Disergah Saka Penjaga Kebun

DI SERGAH SAKA

Aku Budiman. Kepada peminat FS, Ini kisah pengalamanku sewaktu alam remaja. Walaupun kurang menyeramkan tapi ia masih kekal memori ini.

Awal pagi seorang rakan aku datang berjumpa.

” Jiman. Petang ni jom pi bukit kutip buah durian. Kita tidoq sana. Ayah aku pun ada “. Pelawaan yang membuatkan aku begitu ingin turut serta. Untuk pengetahuan semua Jiman adalah panggilan dari rakan2 kampungku selain Chiman.

Kedua2 nama ini cukup sinonim bagi rakan2 kampungku. Aku meminta izin ayah dan ibu dan mereka benarkan aku tidur di bukit.
Ibuku telah bekalkan aku nasi dalam bungkusan daun pisang untuk aku makan semasa berada di atas bukit. Bila sampai atas bukit aku dapat melihat pemandangan indah pekanku. Sungguh cantik namun ia hanya dapat di rakam melalui mata kasar saja. Tiada hp canggih seperti sekarang ini.

Kelihatan banyak juga buah bacang yang jatuh. Aku dan rakan dapat kumpul buah durian agak banyak juga. Lpeas tu sasaran kami ialah buah bacang. Hampir seguni besar dapat kami kumpul buah bacang
” Hangpa nak buat apa buah bacang banyak2. Bukannya laku. La musim buah bacang “. Kata ayah rakanku.

Bila dah nampak terlalu banyak buah bacang maka perasaan ingin mengambil dan membawa pulang berkobar. Aku sudah bayangkan ingin beri kepada rakan2 yang lain.
” Jiman, Hang nampak tak pokok bacang tu. Buah dia besaq. Tu namanya bacang globe sebab buahnya yang besaq macam peta globe dunia “. Kata rakan aku.

” Tapi pokok tu pokok orang lain. Tuan dia pakcik San ( Bukan nama sebenar ). Esok kita minta izin dekat dia “. Aku hanya mengangguk saja.
Malamnya kami hanya makan bekalan yang di bawa. Keadaan bukit terlalu sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik. Tiba2 ayah rakan aku minta kami mematikan lampu.

” Cuba hangpa dengaq. Bunyi ranting patah “. Kata ayah rakanku. Benar katanya. Makin lama semakin jelas. Akhirnya kami terdengar bunyi dengusan dan ada benda menjalar di bawah pondok kami. Kami diam sehingga terlena. Keesokkan harinya kami melihat di bawah pondok tanah sudah berlekok.

” Semalam yang lalu bawah pondok tu naga jadian “. Kata ayah rakanku sambil meratakan kembali tanah yang berlekok.
Pagi tu kami pulang dengan membawa kenangan bergegarnya pondok sewaktu naga lalu di bawahnya. Agak besar jugak lekukan tu. Petang ni kami akan datang lagi untuk mengambil bacang globe.

Sebelah petang sekali lagi aku dan rakan menuju ke bukit. Dari jauh kami melihat Pakcik San sedang menyapu halaman rumah
” Assalamualaikum Pakcik “. Kami memberi salam
” Waalaikumussalam. Hangpa dua orang nak pi mana “. Tanya Pakcik San.
” Kami nak pi bukit. Pakcik. Boleh tak kami ambik sikit bacang globe “. Kataku.

” Ambik la banyak mana yang mau. Bukan ada orang yang nak makan “. Katanya sambil ketawa. Dalam suaranya
Kami begitu bersemangat menaiki bukit. Kali ini kami dah tak nampak bacang yang selalu kami ambil. target kami ialah bacang globe. Aku dah bawa plstik yang besar. terbayang sambal bacang yang begitu lazat. Bila kami sampai, kami melihat begitu banyak buah bacang globe.

” Jiman, rezeki hari ini “. Kata rakan aku. Di kupasnya sebiji untuk kami rasa
” Aduhhh…Manihnya bacang ni “. Terus kami ambil dengan banyaknya. Tiba2….
” Hoi…Hangpa buat apa. letak balik buah tu “. Tempik Pakcik San sambil bercekak pinggang.
” Aik Jiman. Pasai apa Pakcik San marah kita. Kita dah minta izin dekat dia “. Aku mengiakan
” Pakcik San. Kamilah yang minta kebenaran nak ambik buah bacang globe tadi masa nak mai sini “. Kataku pada Pakcik San. Rakanku masih memasukkan buah bacang dalam plastik.

” Aku kata letak balik buah tu “. Dalam suara pakcik San. Tiba2 saja Pakcik San sudah ada golok sabit. Di angkatnya golok dan ingit melibas kami’
” Aku kata letak balik buah tu. Tak reti ka “. Apalagi. Kalau dah bawa golok sabit apa yang nak di tunggu lagi. Lintang pukang kami berdua lari dan meninggalkan buah bacang globe.

Agak kecewa juga dengan perangai pakcik San. Dia yang iziznkan dan tiba2 dia yang kejar dengan golok sabitnya
” Tak guna punya pakcik San. Penipu “. Rungut rakanku. Ketika pulang dari jauh kami melihat pakcik San sedang membersih halaman rumahnya. Tergamam kami berdua. Begitu cepat Pakcik San turun ke bawah
” Awat hangpa tercungap2 ni. Mana dia buah bacang globe. Hangpa kata nak ambik “. Aku sedikit marah bila dia tanya begitu.
” Pakcik San saja buat2 tak tau ka “. Tanya aku
” Apa dia. Bagitau aku “. Kata pakcik San.
” Tadi kami minta izin dekat pakcikkan nak ambik buah bacang globe dan pakcik izinkan “. Pakcik San mengaku
” Tengah kami kutip buah pakcik san sergah kami suruh letak balik buah. Kami ingat pakcik melawak kami teruih ambik buah. Tiba2 pakcik ligan kami dengan golok sabit. Kami pun cabut la. Bila sampai kami tengok pakcik ada di rumah. Laju juga pakcik turun “.

Pakcik San tidak nampak wajah terkejut. Dia hanya tertawa seperti cerita lucu yang dia dengar. Kami cerita kisah ini pada ayah rakanku.

” Kalau hangpa nak tau tulah saka. Dia di tugaskan jaga harta benda tuannya. Samada orang tua tu bela atau tidak kita tak tau dan kita tak boleh menuduh orang sembarangan “. Kata rakan ayahku. Hingga kini misteri Pakcik San tetap tinggal kenangan walaupun sudah berpuluh tahun ia berlaku. Sekian.

BUDIMAN

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 thoughts on “Disergah Saka Penjaga Kebun”

  1. eh penulis ni en arif budiman eh? ritu ada baca kt fs pengalamn en arif psl kutip durian ni la tp klu xslp just sampai part naga tu ja. apa2pun terbaek encik arif, penulisan & content legend as always (Y)

    Reply
  2. Pakcik San ni xhabaq kat member la tu dah bg izin kat budak2 ni nak amik buah bacang globe…. habis di kokah nye budak2 tu nak mkn buah bacang globe. hahahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.