Gangguan Disebabkan Benci

Assalamualaikum buat peminat FS ini karya pertama aku.. Aku Ana aku bukan budak sastera yang pandai menyusun kata dan ayat.. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan.. Kisah suam-suam kuku ini mungkin kisah pendek aku ni tak seram kot tapi agak seram jika merasai. Inspirasi dari #butirstar dan #izul (peminat tegar dua karya ni)


Kisah bermula ketika aku berumur 19tahun dan cuti study week.. Kisah seram aku bermula bila adik lelaki aku kerja di kedai makan berdekatan rumah opah aku. Jarak masa kedai makan ke rumah family aku dalam 20minit kalau naik motor dan adik aku balik kerja paling lewat jam 1pagi. Laluan dari rumah ke tempat kerja adik aku pula agak seram sebab diapit kiri kanan kubur islam. Lepas selekoh kubur ada kuil india faham-faham kalau tempat pemujaan mesti angkernya lain macam sikit.

Kisah seram ni bermula bila aku yang tak berapa berani ni nak kena ambil adik aku balik kerja. Biasanya ayah aku yang ambil adik aku balik kerja tapi masa tu ayah aku demam. Masa tu aku cuma ada lesen motor kereta pon tak reti bawa huhu. Kebetulan hari tu kena hantar assignment dekat kolej ingat malam tu tumpang tidur dekat bilik kawan ayah aku call suruh balik juga. Aku gagah juga senja-senja tu balik rumah kira dari kolej ke rumah aku sejam. Aku dah biasa sebab dari awal semester aku ulang alik sampai habis kolej. So dah biasa lalu tak takut sangat sebab sekali sekala je kelas sampai pukul 6.30petang tapi jaranglah. Kalau hujan je kadang lambat balik tapi aku redah je lantaklah basah lenjun haha.

Sambung balik sampai rumah je aku tanya mak aku kenapa. “Ayah tak sihat ko tolong ambil abang, ayah call along tak dapat tu suruh ko balik juga” mak aku jawab. Along aku nie ada lesen kereta tapi kuat merayap jadi dalam terpaksa aku relakan juga ambil adik aku tengah malam tu.

Jam menunjukkan 12.30tengah malam adik aku sms ayah suruh ambil dia. Jadi aku dah siap bersweter dengan helmet dekat kepala earphone lagi dan satu lagi helmet dalam raga motor, baca bismillah start motor terus ke destinasi. Start lalu depan masjid jantung aku jadi berdebar laju rasa tak sedap hati jadi aku sedapkan dengan hati dengan berzikir.

Entah macam mana tengah elok nak selekoh dekat kubur yang kiri kanan aku terpandang pokok pisang dan surprise aku nampak pocong tepi pokok pisang kelam-kabut aku pulas motor , terkejut punya pasal. Tapi jangan ingat lepas aku pulas motor laju-laju benda tu dah hilang. Sayangnya dia muncul pula didepan lepas selekoh, terkejut hanya Allah je tahu nasib tak tayang muka kalau tak mahu pengsan sambil bawa motor huhu mengigil aku tengok benda tu diri terpacak.

Lepas selekoh boleh pula dia duduk atas kuil india sambil meloncat-loncat nasib tak tumpang motor dalam hati dah terabur ayat kursi sambil baca ayat kursi boleh pula minda nie berbisik bila nak sampai tempat adik aku nie (betul orang tua-tua cakap hati dengan minda jarang bersependapat)

Sampai-sampai tempat adik aku badan aku masih mengigil sebab terkejut, tokey pon tanya apasal mengigil? Aku cuma balas sejuk embun. Lepas je adik aku siap kerja aku suruh adik aku bawa motor sebab badan mengigil.

Masa adik aku bawa motor lalu je dekat kuil sampai lepas kubur kiri kanan tu mata aku degil nak pasti betul atau hanyalan saja. Yes bukan khayalan benda tu betul ada dekat pokok pisang tu, aku terus pejam mata pegang baju adik aku kuat-kuat  sehingga sampai ke rumah.

Esoknya aku cerita dekat ayah aku, setelah mendengar cerita mengenai kejadian semalam, ayah terus bawa aku pergi ke rumah ustaz dan ustaz tu cakap aku bukannya hijab terbuka tapi benda tu dihantar untuk aku sebabnya ada orang yang dengki.

Mungkin sebab rumah aku dah dipagar sebelum duduk mungkin benda tu tak dapat ganggu aku dalam rumah, kebetulan juga malam tu malam paling pahit dalam hidup aku dan aku tanya juga ustaz siapa dia. Hanya gambaran macam biasa bila orang berubat dengan ustaz dan ya dari gambarnya orangnya ialah classmate aku sendiri buat aku.

Esok aku mesej dia tanya kenapa buat aku macam ni…  Jawapnya “AKU BENCI KAU SEBAB KAU PUNCA AKU KENA BAR FINAL SEM NIE, TIRAH HELMI DAN ETI BAGITAHU AKU YANG KAU BAGI TAHU MISS DAILAH  BAHAWA AKU MENIRU DALAM TEST DULU, TAK SANGKA DALAM MASA SEBULAN BARU BENDA TU BOLEH BERTINDAK HAHA” tu balasan dari Ema.

Sebab tu je buat aku gelak dan aku balas “masa test aku duduk tepi miss Dailah kau duduk belakang sekali dengan geng kau, apa kau ingat aku ada bela setan macam kau sampai aku tahu kau meniru dalam test agak-agak berbaloi tak kau tuduh aku, aku ingat aku alone tak ada ganggu orang, rupanya ada yang tabur fitnah dan ya aku dah call miss Dailah siapa yang bagitahu kau meniru tu.. Jawapannya adalah sahabat baik dunia kau tu, tapi tak apalah wahai sahabat dunia aku maafkan kau selebihnya biar Allah tentukan. Jangan lupa solat taubat sebab kau dah duakan Dia, Assalamualaikum,” done and sent.!

Rupanya dalam kita duduk sendirian tanpa sahabat rapat tanpa mengganggu orang lain masih ada yang tak puas hati. Jadi pada aku dalam diam ada manusia yang berhati busuk terhadap kita sedangkan kita tak pernah mengganggu dan menggenali siapa orang tu. Jadi siapkan diri dengan ayat pendinding dari ustaz atau dari al-Quran biar kita selalu dalam jagaan Allah dan dijauhi sihir manusia.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

PARISENJA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

1 thought on “Gangguan Disebabkan Benci”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.