Dirempuh Makhluk Hitam Di Kem PLKN

Assalam & Salam Sejahtera..Terlebih dahulu terima kasih pada FS kerana sudi siarkan kisah2 seram sy sebelum ini iaitu Siapa Kawan Dalam kelas Tadi,Dilawat Oleh Siapa,Kisah Seram Diganggu Cik Langsuir & Kedai Makan Misteri..Itu antara kisah2 seram yg dialami oleh sy sepanjang hampir 31 tahun saya bernafas diatas muka bumi Allah swt ini..

Kali ni saya nak share kisah histeria pulak..Kisah ni jadi masa sy bekerja sebagai seorang Penolong Pengurus bagi syarikat Operator Kem(pemilik kem plkn) di Perak. Saya mula melapor diri pada minggu pertama pelatih2 Kumpulan 1 2006. Awal2 tu takdelah gangguan yg melampau2 sangat. Cuma gangguan2 manja macam disergah lembaga hitam dimuka pintu tandas,diekori dan macam-macam lagi lah. Mungkin salam perkenalan dari mereka..haha

Masuk minggu ke3,berlakulah gangguan histeria dikalangan pelatih2 serta Jurulatih2(JL) perempuan. Malam kemuncak gangguan berlaku ketika sy sedang berada diofis..Biasalah..Apabila bekerja didlm kem,waktu bekerjanya tidak kira masa..Selagi pelatih2 belum tido,selagi itulah kena hadap mcm2. Ketika itu sy lihat beberapa org JL kelam kabut berlari-lari dihadapan ofis..Ofis Operator Kem serta ofis Komandan & staf2 JLKN berada diatas kawasan berbukit sedikit manakala dorm2 pelatih,JL,kelas,padang kawad dll berada dibawah bukit itu. Kiranya kami yg berada di ofis ni boleh lihat keseluruhan tempat2 yg sy sebutkan td kecuali kwsn perempuan yg diletak penghadang bagi mengelakkan show2 yg xsepatutnya. Maksudnya kalau diorg bukak tudung,berkemban & sebagainya la..haha..

Saya bertanya pada JL apa yang berlaku sebab nampak kelam kabut sahaja. Mereka pun kataada  ‘benda’ mengamuk sampai beberapa org pelatih & JL wanita kena histeria. Mereka minta saya supaya pergi kebilik JLB(jurulatih bertugas) yang berada dibawah. Jadi saya pun terus ambil handphone sy & bergerak menuruni tangga untuk menuju ke arah bilik JLB yg berada tidak jauh dari situ. Sambil melangkah,saya membaca ayat Kursi berulang-ulang kali didalam hati. Kelihatan juga beberapa orang JL berada dihadapan bilik JLB sambil memerhatikan sy. Sambil2 itu mata sy juga ligat memerhati kearah langit yang berada diatas kawasan dimana terletaknya bilik JLB serta dorm wirawati. Kelihatan ada kelibat berwarna hitam pekat yg sedang terbang berlegar2 disitu. Saya dah mula rase tak senang. Saya mengeraskan lagi bacaan ayat Kursi didalam hati sambil mempercepatkan langkah.

Tiba2 benda itu berhenti berlegar & terapung sambil menghadap kearah saya. Allah.. Terpaku saya seketika. Beberapa org JL memandang saya dengan muka risau. Time nilah benda tu nak face to face pulak dengan saya. Hati saya dapat rasa yang benda itu akan cuba buat sesuatu pada saya. Saya menenangkan diri(konon walhal debarnya tahap petala langit ke7) sambil mengeraskan bacaan ayat Kursi didalam hati. Bila kaki saya mula melangkah, kelihatan benda itu mula terbang dengan kelajuan yang maha laju kearah saya. Menitik peluh didahi saya. Tapi saya tetap mengatur langkah sambil meneruskan bacaan. Makin lama makin dekat benda itu & akhirnya dia merempuh badan saya. Sedikit terkebelakang saya dibuatnya akibat rempuhan itu. Sakitnya masyaAllah.. Allah je yang tahu. Terus saya hampir nak jatuh terduduk & terpengsan. Alhamdulillah terdapat beberapa org JL wanita yg sempat menyambut badan saya & membawa saya masuk kedalam bilik JLB. Alhamdulillah jugak sebab benda tu tak berjaya memasuki badan saya. Kalau tidak, wallahu’alam la..Mungkin juga disebabkan oleh bacaan ayat Kursi itu. Hampir 10 minit juga saya terbaring diatas katil sambil cuba untuk menenangkan diri. Menggeletar tangan tak payah sebutlah. JL yg berada disitu semua hanya mendiamkan diri sambil melihat saya. Terasa seperti artis pulak bila dipandang begitu..hahaha..Ok..gurau..

Apabila saya pandang keluar pintu,kelihatan benda itu masih terbang berlegar2 dihadapan pintu masuk JLB. Hampir 5 minit kemudian, kelihatan benda itu menghilangkan diri & JL serta staf2 yg terlibat dalam sesi memulihkan mereka yang tersampuk memaklumkan kepada bilik JLB bahawa pelatih serta JL yg tersampuk,sudah mulai pulih. Mereka inform menggunakan walkie talkie. Itu lah cara mereka berhubung tanpa perlu menghabiskan kredit @ bil telefon masing2. Setelah pihak pengurusan Komandan membuat pemeriksaan, rupa2nya ada wirawati yang datang bulan tetapi mereka tidak menjaga kebersihan. Pad yang dah digunakan tidak dibasuh dengan elok sebelum dibuang. Jadi bau hanyir d***h tu yang mengundang kehadiran benda2 itu. Selain dari tu, pelatih2 ni jugak tak tahu nak mengawal diri apabila berada dikawasan2 begitu. Meriangkan diri tanpa dikawal. Lupa diri. Memang diorang kena ceramah berjela dgn JL2. Selepas kejadian tu,pengurusan komandan sentiasa membuat bacaan Yasin setiap kali selesai solat Isyak bagi mengelakkan berlakunya kejadian sebegitu lagi.

Tapi,setiap kem plkn mempunyai bermacam2 kisah seram…& setiap kumpulan akan ada saja kejadian histeria..Itulah dia suka duka apabila berada didalam kem plkn..Ok..sampai sini dulu..Panjang umur & ada rezki,sy sharekan kisah seram sy yg lain pula ya…Assalam & thank you olls..

*Yaya*

 

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.8]

2 thoughts on “Dirempuh Makhluk Hitam Di Kem PLKN”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.