# Doctor A – Makcik Nurse misteri

Assalamualaikum pembaca FS. Saya Doc A bertemu kembali nak cerita tapi ni bukan kisah susah nak m**i. Saya mintak maaf tulisan dan karangan saya memeningkan kalian sebab tugas saya memang bz. Kalau ade free time pun tetiba nurse panggil ade laa tu apa2 keje kena buat. Tapi sy ok je. Janji keje buat. Karangan tetap karangan. And saya minta maaf saya memang x pandai mengarang mungkin sebab kerjaya saya yang x mementingkan bab esei dan tatabahasa. Nak mengarang pun tergesa2 sebab banyak keje. Oklaa part nak cerita pengalaman saya lebih suka bahasakan diri aku. And minta maaf kalo x paham sebab saya selalu guna medical term. Nak translate kena pikir makan masa plak haha. But i’ll try to make u understand.

Kalo cerita rnr misteri dan nyonya koma time HO, makcik susuk time MO. Kite flashback lagi. Ni tahun 2007. Sepuluh tahun yang lepas ketika aku bergelar medical student in russia. Time tu aku baru 4th year.

Oh ye. Setiap perbualan dengan staff hospital adalah dalam bahasa russia kecuali dialog dengan member aku pasal amalas nak type panjang2 ye. Kalo type korang bukan paham pun hehe. Aku pun dah lama x cakap russia so x bape fasih sangat. Tapi time ni memang fasih lagi laa..

Ok. Aku ingat lagi time ni baru masuk 4th year. Kira masuk bahagian clinical dah kena terjah hospital cari kes. Tapi biasalah kite ni student, staff bukan suka sangat nak tolong pun still x cukup knowledge lagi. Banyak sangat limitation dalam handskill so tugas kitorg tengok je la and lain record every case dalam logbook untuk syarat2 pass exam.

Kira semester ke2 untuk tahun keempat kitorang. Masa tu baru lepas winter break dalam bulan feb gitu. Dah nama pun russia. Bulan 2 salji masih tebal lagi haha. Jap bagi aku feeling jap mengimbau kenangan manis as a student..

Ok. Dah habis mengimbau. So kite start rotation dengan o&g. Obstetric and gynaecology bukan oil and gas ye. Suo untk habiskan rotation kena tengok delivery case at least dalam 10 cases macam tu. Dalam tu ade pecah2 macam vacuum delivery, breech delivery (songsang)’.  Orang russia ni x suka csec2 orang. Songsang kalo kecik they tend to deliver naturally takpun tu 10tahun yang lalu. Sekarang x tau camne.

Nasib kitorg punya group dapat hosp jauh tapi still assessible pegi dengan public transport but still kena redah salji yang tebal, menahan kaki yang hampir frostbite and pipi sejuk rasa macam ditampar laju2.

Dahlaa kelas kena pegi hosp and blaja tempat sempit kalo practical lagi laa. Lagipun hosp kat russia memang hosp lama. Zaman perang dunia lagi. Masuk dalam rasa macam ko ke alam world war I and II gitu. Dengan suhu yang dingin sampi ke tulang menambahkan elemen2 seram gitu. Tapi kalo sekarang ingat balik rasa mcm feel tu x dapat laa kat mana2 tempat kat msia ni.

Ok lah. Banyak sangat flashback pasal rindu. So kira masa first day aku practical la ni. Roomate aku memang skema (typical budak medic) orang x start lagi practical die dah gelabah. So aku dengan sorg lagi teman laa sebab kena oncall’ (tido kat hosp). Orang russia kalo beranak x macam kat msia. Nak tunggu kes kadang sehari dapat tengok 3 delivery je. So kitorang decide nak bermalam biarpun hosp tu macam nampak berhantu je.

Aku dgn roomate aku 2 orang bawak sleeping bag sebab agak sejuk and xde tilam pun untuk kitorang tido. Nak tido atas katil kosong memang takut kena marah. Nak tau kitorg tido mana?

Tido kat bilik orang sangkut jaket kat basement. Tula tempat kitorang solat makan dan tido. Bayangkan dahlaa sejuk kat hosp lama tido kat basement lagi. Bawah tu je dah ade gamba hosp dengan pengarah die zaman2 world war lagi. Tapi member aku jenis cool je so aku pun xde la rasa takut sangat.

Sebab first time xpenah2 oncall tambah cuaca sejuk ni, jangan harap kitorg bole berjaga. Kol 10 sebab xde kes kitorang tido je laa kat bawah.

Pukul 12 malam macam tu ade misi kejut kitorang. Die tanya nape tido sini. Die kesian so bawak kitorang ke satu wad kosong. Ade 4 katil cuma katil die bergulung laa. Kitorang pun pindahkan sume barang kat situ.

Member aku tetiba rasa seram dalam bilik tu compare dekat basement tadi. Aku plak ngantuk. Die cakap misi tu macam hilang kelibat die siap bole tembus dinding. Aku marah eh ko dah kenapa? Kacau feel betullah.

So aku pun sambung tido tapi susah nak tido pasal sejuk giler beb. Tetiba makcik misi tu datang lagi kata ade kes delivery dah second stage. Mebi ade vacuum delivery kitorang bole tengok malam tu. So aku ngan member terus gi labor room. Masa nak pegi tu misi tu hilang tapi aku mana kisah pun masa tu. Sampai kat labor room misi tu ada tapi die tgk je. Xde pun buat apa2.

Sepanjang kitorang kat hosp tu misi tu je rajin nak tunjuk ajar kitorang. Staff lain sombong gile. Orang russia kan. Die siap ajar kitorang macam mana guna vacuum delivery, macam mana nak buat cpr kat baby yang x bernafas lepas lahir. Lupa nak bgtau. Die dah kenalkan nama die maria ivanovna.. (orang russia banyak recycle nama so pusing2 nama sama je)

Dekat 3 pagi, ade lagi satu delivery. Aku naik heran misi ni rajin sangat kejut kitorang siap suh kitorg tido dulu. Jarang orang russia baik macam gini kat foreigner macam kitorang. Kali ni delivery dari HIV positive mom. Kat msia kebanyakan caesar je tapi kat russia still natural beb.
So penuh laa plastik dalam labor room tu. Tapi aku perhati misi tu, still die tengok dari jauh. Sikit pun x assist junior nurses kat situ.

Lepas dah bersalin die bawak kitorang gi bilik cpr baby sebab baby tu x bernafas sangat. Kitorang bertiga masuk la.s kali kena maki dengan staff hosp. Die cakap student xleh masuk. Kitorang cakap misi tadi suh masuk. Tapi kitorang tengok die dah hilang. Die tanya siapa misi yang bg kitorg masuk. Kitorg 3 orang bagitau nama dia serentak..
MARIA IVANOVNA!!

Tetiba nurse tu tergamam. Takkan maria sebab die dah lama x keje. Dah m**i pun. Pastu die tany kitorg ade masuk bilik kat tingkat satu atas basement x. Kitorg cakap memang tido situ tu pun maria yang bawak. Die cakap bilik tu xleh masuk. Sebab berhantu. And paling heran bilik tu dah berkunci macam mana kitorang bole masuk. Kitorang cakap maria yang bukakkan.. Adoii problem

Kawan aku yang aku marah tadi mulalah nak betulkan hujah dia yang die nampak maria ni jalan macam hantu..

Tapi siapakah maria? Staff tu cakap maria adalah staff yang paling dedicated. Die bekerja x kira masa and x berkahwin sebab terlalu komited sampai syif nurse lain die yang gantikan. Sampai umur 60 tahun masa tu dalam tahun 1990an dek kerana keletihan bekerja dan gantikan syif orang, die meninggal di wad yang kami duduk tu. Sebelum tu wad tu jd tempat rehat nurse yang kepenatan tapi selepas kematian maria, kelibat die sering dilihat oleh staff2 di situ jadi mereka mengunci wad tu.

Itulah pengalaman aku dan kawan2. Nampak hantu? Aku still nampak dia dalam bentuk manusia biasa. Jalan pun jejak kaki kat tanah.

Maaf cerita ni x berapa seram cuma surronding hosp tu dan suhu dalam musim tu buatkan rasa meremang bulu roma.. Sekian.

Nanti saya ceritakan lagi kalo ade masa ye.

DocA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.9]

23 thoughts on “# Doctor A – Makcik Nurse misteri”

  1. Nice ?? very nice… walaupun awak cakap awak xda masa nak fikir sebab terlalu busy, tapi sempat juga awak melalut ?.. jadi juga penceritaan awak. Dan imagine macam ala2 cerita hantu overseas kat wayang.

    Reply
  2. Tu la kan bahsa medic kita yg biasa mana paham, tp x pa Doc, janji jln certa dh memahamkan kita, nak tanya pasai pa tulisn doc ssah nk baca ek? Mcm cakaq ayam ja,
    Ok doc, semoga sukses dan membantu pesakit2 di hosp

    Reply
  3. aku suka betul dengar cerita daripada orang orang hospital ni esp doktor haha. best doktor. cerita lah lagi~ jarang jumpa doktor minat baca kisah seram ni haha. mak lagi doktor.

    Reply
  4. Doc patut berterima kasih dengan Nurse Maria tu. Dia dah takde pun still tak kedekut ilmu dengan orang baru. Nampak tak niat tu kalau murni Allah lindung & tolong. Lagi pulak doc ni sejenis pekerjaan yg membantu masyarakat.
    Btw since Doc A ni doc O&G, mama nak tanyalah. Mama tgh pregnant. Asal pregnant je mama suka cari cite seram untuk dibaca. Bila tak pregnant tak hadap pun. Tu sejenis pembawakan budak ke macam mana doc? 😀

    Reply
    • awak mcm sy la. mse pregnant dlu sy suke tgk cerita bunuh2, baca psl pembunuh bersiri… tak rse takut sbb sy ni penakut ya amat…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.