Diikut…

Assalamualaikum. Hai. Aku Qal. Aku nak ceritakan kejadian yang berlaku dekat aku dengan cousins dan kawan aku pada minggu lepas. Minggu lepas aku follow mak su aku balik kampung ayah aku. Aku stay dekat bandar. Mak su aku ada kedai makan dekat bandar ni. Sebabkan aku dengan cousin aku cuti sekolah selama seminggu, aku pun ekot lah mak su aku balek kampung. Yelah dekat kampung best dapat jumpa cousins pastu kawan kawan. Dapat lepak dapat jalan jalan guna motorsikal pusing satu kampong pastu kampong lain pulak.

So, cerita dia macam ni. Setiap malam aku lepak dengan cousins dan kawan kawan aku. Asal aku balek kampong je memang tak sah kalau tak lepak. Tapi kita orang kan perempuan so lepak tu dekat tempat yang terang terang lah. Kadang kadang kat rumah maksu aku, kadang kadang kat rumah pak ngah. Tapi minggu lepas entah kenapa kita orang ada nakal sikit. Sikit lah tak banyak. Kita orang nak lepak tempat gelap.

Tak lepak dekat depan rumah lagi. Pastu balek pulak lewat malam.
Malam pertama aku lepak dengan cousins aku nama dorang Alia (anak maksu) dan ammy (anak pak ngah) pastu kawan sekolah dorang. Dah lama jugak kenal yelah sekampung kan. Aku pun selalu balik kampung jugak. Malam pertama lepak tu kita orang lepak kat jeti kampung kita orang atau lebih dikenali sebagai wharf(wap). Situ tempat orang mengail, lepak time petang petang. Malam pulak memang takde lahh sebab gelap pastu takda lampu. Mana seram nya? Haa kejap ni baru pendahuluan hahahaha.

Okay no, first night lepak memang takda papa yang jadi tapi nak pulang tu ada something lah happen. Masa nak pulang tu tiba tiba ada angin kuat gilaaa do tapi yang kita orang hairan benda lain kat situ macam pokok ke daun yang gugur kan, atau plastik apa apa lah kat situ stay camtu je macam tak kena tiup angin. Tapi rambut kami melayang lah macam kenak tiup. Tapi kamu buat tak tau je. Pastu balek rumah. Malam tu aku tidur rumah mak su aku.

Malam kedua pulak, kita orang lepak lagi dekat situ. Tapi entah ada je benda tak kena dekat kita orang. First sekali yang kena, erlna. Kita orang pegi situ guna motor. Erlna tumpang ammy aku pulak tumpang alia sebab aku ni tak pandai bawak motor (pernah lah try bawak sikit lagi nak masok longkang.

Dekat kubur kampung aku pulak tu). Nak dijadikan cerita, sampai je kat situ erlna nak turun dari motorsikal tapi tiba tiba dia rasa orang tarik tangan dia sampai dia tersungkur. Dia nak turun dekat sebelah kiri tapi dia terjatuh dekat sebelah kanan motorsikal. Haa harap korang faham lah macam mana dia jatuh. Tapi kita orang masih okay lagi siap ketawa lagi masa dia jatuh tu. Pastu yang kedua kena, si Alia pulak. Kita orang tengah duduk bersila dalam bulatan masa tu. Masing masing main hp ala standard lah lepak zaman sekarang memang main hp lah. Kebetulan alia bukak lagu dalam handphone dia.

Masa dia main handphone dia tu, lagu dekat handphone dia tu asyik tertuka je seolah olah ada orang yang tuka. Tak sampai 10 saat lagu tu tukar lagi lagu lain lepas tu tukar lagi alia pun hairan. Dia pegi lah dekat play music pastu dia nak stop lagu tu tapi makin cepat pulak lagu ditukar seolah olah ada orang yang tekan next tu berkali kali. Kebetulan screen handphone alia ni retak seribu jugak. Lepastu dalam handphone alia ni ada ayat kursi. Bila sampai je dekat ayat kursi tu handphone alia terus terpadam.

Dia pun pelek lah tapi kita orang fikir positif je sebab handphone dia pun dah lama jugak. Dia on balek handphone tu baru okay. Lepastu terjadi dekat aku pulakkkk. Aku ni nak dikata kan penakut tak jugak nak dikatakan berani pun tak jugak. Masa aku main handphone aku, aku asyik rasa ada something yang pegang rambut aku, aku buat tak tahu je lah. Tapi lama lama rasa macam dia tarik rambut aku tapi tak kasar tau.

Pastu macam ada benda merayap dekat rambut aku. Aku tepis lah sebab aku ingat kan insect mana lah kan yelah tempat gelap pastu tepi laut pulak tu. Pastu terjadi dekat ammy pulak, dia rasa ada benda merayap belakang dia seolah olahh macam jari orang yang main belakang dia buat geli tu alaah macam orang tengah lukis huruf kat belakang korang masa perhimpunan sekolah. Tipu kalau takda buat macam tu dulu. Haa kira macam tu lah. Tapi kita orang buat tak tahu je sebab malas nak layan kang kalau layan kang makin jadi.

Malam ketiga pulak, kita orang tak lepak kat situ. Kita orang lepak tempat lain. Kali ni ramai lah. Ada lelaki jugak. Tu pun kawan cousin aku, Nazmie. Nazmie ni abang alia. Tapi nazmie takda kat situ. Kawan kawan dia je ada. Nazmie masa tu kat bandar. Kawan dia tu kira rapat lah dengan kita orang sebab kampung kita orang ada team bola tersendiri dan coach dia paksu aku ayah kepada alia dengan nazmie manakala pembimbing team tu ayah aku dan orang yang sponsor team tu paksu aku (bukan ayah alia tapi sepupu ayah aku).

Dan lelaki yang lepak dengan kita orang tu players kampung tu. Sebab tu kita orang dikira rapat jugak haaa. Nak dijadikan cerita, chad ni salah seorang player team tu, dia dapat tau aku balik kampung so dia ajak lepak. Malam tu pulak erlna dengan ammy takde sebab dorang exam hujung tahun f4. Tapi ada dua orang yang ganti iaitu sepupu aku. Ana (anak maklong, maklong ni sepupu ayah aku. Nenek aku dengan nenek ana ni adi beradik.) lepas tu eni (anak maksu aku, sepupu ayah aku jugak) eni dengan ana ni 19 tapi kita orang pun rapat kalau dorang turun bandar mesti tidur rumah aku. So malam tu kita orang lepak dekat padang bola.

Dalam 8 orang macam tu lah. 4 laki 4 perempuan. Laki pulak sepul, chad, mill dan akim. Padang tu gelap lah jugak tapi ada lampu tepi tepi jalan haaa. Kalau korang nak tau tepi kiri padang tu hutan tau. Pastu belah kanan pulak sekolah. Dekat belakang padang tu tempat cikgu cikgu tinggal kebetulan dalam rumah tu rumah chad.

Pastu kat depan padang tu pulak jalan lah pastu ada rumah rumah. Kira padang ni kat hujong kampung. Masa kita orang lepak first first tu takde pape jadi sebab maseh awal. Tapi benda tu kacau dalam pukol 1130 macam tu. Masa tu alia dah balek sebab maksu aku suroh (malam tu aku tidur rumah mak saudara aku sorang lagi sebab cousin aku, kak jo mintak teman tapi kak jo belum balek lagi) Eni pun dah balek. Tinggal aku ana dengan yang laki. Ana ni penakut dia nauzubillah kucing lalu pun dia terkejut pastu terkam lengan aku. Masa tu, dia tengah main handphone tau, masa dia main tu dia scroll scroll ig.

Syok syok dia scroll tiba tiba handphone dia jatuh seakan akan ditolak. Handphone dia jatuh terpelanting depan kaki mill. Yang peliknya, mill ni dudok nak cakap dekat memang tak lah dengan ana. Ana dudok antara aku dengan sepul. Mill pulak antara irsyad dengan akim. Kita orang dudok tak rapat pastu bukan dalam bulatan pulak tu. Ada dalam 7 langkah lah kalau ana nak jalan tempat dudok mill tu.

Ana pulak rasa lain macam. Kita orang pun semua terkejut lah tengok handphone ana terpelanting jaoh macam tu. Pastu semua bulu roma kita orang naik. Apa lagi plan nak balek lahh. Kebetulan pulak chad tidur rumah sepul sebab family dia semua pegi kl (kita orang tinggal dekat sarawak). So chad nak ambil baju dia dekat rumah dia, rumah dia kan dekat dengan padang bola tu. Chad ni badan je sado tapi hampeh.

Penakut mengalahkan si ana tu. Dia ajak kita orang pergi rumah dia dulu nak ambil baju tapi sepul pulak suroh akim je teman. Sebab malas nak masok dalam kawasan rumah tu. Kita orang semua setuju lah nak tunggu dekat situ biar akim je teman. Tapi disebabkan penakut dia tu dia paksa kita orang semua ikut sekali masuk rumah dia. Kita orang pun ya ya je lah. So kita orang guna lah motorsikal masok dalam perkarangan rumah untuk cikgu cikgu. Masa masuk pagar tu, tiba tiba ada seekor kucing ni dia mengiau tau macam tengah gaduh. Pastu dia lari kelua pagar bila nampak kita orang masuk.

Bulu roma kita orang naik lagii. Masa tu aku tumpang irsyad, ana pulak tumpang sepul, akim dengan mill masing masing guna motorsikal sendiri. Masa masuk pagar tu aku dengan irsyad depan sekali. Masa kucing tu berlari keluar pagar, mill jerit nama irsyad. Irsyad pun berhenti. Sepul pun berhenti dekat sebelah kita orang. Mill dengan akim pulak dekat pagar. Mill suroh irsyad ambil baju dia pagi je nanti bila dah bangun. Irsyad tanya kenapa, ana pulak menyampok “kau dengar je lah cakap mill tu. Kau ambil esok je lah.” aku masa tu dah tak sedap hati so aku pun iya kan je lah apa yang ana cakap.

So kita orang pun patah balek. Sepul nak hantar ana so dia ajak lah kita orang hantar sekali sebab masok lorong rumah ana ni ada gelap sikit plus rumah sebelah ana tu ada misteri sikit sebab kosong. Masa hantar ana ni ada seram ada lawak lahh kalau aku teringat memang ketawa sendiri aku dibuatnya. Lorong rumah ana ni sama dengan lorong rumah alia. Dua dua rumah dorang hujong. Alia hujong sebelah kiri ana pulak hujong sebelah kanan. Masa masok lorong tu gelap lahh. Sampai je depan rumah ana, akim pulak takutkan ana. “hati hati tau ana, ingat rumah sebelah tu.” ana apa lagi dia turun dari motorsikal sepul pastu dia tengok ada kucing dua ekor dekat tepi rumah dia, dia terkejut pastu dia teriak “makk kucingg!!!!!” pastu dia berlari ke rumah dia.

Okay tu baru penakut sorang belom lagi si chad ni. Ana teriak macam tu dia terus bawak motor dengan lajuuu kelua dari lorong tu sebab dia terkejut. Aku kat belakang rasa macam nak melayang dahhh. Pastu dia berhenti dekat lorong tu tunggu yang lain. Sepul tanya lah dengan dia asal tetiba pergi, dia cakap dia terkejut ana menjerit tunjuk kucing tadi. Menyirap weh d***h aku. Aku pun marah lah dia “kau tahu tak aku nak melayang belakang ni sebabkan kau” dia sengih je. Pastu akim dengan mill balek.

Rumah mak saudara aku yang aku nak tidur ni depan rumah sepul je. Tapi masa tu kak jo belom balek lagi. Mak saudara aku takde kat rumah dia orang tidur rumah dorang kat bandar. So sepul dengan chad teman aku tunggu kak jo. Kak jo malam tu balek lewat sebab dia keja shift. So kita orang tunggu dekat beranda rumah sepul. Masing masing kita orang main handphone. Kebetulan masa parents sepul pun baru balek dari bandar. Actually kampung aku dari bandar makan masa satu jam lebih je. Itu kalau jem.

Kalau tak jem kadang kadang boleh sampai 45 minit je. So mak dia pun pelawa aku masuk. Aku sorang je sebab mak dia cakap dah lewat. Tak baik perempuan dudok luar ni kene angin malam. Aku pun tak faham angin malam apa. So aku masuk lah rumah tinggalkan chad dan sepul. Masok je rumah aku dudok dekat ruang tamu depan tv. Aku pun main lah phone lagi tapi aku asyik dengar je suara chad dengan sepul gelak kuat kuat. Aku hairan lah. Masa aku kat luar dorang senyap je main hp. Pintu rumah sepul pun terbukak luas je. Aku malas lah nak ambil tahu. Tapi lame lame aku rasa macam makin ramai yang ketawa.

Padahal dorang berdua je. So aku decide nak kelua tengok. Tapi masa tu dah takde bunyi gelak dah. Dalam 10 saat lepas behenti gelak tu baru aku angkat. Aku jenguk kat luar memang terkejut berok ah. Dorang dua je kat luar. Tu baru tekejut je belom berok. Yang buat aku terkejut berok tu, dorang tidur atas sofa kat beranda rumah sepul. Habis siapa yang gelak? Aku terus kejutkan dorang suroh masuk. Lepas dorang masuk tu kak jo pun datang. Aku decide taknak bagitau dorang berdua pasal tu dahlah chad tu penakut.

Malam kelima pulak kita orang tak lepak tapi kita orang ronda kampung kampung kat situ ramai ramai (malam keempat kita orang lepak depan rumah eni je takde pape jadi) Kak jo pulak shift malam lagi masa tu. Pastu dia pun ajak kita orang semua tidur rumah dia. Haaa malam tu ada erlna dengan ammy. Pastu tambah pulak hasrie, ambi dengan adel. Adel ni abang ammy. So totalnya 13 orang lah kita orang.

Masa kita orang ronda ronda tu aku asyik rasa macam ada orang perhati kita orang je setiap perjalanan tu lah. Kalau otw ke kampung sebelah tu harapkan lampu motor je lampu jalan memang takde. Kiri kanan pulak kebon dengan hutan je ada. Aku mase tu tumpangkan alia. Tapi tiba tiba pulak chad mintak tukar. Dia suroh aku tumpang dia. Yelah harapkan sado tapi penakut. So aku tumpanglah dia.

Alia pulak dengan adel. Alia pun apa lagi dia suroh lah adel bawak motor. Akim pulak sorang diri. Aku pun ada seram sikit lah masa kat dalam perjalanan tu sebab jalan dia panjang kott. Tapi aku taktau kenapa mulut aku celupar sangat. Aku takutkan si chad ni. Aku tanya dia “weh chad, apa kau buat kalau kau pusing belakang or kau tengok side mirror tu kau tengok belakang kau bukan aku” chad apa lagi, habis yang lain dia pecut cepat cepat. Pastu mulut mill pulak celupar. Dahlah gelap pastu kita orang 13 orang je kat situ. Mill teriak “woi chad kau kena kepong pontianak ke bawak laju sangat tu.” Anna pulak marah dekat mill sebab mulut celupar sangat.

Tak lama pastu kita orang sampai kat kampung tu pastu singgah kedai makan kat kampung tu. Ingatkan nak lepak tapi kedai tu tutup pulak. Kita orang berhenti kejap kat situ sebab ada lagi yang belom sampai. Lepas aku tanya chad macam tu, chad memang tak bukak mulut terus masa tu. Sampai je kat kedai makan tu chad tengok aku atas sampai bawah. Yang bangang nya dia siap tanya lagi “kau memang tumpang aku kan tadi?” aku apa lagi, memang suara aku lah yang paling bising kat situ sebab ketawa.

Penakut siot budak tu. Bila semua dah sampai kita orang decide nak pegi kedai runcit je beli air untuk minum atas motorsikal. Pastu kita ronda lagi. Kampung kat sini dekat dekat tau so kita orang tak pakai helmet pun. Pastu masa ronda tu, aku rasa macam ada je yang tak kena. Aku rasa macam diperhatikan. Entah aku rasa ada orang ikot. Kita orang memang ramai tapi aku dapat rasakan bukan kita orang je tau. Masa ronda tu kita orang ada 8 buah motorsikal tau. Akim, mill dan ambi je solo. Yang lain semua partner. Belakang motorsikal aku dengan irsyad ada mill dengan akim. So aku dengan irsyad nombo 3 dari belakang lah.

Depan kita orang sepul dengan hasrie. Manakala depan dorang pulak eni dengan ana, lepas tu ammy dengan erlna pastu adel ngan alia tapi…. Aku nampak ada lagi motorsikal. Tapi aku fikir positif lah. Mana tau dia nak dari kampung sebelah pastu kenal salah sorang dari kita orang ni kan pastu dia pun nak ekot ronda ronda. Mana tau ada terjumpa dia tadi ke tapi aku tak perasan. So aku try lah tanya chad “yang depan sekali tu kawan adel ke? Ke kau kenal jugak?” chad pun marah aku “mulut kau ni kan boleh tak jangan celupar lagi.

Kita ni kat tempat gelap.” aku pun hairan aku marahlah balek “kau tengok lah motorsikal depan adel tu si*l. Aku tak main main pun.” pastu baru dia cakap slow dengan aku “kau ni biar betol qal. Kau jangan lah buat aku macam ni” pastu mill pun pergi sebelah motor kita orang. Dia tanya asal aku dengan chad. Dia perasan aku dengan chad macam gadoh je sebab bising sangat. Lepastu chad tanya lah mill “depan adel tu ada motor lagi ke?” mill pun tengok lah pastu dia geleng kepala. Chad apa lagi dia hon lahh suroh semua berhenti tepi tapi semua teruskan je dulu jalan sampai tempat yang terang baru berhenti.

Pastu dorang tanya kenapa, so aku tengok lah memang betol 8 buah motor je. Tapi tadi aku memang sure yang ada motorsikal depan adel. Siap ada lagi tu berborak dengan adel atas motor tapi aku tak jelas sangatt macam mana rupa dia. Pastu aku nampak anna pucat sangat. Pastu eni tanya anna “asal kau ni anna? Aku cakap dengan kau atas motor tadi langsong kau tak jawab satu pun” eni turun dari motor tapi ana tak. Eni yang bawak motor tu. Dekat situ aku dengan ana je tak pandai bawak motor. Pastu erlna tepok bahu ana pastu ana meracau sampai jatuh motor ayah eni tu. Kita orang apa lagi tekejut lah pastu suroh yang laki tahan ana. Erlna dengan alia pulak pegi rumah yang dekat situ untuk mintak bantuan.

Aku try call maklong aku pastu sapa sapa yang dekat kampung tu. Kebetulan rumah yang alia dengan erlna pergi tu tahu sape yang pandai kalau bab camni so dia panggel orang tu. Orang tu pulak rumah dia tak lah jaoh sangat. Agak lama jugak lah kita orang tunggu dalam 7 minit macamtu. Pastu ada lah lagi orang bujang kampung ayah aku tu sampai. Pastu tuan rumah yang dekat situ suroh bawak ana masok rumah sementara tunggu orang pandai tu sampai.

Masa tu takut memang takut gila tapi dalam masa yang sama aku rasa nak ketawa ada jugak, sebab apa? Yelah yang lain semua takut tapi takde lah sampai nangis even perempuan. Tapi itulah, chad chad. Harap badan je sado tapi serious, dia nangis macam orang baru je lepas break. Okay nak dipendekkan cerita sebab baru perasan panjang sangat cerita ni, yang datang tolong ubatkan ana tu ustaz. Lepas semua selesai ustaz tu cakap benda tu dah lama ikut kita orang lepak. Dan benda tu dari tempat kita orang lepak masa first night lagi.

Alia pulak hairan. Dia cakap lah masa lepak dekat wharf tu, hanya ada aku, dia, erlna dan ammy je. Ustaz tu pun cakap “memang, lepastu dia ekot korang pulang. Pastu korang pulak lepak sana sini dia pun ekot lah. Si ana ni yang paling lemah semangat sebab tu dia yang kena” aku pun hairan lah terus aku pandang chad “asal dia tak rasuk kau chad? Aku rasa kau lebih terok dari ana ni” terus kena tibai oleh eni bebbb sebab mulut celupar sangat. Hahahaha lepas kejadian tu, kita orang tak lepak sampai lewat malam dah. Paling lewat balek pukol 1030. Sekian tu je cerita aku, maaflah tak seram. Cuma nak share pengalaman je. Thankyou admin sebab share kan cerita ni. Heheheh

Qal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

20 thoughts on “Diikut…”

  1. Aku baca sikit je dah bosan
    Gaya karangan kamu ni masih mentah lagi.umur brapa sik?..
    Lain kali cerita straight tu de point bcoz we all dont want to know bout ur self,ur friend,ur grandpa grandma sibling or what else. Not important.go back and practise again.

    Reply
  2. Dek Non oiiiiiiii!!! Habis semua susur galur ko sebut. Meleret-leret macam sinetron dah aku baca. Cerita ko ni mengundang aku untuk scroll laju-laju selaju Usain Bolt. Sekian.

    Reply
  3. buat la lagi benda x elok. laki ngn pompuan melepak sekali tgah2 mlm.. sah2 aurat kemana, solat apetah lagi la kan? sebab tu benda x elok selalu jadi. setan ni cukup seronok nmpk lelaki dan perempuan duduk sekali.. memg korang dh menyenangkan kerja dia tau x? aku harap kau berubah la lps ni

    Reply
  4. Budak wicet ke minah rempit ni? Mcm ni ke pergaulan anak dara? Melepak sampai tgh malam bonceng motor dgn lelaki. Balik rumah belajar lah buat latihan karangan bahasa melayu. Kang SPM tak pass.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.