Diraba ‘sesuatu’, Kem Ibadat, Lampu tak padam

Assalamualaikum readers.. aku baru je mengikuti page ni..dan di sini aku nak kongsikan kisah aku.. sebenarnya dalam family aku, ayah aku ada ‘kebolehan’..dia boleh nampak benda..dan pada anak anak dia adala sorang dua yang mewarisi kebolehan tu..diorang pun boleh nampak tapi kadang kadang je.. okay, yang pasal ayah aku tu lain kali la aku cerita macam mana dia dapat ‘gift’ tu, yang ni aku nak cerita pengalaman aku. Aku jenis tak nampak, tp rasa tu adala.. aku kongsikan 3 kisah di disini..

1. Diraba ‘seseorang’
Ok, perkara ni dah lama berlaku ni.. masa aku umur 14 tahun kot.. okay ceritanya..

Dulu-dulu.. sebelum tidur aku suka sangat dengar radio walkman sambil sumbat telinga dengan earphone.. zaman dulu kan radio yang jenis kecik macam mp3 player tu?? Haha gila sangat dengar benda tu.. 24 jam melekat kat telinga.. hinggakan nak tidur pun layan lagi lagu.. dulu suka dengar ERafm time Linda Onn ngn Halim Othman ada lagi..
Ok dah mengarut dah ni..

Sambungan.. malam tu nak tidur macam biasa sumbat telinga pastu tidurla ditemani lagu lagu (bukan nak baca doa pun padan muka aku).. aku time tu dah duduk bilik sendiri..so aku memang ingat sebelum tido pintu bilik aku tutup sendal dengan bakul baju (kunci rosak).. ok dah mamai tertidor..

Aku terjaga bila rasa ada tangan duk meraba2 lengan aku. Aku tepis kemudian bukak mata dan tengok tepi katil. Takde sesiapa. Aku pun matikan walkman aku. Cabut earphone then pejam mata semula. Kali ni aku rasa lagi. Tangan tu duk meraba hingga ke celah paha!! That’s it! Aku bangun (tak turun katil lagi) nampak macam ada orang cuba menyorok. Aku pun sound (ingatkan adik aku cuba buat onar..) dalam hati bengang giler tapi yang pelik aku tak bangun betul betul aku macam mamai.. Aku sound la adik aku tapi mulut je duk membebel. Aku jenguk ikut kelambu (tidur memang pakai kelambu) nampak ada lembaga hitam tengah merangkak keluar bilik. Badan dia skinny dan kepalanya botak..masa dia merangkak keluar pintu (gaya macam ju-on) kena lampu kat luar pun still nampak hitam semuanya. Yang pelik, aku rasa marah sebab adik aku berani buat benda macam tu tapi aku rasa tak larat nak bangun dan sepak dia time tu. Aku just monolog kat diri sendiri ‘jaga kau esok kena dengan aku’ then terus tidur balik..

Esoknya aku bangun aku rasa macam mimpi tapi bila aku tengok tempat aku letak walkman,memang sah aku tak mimpi..dengan pintu bilik memang terbuka. Aku pun terus bangun and marah dia pagi2 tu.. dia pulak terpinga2 terkulat2 tak tahu apa2.. mak aku pun nafikan adik aku buat benda macam tu.. dia pun siap sumpah sumpah lagi..dan bila aku fikir balik rasa seram pun ada sebab bila ingat rupa benda tu tak macam orang dah.. tak tahulah wallahualam..

2. Kem Ibadat
Satu hari tu, sekolah anjurkan program ‘Kem Ibadat’. Disebabkan aku ni antara top student jugak lah, cikgu suruh aku join, assist student junior. aku ni malas gak sebenarnya, dahla macam macam cerita aku dengar jadi kat sekolah ni malam malam.bunyi bergendang la, penampakanla. dan dijadikan cerita kitorang ditempatkan di aras yang dikatakan tu, huhu.. nasibla 2 hari 1 malam je.?

Malam tu masing masing pilihla port. (Kitorang tidur kelas) aku hampar kain batik atas meja.Alhamdulillah malam tu tak ada cerita tak enak pun, tidur awal sebab pagi nanti nak kena bangun awal (Program qiamullai).

Haa.. benda ni jadi masa kitorang dah nak habis program keesokkannya. Masa tu semua dah packing barang duduk kat surau sementara tunggu zohor. Tiba tiba ada sekumpulan pelajar usung masuk seorang budak perempuan ni. Aku tengok kaki dia biru weh. peh aku dah agak la apa jadi.. histeria la ni..

Pastu kawan dia cerita (aku namakan shasha la huhu) diorang naik atas blok nak ambil barang. Masa lalu satu kelas ni shasha macam nampak kelibat tapi diorang buat tak tahu je. Tapi bila patah balik nak turun tangga semula diorang nampak kawan dia sorang ni panggil diorang padahal kawan dia tu kat surau. terus budak tu menjerit.

Ok sambung time di surau. ustazah baringkan budak tu. Budak tu mata dia terbeliak je pandang atas.. air mata keluar tapi tak ada dengar suara menangis pun. Aku tolong ustazah pegangkan kepala dia masa tu. Dalam hati cuak beb, first time aku tengok orang histeria. Duk baca la ayat kursi 3 qul semua dalam hati jadi pendinding.

Ustazah suruh shasha azan kat telinga budak tu. Shasha sebut je ‘Allahu..’ kat telinga dia, terus tangan budak tu tolak muka shasha. Peh nak gugur jantung aku. Tetiba pulak ustazah suruh aku. Warghhh aku pun start la azan. Peh nasib baik dia tak tolak aku. Tapi bila aku azan air mata dia mengalir laju. Ustazah duk jerkah dia suruh bangun tapi dia diam je.

Lepas tu ustazah suruh aku pegang ibu jari budak tu. Masa aku pegang tu, automatik dia tengok kat aku. Tapi bukan tengok aku sangat, lebih pada apa yang ada belakang aku. Aku dah berdiri bulu roma ni macam nak tercabut ha.. lepas ustazah jerkah jerkah, tampar tampar skit barula dia macam sedar terus mintak air..hui lega aku..

Tapi tak habis kat situ..

Masa sampai rumah aku tak ada rasa apa apa pun.. benda ni jadi masa aku nak sembahyang maghrib.. aku cuba angkat takbir tapi tak boleh. Aku rasa macam ada benda kat belakang aku. 3 ke 4 kali aku try tak dapat jugak. Aku pun berlari keluar bilik bagitahu mak aku. Mak pun suruh sembahyang kat luar then dalam bilik nanti mengaji skit. Aku pun buat macam mak suruh then alhamdulillah semuanya okay.. nasiblah tak nampak apa apa. Aku tak tahulah kalau benda tu ikut aku ke apa tapi setakat itu je la yang aku alami.

3. Lampu tak padam
Kisah ni masa aku dah kerja di satu company di lembah klang. Company ni terceruk sikit, dia sekali dengan kilang. Ofis dia kecik je. Kat sini majoriti orang cina yang kerja tapi bos besar orang Korea. Company ni memang hq di Korea.

Aku baru start kerja di sini adalah dalam 2 bulan. Biasalah kan mula mula masuk tak adalah banyak kerja sangat kan, haha balik on time je. Masa tu adala desus desas pekerja sini duk cerita benda benda mistik tapi aku wat donno je..hinggalah jadi kat aku..jeng jeng jeng

Bila dah masuk bulan ketiga bos start bagi aku customer untuk handle. Customer di sini bukan orang perseorangan tapi company jugak. Dia akan bagi purchase order then kita akan key in order tu dalam software pastu submit je pada transportation department.. so biasanya customer akan bagi p/o ni sehari awal dari tarikh hantar tu. Pastu yang kena handle bukan satu dua company je, aku time tu dapat 7 company kena handle order diorang.

Jadi hujung minggu tu (hari Sabtu) adalah sorang dua staf nak buat o/t (overtime). Aku pun nak join sekaki la.

Ok pagi tu sampai dalam pukul 10 pagi. Masuk dalam ofis nampak staf dari department lain pun ada. Ok lega sikit. Ruang ofis aku ni besar campur campur department. Setiap ruang kerja tu dipisahkan dengan kubikel je. Pastu department aku hujung, belakang sekali. Meja aku memang terus belakang tu dinding.

Dipendekkan cerita, lepas balik makan tengahari tengok staf dah tak ramai. Aku pergi kat meja sambung kerja. Telinga sumbat mp3.

…..

Tiba tiba telinga aku tertangkap bunyi ‘kreeek…’ Bunyi bila orang duduk atas kerusi pejabat tu kan.. (harap boleh bayangla bunyinya, aku nak eja pun tak reti haha)

Aku buat donno je. Pikir staf kat depan kot bangun duduk pergi dekat mesin fotostat. Tapi, tak lama lepas tu bunyi lagi,

‘Kreeek’

Kali ni side kanan depan. kiranya department depan aku ni.. (macam aku cakap ofis ni open space cuma dipisahkan dengan kubikel je). Aku bangun, stopkan lagu tengok keliling. Hmm macam aku sorang je tinggal ni.. jantung dah dag dig dug dah ni.. tapi pikir positif ada lagi kot orang cuma maybe tak nampak sebab lindung dengan kubikel tu.

‘Kreeek’

Belah kiri depan plak aku dengar. Peh aku pun tukar lagu dengar orang mengaji haha nasibla ada dalam mp3 aku.. sambung lagi taip kerja aku. Dalam hati doa macam2 janganla nampak benda bergolek ke,perempuan rambut panjang tak ada muka (yang staf duk cerita) hampeh betul la masa ni sebab tak sangka aku pulak terkena. Sekali..

‘Kreeek’

Depan aku weh!!! Depan aku ni memang tak nampak sebab ada kubikel jugak. Aku duk meja tengah. Kiri kanan pun nampak kerusi je la. Aku dah nak tercabut jantung ni buat donno lagi even tangan dah ketar ketar. Tiba tiba..

‘Kreeek’

Sebelah aku!! Kerusi sebelah aku tapi peliknya dia tak gerak pun. Aku tengok kerusi tu pastu tangan ambil telefon dail no tunang sambil tangan kemas kemas meja tutup komputer semua. Tunang aku tanya kenapa nak balik dah? Ada hantu ke? Ches! Boleh pulak mulut dia tanya.

On the way nak ke pintu aku tengok setiap department memang tak ada orang dah weh aku sorang je. Ches lagi dan lagi. Pastu nak keluar terfikir, eh kenala tutup lampu kan, aku ni orang last. Nasiblah suis lampu kat area tu je. Cuak tapi sebab tunang ada kat line phone tu ajak borak borak la.

Masa tutup lampu tu, eh? Kenapa lampu area aku duduk ni tak terpadam? 3 4 kali aku petik tak padam jugak. Ah sudah aku pun dah meremang, lantakla.. aku terus keluar. Tapi sempat aku bagitahu pak guard dia boleh bantai gelak pulak. Dia kata nanti dia tutup. Esoknya hebohla cerita aku kena kacau tu.. semua dah cuat nak o/t hujung minggu. Haha.. yang peliknya bila aku test lampu tu elok pulak padam nya..

Okay itula kisah mistik dari aku. Maafla kalau meleret leret. Kalau terus straight to the point kan macam tergantung pulak kan hehe. Nanti den story plak pasal ayah dan adik yang ada sixth sense tu. insyaAllah. sekian.. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 comments

  1. Penat aku nak mention pada setiap cerita yang perasan sgt boleh nmpk makluk halus ni as a gift

    Kalo gift dh tentu semua org nak..ni xde org pn yg nak..pk la logik ke x diknon gift ko tu tu bkn gift tu malangnye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *