Disihir Ex Girlfriend

Nama aku Mira. Aku nk ceritakan pasal boyfriend aku. Aku namakan dia Amar. Kiranya kami satu universiti. Tapi aku tak pernah kenal amar sebab amar dengan aku kos berlainan. Amar cakap dia actually memang dah lama usya aku, dia mula perasan aku bila aku tersenyum dekat dia waktu satu program ni. Kebetulan aku urusetia untuk program tu dan dia penonton untuk program tu.

Bila dah lama kenal, amar baru cakap yang dia suka aku. Sejak tu, aku mula rapat and kenal dengan family dia. Abang dia, adik dia dan umi dia. Waktu aku kenal amar ni, aku dah sem last dekat situ. Amar pulak dah habis study. Kira lepas dia dah keluar uni, baru dia cari aku.

Amar sambung study dekat luar negara. Waktu dia dekat sana, aku sambung dekat Malaysia je. Waktu amar dekat sana, amar selalu mengadu dekat aku yang bekas girlfriend dia selalu text dia mintak get back. Tapi dia cakap dia dah ada aku. Ex girl dia zaman sekolah menengah, dorang clash sebab ex girl dia curang dengan dia. Amar ni boleh dikatakan anak orang kaya, so amar cakap waktu amar couple dengan ex girl dia, amar dah habiskan banyak duit beli macam macam untuk ex girl dia. Ex girl dia nama Alyn. Selepas 2 tahun, si Alyn ni cari amar balik. And mintak get back and dia siap janji dia akan berubah and never do the same thing again siap janji akan setia.

Amar tetap tolak dia. Amar cakap amar dah ada aku. Tapi silap amar sebab amar cakap kasar dengan dia. Amar cakap, yang amar takkan jilat balik muntah dia. Mungkin sebab ayat tu, Alyn jadi berdendam dengan amar. Lepas tu, hampir setiap hari amar akan mengadu dengan aku yang dia sakit badan, demam and badan dia rasa dicucuk. Bila bangun pagi banyak kesan lebam dekat badan dia. Amar pun dah jarang buat solat malam. Selalu malam amar akan buat solat malam. Amar jugak jadi seorang baran dan cepat marah.

Amar bukan amar yang aku kenal dulu. Tapi satu masalah amar dia tak suka bagitahu family dia. So, sebabkan itu, aku yang bagitahu abang dia. Abang dia pun study satu tempat dengan amar. Then abang dia cakap, abang dia ade perasan yang amar nampak tak terurus. Selalu marah and makin kurus. Dengan aku pulak, amar contact tp dia suka marah and baik angin tak tentu pasal. Aku pulak keras kepala, dia marah aku. Aku confirm akan naik angin.

Then, satu hari adik dia text aku. Adik cakap yang umi dia ada bagitahu yang amar ni dah lain. Umi dia selalu nangis sebab amar selalu tengking and marah marah umi dia. Then, dorang decide untuk bawak balik amar ke Malaysia. By the way, family amar ni ade rumah dekat Australia. So, dorang akan ulang alik Australia dan Malaysia. Adik cakap, setiap malam amar akan mengadu sakit dada and rasa macam kena tikam. Then, akan mengamuk. Amar akan baling phone, tarik cadar dan dia akan tido dekat dalam toilet. Kunci pintu. Solat pun dah tak buat. Tapi kalau aku tanya dia solat ke tak, dia akan cakap dia solat.

Ada satu hari, abang amar text aku, dia hantar semua conversation antara amar dengan alyn. Dalam conversation tu, alyn cakap yang dia nak jumpe amar and alyn ade cakap pasal aku. Kalau dia tahu siape aku, dia akan pastikan aku menyesal sebab couple dengan amar. Abang dia cakap amar mintak teman dia jumpe alyn and abang dia pesan dekat aku suruh aku jaga jaga and amalkan almathurat untuk pendinding aku. Amar tak pernah bagitahu aku pasal conversation tu and amar jugak tak bagitahu aku pasal dia nak jumpa alyn.

Amar jadi makin teruk lepas dia jumpe alyn. Dia suke duduk sengsorang, taknak makan, and suke duduk dalam keadaan gelap dan semak. Siapa yang kemas bilik dia, dia akan mengamuk. Satu hari, amar cakap dekat aku yang dia rasa tak tahan sangat. Dia rasa macam nak bunuh diri. Aku suruh dia istighfar and suruh dia pegi ambik wudhuk. Aku suruh dia solat sunat. Aku cakap dekat dia kalau sakit baca ayat qursi and selawat banyak. Mudahan syafaat nabi muhammad sikit sebanyak dapat bantu dia. Dia diam. Dia cakap ayat qursi macam mana, pastu dia gelak. Serius waktu ni aku dapat rasa yang amar memang dah lama tak solat and tinggal alquran.

Aku suruh amar follow aku baca. Aku pun start baca ayat qursi, amar follow sampai ayat ke 3-4. Lepas tu dia jerit and jerkah aku suruh diam. Macam biasa, aku kan keras kepala. Aku teruskan baca sambil dekat hati aku, aku berharap sepenuhnya dekat Allah untuk bergantung. Then, amar terus tutup phone.
Seminggu jugak aku tak contact amar. Aku cuba contact, tp amar tutup phone. Aku keep update dekat adik or umi dia pasal amar. Umi cakap, amar proses berubat, ustaz yang ubatkan amar cakap amar terkena yang kuat. Ustaz tu belum jumpe penghujung lagi. Waktu berubat tu, amar muntah and macam macam keluar rambut, kaca, paku, serpihan buluh and macam lagi.

Sampai sekarang amar still buat rawatan. Lepas amar dh sihat sikit dia contact aku minta maaf everything. Aku faham condition dia, dia bukan mintak jadi macam tu. Aku yakin itu bukan diri amar, and dia cakap dia still buat rawatan lagi sebab ustaz belum jumpe penghujung. Amar ade bagitahu aku, pasal dia jumpe alyn. Alyn merayu dekat dia sampai alyn cakap kalau untuk tebus kesalahan dia, dia sanggup gadaikan badan dia untuk amar asalkan amar terima. And alyn ade cakap ape lebihnya aku sampai amar tak bole tinggal aku. Tapi amar taknak citer dia cakap ape dekat alyn sebab dia takut aku perasan.

Baru baru ni, amar cakap dengan aku yang alyn text dia, cakap dia akan pastikan aku tak dapat amar and dia akan buat amar mati tapi sebelum tu dia nak tengok amar sakit and tersiksa dulu. Dia cakap buat la macam mana pun, dia takkan henti buat amar sebab dia cakap amar tak terima dia and first time dia rasa sakit kena tolak dengan orang. Selama ni, takde orang yang pernah tolak cinta dia (Alyn).

Lisa

Leave a Reply

15 Comments on "Disihir Ex Girlfriend"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
BungaKamilah

Semoga awak dan Amar dibawah lindungan ALLAH dear.

RatuPecut

Amin. Saya doakan yang sama jugak. Mudah2an Allah memberi kemudahan dan kesembuhan dan dipermudahkan jalan untuk berjumpa dengan orang yg boleh tolong..

Untuk Alyn – hidup selamanya tak menongkat langit. Hidup kita hari ni..semasa kita kuat..muda gagah..kira rasa kita ada daya dan upaya untuk khianat pada orang lain. Bila kita tua..lemah tak berdaya…baru kita berkira2 utk bertaubat..hidup ni kena selalu bersedia..maut menjemput tak kira masa.

KangGary

Jilake punya Alyn… bertaubatlah…

Amin eminem

sapa awek tu? meh abg pulak sihirkan dia. abg sihir dia dgn “anaconda” abg meowww
💋💋👉👌👉👌👉👌💦💦💦

.

kote kecik besar pensil ada hati anaconda konon.bodoh spm victim 2k17 ni

BudakMelayu

Gilenye abang nie tak tau lah kalau die r*gol org….hahaha

Akakkiut

Gila

Ebi

Aq dh perati komen – komen kau ni dah lama and semua berbaur negatif…..Entahlah ,zaman skrg lah katakan… Aq rasa Admin FS patut tapis and check betul betul komen yg ditinggalkan oleh org lain

Aiez

“And alyn ade cakap ape lebihnya aku sampai amar tak bole tinggal aku. Tapi amar taknak citer dia cakap ape dekat alyn sebab dia takut aku perasan.”

knp sy rasa lawak eh part nie. lol
semoga writer and Amar sekeluarga tabah ye..

z

Astaqfirullah…teruk nya hati perempuan tu…erm…klau dlm drama mostly x smpai buat org smpai mati…cuma nk bunuh tu ada lah tapi x guna cara siksaan guna ilmu hitam ni… Kesian nya korang semua terutama Amar…bulan Ramadhan jg mulia ni… Den doakan semoga perempuan tu dpt hidayah dan yg paling penting korang sorang yg jadi mangsa dlm perlindungan Allah…aamiin. Tabah lah menghadapi apa jua situsai walaupun den x rsa apa yg korang rsa terutamanya Amar. Moga itulah yg mendekatkan korang dngn Allah. Den doakan yg terbaik utk korang…just den nk tegur lah kan…sikit je couple tu x elok… Erm… buka hati terima teguran ku ini. Kebenaran itu pahit utk nafsu… Pa pe pun dekatkan diri dngNya kerna dngn itulah hati semua org akn tenang…walaupun onak duri ditempuhi

z

Astaqfirullah…teruk nya hati perempuan tu…erm…klau dlm drama mostly x smpai buat org smpai mati…cuma nk bunuh tu ada lah tapi x guna cara siksaan guna ilmu hitam ni… Kesian nya korang semua terutama Amar…bulan Ramadhan jg mulia ni… Den doakan semoga perempuan tu dpt hidayah dan yg paling penting korang sorang yg jadi mangsa dlm perlindungan Allah…aamiin. Tabah lah menghadapi apa jua situsai walaupun den x rsa apa yg korang rsa terutamanya Amar. Moga itulah yg mendekatkan korang dngn Allah. Den doakan yg terbaik utk korang…just den nk tegur lah kan.. Pa pe pun dekatkan diri dngnNya kerna dngn itulah hati semua org akn tenang…walaupun onak duri ditempuhi.

z

Yg part ” cuma den nak tegur tu” nk padam sebenarnya… Baca tanpa perlu baca part “…” tu ya…sorry

Ratu Sulaman

Dunia semakin maju tetapi ada segelintir manusia yang otaknya masih sempit sampai sanggup nak sihirkan orang…

Fira

Moga Allah lindungi amar dan awak. Kes awk sama dgn sy..tapi ‘org tu’ hantar sihir pemisah untuk aku dan tunang. Sampai tahap tunang sndiri benci dkt aku. Tapi alhamdulillah sekarang tunang dah pulih sepenuhnya. Saya harap awk dan amar pun diberi kebahagian dan

Ijan

Semoga sis dan amar sentiasa di bawah perlindungan Allah.

wpDiscuz