Disantau Bomoh Siam

Assamualaikum. Nama aku Nor.Nie nama pendek. Hmm xreti betul nk tulis cerita nie. Tapi tetiba semangat aku kuat nk kongsi cerita kat FS nie. Okey lar, kisah nie berlaku time aku jadi JPK Kerohanian kat Uitm. Kat mana maaf lar xleh bgtaw sbb budak2 junior yg kenal aku ada lagi kat sana. Kang naya ja depa marah aku. Sory lar aku org kedah. Kalau terkeluaq bahasa kedah tu maaf dan ampun dipinta. Lagisatu cerita aku mungkin panjang sebab mula dr 8.30 smpai pkui 2 pagi baru selesai. So cerita dia panjang lar sikit. Jenuh lar aku nak tulih.

Cerita dia nie bknlah cerita aku nampak hantu ka, uitm tu berhantu ka, bilik dihuni penghuni lain ka,bukan2, tapi nie berkaitan dgn kisah budak kena santau ngan bomoh siam. Hmm aku nie even kak kerohanian bak ustazah, tapi aku nie rock jugak even pakai ttup muka. Bukan aku taw sgt bab ubat2 org mengilai kena rasuk nie. Hmm aku pn takut jugak.

Aku cerita dari mula nie, masa mula2 kejadian tu seingat aku time tu aku nak buat esaimen. Tapi henpon pulak asyik “grek grekk,” vibrate wasep group masuk. Bukan main banyak lagi mesej masuk. Mula tu aku buat xtaw ja, tapi makin lama asyik bervibrate ja xtahan jugak aku. Apa benda depa dok merapu dlm group nie. Aku nak fokus pn xleh. Lalu aku pn bukak lar group wasep, group nie just utk budak2 yang berjawatan ja dlm kolej tu. Kira ketua aras yg bagitaw kat ketua blok. Baca punya baca , sebab panjang kan. Then smpai lar aku baca, “Budak tu ustaz dh mai tengokkan. Dah elok dah. Akak nak dtang , mai lar. Kitorang ada sini.”

Aku pn kemas lar, ttup laptop. Kena plak time tu aku xsolat isyak lagi. Katanya just nak p tengok ja. Sat saja. Lps nie balik tu solat lar. *menyesai aku xsolat awai. Heih.

Aku bagitaw kat roomate aku yg jugak JPK ( Jawatankuasa Perwakilan Kolej ) . Dia kata , “Hati2 kak nor.” Mula tu aku mcm nak p sorang lar sebab nak acah Senior JPK yang baik kan. Tapi pikiaq punya pikiaq, elok aku bawak kawan. Aku pn p lar bilik kawan aku yang jugak dalam rumah aku, uitm aku nie kolej dia macam appartment, aku bilik C kwn aku bilik A. Dia YDP, pangkat lagi tinggi lar. Dia pn kata okey jom kita p tengok budak tu. Dia pn sama mcm aku xsolat lagi. Dua2 kata xpa satg kita solat lps balik dr blok 5 ( kejadian berlaku kat blok 5) . Dia nie kakak usrah , geng2 surau lar. (elok ja kata kat orang. Aku pn geng dia jugak.hahaha)

Kami pn jalan lar dua2 p blok 5. Sampai ja kat Ground Floor, jumpa ustaz n warden ( 2ustaz 1warden). Sampai2 ja kami depan ustaz, ustaz kata ” Haa lambat kamu nie, pi lar tengok budak tu. Ustaz nak turun bawah sat pi pejabat.” . Kami pn naik atas. Memandangkan bilik dia kat tingkat 4. Mmmg penat lar naik tangga. Okey kisah dia dh nak bermula dah nie.

Masa kami dua nak masuk dlm rumah budak nie, bilik dia paling hujung sekali. Sebelum masuk tu mmng nmpk lar ramai budak2 kat depan pintu bilik dia. Semua budak bilik dia kluar tolong dia. Termasuk kawan2 dia pn ada sekali dari blok lain. Hmm ramai jugak lar dlm bilik tu. Sebelum masuk bilik tu aku nie terdetik lar nak baca ayat pendinding diri. Baca punya baca, smpailah aku ngan kawan aku si Ati YDP nie depan budak tu. Waktu nie dia dok berbaring. Dengan kawan2 dia yg ddk dekat2 dgn dia. Mula tu km pn dok tnya lar kat kawan2 dia, mcm mna blh jadi, dia nie sihat ker x tadi. Bla3 dok tnya , tp dlm hati still dok baca ayat pendinding diri.

Tiba2 bleh plak dia dok tengok atas dengan mata terbeliak mulut kumat kamit baca mantera. Mula tu aku ingat dia dok bercakap rupanya dok baca mantera. Macam kumpul tenaga pn ada. Mmng laju gila dia baca. Tp kadang2 tu ada jugak nmpak dia tengok aku dgn kawan aku. Naik seram wei. Tp dia buat dekk ja smbil sambung baca mantera dia tu. Disebabkan mata dia terlalu besar macam nk terkeluar ja. Kawan2 dia yang ddk dekat dgn dia pn jadi takut lar, serta merta kawan dia yang lain kata. “Ambil kain tuala tu ttup mata dia.”

kiranya kami hanya ttup mata dia saja , mulut still nmpk lar dok kumat kamit. Kaki ngan tangan kami semua pegang sebab dia still meronta. Dok menarik narik tangan dia. Then tiba2 dia diam, dah xbaca mantera dia. Hairan. Awat budak nie diam plak. Kawan dia pn naik hairan lar kenapa dia diam kan. Kain tuala yang ttup kat mata budak tu pun kawan dia bukak sbb nak tgk dia okey ka x. Rupanya mata dia still dok trbeliak tanpa berkelip. Pelan2 kawan dia ttup balik mata guna kain. Serius time tu meremang bulu tengkuk bila nampak mata dia xberkelip tgk atas. Allah. Seram sungguh.

Dalam kami semua dok seram buku roma semua naik nie, boleh pulak budak nie gelak. Mula2 senyum pastu gelak, kain kat mata mmng kawan dia bukak lar sbb nk tgk kawan dia nie okey ker x. Dia gelak tanpa ada nafas henti. Tolonglah bayangkan betapa terkejutnya kami semua time tu. Mmng memandang sesama sendiri dah. Aku ngan ati nie dua2 dah cuak dah. Kawan dia tiba2 marah dia, “ko dah knape gelak pulak. Ko ingat lawak ker?!”. Elok jer kawan dia habes cakap , blh plak dia bangun n cekik kawan dia yg ada depan dia. Allah kelamkabut kami time tu. Kawan dia nie apa lagi menjerit lar.Minta dilepaskan. Kawan dia yg marah tadi tu cakap. Pegang tangan dia , “Tarik2, jgn bagi dia cekik.” dan kami pn berjaya tarik tangan dia dari leher kawan dia. Time tu mmng semua org takut lar ustaz xdak, warden xdak. Tinggal kami2 ja. Aku ngan kawan aku nk baca lar ayat2 suci. Tapi kawan dia tak bagi sbb sebelum nie diorang dah cuba baca dah. Lagi teruk dia meronta. Ustaz pesan jgn pandai2 baca. So diorang pn sampaikan benda yang sama kat kami. Tp bacaan dlm hati still baca.

Aku pn call ustaz lagi sekali , ustaz pulak xangkat. aduu. Call pnya call xberangkat pn. Lepas tu call pulak warden. Xlama lepas tu dia datang. Tp dia datang pn blh buat apa, just tgk ja. Dia pn suruh call ustaz, aku pn call lagi dan lagi. Baru ustaz angkat, ustaz kata lambat lagi ustaz nak naik atas. Aduhh budak nie dah meronta macam apa lagi ustaz xsmpai lagi. Lama jugak lar tunggu ustaz, nak kata dlm sejam jugak lar menunggu tu.

Datang ja ustaz dia terus lekatkan tangan dia (macam org siam ckp sawadeekap kan dia lekatkan tangan, haa mcm tu lar tgn dia) n duduk diantara dua sujud tu sambil goyang2 tangan dia ( macam mana cerita hantu siam, macam tu lah kami semua nampak. ) dia pnya mantera lagi kuat n lagi laju dr awal tadi. Ustaz cakap , “Tarik tangan dia jgn bagi melekat.” time tu ustaz bawak kertas, macam risalah pn ada. Susah payah kami semua tarik tangan dia tu tak bagi melekat dua. Dengan kaki dia asyik nak menendang jer. Dah lar semua yg pegang tu perempuan. Tak kuat mana pn. Nak terpelanting km semua.

Ustaz pn mula lar baca ayat ruqyah. “Owh kau main2 kan aku ya, kau keluar sekarang. Kalau x aku bunuh kau.” sambil ustaz tekan kaki budak tu. Budak tu punya menjerit, berdesing telinga kami semua. Jerit yg xdak tarik nafas tu. Sambil dia cakap ” Cuoi doi , cuoi doi.” dok minta tolong. Aku kata lar, ustaz, dia dok minta tolong tu sbb sakit. Masa nie macam2 jadi, loker tiba2 kena ketuk, pintu bilik tiba2 tertutup tp aku xberapa nk takut pn sebab geram sgt pegang budak tu naik penat semua ada.

Panjang gila masa nak bagi benda tu kluar. Tapi xkluar2 jugak. Time nie ada lagi sorang ustaz lagi dok relax jer sandar kat dinding. Katanya, ” Ustaz buat lar sorang, saya nak rehat esk ada seminar. ” boleh plak ustaz buat lawak dah serupa cerita hantu kak limah, ” esk saya ada seminar nie.” haa mcm tu lar nada ustaz aku. Kalau ikutkan, ustaz yg dok sandar tu lagi terer . Tp dh ada seminar esk kan. Dia pn nak tgk aja. Macam2lar ustaz.

Mmng susah bnda tu nak keluar , bila dia penat ja dia akan sambung balik baca mantera, sambung balik cantum tangan. dia diam kejap pastu mesti sambung baca mantera. Ustaz pn naik geram dah, sampai baca doa nabi Musa pn dia xkluar lagi just menjerit jer. Ustaz kata, ” Kau tak nak kluarkan. Biar kau terbakar.” ustaz letak risalah yg ustaz bawak tu letak dekat muka dia. Dia punya menjerit. Mmng nampak lar dia sakit gila. Serious tu adalah pertama kali aku tengok org kena rasuk begitu ekstreme, sbb aku ingat cita dlm tv tu merapu ja, bila letak yasin kat muka hantu akan jerit, aku rasa mustahillah dia akn mnjerit, letak jer pun.xkan lar tu pn nak jerit. Bila dah tengok depan mata baru aku percaya. Dan mmng sebijik macam mana tengok cita hantu siam mcm tu lah budak tu kena rasuk. Kalau dalam cita hantu siam dia letakkan tangan baca mantera, mmng mcm tulah kami tengok. Sambil angguk2kan kepala n tangan goyang, kaki plak ddk antara dua sujud, mulut pn baca mantera. Mmng penat tgk ustaz dgn bomoh siam tu berlawan.

Sebab lama sgt perjalanan dia kena rasuk, cita aku pn xberapa nak teratur dah. Ada sekali tu tgh ustaz dok ruqyah kan dia, dia boleh berdiri atas katil nak terjun ikut tingkap nasib kami semua sempat tarik dia. Nasib jugak budak tu tak tinggi lampai, kalau x mau kepala dia putus kena kipas. Dan nasib baik jugak awal2 tu ustaz dah suruh perlahan kat kipas jadi 1. Dalam masa dok ubatkan budak tu, ustaz boleh suruh aku pn baca sekali sambil tekan perut budak tu. Ustaz kata ikut saya baca, ( sama macam ayat ustaz sharhan shafie ajar ) . Aku pn baca lar even takut2 sbb tkut bnda tu masuk kat aku plak xpasal jer. Tapi ustaz berkeras suruh aku baca, tekan perut dia, jumpa benda keras tekan dan tarik bnda tu memusing ikut arah jam. Tapi masalahnya time aku pegang perut dia tu, aku rasa semua tempat keras. Ahh susahnya. Bila ustaz tanya dah jumpa ka?. Aku pn iyakan jalah sbb mmng byk tmpat keras kat perut dia. Sory ustaz sy xtaw lar berjaya ka x saya tarik benda tu malam tu.

Dan budak tu kena rasuk berlanjutan nak dekat pukul dua. Sampai naik mengantuk kami semua. Dan sampailah hantu dalam badan budak tu pn dah teramat penat nak lawan. Tapi still xkluar just ddk diam jer sbb penat. Ustaz cakap biar ja dia tidur, nanti bila dia dah bangun inshaAllah okey balik. Seperti biasa. Ustaz pesan kat kawan2 dia jgn tinggal dia malam nie. Ddk dgn dia, jgn biar sorang. Kawan2 dia pn alhamdulillah baik. Sebelum nie diorang ddk serumah tapi ntah macam mana dia blh terlepas ddk blok 5. Housemate baru xtahu dia pnya sejarah, just kawan2 lama yg taw. Kawan2 dia taw dia kena rasuk pn sbb dia xbalas wasep. Sblum tu dia ada bagitaw yang dia rasa lain macam hari nie. Rasa sedih n stress. Bila dia xbalas mesej, kawan2 dia pn dtg bilik. Time tu lar dia dah kena rasuk. alhamdulillah dia dapat kawan yang baik. Sanggup kawan2 dia bersusah payah jaga dia masa kena rasuk.

Selesai semua tgk budak tu pn dh tidur, baru aku dgn kawan aku balik bilik. Masa nak balik tu kaki nie rasa berat ja. Sakit pn ada. Mungkin effect tolong budak tu kot. Tapi kami dua2 mmng diam lar. Xbercakap pn. Letih pnya pasal. Masa nak balik tu mmng sunyi lar sbb dh nk dekat pkul dua , cafe pn dah gelap, kami jer yg tgh berjalan time tu. Seram tu ada jugak . Tapi still bersangka baik n buat xtahu jer dgn keadaan sekeliling. Sampai jer bilik mmng terus ambil wudhuk n solat. Nak tidur mmng ssh lar. Sampai kena bukak ayat suci kat fon , sbb rasa mcm ada org lain kat dlm bilik. Roomate aku mmng dh tidur masa aku balik. Bygkan lah rasa ada org lain dlm bilik. Kaki nk gerak dalam selimut pn rasa berat jer. Tp mmng aku amalkan selawat smpailah tertidur. Esk bangun tu aku tanya kawan aku , Ati nie. Semalam rasa apa2 x. Dia pn ada rasa jugak. Kaki dia sakit giler pagi masa bangun nk pergi kelas. Yang aku plak sakit tangan n kaki.

Dipendekkan cerita yang amat panjang nie. Pagi tu aku terjumpa ustaz . Ustaz bgtaw yang pagi nie pn budak tu kena rasuk kat fakulti. Dari pkul 8-10 pagi dia kena. Ustaz cakap, benda nie bomoh siam yang buatkan dia, jiran dia hantarkan kat mak dia n dia sekali, kalau jiran dia suruh bomoh tu buatkan dari pukul10 maka dia akn start lah pkul 10 smpailah pkul12 misalnya dia nak 2jam. Masa malam tu dari selepas maghrib smpailah pkul1 . Lpas ja pkul 1 dia akn jd okey balik. Kesian gila tgk dia. Pernah sekali dua aku selisih dgn dia, yelah dia mana kenal aku, tp aku ingat lar muka dia even masa kena santau tu tudung dia pn dh terbang. Tapi aku cam muka dia. Lawa budaknya, muka ada mcm kacuk2 siam sikit, ada tahi lalat kat atas or bawah bibir. Aku xsure yg tu sbb xbrapa nk ingat. Okeylah sekian dari aku. Mmng panjang cerita nie. Sbb kena santau. Kesian sungguh. Pengalaman aku kat uitm nie byknya kena temankan ustaz ubatkan orang. InshaAllah nanti aku ceritakan pulak kawan aku sendiri kena rasuk sampai 2hari n kami semua boleh tidur dgn benda tu even kami semua taw dia still xkeluar dari badan kawan aku.

Maaf banyak2 kalau xmenakutkan. Bkn aku nak ceritakan benda yg takut. Tapi nie cerita berdasarkan apa yang aku rasa saat tu. Aku nie sbb berani tu yang kawan2 aku selalu suruh aku jer pergi jenguk kalau ada sesiapa kena rasuk. Padahal bila balik bilik jer. Aku plak yg seram sorang2. Tapi jangan risau. Kita Allah ada. Jgn terlalu berani dan jgn sombong dengan dia. Dia pn makhluk Allah. Kuatkan iman inshaAllah kita selamat.

Kalau ada rezeki inshaAllah akan ada cerita kawan aku kena rasuk 2hari tu. Okey assalamualaikum.

One comment

  1. Aku x faham la dengan sesetngh org melayu ni, suka sngt santau sesama bangsa sndri nme je islam tp benci sesama islam, drpd santau sesama agama dan bangsa lebih baik dia guna kelebihan dia g santau org kafir yg suka menjatuh islam ke x pun guna ilmu dia pi bunuh rejim zionis ke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *