Disorok Anak Jin

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku nak ucapkan terima kasih buat admin FS kerana menyiarkan kisah aku. Aku memang suka baca kisah kisah seram. Adanya FS membuatkan malam malam aku terisi. Aku sebelum ni tak de laptop sebab tu aku susah nak hantar kisah ke FS. Skrg aku pinjam laptop bestfriend aku, Ennie. So aku nak kenalkan diri aku dulu. Tak sah kalau permulaan cerita tiada Intro kan? So aku nak kenalkan diri aku Anggun. Berusia 23 tahun. Aku anak bongsu dari 4 adik beradik dan mempunyai seorang adik tiri. Mak aku isteri kedua. Aku juga mempunyai kebolehan melihat makhluk makhluk halus. Perkara ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun. Jom kita mulakan cerita bagaimana aku boleh nampak mahkluk mahkluk halus ni.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Masa aku darjah 4, aku suka bermain main di rumah pak cik aku. Oh ya, rumah pak cik aku ni di Dungun, Terengganu. Belakang rumah pak cik aku ada banyak pokok kemunting. Aku dengan kawan kawan aku suka bermain sorok sorok dekat situ. Kadangkala sampai maghrib. Pernahlah jugak arwah mak aku sebat pakai penyapu lidi sebab dah maghrib tak reti nak balik. Satu hari tu, aku, Murni, Apiz dan Ennie rancang nak main masak masak pulak. So kami kutip duit sikit sorang beli maggi dua bungkus. Lokasi pasti dekat pokok kemunting, dekat pokok tembusu yang besar.

Masa apiz tengah kutip kayu api, dia cakap dekat aku dia nak buang air besar. So dia nak balik dulu. Aku dengan murni okey je lah. Ennie pulak belum sampai lagi. Jadi kami standby barang siap siap. Tengah aku dok ralit susun batu untuk alas duduk, aku nampak apiz dekat belakang pokok kemunting sebelah sana. Muka dia pucat. Dia pandang aku dengan pandangan tajam.  Aku macam terkejut juga. Aku cuit murni utk tunjuk apiz dekat dia. Bila aku toleh, Apiz dah hilang. Seram pulak aku. Sebab nampak muka apiz mcm muka orang marah pandang aku. Aku baru nak buka mulut cerita dekat murni, Apiz sampai. Aku pulak, “Aik, apiz? Tadi kan kau dekat situ?” sambil tangan aku menunjuk ke arah sana. Apiz pulak diam and start nak masak Maggi. So, aku pun diamlah.

Main punya main, tak sedar hari dah makin nak gelap. Ennie dengan Murni dah nak balik.Tinggal aku dengan Apiz je. Apiz pun start dah nak balik sambil kemas kemas barang kitorang main tadi. Wajib kemas, kalau tak esok pak cik aku bising. Entah macam mana aku rasa macam ada tangan tarik aku. Mulut aku kaku. Part ni aku ingat ingat lupa, tapi ini part paling penting dalam hidup aku. Aku tiba-tiba berada dekat tempat tinggi, sebab aku Nampak Apiz dekat bawah tengah panggil aku. Dia macam terkejut pusing belakang, tengok aku tak ada.

Hari makin gelap. Aku rasa aku atas pokok tembusu. Aku peluk batang pokok tu. Ada satu budak kecil berumur lima tahun macam tu, pakai baju putih duduk sebelah aku. Relax je sambil kaki terayun-ayun macam duduk atas buai. Aku menjerit-jerit, tapi macam tak keluar suara. Dekat bawah aku nampak makin lama makin ramai orang datang. Aku Nampak mak aku menangis-nangis sambil jerit nama aku.

“Mimi! Mana kau nak?!”

“Maaak!” Aku jerit sekuat hati. Tapi mak tak dongak lihat aku kat atas. Padahal bukan jauh pun. Aku teringat mak pernah marah main waktu maghrib nanti kena sorok hantu katanya. Aku dah start menangis kuat-kuat sampai serak-serak suara.

Dari atas aku nampak ketua kampung, Pak Amit sampai. Kemudian dia laungkan azan. Masa dia laungkan azan, budak kecil dekat sebelah aku tu senyum dan menghilang. Aku rasa masa tu aku nak pengsan.

Sedar-sedar je aku dekat rumah, atas katil. Dekat dahi aku ada kain basah. Rupanya aku demam. Mak aku bawakan bubur dan duduk sebelah aku. Dia tanya aku, apa dah jadi? Bertubi-tubi soalan. Aku hanya diam dan menangis. Ayah aku marah mak aku sebab tanya aku macam macam. Dekat luar pintu aku nampak budak lelaki yang sorokkan aku atas pokok tembusu tu. Aku tunjuk-tunjuk dekat pintu sambil menangis dan meraung. Strart dari hari itulah aku mula boleh melihat makhluk halus. Bukan hanya budak kecik tu je aku boleh lihat, tapi macam-macam rupa. Di sekolah aku banyak kali hysteria.

Mak aku dah bawa aku berubat. Ustaz tu cakap, ada makhluk menjaga aku. Anak Jin sukakan aku dan hijab aku terbuka, kata ustaz tu lagi. Kerana itu aku boleh lihat macam-macam makhluk halus. Beberapa kali aku berubat, alhamdulillah aku tak nampak lagi budak kecil tu. Pernah sekali aku mimpi budak tu, katanya aku bakal dapat musibah.

Memang betul. Tiga bulan selepas kejadian aku disorok anak jin itu, mak, ayah dan abang aku meninggal dunia. Kematian mereka amat tragis. Selepas ayah mak dan abang aku meninggal dunia, kami dijaga nenek dan datuk. Nenekku aku panggil opah, Atuk aku pula aku panggil tok wan. Sejak kematian mereka, aku murung. Bersendirian itulah dunia aku. Kakak aku pula bersekolah di asrama penuh. Setiap malam aku mimpi mak ayah dan abang aku. Perasaan itu korang tak pernah alami. Aku berumur 10 tahun dan mak ayah aku tinggalkan aku begitu je. Sebelum kejadian, kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran sebelum menghantar kakakku ke asrama .

Mak suapkan aku makan malam itu. Aku makan menambah-nambah. Sebenarnya aku tak suka mak aku suap. Aku malu sebab aku dah besar kiranya. Aku pun tak suka mak aku panggil adik. Apiz selalu ejek aku anak manja. Tapi malam tu, semuanya masih segar dalam ingatan. Nak menaip ni pun aku sedih nak menitiskan air mata. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk mak, ayah dan abangku, ya korang?

Lepas makan, mak bagi nasihat macam-macam buat kakak. Seolah-olah tahu musibah malam tu. Mak cium aku berkali-kali. Ayah pun sama. Macam ada perpisahan. Aku pulak rimas mak cium-cium, sebab ada dua tiga orang pandang kami.

Aku dah tak boleh nak menaip lagi dah. Aku habiskan cerita ini di sini. InsyaAllah, aku akan sambung lagi kalau Admin FS keluarkan cerita aku ni. Mak, Ayah dan abang, Anggun selalu doakan korang damai di sana. Anggun pasti, yang buat jahat pasti akan terima balasan. Kisah aku panjang kerana misteri itu sehingga kini aku alami.

‘Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.’
(Al-Jinn 72:11)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]
anggun

16 thoughts on “Disorok Anak Jin”

  1. Ya Allah. Tak boleh bayang perasaan akak mcm mana masa tu dahlah baru 10 tahun hmmm.. Sabar ya kak. Saya yg baca ni pun rasa sedih. Al-fatihah utk mereka.

    Reply
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun…
    Takziah Anggun dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah…

    Saspen ni bile mane rupenye kematian mereka ada kaitan dgn unsur mistik…
    Tak sabar nk tau…

    Tapi kan…
    Kisah kena sorok mcm penulis kena ni, duluuuuuu penah ade kisah kena sorok same camni gak…

    Reply
  3. Kalau cik Anggun dah cukup kuat untuk share, harap dapat sambung kisah mak, ayah & abg tu boleh? Tp kalau tak dapat, tak apalah, akak faham sbb amat berat dugaannya tu.

    Btw nanti kalau free ceritalah lg cerita² mistik yg lain pulak. Mesti banyak kan sbb mata boleh nampak. Last but not least, terima kasih atas perkongsian cik Anggun. U are a brave & strong girl! ?

    Reply
  4. sedih la. al fatihah anggun. semoga diberi kekuatan untuk sambung kisah seterusnya.
    tapi kalau boleh nak tau macam mana kisah tragis tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.