Disebalik kisah di UiTM Permatang Pauh

Aku menuju ke balkoni rumah dengan perasaan yang gundah-gulana. Hati ni entah, sejak dua tiga hari tak tenteram. Risau tak dapat sambung belajar mungkin. Jam menunjukkan 6 petang. Sambil mencuci mata melihat burung-burung berterbangan dan menikmati keindahan laut yang terbentang luas didepan mata, telinga aku dapat menangkap seakan pintu rumah dikuak dari luar. Lantas aku menoleh ke arah pintu rumah yang hanya bertentangan dengan balkoni tempat aku berdiri sekarang. Sah ada orang masuk!

Kelihatan muka ibuku yang ceria dimuka pintu dan memanggilku untuk menolongnya mengangkat barang. Setelah mengangkat barang, aku mendapat satu berita gembira. Tak dapat diungkap dengan kata-kata. (Okay, cukup kot acah-acah novel gitu! Hahaha, macam tak jadi ja). Okay kita serius. Cerita dia macam ni, waktu tu tahun 2013, aku dapat tawaran sambung belajar dekat UiTM Permatang Pauh (Penang). Aku budak pra diploma sains. Intake aku time tu tak ramai, adalah dalam tiga kelas je.

Huhu, nak dijadikan cerita, aku dapat kolej Kristal A. Aras 7. Kristal ada dua blok, A dan B. Mai nak bagi lakaran kolej ni. Kolej ni masih baru waktu tuu, belakang kolej ni ada bendang, koleh ni dalam macam rumah, depan ada dapur, ada dua bilik kiri dan kanan, setiap bilik menempatkan empat orang, dekat ruang depan meja belajar. Dua bilik air. Dua tandas. Uihh mewah UiTM , dalam hati aku la kata waktu tuu. Haha.

Selepas sesi daftarkan diri, minggu first tuu minggu orentasi, kalau dikalangan budak UiTM, minggu MDS kan. Haa, ada satu malam tu, ada abang senior mana tah, cakap tapak kolej Kristal A ni tapak kubur, jadi berhati-hatilah. Dengar macam tu memang meremang lah sikit. Tapi buat steady je. Banyak jugak time MDS tuu diorang cerita pasal benda-benda mistik kat sini. Disebabkan mengantuk aku ni di tahap kuasa XXX, aku layankan mengantuk aku dari dengar cerita yang hanya dimulut tu, haha.
Sampailah terkena dekat batang hidung sendiri, hmm.

Sebelah katil aku ni, aku bagi nama dia Senah. Senah ni berbadan gempal. Comel-comel gitu. Tapi sekarang dia dah kurus. Aku pun jealous weh! Haha. Waktu awal masuk, mak dia suruh aku tengokkan dia. Woah! Badan je besar, rupanya penakut. Hihi (sorry Senah, minta maaf sesiap kot lah hg terbaca kan). Waktu tu dalam pukul 10 lebih malam, hanya tinggal aku dan Senah. Housemate yang lain kebanyakan pergi bilik kawan study, sebab minggu tu minggu test. Jadi sebelum aku pulak turun nak pergi study dekat library dengan kawan satu course aku, aku pesan dekat dia suruh kunci pintu sebab tinggal dia sorangkan. Tapi Senah cakap dia nak tidur dan suruh tutup semua lampu termasuk kunci pintu depan sekali. Aku dengan bangangnya tutup lah semua lampu. Patutnya buka satu lampukan. Hm.

Lagi beberapa tapak aku nak sampai library, phone aku vibrate tanda ada orang call. Terpampang nama Senah. Aku angkat call. Dekat dalam phone tu aku dengar surah-surah dipasang. Aku tanya dia kenapa, dia menangis tersedu-sedu minta aku balik cepat temankan dia. What! Aku baru turun nak study kot. Dia siap pujuk suruh study dekat bilik je. Aku pun patah balik. Aku naik tangga sampai aras 7, sebab apa aku tak naik lif pun aku taktau. Dengar ja aku balik, meluru dia datang kat aku. Dia cakap dia dengar bunyi macam-macam. Jadi aku pun study je dekat bilik malam tu.

Satu hari tuu, kami satu rumah dapat tau yang Senah ni memang penakut. Jadi kami pakat ramai-ramai gelapkan rumah. Kononnya nak takutkan dia lah. Sebab waktu tu, Senah pergi rumah depan. Bila dia balik, dia ketuk-ketuk pintu bagai nak roboh, merayu jangan tinggalkan dia. Menangis lagi. Huhu. Sampailah satu malam, berlakulah gangguan manja lepas kejadian tu. Untuk pengetahuan korang, waktu tu, aras 8 dikosongkan so, tak ada penghuni. Budak katil depan aku, selalu dia boleh tidur kalau tutup lampu, tapi malam tu dia kata tak payah tutup lampu. Aku okay je. Jadi malam tu kami tidur tak tutup lampu. Katanya dia dengar orang main guli. Aku pun berhuhu.

Meremang jugaklah dengar. Kelas aku dekat Bertam, jadi pagi-pagi pukul 5 dah kena bangun mandi, rutin biasa. Sebab kena rebut bas. Waktu tu tak banyak bas yang pergi Bertam. Pada satu masa tu, aku tak tidur, stay up siapkan assignment dekat meja study. Aku cuma menggunakan lampu meja study. Maknanya lampu utama aku tutup. Kalau tidur takut terbabas tak dapat pergi kelas yang jauh nun di Bertam.

Waktu tu, aku rasa macam angin lalu dekat belakang. Aku pandang tingkap. Tak ada tanda yang mengatakan ada angin. Aku sambung buat assignment lagi. Lepastu aku dengar bunyi orang tarik kerusi. Ubah meja semua. Kalau rumah depan, lampu gelap tanda diorang tidur. Hujung mungkin tak logik sebab rumah aku yang paling hujung. Kalau atas mana ada penghuni kan. Kalau ada pun takkan nak ubah pukul 2-3 pagi. Aku apa lagi lompat duduk atas katil terus. Mana dapat semangat pun taktau. Time tu punya takut takyah cakap la, mata meliar tengok sekeliling. Huhu.

Alhamdulillah, waktu sem satu dia tak kacau sangat, tapi waktu sem dua memang menonjol. Aku masih dapat kolej yang sama, cumanya aku dapat aras 4. Rumah aku ni sebelah dengan rumah warden. Aras 4 waktu tu tak banyak penghuni lagi, tapi rumah aku duduk semua cukup 8 orang. Pernah satu hari tu, housemate bilik sebelah terkena, dia tengah baca buku dekat katil dia sambil meniarap. Muka dia menghadap pintu bilik. Yang lain semua dah tidur dan ada yang balik. Maklumlah senior final year kebanyakan paper sikit. Tambah pulak rumah area Penang kan. Hihi. Waktu dia tengah kusyuk baca buku, dia terpandang belakang pintu.

Dia nampak ada satu susuk tubuh dekat belakang pintu. Lepastu terus dia tidur kot kalau tak salah aku. Aku ni tiap minggu balik. Sebab rumah dekat, over the sea je, huhu. Tapi bila aku dengar macam tu, ada jugak pernah baca yasin beramai-ramai. Tapi ada sorang kak K cakap, dia tak kacau kita, kita takyah nak takut sangat. Buat bodoh je. Takpelah. Tapi kadang aku tengah membuang, lampu tandas terpadam. Kadang aku bising jugaklah siapa yang dok main lampu, nak membuang pun tak senang. Tapi semua tak mengaku, aku anggap lampu rosak je. Huhu.

Kadang pukul 2-3 pagi dengar dekat koridor macam anak-anak warden main lari-lari. Tapi tak mungkin warden biar anak diorang main tengah pagi kot. Ada juga dengar pasal makcik cleaner. Entah, mungkin sekadar mitos. Kali ni rumah aku menghala ke depan, maknanya aku akan nampak blok B. Diantara dua blok ni ada taman permainan. Pernah sekali roommate aku nampak buaian tu gerak sendiri. Satu je yang gerak. So bukan disebabkan angin, tapi aku cakap maybe ada orang main lepastu cepat-cepat belah. Sebab tu masih bergoyang. Dia pun iyakan ja cakap aku tu, haha.

Haa ni lagi satu nak pesan, malam-malam tu lepas pukul 10 keatas tak payah la sidai baju. Aku dulu sebab takda time nak sidai siang, sebab kelas semua dekat Bertam dan aku sampai kolej pun nak dekat maghrib, so terpaksa sidai malam. Sekali je aku terkena, lepas kena tu aku mesti ajak salah sorang teman aku sidai baju, takpun aku tunggu semua orang dekat meja study, baru aku sidai baju. Sesekali aku akan jenguk jugak dalam rumah nak pastikan diorang tak tinggalkan aku kat luar keseorangan. Waktu aku terkena tu, aku perah baju, orang atas pun perah baju, aku sidai baju, dia pun sidai, siap air meniti, tengok atas, takde ape pun. Start dari situ aku jadi penakut, huhu. Ada je roommate yang kena kacau manja, itu biasalahkan. Lagipun jangan terlalu bising sangat. Benda tu tak suka.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Final exam dah habis, dan aku orang terakhir yang balik sebabnya waktu cuti sem, kami ada trip ke UiTM Shah Alam. Balik dari Shah Alam, aku nak ambil barang aku dekat bilik, mak aku yang jemput. Jadi lepas semua barang dah bawa keluar, dah clearance, cuma tinggal nak serah kunci je haa. Aku tak tutup pintu habis, macam cukup nak seluk tangan masuk je, tengah cari kunci dalam beg, tiba-tiba pintu tutup sendiri dan terkunci dari dalam. Terkejut aku! Sekali dengan mak aku terkejut. Pastu dua-dua pandang muka seposen je. Hahaha

Dia hantar aku sampai ke depan pintu, mungkin tanda dia nak ucap selamat tinggal kot. Huhu seram, bila ingat balik. Dah la waktu tu lepas asar. Ada jugak aku dengar cerita pasal kolej intan. Orang kena kacau dalam lif lah apa lah, lampu kelip-kelip lah. Baru ni aku dengar cerita kolej Kristal A. Siapa naik lif, tekan laa aras berapa pun, hanya satu nombor aras tu je akan terpampang sampai ke sudah. Entah lah, Wallauhalam. Aku sempat merasa sampai dua sem je. Pertengahan 2014, aku kena transfer ke UiTM Tapah. UiTM Tapah pun ada mistiknya yang tersendiri, contohnya Pokok besar diantara fakulti Perakaunan dengan fakulti Sains Komputer dan Matematik. Ehh tersasar pulak. Hihi.

Tapi lagi mistik, kejadian waktu sem satu, sebulan sebelum final exam, aku dapat mesej misteri, sampai demam campak dua minggu dibuatnya. HAHAH! Okay tu je nak share. Sorry kalau tak berapa nak seram sangat, sekadar share pengalaman. Okay Bye.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Kyra

29 thoughts on “Disebalik kisah di UiTM Permatang Pauh”

  1. Eh….kg akak ni sg derhaka….uitm ni sebelah je rumah mak mertua akak,tapi setahu akak tak de kubur,tapak bendang je….tapi bendang org dulu mmg ada penunggu,banyak….huhuhu…paham2 je lah ye

    Reply
  2. Ya..tapak kolej kristal tu bukan kubur. senior tu saja nak usik adik2 tu. tapi belakang kolej kristal tu kat area semak2 menghala ke pintu belakang ada 1 rumah kayu usang. rumah tu kami senior2 panggil “rumah kak limah” jaga2 siapa terkena kat situ mambang paling kuat. Kat kolej kristal yg suka usik org sidai baju kat ampaian mlm2 kami panggil hantu “cap ibu dan anak”. mak dia tinggi mcm galah anak dia pompuan kecik dlm lingkungan umo 4thn. depa xusik teruk2 pun sekadar usik2 manja. anak dia yg kecik tu suka dgr org cerita kisah2 seram dlm kolej. Adik2 yg still kat uitmpp dok kolej kristal jgn suka bercerita kisah seram dlm bilik yee..si kecik tu suka tumpang dengar hehehe..akak dah pernah tengok semua. Kolej intan, delima, baiduri (waktu akak study dulu kolej tu pompuan duduk) dan paling legend kolej mutiara(luar kampus depan jalan besar) semuanya ada penghuni yg xdpt dilihat. šŸ™‚ selamat berkenalan la dgn semua. Peace šŸ˜›

    Reply
  3. I’m alumni UiTMPP batch 2013. Time 2013-2014 takde bilik yang dikosongkan pun. And masa 2013 aku tinggal aras 8. Bila masa dikosongkan? Dikosongkan bila cuti sem je lah. Bilik masa tu full occupied. Lif tunjuk nombor lain tu biasalah. Ada masalah teknikal. Benda ni common kut. I assumed cerita hanya rekaan. Bukan pengalaman sendiri.

    Reply
    • org yg xpernah nampak n kena gangguan memang akan kata cerita rekaan. šŸ™‚ beruntunglah anda2 yg xpernah kena gangguan ni.. mybe pencerita ni ada auta sikit bab tarikh or condition kolej time tu (sbb dia lupa or nak kasi ranncak storyline kot). tapi gangguan2 yg dia cerita tu ada antaranya yg pernah akak sendiri alami masa kat uitmpp.

      Reply
  4. Kalau ikut timing awak cite ni, tgkat 8 masa tu suksis kan duduk. Sbb akak duk situ..akak suksis.. Hmm
    Tp mmg seram pun..kt tgkat 4 tu akak pernah duduk sekejap tmn member. Katil kena goncang masa tido..and tiba dengar suara halus gelak..

    Reply
  5. Teringat zaman aku study uitm permatang pauh.. Tahun 2009 dok kolej zamrud.. Masa tu kristal baru dok start construction.. Tempat hisap rokok malam2.. Mcm2 kejadian dh jd.. Tp pasal tapak kubur tu tipu je.. Aku pernah tgk gambar2 uitm before kolej2 baru siap.. Mana ada kubur pun.. Dulu ada rumah kampung sebijik kt luar pagar.. Dekat dgn kristal.. Kt rumah tu selalu org nampak mcm2..

    Anyway, thanks kepada penulis, buatkan aku reminiscent kenangan kt uitm tu.. 3 tahun yg penuh kenangan manis

    Reply
  6. Nak share citer seram kat tandas perempuan blok A FP. Sakit perut so masuklah toilet tu. Belum sempat memerut, dah ada taik panjang berlengkar dalam mangkuk toilet. Seram kan? Belum berak dah ada tail kt dalam tandas. Ewww……

    Reply
  7. Pokok besar dkt uitm Tapah antara FP & FSKM tu mmg keras. Students yg tak tahu boleh siap tangkap gambar, buat video assignment dkt pokok tu pulak. Kata sorg lecturer, lepas pukul 12 malam jangan lalu dkt susur gajah antara FP & FSKM tu. Ramai dengar memacam, nampak pun ada. Uhh sherams.

    Reply
  8. tapi pasal rumah usang di tepi jalan belakang rumah UiTM tu memang betul ada. Cuma tak nampak lagi benda-benda yang aneh atu mistik dekat rumah tu. Cuma pernah lalu dekat depan rumah tu banyak kali. Paling lewat lalu pun masa tu pukul 6:30 petang. Tapi masih tak nampak apa-apa

    Reply
  9. setahu saya bekas tapak kawasan kubur kat belakang rumah saya kat area Taman Sutera.. kawan saya selalu jugak cerita pasal histeria kat Uitmpp ni maklum laa dia anak warden kat situ..

    Reply
  10. New generation of UiTMPP is here hehe
    Hmm sy duk tingkat 9 skrg . Baru je td keluar dlm pkul 5 pagi sbb niat nk ambk angin stress study , maklumlah nk final .tapi something weird happened . Terus lari masuk rumah balik hahaha. Time tu rasanya baru 5:30 lebih cmtu . Tapi pelik sbb dgr Azan . Sdgnkan Azan spttnya 6:12 cmtu . TAPI …Duduk kat tangga tu sorgĀ² ingat nak hayati anginn pagi dgn Azan tu .. Tapi…jengjeng …. Dgr org nangis . Mula tu xdgr sgt sbb bunyi azan tu .. Tapi dua round tu mkn lama makin kuat plk .. Apa lagi … Bangun pelanĀ² jalan masuk rumah . Meremang habis wehhh..Haaa time tulis ni azan subuh kat PI baru dgr . Hbstu azan kul 5:30 td dari mana? Hmm . Time sem 1 duduk tingkat 1 kena jgk .. Manja2 dy ketuk2 besi katil . Ada time tu lepas solat subuh , time bg salam terpandang Kristal B . Ada benda hitam kat tangga Kristal B.. Ingatkan sy je nmpk or imaginasi ..rupanya roommate pun sama . Kami husnuzon je maybe bayangan makcik cleaner je ..tp besar la jgk and mmg nmpk jelas and laju … Tp tulah stkt ni xpenah nmpk for real just usikĀ² biasa je . Takdapelah tuu .. Hati kena kuat tambah nk final ni …

    Reply
    • Azan 5.30 tu is normal. Dia lebih kurang azan peringatan nak masuk subuh. Sepanjang dip, setiap kali final exam memang selalu stay up sampai subuh. So memang akan ada azan around 5.30am. Btw, sem 1 saya pon duduk kolej kristal. Sem 2 until sem 4 duduk kolej zamrud and last semester duduk kolej nilam.

      Reply
    • Masjid sebelah tu memang azan 2 kali. First azan untuk kejutkan org bangun subuh maybe. Yg second tu baru masuk waktu subuh. Kalau duduk zamrud, memang jelas giler dengar.

      Reply
    • mse time batch sis around 2012-2015 y famous kristal b psal bab histeria bgai tu. .boleh katakan da nk last sem tu tiap minggu ade org kne histeria. .numb bilik sama tp aras berasingan. .macam2 cerita ade tp hati kena kuat la, kne percaya benda tu wujud tapi jgn tlalu takot n tlalu berani. .y penting betulkn niat. .sis tiap mlm stay up smpai ke subuh, kkdang duduk luar dkat tangga sorang2, tp alhamdulillah tak penah kena kacau atau d ganggu. .

      Reply
  11. Penah duduk kolej kristal A aras 8 bilik 11 kalau tak silap. Tak penah kena ganggu kat situ. Kena ganggu sikittt je time duduk kolej nilam and zamrud. Batch 2015 time mds kena histeria terok. Sampai berpuluh2 orang kena. Lepas kejadian histeria tu, batch selepas kami memang diberi layanan semua elok ja. Takde ragging2, tido lewat dah. Cuma part makan tu je kena cepat sikit. Sebab yelaa, student ramai, nak kejar masa lagi.
    Satu lagi, penah jugak student batch 2015 kena histeria dekat padang kawad depan library. Time ni nak dekat exam rasanya. Time2 student stress tu, ada ja yg kena. Student tu sikit lagi nak kena langgar dengan kereta. Nasib baik kereta tu slow.

    Reply
  12. Saya dulu warden di Kolej Kristal A aras 4 ni. Tahun 2017 saya pindah keluar. Dalam sebelum tahun 2017 tu lagi banyak kejadian seram berlaku. Oh ye dan area taman permainan tu betul ye jangan buat main-main. Jangan lepak situ waktu senja dan waktu tengah malam terutama kawasan buaian tu. Hehehe..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.