate aku sorang ni cakap, dia pun pernah kena kacau. Tapi mesti after 6.30pm. Minah ni selalu gak balik lambat sebab single lagi. Balik cecepat pun bukan ada buat apa kat rumah katanya. Lepas aku habis cerita dia just comment, “Benda tu suruh you baliklah tu. I pun selalu kena macam tu.” Roommate aku lagi sorang tu, dia belum pernah kena kacau. Aku harap dia tak kena sebab dia pun ada anak kecik.

Ada cerita gangguan kedua kat bilik ni jugak. Tapi next post insyaAllah. Tapi this time, roommate aku yang duduk dengan pintu masuk bilik kitorang yang kena, yang selalu balik lambat tu lah. Tapi kali ni, dia menampakkan diri dia…

P/S: Kakak aku pesan kat aku, ayat Ruqyah jangan pasang sebarangan, takut tak kena dengan badan kita. Nak pasang boleh but make sure bersama orang yang alim dan mahir in case apa-apa jadi kat kita. Ini pun ada cerita lain. Next time na…

Madam Nell

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Dihalau Balik oleh Momok Berpendidikan”

  1. Member tu nk masok ganti shift mlm plak tu…
    Klu madam x balik camne deme nk buat keje, heheheheh…

    Psl ayat ruqyah tu pon penah dengar ustaz bgtau mcm yg madam ckp tu…
    Dan dlu mase sorg kawan ni prgnnt die ghase mcm ‘panas’ jer antara die+suaminye…
    Pastu die kate dh cube ‘sejukkan’ dgn amalan ayat ruqyah setiap kali naik keta blk dan pegi keje…
    Soo akk pesanler kat die klu nk dgr ayat ruqyah ni kena dlm keadaan bersedia+tenang…
    Lg bahaya dgr wktu tgh drive penat2 blk keje dgn anak2 kecik tu…
    Rupenye btoller…
    Die g berubat, perawat tu ckp ade yg nk ‘mencabar’ die sbb tu die diganggu camtu…
    Wallahualam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.