Dihimpit jin

Assalamu’alaikum. First of all Thank you Fiksyen Shasha seandainya this story dipublishkan. Okay saya nak ceritakan apa yang berlaku terhadap diri saya. Taklah seram mana bagi korang kot.

Saya tak tahu bila benda ni kacau saya. Ia lebih dikenali dengan ‘dihimpit jin’. Tika saya nak tidur itu akan terjadi selalu. Nafas tercungap-cungap. Badan takboleh gerak. Mata buka-tutup kekadang je boleh nampak. Perkara ni berlaku sebelum puasa. Seringkali berlaku kepada saya sampai one day tu saya nampak tak tahu lah lembaga atau bayang2 warna hitam. Even saya baca doa, masih terjadi jugak. Bila bagitahu mak masa first time terkena mak kata “cara kakak tido tu.. tu yang buat nafas tersesak.” Tapi bagi saya tak. Takkanlah tido terlintang, pusing kiri, pusing kanan pun nak tersesak. Elok je kot.

Sebulan puasa benda tu tak jadi. Yelahkan kena kurung kat dlm neraka. Tapi lepas sebulan puasa, ‘dorang’ dah keluar. Ia terjadi lagi which on 28/6. Masatu saya tengah tido kat ruang tamu. Maklumlah raya, berkumpul ngan sedara. Sebelah saya tingkap, belakang saya tingkap. Waktu tu saya tido melintang ke kiri, waktutu saya tak ngantuk tapi saya paksa diri saya untuk tido and bila nak terlena tu ia terjadi. Masa tu mata boleh bukak, badan je tak boleh gerak and nafas kejap ada kejap takda. Gila tak seksa, siapa yang pernah rasa memang tak tahan dengan situasi ni. Entah dalam berapa minit waktu tu. Tiba2 terlepas. Lega. And saya pusing badan ke hadapan and ia terjadi lagi. Saya tak mampu buat apa waktu tu sebab saya ngantuk tapi nafas saya tak stabil. Saya just give up waktu tu tapi saya masih coba untuk bernafas. Nak baca doa seriously tak terlintas dek otak. Beberapa minit selepas tu terlepas. Terus saya ambil phone and buka orang baca surah. Lepastu saya tidur lena.

Hari selepas tu pada waktu subuh, biasalah bila cuti sekolah tidur lewat. Sebelum tidur saya get ready, buka surah al-Insan. Baca doa pendinding tapi kira jadi zikir sbb waktu tu saya ABC. Tika saya nak terlena saya dihimpit lagi. Saya terkejut. Mungkin surah tu tak kena dengan situasi yang terjadi. Mata saya boleh buka and pada masa tu saya dengar suara, macam suara lelaki dan perempuan bercakap ke apa saya tak tahu, agak campur-campur dia bercakap tapi telinga kiri saya je boleh dengar tapi sebelah kanan tak dapat dengar apa-apa.

Saya tak faham apa dorang kata and laju. And that time saya nampak abang saya, saya nak panggil tapi tak dapat, saya gerakkan mata. Abang saya tak nampak sehingga abang saya hilang daripada mata mungkin pergi toilet. Selepas lama bertahan akhirnya terlepas, saya ambil phone tutup suruh al-Insan. Saya tak tahu dah nak buat apa so saya buka apps Al-Quran. And baca tafsir Al-Quran. Baca ayat-ayat kira cam doa hindar daripada gangguan iblis, jin tu. And saya cuba untuk tidur lagi and saya buka surah al-Kahfi sebab ayat 11 surah al-Kahfi boleh baca bagi yang susah nak tidur. Saya simpan tepi then Alhamdulillah saya tidur lena.

Boleh saya minta pendapat korang? And apa yang patut saya buat? Saya tak sanggup tiap kali tidur benda ni jadi. Terima kasih sudi baca. Mak saya entahlah macam tak kisah.. Jazakumullahu khayr.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Dihimpit jin”

  1. Saya macam situasi awak..tapi mata saya tertutup..xleh gerak.. sebelum saya tidur, saya akan buka surah yasin n alhamdulillah boleh tidur.. n selepas saya berubat akibat gangguan di hostel uni, terus xde dihimpit lagi.. mungkin benda ni saja usik kita atau kita ada wat sesuatu yg benda tu xsuka atau ujian untuk kita.. yg penting kuatkan dalaman kita, in sha Allah benda2 ni mudah dilawan.. 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.