Dua Sempadan (bhg. 2)

Assalamualaikum.. Pembaca FS..terima kasih pada admin yang sudi post cerita aku dan pada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca cerita nukilan aku (Dua Sempadan dan Aswang)..aku ada post satu lagi cerita hantu pendek tajuk (Khianat) mungkin admin belum post lagi. Cerita dua sempadan tu aku dapat ilham lepas tertengok gambar gunung dekat Norway..cantik gila.Ada yang komen macam cerita dalam movie..mungkin kebetulan, ada part yang sama kot haha aku dah lama tak tengok movie. yang komen tulisan aku ala-ala RAM tu fuhh..terharu..tapi jauh lagi nak sampai ke tahap dia. Okay..here we go, kita sambung pengembaraan Livrose dan Rydan…

Rydan mengemas beg sandangnya lalu digalas kemas di bahu kanan. Dia sudah terlambat untuk ke syarikat penerbitan Flash Click, dan muka bengis Fred sudah terlayar di benak. Dia bergegas menyarung sneakers biru gelap di kaki lalu terkocoh-kocoh menggapai tombol pintu sebelum..

“Kau nak pergi mana?” satu suara menyapanya dari belakang.

Rydan tepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa pasal minah ni!

“Eh..kau dah bangun? Aku nak pergi kerja jap.” Rydan menjelaskan.

“Aku ikut!” Livrose terjerit riang. Rydan mengerutkan dahi memandang gadis itu atas bawah.

“Aku nak pergi kerja lah..lagipun kau..”

Bicaranya terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Rydan menyeluk telefon bimbitnya dari poket seluar, mengerling sekilas nama ‘Fred’ yang tertera di situ sebelum mengeluh. Telefon bimbit yang masih berdering itu dimasukkan semula kedalam poket seluar. Malas dia nak angkat mesti kena bambu punya!

“Got to go! Aku dah lambat..kat dapur ada roti dengan jem, kau makanlah. Bye!”

Rydan bergegas keluar setelah menyampaikan pesanan itu pada Livrose. Gadis itu tercengang merenung pintu yang sudah tertutup rapat.

******

“You’re late Rydan!” Suara nyaring Fred menusuk masuk ke telinganya. Rydan telan liur.

“Yaa..i know. I’ll make it as fast as i could. Promise.”

Rydan segera mengeluarkan laptop dan pendrive dari dalam beg sandangnya. Kabel lcd yang sudah siap terpasang dicucuk ke laptopnya. Rydan menekan kursor anak panah lalu satu fail dengan tanda ‘urgent’ dibuka. Dia mula menukar imej gambar itu untuk ditayangkan secara ‘slide show’. Rydan mula menerangkan satu persatu imej gambar yang di ambil dan kaitannya dengan mesej pemuliharaan hutan yang cuba diketengahkan oleh kliennya.

“Hold on..i love this shoot!”

Henry, salah seorang kliennya bersuara sambil mengunjuk pada paparan skrin lcd. Rydan menoleh ke belakang, fokus matanya hinggap pada wajah ayu Livrose yang sedang keluar dari celahan dedaun belukar. Jantungnya terasa berdegup kencang. Macam mana gambar ni boleh ada sekali dalam slide!

“Err..I can explain this..”

Rydan mengerling Fred yang masih merenung paparan pada skrin lcd itu. Tiada riak marah pada wajah itu walaupun subjek yang dirakamnya jauh menyimpang dari fokus utama yang dikemukakan klien.

“I nak dia jadi duta kempen kami!” Henry bersuara teruja.

“Tapi dia bukan..”

“Do it Rydan! As they wish.”

Fred memotong. Rydan mencerlung mata pada Fred,berharap lelaki itu faham tapi lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum meminta izin untuk keluar dari bilik mesyuarat itu.

“Im sorry..i has another appointment to deal with..if u got anything to ask, Rydan will help you.” Fred berjabat tangan dengan wakil dari syarikat Greener sebelum meloloskan dirinya keluar.

“Hold on a sec!” Rydan mengangkat tangan pada kliennya. Dia bergegas keluar mengejar Fred.

“Fred, we cant do this!” Rydan menjerit sedikit, mematikan langkah panjang Fred yang jauh ke depan. Lelaki itu berhenti melangkah lalu berpaling padanya.

“Why?”

“Errr…sebab…dia tak suka publisiti!” Rydan jawab mudah.

“Awek kau ke?”

“Hah??”

“Perempuan tu…dia awek kau ke?” Fred ulang soalan.

“Tak lah…tapi dia tak boleh..”

“Aku tak nak dengar alasan. Do as they wish!”

Fred melangkah pergi. Rydan garu kepala. Ahh..sudah! Aku nak cakap apa ni kat Livrose!?

********

Rydan menguak pintu utama apartmennya sehingga terbuka lalu dia melangkah masuk ke dalam. Bau bungaan menyapa deria baunya. Bau Livrose. Rydan melangkah ke sofa. Badannya dihenyak ke situ, mindanya ligat memikir bagaimana dia harus memujuk Livrose melakukan sesi fotografi untuk kempen pemuliharaan hutan oleh syarikat Greener.

“Hai!” Livrose menyapanya riang. Rydan berpaling melihat gadis itu yang kini mengenakan gaun labuh rona biru lembut. Bila masa pulak dia pergi shopping ni? Tapi kenapa macam pernah tengok kain ni?

“Kau beli baju baru ke?” Rydan menyoal.

“Tak lah…ini kan selimut kau. Aku tukar jadi baju!” Livrose menjawab ceria. Dia berpusing sedikit, menunjuk baru barunya pada Rydan.

“Patutlah macam pernah nampak! Kau boleh tukar apa lagi? Tukar daun jadi duit boleh?”

Rydan menyoal teruja. Livrose putar bebola matanya ke atas.

“Tamak!” Dia melabuhkan duduk di sofa berhadapan lelaki itu.

“Liv…aku nak cakap sesuatu ni. Kau jangan marah aku pulak, aku…terpaksa setuju.”

Rydan menutur lambat-lambat. Gadis itu mengecilkan mata. Rydan dah buat salah apa ni??

“Err..aku terlupa nak delete gambar kau yang aku terambil masa kat hutan kelmarin. Tadi masa ada presentation, secara tak sengaja gambar kau masuk sekali dan klien aku tu, nak kau jadi duta produk diorang. Aku dah cuba tolak dah, tapi kau tak kenal Fred tu macam mana…susah betul.” Rydan menjelaskan satu persatu.

“Aku kena buat apa?” Livrose menyoal.

“Err..aku tangkap gambar kau, untuk iklan promosi produk Grenner.”

“Maknanya….kau rakam aku, guna benda hitam tu?”

Livrose mengunjuk kamera yang diletak di atas meja di depan Rydan. Rydan mengerling kameranya sebelum mengangguk laju.

“Ya..”

“Hmmm….okey..tapi dengan satu syarat!” Livrose mengangkat jari telunjuknya ke atas.

“Anything..name it!”

Rydan bersuara terdesak. Henry memaksanya menyiapkan projek itu secepat mungkin, dan dia tiada jalan lain kalau itu yang dimahukan kliennya. Bukan dia tak cuba mengusulkan cadangan untuk mengambil sahaja mana-mana model wanita yang sedia ada, tapi Henry bertegas mahukan Livrose sebagai duta produk syarikatnya.

“Kau kena tolong aku balik ke sana..Janji?”

Livrosee mengunjuk jari kelingkingnya buat gaya pinky promise. Rydan merenung sebentar jari kelingking gadis itu yang disua padanya sebelum dia menyambutnya, menaut jari kelingkingnya sendiri disitu.

“Janji!” Rydan mengangguk.

******

Rydan dan Livrose menyusur denai laluan ke hutan, mengikut jejak krew dari syarikat Greener yang berbondong-bondong mengangkut segala jenis peralatan tambahan untuk tujuan photoshoot.

“Okay, kita shoot di sini! Latar belakang pokok woods ni cantik.”

Henry mengarahkan krewnya berhenti. Beberapa orang daripada mereka mula membuka payung kecil lalu di pasak ke tanah. Kerusi mudah alih yang dibawa dibuka. Henry duduk di situ, memandang skrin pada laptop yang akan memaparkan gambar hasil petikan kamera Rydan.

“Lisa, bawa dia tukar baju.” Henry mengarah salah seorang pekerja. Gadis berseluar jeans bernama Lisa itu segera menghampiri Livrose.

“Jum..”

Lisa mengajak gadis itu ke sebuah penghadang kecil yang didirikan untuk model menukar baju. Livrose mengerling Rydan Lelaki itu mengangkat ibu jari, buat tanda bagus. Setelah Livrose menghilang di balik penghadang itu, Rydan menumpukan perhatian pada kamera di tangannya. Dia menetapkan setting yang sesuai untuk suasana dalam hutan.

“Tuan…dah siap.”

Lisa keluar dari balik penghadang itu dengan Livrose di sisinya. Rydan berpaling melihat sebelum terlopong. Gadis itu kelihatan sangat cantik dengan solekan nipis dan gaun kuning lembut yang membalut tubuhnya itu. Kepalanya dihiasi dengan lingkaran bunga-bunga segar, menambahkan lagi seri ayu Livrose.

“Nice! Okay..Rydan, dah ready ke?” Henry bertanya padanya. Rydan masih merenung Livrose ralit.

“Rydan!”

Henry menguatkan suara sedikit. Rydan tersentak sebelum mengangguk laju. Livrose dibawa ke arah prop yang sedia terpasang. Rydan mengarah posisi Livrose, dibantu oleh Lisa. Setelah merakamkan beberapa keping gambar, Rydan menghampiri laptop di depan Henry. Lebih jelas untuknya menelek sebarang kelemahan pada gambar di skrin laptop itu. Henry kelihatan menggelengkan kepala.

“This is not real enough..I nak gambar macam u tunjuk dalam studio haritu.” Henry mendesak.

“Maksud u?” Rydan kurang faham.

Henry bangun, berjalan ke sekitar kawasan itu, sebelum berhenti di hadapan pokok ivy yang menjalar ke sebuah pohon Aspen. Dia menguak dedaun pokok itu rakus. Livrose memandang ke arah Rydan dengan wajah gusar. Matanya tak lepas menjeling tapak kaki Henry yang menginjak tumbuhan blue bell yang tumbuh melata di bumi.

“Brad, ambil kan prop hidup!”

Henry separuh melaung pada pekerjanya. Rydan berpaling melihat lelaki yang dipanggil Brad yang terkocoh-kocoh mengambil sebuah kotak yang ditebuk setiap penjurunya. Brad membuka kotak itu berhati-hati, lalu mengeluarkan seekor merpati putih yang diikat kakinya. Dia berjalan ke arah Livrose, menghulurkan burung yang ketakutan itu pada gadis itu.

“Okay..u duduk dalam ni sikit,pegang burung ni.”

Henry menarik lengan Livrose ke tumbuhan menjalar ivy itu tadi. Livrose merenung mata burung merpati di tangannya.

“Kenapa ikat kaki dia?” Dia bertanya, naif.

“Okay ready!”

Henry melaung, jelas tidak mengendahkan pertanyaan Livrose. Dia duduk semula di atas kerusi.Livrose kekal senyap tak berkutik. Tiada senyum terukir di wajahnya. Dia merenung Henry tajam dengan muka tak puas hati. Rydan resah di balik kameranya. Dia tahu Livrose tidak suka haiwan diperlakukan begitu.

“Burung ni akan bebas kan lepas ni?” Livrose bertanya lagi.

Henry mengekek ketawa. Apa kenalah perempuan ni!

“Kami dah beli burung tu..tak semudah tu kami nak lepaskan balik! Kami akan kurung untuk gimik pelancaran produk ni nanti!” Henry membalas. Livrose tercengang.

“Tak boleh! Kamu kena lepaskan dia!”

Livrose mencerlung pandangan ke arah Henry sebelum cuba membuka ikatan pada kaki burung merpati itu. Henry bangun mendadak dari kerusinya.

“Kau dah gila ke perempuan!? Halang dia! Kurung balik burung tu!”

Henry mengaum bengang. Rydan berlari ke arah Livrose. Brad cuba mengapai burung dalam genggaman gadis itu. Berlaku pergelutan, burung itu berjaya dirampas Brad sebelum Livrose sempat melepaskannya. Burung itu mengelupur ketakutan di dalam tangan Brad. Rydan cuba menghalang Livrose dari menerkam Brad. Livrose mengetap gigi, lalu mengangkat tangannya sekilas ke udara, menukar Brad ke bentuk seekor tikus mondok! Rydan membeliakkan biji mata. Seluruh krew menjerit terkejut melihat Brad yang kini mencicit nyaring di atas tanah. Burung merpati yang tergeletak dengan kaki terikat di sebelah tikus mondok itu diambil Livrose.

“Apa yang….” Henry kelu mahu menyambung ayat.

“Henry…i boleh jelaskan..” Rydan melangkah ke depan, melindungi Livrose.

“Tangkap dia!”

Henry menengking memberi arahan pada pembantunya. Mereka teragak-agak seketika sebelum mengorak langkah ke arah gadis itu. Rydan berpusing ke belakang, menggapai tangan gadis itu lalu terus berlari ke dalam hutan. Rahsia gadis itu telah terbongkar, dan dia tidak selamat lagi di situ!

**********

Fred menghempas gagang telefon di dalam bilik pejabatnya dengan rasa geram yang membuak. Rydan dah melampau! Henry baru sahaja menelefonnya memaklumkan tentang apa yang telah terjadi. Rahangnya menegang. Semua ni berpunca dari perempuan tu! Rydan tak pernah malukan dia sebegini! Fred menyentap kasar baju kot nya yang tersadai di atas sofa di ruang pejabatnya sebelum bergegas keluar. Dia perlu mencari Rydan!

*******

Mereka menyusuri anak sungai kecil itu, menyeberangi airnya yang dingin separas betis. Sesekali Rydan berpaling cemas ke belakang, risau kalau-kalau orang suruhan Henry berjaya menjejak mereka. Tebing yang mencuar sedikit ke atas itu di dakinya dengan mudah. Dia masih mengenggam erat tangan Livrose, membantu gadis itu naik ke atas tebing rendah itu. Mereka menapak lagi sehingga Rydan menemui sebuah pohon Snowball bush yang merendang dengan bungaan putihnya lebat merimbun. Dahan pokok itu melentur hampir mencecah lantai hutan. Rydan menguak sedikit dahan bagi membolehkah mereka bersembunyi seketika di bawah pohon rendang itu. Dia sempat mengintai dari celahan dedaun sebelum mengeluh lega. Mereka terlepas daripada buruan orang suruhan Henry. Mungkin, buat ketika ini, dia tak tahu. Otaknya terasa tepu dengan apa yang baru saja terjadi.

“Hey…jangan takut. Kau dah selamat sekarang.”

Livrose berbisik pada burung merpati dalam pelukannya. Gadis itu masih kekal memegang burung itu semenjak tadi. Rydan mengeluh. Kenapa lah dalam banyak-banyak manusia, dia yang kena hadap semua ni?

Livrose membuka ikatan pada kaki burung merpati itu, menyelak sedikit dahan pokok yang merimbun dengan bunga seputih salju itu lalu membuka tapak tangannya. Burung merpati itu mematuk tapak tangan Livrose dengan manja, bagai mengucapkan terima kasih sebelum terbang bebas ke udara. Livrose tersenyum riang melihat kelibat burung merpati itu yang mengepak gembira di atas mereka sebelum terbang tinggi di dalam hutan dan hilang dari pandangannya. Rydan menjeling merpati yang menjadi punca utama dia bakal kehilangan kerja yang kini terbang menjauh, mengecil menjadi bebola kapas gebu sebelum hilang di balik dedaun hutan. Ya, burung tu dah bebas, sekarang dia yang terpenjara di dalam hutan ni!

“Puas hati kau sekarang??” Rydan membentak sedikit.

“Burung tu tak bersalah!” Livrose mendengking.

“Ya, dan kau pun tak perlu nak tukar si Brad tu jadi tikus!” Rydan membalas laju.

“Memang patut pun, dia dah melampau!”

“Degil! Patutlah kau tercampak ke sini!”

Livrose menjeling Rydan tajam. Ikutkan hati, lelaki itu pun mahu ditukar menjadi tikus!

********

“Mana dia!?”

Fred menyoal Henry yang sedang melangkah melalui denai kecil yang mengunjur keluar dari hutan itu. Beberapa orang krew turut ada bersamanya.

“Lepas lari ke dalam hutan! Aku harap dia dimakan beruang dalam hutan tu! Kau tengok apa yang dia dah buat pada Brad!!?”

Henry menempik marah sambil mengunjuk kotak kertas yang ditebuk setiap penjurunya. Sudahlah projek syarikatnya terhenti di tengah jalan, salah seorang stafnya pula sudah bertukar menjadi tikus! Entah makhluk jelmaan apa perempuan itu agaknya! Henry menyumpah dalam hati!

“Kenapa dengan tikus tu?” Fred menyoal pelik.

“Tikus???! Ini Brad! Pembantu aku! Perempuan dalam gambar Rydan tu dah tukar Brad jadi tikus!! Perempuan tu ahli sihir!!”

Henry menderam tidak terkawal. Mukanya merah padam menahan amarah.

“Ahli sihir??”

Fred mengecilkan mata. Henry mendengus tak sabar. Misai melentiknya bergerak-gerak mengikut bibirnya.

“Perjanjian syarikat kita dibatalkan!”

Henry mengumam kuat sebelum menghentak kaki besarnya keluar dari laluan denai itu.

*********

Bunyi bersahutan unggas yang pulang ke sarang menandakan hari telah menjengah lewat petang. Sebentar lagi, matahari akan berlabuh dan hutan itu akan bergelap. Rydan mengusap mukanya berkali-kali, cuba untuk memikirkan jalan untuk keluar dengan selamat dari hutan itu tanpa ditangkap orang suruhan Henry. Kelibat Livrose dikerling sepintas lalu. Gadis itu masih merajuk dengannya. Livrose dilihat sedang melukis sesuatu di atas tanah menggunakan sebatang ranting kayu. Rydan membiarkan gadis itu. Tak kuasa dia nak pujuk! Dia baru sahaja berpaling ke kiri apabila secara tiba-tiba, seketul batu kecil hinggap ke kepalanya.

“Hoi! Apa ni?”

Rydan mengosok kepalanya yang terkena batu itu tadi. Livrose mendongak melihatnya.

“Kau baling batu ke?!”

Rydan menuduh. Siapa lagi yang ada di situ selain gadis tu??

“Apa?? Aku tak buat apa pun!” Livrose menjawab kasar.

“Habis tu siapa..”

belum sempat Rydan menghabjskan ayatnya, seketul lagi batu hinggap di badannya pula. Rydan mengaduh. Batu kali ini agak besar berbanding tadi. Rydan berpusing sekeliling, mencari punca dari arah mana datangnya batu itu. Dia tak nampak langsung kelibat sesiapa di situ atau mungkinkah orang suruhan Henry berjaya menjejak mereka?

“Tunggu! Chanuques?? Di hutan sebelah sini?” Livrose bersuara.

“Hah??”

“Shuu…”

Livrose meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Dia bergerak ke belakang Rydan lalu bersiul. Tidak lama kemudian, dari balik belukar di belakang pohon mereka berteduh itu muncul seekor makhluk bermuka tua tetapi berbadan kanak-kanak lingkungan umur empat tahun. Makhluk hodoh itu memakai topi berbentuk segi tiga yang sudah lusuh dan compang camping. Rydan menahan diri daripada menjerit terkejut.

“Chanuques! Di hutan ni! Siapa sangka kan?!”

Livrose menjerit riang. Ya, siapa sangka..gadis itu boleh baik-baik saja bertenang dan ceria berjumpa makhluk yang entah apa ini.

“Hai!” Gadis itu menegur ramah. Dia membongkok sedikit supaya ketinggiannya hampir separas dengan makhluk itu.

“Kau boleh tak jangan baik dengan semua haiwan??”

Rydan menegur. Makhluk itu menderam marah sambil merenung Rydan.

“Ini bukan haiwan lah! Ini chanuques! Dia memang suka baling batu sungai untuk takut-takutkan penceroboh hutan. Kalau kau nak panggil dia datang, kau kena bersiul!”

Livrose menerangkan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah Rydan sedang mengikuti kelas tentang bagaimana mahu berkenalan dengan Chanuques..

“Tapi…kenapa pula kamu berada di hutan sebelah sini?”

Livrose bertanya pada makhluk itu. Makhluk itu mendengus dengan bunyi seperti seekor kerbau sebelum lambat-lambat membuka mulutnya yang tidak bergigi lalu menjawab…

“Dunia sebelah sana berantakan ketika ini. Raja Rhelasia sudah mangkat, dan sekarang perebutan tahta diraja berlaku. Pertumpahan d***h dimana-mana…”

Chanuques itu menderam. Matanya dihala ke arah hutan, memandang jauh ke dalam hutan tebal itu yang mulai gelap.

“Tak…tak mungkin!” Livrose terduduk. Khabar itu menyentak keriangannya sebentar tadi.

“Dia…boleh tolong kita..”

Makhluk itu mengunjuk Rydan sambil menyeringai. Mereka berdua tercengang sebelum saling berpandangan.

“Dia??”

Livrose menekan suara mahukan kepastian. Makhluk itu mengangguk.

“Mengarut! Aku mana boleh masuk ke sana!”
Rydan menggeleng.

“Kenapa tidak?”

Chanuques itu bersuara lagi. Livrose termengkelan. Bagaimana dia boleh terlupa yang Chanuques adalah makhluk penjaga hutan,dan keupayaannya membuka pintu sempadan ke dunia sebelah sana! Livrose kelam kabut berdiri semula.

“Kau kena ikut aku ke sana!”

bersambung…….

#afrooo

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Afrooo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Dua Sempadan (bhg. 2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.