Diusap Cik Langsuir

Hi. Ni citer time I belajar kat uni swasta 16 tahun dulu. Waktu ni I was a freshman. I duduk kat apartment dalam kolej. Satu apartment 4 orang, semua bilik sendiri. Ade kawan time tu keje kat kawasan kolej tu lah. Die selalu citer kakak cleaner selalu kena kacau kat tandas ofis waktu die nak bersihkan toilet tu. Selalu bertenggek kat atas divider tandas tu. Pastu ketawa gelakkan kakak tu bile die lari lintang pukang. Actually, benda tu ade 2 ekor. Sort of macam adik-beradik perempuan. Selalu berdua.

I ni blaja IT dulu, so ade la programming bagai. So, I selalu balik lambat ke apartment sebab buat study group and then lepak kat mamak. Malam tu tak rasa ape pun. Balik je bilik, terus buat assignment. Assignment nak kena siap esok jugak, programming punye assignment. Dah seminggu dok buat benda tu. So, malam tu kena abihkan jugak. Time tu dalam kol 2 pagi, dok khusyuk tengok monitor sambil dengar radio. Pastu tiba-tiba macam ade suara bertindan dari radio tu. Macam dah ade 3 suara yang menyanyi sekali. Yang 2 suara lagi tu tak tau apela yang die nyanyi, I pun tak faham, but definitely singing along. Hati dah rasa tak sedap. Tengok jam dah kol 2.30 pagi. Nak sedapkan hati, I pun cakapla kuat2, “Hish, rosak pulak radio ni”. Then I just turned off the radio.

Sambung balik buat keje. Secara tiba-tiba ade terasa tangan lembut yang mengusap dari atas kepala sampai ke hujung rambut. Meremang dah bulu roma wei! But then, I remembered yang benda2 ni kita tak boleh takut sangat atau berani sangat. I pun terus tegur, ‘Aku tak kacau kau, kau jangan la kacau aku. Kita ni sama-sama makhluk Allah. Biarla aku abihkan keje aku ni. Esok dah nak kena hantar. Dah, stop this and gi kacau orang lain!”. And sure enough, it stopped. But the morning after, dengar citer dari bilik tingkat atas, die kena kacau dengan dua ekor benda tu. It looked like pompuan rambut panjang, mata merah and benda-benda tu tak bagi die tido. I rasa bersalah pulak, gi halau benda tu, die gi kacau orang kat situ jugak. Nasibla…

Nak dijadikan cerita, time I was in my 3rd year, I stayed kat college jugak but different building. Time tu memang suka kuar malam ngan geng. Melepak di kedai mamak sampai badan pun dah comel2 la jugak. Hahaha. Okay, back to our story. I balik bilik dalam pukul 3 pagi. Katil I kat hujung dinding dekat ngan tingkap. So, I was really tired and terus tido. I kalau masuk bilik memang terus tutup n kunci. Tak lama pastu dengar macam orang giggling and laughing. Kuat jugak. So, I pun terfikir, rasa dah tutup pintu dah tadi, ke terlupe nak tutup? Oh yea, time I tido tu, I ngadap dinding, tak nampak la pintu tu.

Kuat suara die, pastu memang ade 2 suara berbeza tengah bercakap, tapi tak faham bahasa die. Pastu nak pastikan pintu tu tutup ke tak, I pusing la. Mak aih!!! Rasa nak tercabut jantung ni. Ade dua ekor benda pompuan tu tengah berteleku kat tepi bahu I, n tengah pandang I and tengah gelakkan I. Like they were gossiping about me. Kurang ajar betul. Nasib baik gelap. Tak nampak muka, but I can see the hair n kain. I know its kain kapan yang dah lusuh n buruk n kotor.

Walaupun takut teramat, but still very tired, I pandang dinding balik n cakap, “suka hatila nak gelakkan aku, aku tau aku just nak tido. Nite”. The laughter tu tak berhenti, tapi I know tak lama pastu I tertido dan esoknye demam. Hahaha. Tulah balik lambat lagi. Padan muka.

Sekian, cerita saya. Tak seram la sangat, but cukup seram untuk empunya badan..

Loading...

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *