Dirasuk Saka Ketika di Sekolah

Asalamualaikum and hai pembaca fs. Now aku nak story pasal aku kena rasuk masa dekat sekolah. Acctually aku nih student sekolah agama dekat pahang. So aku nak buat penceritaan semula cerita daripada kawan kawan aku.

Bismillahirahmanirahim

Sebelum aku kene rasuk nih. Ade lah kawan aku ejek apa tah. Aku pun terus pergi dekat dia and terus cakar muka dia.tapi dia masih mengejek lagi. Aku tak tahan sabar aku terus baling buku dekat dia. Masa nih tengah subjek tauhid. Cikgu aku pon dah tanya lah siapa baling. Tapi aku buat muka tak tahu apa apa.

Lepas subjek tauhid, subjek feqah pulak. Ok masa ni yang aku ingat time tu aku ade tanya kawan aku yang lawa ke tak tulisan aku. Tapi boleh pulak dia kutuk aku. Tiba tiba aku dah tarik dia keluar dari tempat duduk dia keluar. Lepastu aku tampar muka kawan aku. tumbuk dia. Lepastu sorang lagi kawan aku nak pegang aku untuk halang aku. Time dia pegang aku. Aku dah tolak dia dekat belakang(masa dia nak pegang aku tu kat belakang, pastu aku tolak dia kene rak buku.)

Lepastu aku pun menjerit lah. Pastu ustaz aku tanya kawan kawan aku macam mane aku boleh jadi camtu. Diaorang pon cerita lah yang aku tanya pasal tulisan aku tadi. Masa tuh ramai jugak lah dari kelas lain datang intai. Sekali dengan cikgu cikgu datang. Masa ni tangan aku dah koyak ayat ayat al quran dekat belakang (kertas manila subjek pendidikan islam). Tak lama tu ustaz aku dah datang. Dia pon suruh aku turun bawah dekat surau.

Masa dekat surau tuh ustaz aku ade lah tanya beberapa soalan dekat aku. Dia tanya aku nampak apa? Kenal tak dia(ustaz aku)? Tapi aku menafikan semula soalan dia. And then bila dia panggil nama aku,Aku jawab dia tak ade. Pastu ustaz aku tanya, siapa kau? Bende tu jawab dia saka aku. Ustaz aku pon dah baca beberapa ayat suci al quran dengan selawat sekali. Aku pon dah terjerit jerit. Ustaz aku cakap”tak payah nak menjerit lah, takde orang takut pun”. Sepanjang proses berubat tu tenang je. Pastu ustaz aku suruh bende tu keluar, tapi dia taknak.

Ustaz pun cakap, kalau nak lawan meh bangun(masa tuh aku dalam posisi duduk). Tak lama lepastu aku bangun pastu cakar habis tangan dia. Lepastu dia pun baca selawat pastu tiup kat muka aku. Akhirnya aku jatuh rebah time tu ade sorang lagi ustaz tolong pegang. Time tu lah ustaz aku bengkokkan (repih, takleh nak explain camne)tangan aku. Tapi masa tuh tangan aku daa gaya macam pesilat dah. Tak lama lepastu bende tu setuju dia nak keluar. Ustaz aku berubat time tu guna rotan. So aku ler terima padahnye.

Lepas aku dah ok tu, ramai lah rakan sekelas aku turun pastu tanya aku. Senior pon ade lah tanya. Masa aku masuk dalam kelas balik. Ramai pandang pandang aku sebab takut. Tapi ada beberapa kawan sekelas perempuan aku ni cakap dia ada ternampak lembaga ikut aku masa aku lepas balik dari tandas, dia kata muka bende tuh sebijik time aku kene. Aku pon diamkan diri je. Masa dekat rumah aku cerita lah perkara tadi dekat mak aku. Dia pon tanya aku”awak menjerit macam selalu awak kene lah?” Aku cuma menganggukkan kepala aku sambil tersengih.

Terima kasih sudi baca cerita aku sampai habis, nanti aku nak share cerita aku masa pergi berubat pulak. Sekian daripada Mr F.

4 comments

  1. kan dia dah bagitahu awal2 cerita, “So aku nak buat penceritaan semula CERITA DARIPADA KAWAN KAWAN AKU”. kawan2 penulis cerita apa yg jasad penulis buat sepanjang masa yang dia tak sedarkan diri tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *