Assalamualaikum pembaca FS. Maaf aku terpaksa split cerita ni kerana sebelum ini aku menaip di telefon, jadi hang bila paste panjang-panjang. Kali ini aku akan ceritakan bagaimana aku dibawa ke alam yang lain.
Selepas kejadian hari tu, keadaan aku semakin teruk. Sangat kontra dengan apa yang aku harapkan. Aku mula bermimpi berjumpa dengan makhluk-mahkluk yang mengganggu aku selama ini. Dalam mimpi tu, mahkluk ni cuba untuk masuk balik dalam badan aku tapi aku melawan. Entah macam mana aku seolah-olah boleh kawal mimpi tu dan seperti berada dalam alam nyata. Antara mimpi yang paling aku tak boleh lupa bila aku berada kat sebuah rumah usang, dalamnya kosong dan cuma ada sebuah kuali.
Tak sempat pun aku nak berjalan, tiba-tiba mahkluk (syaitan) berupa Pontianak (saya cuma mengagak dari apa yang orang-orang tua ceritakan) muncul betul-betul di depan aku. Pakaiannya bewarna putih tapi kotor, rambutnya panjang, muka penuh dengan bintik dan benjolan. Tangannya yang panjang tu dah cukup mengerikan aku. Walaupun orang kata itu adalah pontianak, tapi rupanya dalam mimpi aku tu lebih hodoh.
Pontianak tu panjangkan tangan dia untuk capai aku. Dalam mimpi tu macam mana entah aku ada kebolehan melawan pulak, aku baca-baca benda yang aku sendiri tak faham dan tak dengar jelas pun. Lepas je aku baca tu, pontianak tu terbakar dan hilang macam tu je. Tak lama aku tersedar dari mimpi.
Apa yang buat aku rasa lagi ngeri, dalam keadaan sedar pun lepas mimpi tu aku seolah-olah rasa ada benda yang memerhatikan aku. Tapi aku tak nampak apa-apa pun. Lagi-lagi bila aku berseorangan, macam banyak je mata-mata yang sedang melihat aku. Bila dah lama-lama macam tu, aku jadi tak keruan sebab aku tak faham apa yang jadi. Sampai satu tahap tu, aku kembali macam dulu. Aku tak bercakap lagi dengan sesiapa dan suka gelak sorang-sorang.
Masa tu dah lebih kurang sebulan setengah aku sakit. Satu malam tu mak aku panggilkan seorang ustaz untuk rawat aku, tapi malang sebab ustaz tu lempar aku kat dinding. Dalam keadaan tu aku tak boleh nak buat apa-apa sebab mahkluk tu dah kawal aku balik. Aku cuma rasa sakit yang teramat di kepala dan hidung aku berdarah sebab terhentak sangat kuat. Keluarga aku tak buat apa-apa pun cuma biarkan saja.
Lepas je ustaz tu balik, aku bertukar jadi agresif dan bercakap macam orang gila. Pada masa ni aku sedar dan boleh kawal badan aku tapi aku seolah-olah macam orang tengah mabuk. Aku buat apa saja tanpa berfikir dengan waras. Aku bercakap dengan kucing, dan aku marah-marah kalau orang dekat dengan aku. Esok paginya aku kurung diri aku sendiri dalam bilik.
Malam tu keluarga aku minta bantuan orang kampung untuk keluarkan aku dari bilik tu. Pintu bilik aku dipecahkan ( saya tahu semua ni selepas ingatan saya kembali, nanti akan saya ceritakan ). Aku nampak empat orang dewasa cuba pegang aku tapi semua tercampak. Aku sendiri tak tau mana datang kekuatan yang macam tu. Akhirnya enam orang pegang satu badan aku dan angkat aku ke depan. Ada seorang ustaz cuba tenangkan aku dan ini dialog yang aku ingat antara ustaz tu dengan mahkluk tersebut :
Ustaz : “Kenapa kau ganggu manusia ini ? Apa silapnya ?”
Mahkluk : “ HAHAHAHAHHA. Itu bukan urusan kau. Aku diutus oleh tuan aku kemari untuk mengambil anak ini. ( Bahasanya seperti loghat Indonesia dan suara aku bertukar menjadi garau).
Ustaz : “Dah tentu ada kene mengena dengan aku. Anak ini manusia. Kenapa kau mahu mengambil anak ini ?” ( Ustaz tu mencubit badan aku, ia seperti menyeksa mahkluk tersebut sebab aku juga dapat rasa kesakitan yang teramat)
Makhluk : “Jangan seksa aku !! Jangan seksa aku !! Aku tidak ada kena mengena dengan hal ini. Tuan aku yang mengutus aku !”
Ustaz : “ Kalau tak mahu aku seksa kau, beritahu aku cepat !”
Mahkluk : “Aku pasti akan d*****h oleh tuan aku jika aku memberitahu kalian. Aku tidak
bersalah dalam hal ini. Aku juga tidak mahukan anak ini. Aku sudah cuba memasuki badannya berkali-kali di dalam tidurnya tetapi anak ini begitu degil. Yang mahukan anak ini adalah seorang perempuan. Perempuan di kedai makan itu yang telah mengupah tuan aku untuk mendapatkan anak ini. Aku tidak bersalah ! Jangan seksa aku !”
Selepas berdialog, ustaz itu mengeluarkan mahkluk tu dari badan aku. Aku dapat rasakan benda itu keluar perlahan-lahan dan lemah sekali. Jadi betullah apa yang dikatakan ustaz di darus syifa tu sebelum ni. Kali ni aku faham apa yang berlaku. Hijab aku sudah terbuka. Ianya sangat aneh mendapat deria yang keenam ni. Kita tak dapat melihat, tetapi mahkluk itu jelas kelihatan. Kita tidak mendengar, tapi suaranya sering kedengaran. Kita tidak merasa, tetapi ia ada disitu. Sangat sukar untuk aku tafsirkan dalam bentuk ayat.
Tetapi begitulah, aku dapat lihat dengan jelas mahkluk bewarna hijau dengan kaki yang banyak melekat di syiling rumah sambil memerhatikan aku. Beberapa mahkluk yang sering menganggu aku juga sedang memerhatikan diluar ( apa yang ada dialam nyata seperti dinding tidak membataskan penglihatan kepada mahkluk ni ). Yang paling mengerikan, di mana-mana saja ada mahkluk yang aku pasti adalah syaitan berkeliaran. Ada yang melekat di tubuh manusia. Ada yang kecil dan yang besar. Tetapi maaf rupa mereka aku tidak boleh bayangkan kepada sesiapa. Ketakutan dah memakan seluruh tubuh aku. Terlalu menakutkan. Bayangkanlah kita melihat sesuatu yang tak pernah kita lihat selama ini.
Keesokan harinya, aku cuba mendapatkan bantuan dari makcik saudara aku sebab dia antara orang yang pandai dalam hal begini. Cuma dia adalah orang susah, jadi sukar untuk bergerak kemana-mana. Masa tu aku tak ingat sama ada aku masih solat atau tak, sebab kesedaran aku masa tu seperti separuh saja. Macam orang tengah khayal dadah. Dalam keadaan tu aku pergi jugak ke rumah makcik aku tanpa pengetahuan keluarga.
Sampai disana aku terus tak sedarkan diri sampai tengah hari tu. Bila aku sedar je, lagi banyak mahkluk mengerikan kat rumah tu! Patutla makcik aku selalu cakap banyak gangguan kat rumah dia. Aku mintak kertas dan pensel, aku lakarkan wajah-wajah tu kat makcik aku. Ada yang seperti pontianak, toyol dan mahkluk kecil berbungkus kain putih. Aku tak pasti apa bendanya sampai hari ni. Makcik aku cuma mengangguk tanda dia memang sudah tahu semua tu. Esoknya, aku tak sedarkan diri lagi. Aku seolah-olah berada dalam tempat yang lain. Semuanya gelap gelita. Aku ingat cuma mimpi tapi aku memang dapat kawal semua benda. Tak lama selepas tu, aku nampak seperti ada cahaya bewarna keemasan menghampiri aku.
Bila cahaya tu semakin dekat, rupanya ia adalah manusia! Seorang perempuan! Aku cuba pergi dekat lagi dan baru lah aku boleh nampak dengan jelas rupa perempuan tu. Orangnya sangat cantik, tak dapat aku gambarkan dan mungkin tak pernah lagi aku jumpa wanita secantik itu tetapi berpakaian seperti orang lama. Bajunya lengkap berkebaya kuning, ada songket dibadannya, beberapa cincin dijari dan rambutnya kemas diikat kebelakang dengan ada bunga dikepalanya. Aku tergamam dan tak bercakap apa-apa pun sampailah perempuan tu sendiri bersuara
“ Nama saya Suri. Saya ingin membantu Faiz (bukan nama sebenar).” Itu saja percakapannya.
“ Siapa kau ? Apa yang dah jadi kat aku ni ?” Aku membalas.
“ Aku tidak lagi wujud di dunia ini. Aku telah m**i beratus tahun lamanya. Aku cumalah roh yang kembali untuk membantu.” Gaya percakapannya memang sama seperti orang dulu.
“ Suri tahu apa yang telah terjadi kepada Faiz. Faiz sekarang sudah dibawa ke alam lain oleh makhluk yang menganggu Faiz selama ini. Hanya Suri yang dapat membantu Faiz sekarang. Suri akan mengajarkan Faiz bagaimana hendak menewaskan mereka semua”
Entah macam mana lagi aku tiba-tiba saja tau latar belakang Suri. Dia merupakan seorang pengamal ilmu hitam yang mana telah bertaubat sebelum kematiaannya. Jadi tahulah aku kenapa dia begitu cantik. Tapi aku seolah tak percaya yang dia adalah roh. Bagaimana roh yang telah m**i boleh kembali ke dunia untuk membantu. Cuma masa tu aku tak ada pilihan lain. Aku cuma mengangguk tanda menerima. Kemudian aku tersedar. Rupa-rupanya mahkluk berupa pontianak tu tengah cekik leher aku. Tapi orang lain nampak seperti aku sendiri yang cekik diri aku.
Aku meronta-meronta sambil tangan kiri aku cuba menarik tangan mahkluk tu. Dah ramai orang kampung disitu cuba tarik tangan aku tapi tak berganjak. Sampailah makhluk tu pergi sendiri barulah tangan aku terlepas. Rupanya Suri berada disitu ! Dia yang menghalau makhluk tersebut pergi. Tapi dia berada begitu jauh dari aku. Cuma aku saja yang nampak kewujudan dia. Makcik aku telefon hospital sebab dah tak tau nak buat apa. Aku dihantar dengan ambulans.
Sampai di hospital, pakar psikitiari yang datang berjumpa dengan aku. Dia seorang Cina dan dia minta aku ceritakan semuanya. Aku menolak sebab aku pasti dia takkan percaya apa yang aku lalui. Tapi dia mendesak dengan alasan dia ingin membantu dan akhirnya aku ceritakan semuanya. Kemudian doktor berikan ubat penenang dan suruh keluarga saudara bawa aku pulang dulu dan lihat keadaan aku selepas seminggu. Sepanjang dirumah, aku ‘jarang’ berada dalam badan aku. Setiap kali aku tidur, aku akan berada di alam tersebut.
Alam bunian dan alam syaitan adalah dimensi yang berbeza. Di alam nyata, kita cuma ada 3 dimensi. Tetapi di alam ni, deria tidak terbatas termasuk pergerakan. Kita boleh ke mana saja dalam waktu yang singkat. Memandangkan hijab aku telah terbuka dan pergerakan mahkluk tersebut dah tinggalkan jejak antara dunia nyata dan alam tu, jadi mudah bagi aku untuk berada di alam lain. Aku pernah cuba untuk ke alam buniaan tetapi aku tidak dibenarkan masuk. Seperti ada penghadang yang menghalang aku kesana. Aku cuma dapat melihat dari jauh.
Perkampungannya sangat cantik, begitu juga orangnya. Tetapi budaya mereka berbeza. Alam dimana aku berada cumalah tempat yang kosong, tiada penghujung. Disitu, aku dapat lihat segala jenis mahkluk berada disitu. Mahkluk-mahkluk ni bergerak dengan sangat pantas kerana di alam ini, kami tidak punya jasad. Yang ada hanyalah seperti jisim saja. Tiada sebarang bentuk fizikal yang nyata. Sepanjang aku di alam itu, aku cuma berjumpa dengan Suri sahaja. Dia yang menerangkan kepada aku apa yang berlaku.
“ Ini adalah adalah alam yang lain. Manusia tidak dibenarkan masuk ke alam ini dengan sebab kerana jika mereka berada di sini, mereka tidak akan faham di mana mereka dan seluruh isinya. Di sinilah syaitan dan jin berada dan bergerak ke alam nyata kerana walaupun dunia ini berbeza, ia tetap berhubung dengan dunia kita. Sama seperti Faiz, masa kamu tidak lama disini. Suatu saat kamu akan lenyap di dunia ini buat selama-lamanya. Mereka sedang menarik kamu perlahan-lahan kesini meninggalkan jasad kamu.”
“ Kalau aku di bawa kesini, kenapa aku masih boleh balik ke alam nyata ?” Aku bertanya.
“ Untuk membawa kamu bukan mudah. Mereka memerlukan masa. Sekarang cuma separuh saja dari diri kamu berada disini. Tetapi kamu akan berada disini akhirnya dan tidak ada apa-apa yang dapat membawa kamu kembali ke dunia asal. Kamu akan terus berada disini dan lenyap begitu sahaja” Suri membalas.
“ Habis macam mana dengan badan aku ?”
“ Di dunia, manusia akan melihat kamu sebagai orang gila. Walhal diri kamu dan akal fikiran kamu berada di alam ini”.
“ Habis takkan ada cara lagi untuk aku balik ? Kalau kau tahu, kenapa kau kata kau datang untuk tolong aku?”
“ Cuma ada satu cara saja untuk membawa kamu kembali, tetapi ia begitu mustahil untuk manusia melakukannya. Masa kamu semakin suntuk, setelah dibawa ke alam ini, kamu cuma ada waktu yang singkat sebelum kamu hilang diri kamu sendiri.”
“ Kalau macam tu, bagitau aku caranya. Aku akan buat” Aku bertekad.
“ Kalau kamu bersetuju, kamu harus menanggung segala akibatnya selepas ini. Jika kamu berjaya, kamu akan balik ke dunia asal dan selamat, jika kamu gagal maka tidak ada cari lagi yang boleh menyelamatkan kamu. Untuk melakukannya, kamu perlu mengatasi ketakutan terhadap makhluk ini terlebih dahulu. Kamu tidak perlu takut, mereka hanya makhluk yang lemah dan cuma bermain dengan fikiran kamu. Jika semangat kamu melebihi mereka, mereka tidak akan mampu menakutkan kamu. Kamu hanya takut kerana kamu tidak biasa dengan mahkluk ini”
“Macam tu tunjukkan cara untuk aku balik ke dunia asal”
“Kamu perlu membiarkan mereka menarik kamu ke alam ini. Dengan itu seluruh kamu akan berada di sini dan diri kamu di dunia akan menjadi gila. Bila kamu disini, kita boleh mencari siapa sebenarnya yang menganggu kamu dan kita akan menghapuskannya disitu. Tetapi orang itu begitu kuat, amalannya lebih dari aku. Jadi kamu harus berhati-hati. Apa jua yang kita katakan sedang didengari”
Setelah tu aku terbangun. Aku tengok pada jam. Apa yang memeranjatkan aku, aku cuma berbual pendek selama 5 minit sahaja tetapi jam dah menunjukkan lebih setengah jam! Aku pasti sebab sebelum tidur aku akan tengok jam terlebih dahulu. Jadi aku tau kini garisan masa di ‘alam’ itu bergerak lebih lambat tetapi begitu pantas di alam nyata. Aku fikirkan lagi tentang apa yang Suri katakan. Risiko yang aku akan ambil begitu besar.
Memandangkan keadaan aku masih lagi dalam separa-sedar, aku buat keputusan untuk ikut cakap Suri. Aku tiada pilihan lain lagi lebih-lebih lagi masa aku dah terlalu suntuk. Aku memang dapat rasakan diri aku keluar dari badan perlahan-lahan. Akhirnya aku tidur supaya dapat ke alam tu lagi dan aku relakan saja diri aku dibawa. Sejak itu, aku tak tau apa yang berlaku pada badan aku lagi.
Seperti biasa, aku berada ditempat yang gelap tu lagi. Tapi Suri tak ada disitu. Yang aku nampak adalah diri aku sendiri dan ada seperti sesuatu di sekeliling aku tapi tak dapat aku gambarkan. Tiba-tiba bayangan aku tu bercakap !!
Bayangan : Hai Faiz.
Aku : Siapa kau ni ? Kenapa kau sama macam aku ?
Bayangan : Faiz. Aku adalah kau dan kau adalah aku. Kau sendiri yang nak berjumpa
dengan diri kau. FIkirkan baik-baik.
Aku tak faham apa yang bayangan aku tu cakapkan. Dah beberapa lama, baru aku tahu yang sebenarnya aku sedang bermonolog. Tetapi dia alam lain ini tidak sama seperti di dunia kita. Segalanya berbeza. Yang disekeliling aku tu adalah memori aku sendiri dan aku boleh nampak ia hilang sedikit demi sedikit.
Bayangan : Faiz, kau mesti cepat. Ingatan kita tengah dipadam. Kau tahu apa yang jadi kan ? Sekarang ni kita bukan dekat badan kita lagi, benda tu dah ambil badan kita. Kita tak ada banyak masa lagi Faiz.
Aku : Aku tau yang tu, masalahnya aku tak tau kalau aku boleh buat semua ni. Aku tak percaya semua ni. Benda ni langsung tak logik pada aku.
Bayangan : Aku tau rasanya Faiz. Kita kan sama. Tapi kau kena hadapi benda ni sekarang. Pergilah dan balik ke dunia kita. Ini bukan tempat kita. Kita tak boleh hidup kat sini. Lagi satu, kau tau ke siapa Suri sebenarnya ? Kenapa dia beria-ria nak menolong kau ?
Aku : Suri janji nak tolong aku, sebabnya aku sendiri tak tau. Tapi tu tak penting. Janji aku boleh balik kedunia asal.
Bayangan : Kau kena tahu siapa Suri sebenarnya Faiz. Dia bukanlah roh manusia seperti yang dia katakan. Tambahan kau dah jatuh cinta kat Suri kan ?
Aku : Mana ada. Kau tahu kita tak boleh jatuh cinta dengan orang yang dah m**i.
Bayangan : Kenapa kau mesti tipu diri kau sendiri ? Aku tahu apa yang jadi. Perasaan kita sama. Faiz, Fira tengah tunggu kita. Dia manusia yang nyata. Apa akan jadi kalau kau terus simpan perasaan dengan Suri ?
Tiba-tiba baru aku tersedar. Apa yang aku buat selama ni adalah dalam keadaan tidak sedar. Aku tak sepatutnya jadi macam ni. Ya betul, Fira tengah tunggu dan aku mesti balik. Mungkin kuasa monolog, kadang kala dapat membantu kita berfikir secara waras kembali.
Aku : Aku dah faham sekarang. Terima kasih sebab ingatkan aku. Aku nak jumpa Suri sekarang.
Selepas saja aku cakap macam tu bayangan aku tu pun hilang macam tu saja. Tak tau kenapa tapi aku seolah-olah menangis masa tu. Kemudian aku pergi berjumpa Suri. Pergerakan aku sangat pantas. Dalam masa beberapa saat je Suri dah terpacul depan aku. Bukan aku saja yang bergerak, sebutkan apa saja. Dari jin, langsuir, palesit, pocong dan segala macam benda yang pernah korang dengar ada disitu. Tapi mereka berbentuk begini bukan kerana sifat mereka, tetapi ada yang telah dipuja dan ada yang menyerupai perkara-perkara yang telah berlaku seperti kemalangan ngeri bertujuan untuk takutkan kita. Bila kita dah faham, kita tak akan takut lagi. Itu yang Suri ajarkan pada aku.
“ Suri, aku nak tau siapa sebenarnya kau. Aku tau kau bukan roh yang dah m**i. Kau cumalah jelmaan Suri kan ?”
Suri hanya terdiam. Beberapa lama lepas tu baru dia bersuara.
“ Ya Faiz, Suri bukanlah roh. Suri telah lama m**i dan tidak mungkin kembali. Apa yang Faiz lihat sekarang adalah amalan Suri dahulu yang ditinggalkan. Kami semua dibuang oleh Suri selepas dia bertaubat. “ Kemudian rupa suri bertukar dari rupa paras yang cantik menjadi hodoh sehodoh-hodohnya.
Rupanya jelmaan Suri ini adalah belaaan seperti hantu raya. Rupa mahkluk ni begitu hodoh. Matanya merah tersembul, badannya hijau kehitaman dan berbulu. Kukunya panjang dan kulitnya berkerak-kerak. Dia telah dibuang Suri dan berkeliaran selama ratusan tahun mencari mangsa untuk dikahwini. Bayangkan berapa banyak mangsa yang telah berjaya diperangkap Suri. Suri membantu aku selama ini cuma untuk mengambil kesempatan. Aku merupakan salah seorang mangsanya !! Nyaris saja aku tersedar.
“ Suri, aku tidak perlukan bantuan kau lagi. Pergilah dari sini. Dan jangan kau ganggu sesiapa lagi selepas ini!” Kali ni aku tegas bersuara. Perlahan-lahan Suri menghilang tanpa sebarang kata dengan tangisan mengilai yang begitu menyeramkan. Aku berharap tiada lagi yang menjadi mangsa selepas aku.
Aku teruskan dengan tujuan aku. Puas aku berkeliaran mencari mahkluk yang menganggu aku. Peliknya tak pula aku berjumpa makhluk ni setelah aku biarkan diri aku masuk ke alam lain. Masa ini aku tak takut lagi dengan apa yang aku nampak. Semuanya macam biasa saja pada aku. Sepanjang itu, aku nampak beberapa orang yang bergerak tetapi seolah-olah m**i. Tahulah aku mereka juga adalah mangsa kezaliman sihir atau ilmu hitam seperti aku. Malang sekali nasib mereka. Di sana aku tidak berasa apa-apa. Aku tidak penat, tidak perlu makan atau minum, aku cuma hidup.
Bezanya aku dikelilingi dengan mahkluk-mahkluk yang mengerikan. Sesekali aku nampak ruang antara dunia nyata dan alam ini berlaga dan terbuka. Itulah yang berlaku bila seseorang ternampak jelmaan yang sering kita katakan hantu. Untuk pulang ke dunia asal, bukan begitu caranya. Aku tidak boleh melalui ruang tersebut. Ia sangat subjektif dan tak mungkin dapat aku terangkan pada sesiapa.
Semakin lama aku bergerak, aku rasa aku semakin hilang. Maknanya aku dah kehabisan masa aku. Aku tak mampu nak melawan lagi masa tu. Aku hilang ingatan aku sedikit-sedikit dan seolah-olah ada ulang tayang memori aku semasa kecil dihadapan aku. Tak ada apa yang aku boleh buat lagi, akhirnya aku pun menjadi salah seorang dari manusia-manusia yang aku jumpa di alam tu. Aku masih melihat, tapi aku tidak boleh berfikir lagi, aku tak boleh bezakan antara yang baik dan buruk dan aku tak ada emosi lagi.
Sebelum jadi macamtu, barulah aku nampak mahkluk yg sangat besar berada depan aku. Itulah antara makhluk yang paling kerap menganggu aku selama ni dan dialah antara belaan ‘terhebat’ bomoh tersebut. Makhluk tu cuma berdekah melihat aku. Suara tawanya sampai berdengung, kalau di dunia nyata dah tentu boleh jadi pekak.
Entah apa yang berlaku selepas tu, aku tak tau. Cuma satu saat tu aku seperti diberi nafas baru semula. Aku seperti tersedar dari tidur yang panjang dan aku masih berada di alam tersebut. Cuma kali ini aku seolah tahu di mana bomoh itu berada dan aku terus bergerak tanpa menunggu apa-apa lagi. Sangkaan aku benar! Aku dapat berjumpa bomoh tersebut tapi aku tak dapat melihat dengan jelas.
Apa yang aku nampak seperti sebuah bangsal dari buluh di tengah hutan dan ada bahan pemujaan di depan dia. Belaannya yang paling ‘kuat’ berada setia ditepinya. Aku dapat meraskan betapa jahatnya makhluk-makhluk ini beserta bomoh itu sekali. Dalam samar-samar aku nampak asap berkepul-kepul dari kemenyan untuk makanan belaan dia dan terdapat sebuah patung kecil berbungkus kain. Aku tak tau kenapa, tapi aku tahu apa yang berlaku sebenarnya. Patung tu lah yang digunakan untuk memuja aku.
Yang lebih mengejutkan, bomoh tersebut bukan memuja aku kerana disuruh wanita di restoran itu lagi, tetapi kerana pakcik yang mengubatkan aku dengan air kelapa itu telah mencuri belaannya yang dikeluarkan dari badan aku untuk kepentingan dia!!! Rupanya pakcik tu hanya ambil kesempatan ke atas aku ! Patutla aku jadi semakin sakit lepas kejadian tu ! Dan pakcik tu juga adalah pengamal ilmu hitam. Jadi bomoh ini gunakan aku untuk cuba mendapatkan balik belaan tersebut. Malang sungguh nasib aku! Dalam keadaan tu aku bertukar marah.
Aku cekik leher bomoh tu tapi tidak secara fizikal, bomoh tu terus rasa seperti dicekik. Aku tak tau dari mana datangnya kebolehan tu. Bomoh tu baca sesuatu dan cuba tolak aku jauh ke belakang. Memang aku terasa, tapi aku pun baca sesuatu yang Suri ajarkan cuma aku tak ingat apa bacaaan tu ( sekarang aku tahu itu bacaan yang dilarang ). Bomoh tu jadi tak berupaya walaupun dia masih menolak aku. Aku cekik dia sekuat hati dan beri amaran supaya jangan ganggu aku lagi selepas ni dan aku takkan ganggu dia. “Kalau kau cuba melawan lagi, AKU KERJAKAN KAU !!!”
Selepas tu aku terus seperti ditarik dan rasa seperti dilipat-lipat. Tanpa aku sedar aku dah berada dalam badan aku balik dan aku berada di hospital! Aku terus cari jam dan waktu menunjukkan pukul 8 malam. Keadaan seperti pulih seperti biasa cuma aku masih nampak mahkluk-mahkluk halus lagi. Aku pergi ke arah kaunter jururawat dan semua pandang aku macam tengah takut.
Aku tanya aku kat mana. Seorang jawab aku kat hospital. Aku tanya tarikh pulak dan diorg kata sekarang 17 Januari 2016. Aku terus terkedu. Tarikh terakhir sebelum aku pergi ke alam lain adalah 28 Disember 2015. Aku tanya lagi apa yang dah jadi tapi nurse tak nak jawab. Diorang suruh aku tungu doktor pakar jumpa aku esok. Masa tu aku masih tak ingat apa-apa lagi. Ingatan aku dah banyak yang hilang.
Esoknya, doktor pakar jumpa aku. Rupanya keluarga aku hantar aku ke wad psikitiari sebab dah takde ikhtiar lain. Doktor bagitau aku apa yang jadi. Sejak 28 Disember tu, aku bertukar jadi kanak-kanak kembali. Bila ditanya umur, aku jawab dua tahun. Sepanjang aku jadi macam tu, aku lukis banyak gambar-gambar mahkluk yang selama ni menganggu aku. Bila doktor tanya apa benda tu, aku cuma jawab doktor tak percaya pada hantu. Ada satu lukisan yang bila aku tengok balik ada berbentuk HELP tapi mungkin orang takkan perasaan sebab memang tak jelas. Ia cuma nampak macam lukisan kanak-kanak sahaja.
Aku ditahan di wad selama tiga minggu dan doktor kata aku jadi macam tu disebabkan kesan stress belajar. Aku iyakan saja. Kalau aku ceritakan pun tak mungkin ada yang percaya. Sedangkan bila aku ceritakan pada nurse pun diorg macam nak gelak. Nak saja aku bagitau ada budak kecik tengah panjat-panjat belakang dia. Aku pilih untuk tidak ceritakan kepada orang selepas tu. Sepanjang di hospital, macam-macam lagi yang aku nampak. Orang yang dh hilang anggota minta tolong carikan anggota dia balik, orang yang berlumuran d***h atas katil, orang kemalangan yang terburai perutnya dan tak kira lagi anak toyol kira ubat kat kaunter nurse. Kadang-kadang siap main bawah kaunter.
Tapi aku tau tu cuma jelmaan syaitan sahaja, tak ada apa nak ditakutkan lagi. Makhluk yang selama ni menganggu aku pun dh tak ada. Balik tu, aku minta untuk duduk di rumah makcik aku dulu. Kat sana, Fira banyak habiskan masa berulang dari rumah dia untuk bantu aku pulihkan ingatan. Kadang-kadang dia tak datang sorang, ada benda berbaju putih ikut dia kat seat belakang. Tapi aku tak cakap, karang dia tak berani nak balik. Ada jugak masa aku tengah duduk tenangkan fikiran kat buaian, ada pulak benda lain datang temankan aku main buai jugak.
Lama kelamaan, hijab aku tertutup balik. Amalan yang Suri ajarkan pada aku, aku tak teruskan. Aku dapat rasakan itu adalah sebahagian dari ilmu hitam jugak. Sekarang semuanya dah okey, aku dah pulih dan dah bekerja pun. Kadangkala aku terfikir jugak nak tolong orang yang dah terperangkap dalam dunia lain tu, tapi risikonya terlampau tinggi. Aku mungkin hilang untuk kali kedua dan tak mungkin dapat balik lagi. Akhirnya aku lupakan niat aku dan aku teruskan dengan kehidupan biasa aku.
Aku bukan ceritakan benda ini untuk korang percaya sebab aku sendiri pun ragu-ragu sekarang, sekadar untuk mengambil pengajaran. Kalau makan di kedai jangan lupa baca doa. Di rumah pun kena baca juga. Menyesal juga aku tak dengar cakap Fira, dah selalu dia cakap perempuan tu selalu pandang aku masa makan dan pernah sekali dia ambil gambar aku senyap-senyap. Tapi aku cakap takde pape, sangkaan dia je kot. Ternyata meleset. Betullah orang kata sense perempuan ni memang kuat kan ? Apa-apa pun anggap cerita ni sebagai hiburan dan pengajaran saja, tak perlu nak percaya. Sekarang ni cuma ada satu persoalan saja. Wujud ke SURI ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
???
Mcm mana boleh pulih? Aku ada sorg sister, time study kena mcm tu tapi until now x pulih2.. Kadang2 dia ok kadang2 dia lain. dah mmg mcm yg diceritakan. Skrg dh 16 thn berlalu,mmg org akn ckp dia Gila tp she is my sister aku,org tak akan faham pun apa kami sekeluarga lalui.dalam hati ni nak sangat2 tahu kenapa dan apa sebenar yg terjadi before dia skt.
Pm me 019 470 5715…im the writer
pengalaman pahit…. bukan sme orang nak caya… terima kasih sebab kongsi pengalaman…
erm… malas betul main teka teki… ini citer betul ker… tipu
Aku jadi makin takut pulak…
ambik kau.. pjg tros bc. smpat aku mkn smbil baca cite ko.. mcm cite xfile plk haa..
Aku suka cerita hang nihh…Best
Aku percaya benda ni bro.been there tp ko punya crita lg advance. May Allah help us. 🙂
Thanks sebab bagitahu pengalaman kau.mesti sukar nak hadapi semua tu.
Memang BEST la baca
Hati-hati lepas ni
Bkan xnak percaya tp hampir sparuh citer ni lbih kurg sama dgn keadaan kakak saya yg skrg…dh 11 tahun mcm tu…org tgk dia pn org ckp dia gila…harap ada yg mampu tlg ubtkn dia.
pengalaman mcm ni, xsemua org dpt. alhamdulillah kau berjaya melawan.
Dapat rasakan cerita ni feelnya sampai kpd aku. Sebab aku sendiri pernah lalui proses berubat dulu. Tapi takdelah sampai masuk ke alam bde2 tu. Cuma jasad aku benda tu yg control, yg aku sbenar, tiada kat diri aku sendiri.. puas brubat. Sekarang Alhamdulillah. Kes sama kena buatan orang yg suka kat kt. susah nak diceritakan sbb complicated. susah nk bg org faham. hanya orang yang pernah lalaui jadi mangsa2 macam ni saja yg tau bertapa siksanya menahan sakit jenis macam ni.
Hanya penulis dan ALLAH je tahu. Tak mustahil jadi dgn kuasa ALLAH. :’)
Best baca.
wow.. cite ni agak advance la pening kepala dibuatnye, maksudnye dimensi yg dia masuk tu dimensi yg menghubungkan alam bunian, alam syaitan, jin, iblis dan seangkatannya, ni klau bawa penulis ke eropah msti saintis berlumba2 nk jd kn penulis tikus makmal diorg..
hmm.cm tipu jew?
good job
imaginasi melampau…
kalau taknak percaya tak apa…aku faham sbb bnda ni di luar logik akal seorg manusia.. alam ghaib tu alam yg penuh misteri..tp kita wajib percaya akan kewujudannya..lgpon pengalaman setiap org pon msti berbeza2 kan…aku pon pernah dibawa ke alam sana, jg melalui mimpi..cuma aku bernasib baik sbb dapat keluar dr alam tu krn aku diberi pilihan samada nak tinggal di sana atau nk blk ke dunia nyata tempat asal aku. Dan aku pilih utk blk ke alam nyata sbb aku tau ‘dunia sana’ bukan tempat aku. 🙂
mcm pernah dgr cita kau tapi x brapa nak ingat….btw mcm mana kau blh ingat semua tu
This is because,ingatan kita takkan luput kalau benda2 ghaib ni..saya pon pernah alami,tpi,x pernah lgi seteruk ni
Kita yg tak pernah mengalami ,mungkin rasa mcm tak logic, mcm cerita rekaan. Tapi ciptaan Allah ni semua adalah di luar jangkauan fikiran kita. Terlalu banyak yg kita tak tahu, yg kita tak mampu nak kaji, yg susah utk kita percaya. Semua itu rahsia Allah. Kita yg tak kena ni, jgn ckp besar. Thumbs up bro. Semoga tabah melalui ujian mendatang. Btw, part “anak toyol kira ubat kat kaunter nurse” sumpah kelakar. Tgh layan feel seram, tergelak pulak. ?
Bila bc mmg kita rasa x logik tp tu smua kan dr Allah…ada hikmah n sbb smua tu berlaku. Smoga tabah dik yer n hargai org yg sentiasa bersama semasa susah atau senang.
Ada betulnya..saya dulu pon hijab terbuka,dan sampai sekarang pon still terbuka..jarang jumpa kes camni,btw,thanks atas perkongsian ni dan I think maybe suri is real .. ?
wallahualam.
peh..best cite nie…mcm x logik..tp kuasa Allah kan..apa2 pon boleh jadi
Aku percaya sgt2. Tengkiu sudi share cerita, dahsyat & best gila. Banyak aku belajar dr cerita ni. Sbb ni la aku sntiasa lg prefer real story dr fiksyen, sbb bg aku Allah is the best author. KaryaNya xterbatas dgn imaginasi & akal fikiran manusia.
Klu la bleh aku nak taw jgk apa amalan kau sampai bleh control dri sendri dlm msa crucial mcmtu? Aku egtkn ada ustaz2 yg tlong ubatkn kau.. kau ada baca ayat quran ke apa ke? N dlm dunia tu ada jin islam x? Diorg buat apa je?
Btw, ada 1 part time aku baca cerita kau ni kn aku rasa aku pernah mimpi taw.. hmm. scene tu n apa aku buat & rasa time baca scene tu sama la mcm dlm mimpi aku tu. Tp lma dh la. Anyway all the best brader!