Dirasuk Hantu Hipster

Assalamualaikum, okay apa yang aku nk cerita ni tak tahu la seram ke tidak tapi aku cuba okay? Hehe. Tetapi cerita ini betul-betul terjadi dalam hidup aku.

Kisah ini masa aku study dulu dekat IPTA di Dungun, Terengganu. Aku ni kira suka buat kerja last minutes biasala student kan. Ke aku je macam tu? Masa tu aku dh sem 2 study dekat situ. So nak dijadikan cerita, aku ada assignment yang kena submit esok pagi. Jadi aku dan classmate aku ni mula la gubra dan start acah-acah busy malam tu nak siapkn kerja.

Memandangkan ini kerja individu dan menyumbang 10 markah untuk carrymark. Aku tak mampu buat sorang jadi aku minta tolong classmate yang lain untuk sama-sama buat sekali, nak tak nak kena la siapkan juga malam tu, jadi aku dan beberapa classmate aku ini berjanji nak berkumpul dekat satu cafe dalam kampus.

Cafe ni nama dia kapas memang port lepak yang best la bagi aku, dekat dengan kolej kapas (memandangkan kampus ini mengadap pantai jadi dinamakan kolej dan cafe sempena nama-nama pulau di Terengganu). Untuk sama-sama siapkan kerja. Aku dengan Hani dan Aina serta 2 kawan lelaki amir dan faris berkumpul dekat meja luar cafe yang masa tu lebih kurang dekat pukul 11 dah. Sebab nya di luar kerana cafe akan ditutup tepat 11 malam.

Masing-masing memang fokus habis la, sebab masih banyak tak disiapkan lagi dan biasala account ni dia punya assignment bagi aku lain macam sikit. Sempat aku toleh belakang dan kelihatan bukan kami je jenis last minutes siapkan kerja tapi ada beberapa orang lagi pelajar yang duduk di meja belakang kami, ( see bukan aku je) 4 perempuan dan 2 lelaki sedang masing- masing sibuk dengan kerja masing- masing.

Tiba-tiba aku dengar perempuan ketawa, macam gedik saja bunyinya. Makin lama makin kuat, aku pun geram la sebab bising.

“Weih kenapa meja belakang tu bising sangat, nak fokus pun tak boleh ni.” Kata aku yang memang dah panas dengan meja belakang tu.

“Gediknyaaa dorang ni, harap tudung je labuh,” marah aku lagi.

Kawan aku ni seorang yang alim dan warak, namanya Aina. Aina pandang aku suruh diam dan buat tak tahu je. Aku sebenarnya hairan je semua kat belakang tu nampak macam alim semua bertudung labuh dan berbaju sopan. Tapi ada sorang tu yang dari tadi duduk gelak-gelak macam gedik semacam.

Aku pun dah bengang sangat dah. Aku pun toleh belakang tengok budak tu tiba-tiba diam. Lepas tu aku dengar perempuan tu jerit kuat sangat, macam histeria. Pastu gelak-gelak macam geli hati sangat. Aku pun toleh la tengok dia gelak macam orang gila je.

” weih diam la! Buat kerja kau tu sampai siap dulu,” aku dengar kawan dia marah dia suruh diam tapi dia boleh buat muka macam mengejek pastu gelak lagi.

Lepas tu, dia jerit kuat sangat dah macam tak sedar diri dah dan kawan dia cepat-cepat pegang dia semua dan baringkan atas kerusi yang disusun. Kaki dan tangan perempuan tu dah kena pegang dengan kawan dia semua. Aku faham la yang di sebenarnya dah dirasuk.

Kawan aku yang lain berhenti buat kerja dah. Tangan aku automatik mengigil. Aku diam je pandang bawah meja. Kawan aku yang nama aina dah boleh rasa aku dh takut sangat jadi dia minta kami semua baca ayat Kursi beramai- ramai dan baca surah pendek yang kami tahu. Aku diam je sebab aku dah takut sangat. Kawan aku yang duduk sebelah aku nama nya Hani ni gengam tangan aku baru la aku start bukak mulut.

Lepas tu aku dengar kawan perempuan yang kena rasuk tu suruh mengucap.

“Sarah mengucap, jangan ikutkan sangat perasaan tu,” nama dia Sarah rupanya. Detik hati aku sambil memerhati dari meja kami.

“Aku tak ingat laaa!, Hihihihihi! Aku lupa laaa, aku tak ingat la,”
aku dengar Sarah tu menjawab balik dengan suara gedik yang amat dan bunyi macam manja sangat, so aku rasa yang rasuk tu mungkin la jenis acah hipster habis dan gedik ala bimbo. Memang seram habis la plus meluat pun ada. Lepas tu aku dengar kawan dia yang pegang kaki dia tu cakap

“kau bukan kawan aku!” Sambil picit ibu jari kaki sarah tu.

Benda tu marah la, cakap sakit.
” Ajar la aku mengucap aku lupa la. Kau kan kawan aku. Ajar laaa. Hihihihihihihi hahahahahahaha” ish seram habis dengar dia gelak.

Ya Allah gedik betul hantu ni. Kawan aku yang lelaki nama Amir ni pun cakap la kat sini memang keras sikit, Cafe Kapas ni memang keras. Lepas tu kawan aku yang nama Hani tu cakap la jom la masuk bilik siapkan esok je la. Mungkin dia dah tak tahan dengar benda tu mengilai kot.
” Aku kawan kau lah. Hihihihi aku kawan kau! Tak kenal ke?? Hihihi” aku dengar Sarah tu cakap sambil gelak- gelak. Tiada perubahan lansung dekat muka dia kecuali muka dia macam manja n suara dia manja sangat. Aku pun macam confused jap betul ke kena rasuk ni. Pastu kawan dia yang lelaki tu dah cepat-cepat lari panggil polis bantuan.sebab cafe tu dekat dengan polis bantuan punya pejabat.

Weihh aku kawan kau lau ajar la aku mengucap, aku lupa laaa. Macam mana ye? Hihihihi ajar la aku.”
‘Eh eh gedik betul pula hantu ni yer. Kalau betul dia tu manusia yang sememang nya Islam takkan dah lupa mengucap kot.’ Jerit aku dalam hati. Otak waras aku cuba mentafsir kejadian depan mata ni. Sah ada ‘ benda’ lain dalam badan dia.

“Diam la! Kau bukan kawan aku”

Kawan dia tu jerit dekat si Sarah tu. berani betul dorang semua tu handle sendiri je. Aku sebenarnya kagum dengan dorang, lansung tidak menunjukan riak takut atau panik dekat muka mereka. Muka tenang mereka buat aku rasa kagum.

Kawan dia yang lain semua start baca something. Aku tak dengar pula, mungkin doa atau surah pelindung. Pastu aku nampak polis bantuan datang dengan pelajar lelaki yang tadi dan halau kami semua masuk kolej masing-masing takut berjangkit. Semua laju je kemas buku semua, suasana makin seram kot, lampu kat situ semua malap je yela cafe kan dh tutup.

Aku sorang je duduk lagi tak nak bergerak. Kawan aku marah aku, suruh kemas semua buku. Aku buat tak tahu je. Aku sebenarnya takut sangat dan lutut aku lemah sangat dan Aku sebenarnya nak tengok sampai habis macam mana dorang halau hantu.

Tapi, polis bantuan tu marah-marah suruh balik. Kawan aku pun tarik aku gengam tangan aku kuat-kuat. Aku bangun jgk sambil mulut tak berhenti baca ayat kursi. Berselawat semua. Aku dan kawan aku ambil jalan opposite untuk pulang ke kolej masing-masing padahal short cut kena lalu jalan sebelah meja budak kena rasuk tu je.

Dalam perjalanan ke bilik, aku berdoa dalam hati agar hantu tidak la ambil hati aku cakap dia bimbo, gedik semua tu. mana la tau dia dengar kan masa aku cakap dekat member aku tadi. Sampai bilik aku still mengigil. Aku tengok semua dh nk tidur. Sebab dh pkul 12.30 am. So aku pun letak beg aku atas meja study dan baring ats katil,aku tarik selimut paksa diri utk tidur. Sememang nya aku masih takut dan mengigil tak abis lagi. Kawan aku Aina dan Amir mesej cakap banyak berdoa, bacal 3 Qul, baca doa tidur dan ayat kursi. Aku pun baca apa yang patut. Aku pun tidurlah. Tiada apa pun berlaku sehingga pagi.

Moral of story, janganlah cepat bersangka buruk, dan mulut tu kena la jaga. Apa yang kita dengar dan lihat mungkin berbeza dengan keadaan sebenar.

Jadi, macam mana? Ianya wujud. Mungkin sekarang ada dengan anda semua yang tengah baca cerita ini sedang memerhatikan anda. So komen baik-baik. Hehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MissNurAisy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

10 thoughts on “Dirasuk Hantu Hipster”

  1. cita ni membawa kenangan silam saya belajar di UITM Dungun bertahun2 yg lalu..zaman saya cafe ada 10 tak silap…yg hadap pantai paling best…angin kuat melambai2 best ooo waktu makan…zaman tu pun mmg byk kisah seram dah…termasuk tasik belakang tu dulu ada org buang bayi luar nikah anak student part time…student m**i lemas di pantai dan jelmaan si m**i balik ke bilik asrama…dan juga teguran manusia berjubah putih masa ada student study malam2 kat kelas yg dekat dgn stadium….saya pun beberapa kali penah kena himpit masa tido….tq penulis…mmg mengimbau kenangan…dan serammmm…

    Reply
    • thank you jgk dekat awak ye sebab sudi baca cerita tak seberapa ni. oh yes! situ memang seram dan paling famous dengan legend orang lemas dan still menghantui bilik kosong salah satu kolej di situ. kawan2 saya ckap cerita tu benar sebab penah terserempak dengan mak orang lemas datang baca yasin setiap tahun dekat situ. btw view dekat situ memang 5 stars kan!

      Reply
  2. hahaha…
    tempat tu memang lejen..
    ai pun da pengalaman dgn tmpat tu..klu tnyer student kat situ mesti da story..
    p/s dekat tu dengan rumah ai… hihihi

    Reply
  3. Satu lagi Moral of the story – time management perlu dibaiki. Kalau jaga masa elok2, pasti tak pyh stay up sampai tgh malam. 😉

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.