Diikuti Dia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS, sebelum tu saya mengucapkan terima kasih kepada FS jika cerita saya disiarkan.

Cerita saya ni mungkin tak berapa seram seperti cerita-cerita lain tapi suka-suka untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman ini berlaku ketika aku masih di tingkatan 5.

“Edward (bukan nama sebenar), mana kunci rumah? Kau yang paling last keluar dan kunci pintu rumah,” jerit ibu di pagi hari.

“Edward dah gantung semalam ibu dekat tempat kunci tu,” jawabku sambil meneruni tangga.

“Kalau ada Edward, ibu tak jerit-jerit macam sekarang ni. Tinggal satu je kunci rumah, satu lagi kunci rumah hilang!”

Aku cuba ingat semula kat manalah pulak kunci ni aku letak lepas aku balik dari futsal malam tadi. Aku yakin aku memang dah gantung kunci.

“Kau ni edward, lain kali jangan cuai, nanti kalau orang lain yang jumpa kunci tu susah hidup kita. Kau pergi cari sekarang!”

Aku terpaksa akur mencarinya dan minta tolong adik-adik aku cari sekali. Dan akhir sekali jumpa didalam almari baju aku terselit diantara baju-baju aku yang lain.

Aku rasa pelik dan yakin yang aku memang dah gantung kunci tu tapi mungkin aku memang cuai aku ada terbawa kunci tu masuk ke bilik.

Tak kisahlah lagipun dah jumpa dah pun.

Malam itu aku pulang dari kedai membungkus makanan adik-adik aku.

“Haaaa, adik tengok ni abang dah gantung kan kunci. Ibu, adik saksi edward dah gantung kunci,” sengaja aku menjerit sambil tertawa kecil.

Keesokan harinya seperti biasa, aku bangun solat dan terus main game di ruang tamu. Ibu bangun dan mula menjalankan rutinnya membuat kerja. Dan ketika ibu ingin keluar untuk mengambil barang, ibu menjerit, ”Ehh edward,” sambil menunjukkan bekas untuk gantung kunci tu. Terdapat 7 kunci dalam kotak tu kunci rumah, kereta dan motor. Ketujuh-tujuh kunci tu hilang.

Haaa sudah, ni dah cerita lain dah ni. Berkumpullah kami sekeluarga di ruang tamu ketakutan kecuali ayah aku kerana dia pergi kursus. Ibu ku terus menelefon ayah untuk menceritakan perkara ni. Ayah suruh kami sekeluarga mencari kunci sampai jumpa kerana takut jadi apa-apa dan kami tak boleh keluar nanti. Kami pun mulalah cari kunci sekeluarga.

Yang bestnya, kami terjumpa 4 kunci di tingkat atas dan 3 kunci dibawah. Semua tersorok di tempat-tempat seperti almari baju bawah katil.

Oh, pandai hantu ni buat kerja time kitorang tidur.

Ibu menelefon abangnya yang agak pandai dalam hal-hal ni, “Jane (bukan nama sebenar), malam ni sebab suami kau takde, kau suruh Edward ambil air baca Yassin 3 kali dan renjis seluruh rumah. Mesti buat,” dan malam tu aku pun menjalankan tugas aku konon dengan beraninya padahal longgar takut nak buat tapi terpaksa berani sebab taknak takutkan adik-adik yang lain.

Siap semua dah renjis rumah semua, ibu aku mengajak adik-adik aku semua tidur. Aku still duduk dibawah sebab nak sambung tengok Running Man dekat tv yang aku dah record malam semalam.

Tengah-tengah gelak tiba aku rasa pening terhidu something. Bila dihidu betul-betul, wui… bau gas.

Aku jalan ke dapur slow-slow nak tengok apa benda. Dahlah gelap dapur, longgar lutut nak masuk. Aku buka lampu dan sah memang bunyi gas kuat macam ada orang cabut.

Terus aku tutup dan panggil semua keluarga aku turun dan keluar dari rumah. Minta tolong jiran aku dan dia pun panggilkan seseorang yang dia kenal yang pandai dalam situasi-situasi ni. Kami tunggu selama setengah jam dan yang dinanti pun tiba.

“Assalamualaikum ustaz Harry (another fake name), maaf mengganggu ustaz malam-malam macam ni,” dan aku menceritakan semuanya kepada ustaz.

Ustaz masuk ke dalam rumah dan minta izin untuk solat. Selesai semua solat doa, dia cakap yang dia dah nampak bendanya. Lalu ustaz terus menjalankan proses untuk menghalau ‘benda’ tu’.

“Alhamdullilah saya dah halau benda tu. In syaa Allah, dia tidak akan ganggu lagi keluarga ni dan dah balik ke tempat asalnya. Punca dia masuk ke rumah dia ikut kamu, Edward. Kamu balik dari mana-mana dan mungkin masa kamu lalu di kawasan dia dia ade di situ dan ikut kamu.”

Baru aku teringat yang malam aku main futsal tu, aku balik lewat sikit dan aku lalu shortcut yang tak selalu lalu kerana gelap.

“Dan bila ‘benda’ tu dah masuk dengan kamu, dia nampak adik kamu. Dia nak berkawan dengan adik kamu,” kata-kata ustaz ni buat aku teringat adik aku yang paling bongsu selalu tunjuk-tunjuk dekat kami sekeluarga sebelum ni. Dia cakap, “ada perempuan, ada perempuan!”

Kami sekeluarga tidak mengambil serious tentang itu kerana mungkin itu hanyalah imaginasi budak yang baru berusia 4 tahun. Aku pernah bertanya rupa dia dekat adik aku tu, dia akan tutup mata sebelah dia.

Aku cuba bertanya kepada ustaz macam mana rupa ‘benda’ tu.

“Perempuan dan rambutnya agak panjang mata tertutup sebelah. Ada d***h mengalir dari matanya.”

Aku terkejut kerana apa ustaz cakap sebiiji macam adik aku cakap.
Alhamdullilah, selepas ustaz membersihkan rumah kami, tiada lagi gangguan terkena.

Inilah pengalaman mistik yang aku pernah sendiri rasai. Ade masa nanti aku cerita pulak satu lagi kisah yang kami sekeluarga terkena. Tu saja terima kasih. Assalamualaikum dan bye.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

zackie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “Diikuti Dia”

    • sorry, makhluk buka gas memang saya yang tulis. Saya hantar 2 kali ke admin sebab masa first time hantar ingat admin tak siarkan. So tulis semula untuk lebih menarik. Makhluk buka gas pun memang saya yang tulis menggunakan account yang sama kalau perasan. maaf

      Reply
    • sorry, makhluk buka gas memang saya yang tulis. Saya hantar 2 kali ke admin sebab masa first time hantar ingat admin tak siarkan. So tulis semula untuk lebih menarik. Makhluk buka gas pun memang saya yang tulis menggunakan account yang sama kalau perasan. maaf

      Reply
  1. menarik..hantu ni lain dari yg lain..huhuhu

    story kurang seram..tp penulisan writer simple & senang paham..
    kipidap writer..7/10

    Reply
  2. ooo penulis yg sama hantu buka gas tu ye? patut la mcm sebijik sgt ceritanya. ape punya nam asamaran la edward…… omputehhh sgt. hahaha.

    Reply
  3. Hehe tgh2 baca dgn serius tetiba aku tergelak masa ayat yang ‘semua berkumpul dan ketakutan kecuali ayah aku’ (Hahah yg kelakarnya sbb dia ayah dia takde kat situ – yalah xde kat situ tentulah tak takut hahaha)
    Apapun tulah orang kata bila kita balik dr mana2 malam2 baiklah jgn terus masuk rumah.

    Reply
  4. mcm penah baca jer kisah ni. ko tukar2 nama watak jer ke ape? sama jln cerita cm hantu main gas,then ade bende nk kwn ngan adik dia..adehh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.