#east : Imaginasi & Realiti
Assalammualaikum dan terima kasih pada pembaca semua. Kali ni cerita saya berkisar mengenai Pad Wanita yang saya beri tajuk Imaginasi, Cinta, Realiti & Kesimpulan. Diharap pembaca dapat menghayati walaupun ia nya kisah yang pendek. Dan maaf cerita ini ada unsur 18sx sedikit.
Aku kerap kali di datangi seorang gadis yang cukup ayu di dalam mimpi. Pakaian nya agak pelik, macam pakaian dari golongan bangsawan. Entah mengapa aku turutkan sahaja kehendak gadis itu. Kenyataan nya di dunia sebenar aku hanyalah lelaki biasa yang inginkan seorang gadis untuk di jadikan isteri. Tapi adakah mungkin wanita menyukai aku? Sedangkan wajah ku berjerawat batu, tubuh umpama kayu, masih adakah cinta untuk ku? Kehadiran Puteri Aulia di dalam mimpi ku sedikit sebanyak merubat diri ku yang amat menginginkan belai manja seorang wanita. Puteri Aulia amat cantik tak pernah aku melihat wanita secantik itu. Aku lemah dalam dakapan Puteri Aulia, Puteri Aulia adalah segala galanya untuk ku .
“Lia, abang rasa bahagia sangat. Terima kasih sebab menyayangi abang walaupun hanya dalam mimpi ” senyum aku pada Lia
“Abang mahu Lia muncul depan mata abang? Abang sanggup terima Lia? ” kata Lia pada ku
“Seburuk mana pun Lia. Abang tetap mencintai Lia, lagi bagus kalau Lia ada di sisi abang” kata ku
Aku terjaga dari tidur dan tersenyum sendiri. Kehidupan kami umpama suami isteri masing masing saling menyintai. Aku lupa halal dan haram, sehingga terlanjur dengan Aulia .
Terlintas di fikiran ku, bolehkah Lia muncul di hadapan ku. Mata ku terpandang tepat di pintu, pintu terbuka perlahan lahan, kepulan asap entah dari mana masuk ke bilik ku. Kepulan Asap itu membentuk sesusuk tubuh, aku mula berpeluh. Kaki umpama di gam tak mampu untuk berlari. Kepulan Asap membentuk tubuh Aulia kekasih hati. Hati ku tenang dan tak takut seperti tadi.
“Abang, Lia datang. Maaf sebab takutkan abang tadi ” kata Lia tersenyum
“Lia, dalam mimpi wajah mu cukup indah. Di alam nyata cukup indah, kemari sayang ” kata ku yang terpesona dengan kecantikan Aulia. Aku dan Aulia rebah di kamar saling berpandangan
“Ish mana pulak la Paan ni. Dah seminggu tak masuk kerja” kata Encik Vicky iaitu bos kepada Farhan
“Tak tahu lah bos. Rumah berkunci bos. Saya semalam singgah rumah dia, memang tak ada orang. Semak dah laman rumah ” kata Black
“Black, nanti singgah lagi. Mana tahu apa apa jadi kat dia. Pasti kan nanti inform kat saya” kata Encik Vicky. Encik Vicky berlalu dan menuju ke bilik nya. Entah kenapa Farhan tidak masuk kerja.
“Aduh, bikin masalah la Paan ni. Tau la sekarang ada makwe. Janganla sampai macam ni. Menyusahkan ” adu Black pada Laila
“Kau dah cuba contact dia? “soal Laila
” Dah banyak kali. Ada awek dia angkat” kata Black
“Hah tu kan dapat telefon tu ” kata Laila
“Memang la dapat. Awek dia cakap nombor yang anda hubungi tiada dalam perkhidmatan. Kecewa betul aku ” kata Black tersenyum pada Laila
“Orang serius, kau main main. Nak kena pelempang? ” marah Laila pada Black
“Ala gurau sikit pun tak boleh. Tak pe balik ni aku singgah rumah dia” kata Black
Black merupakan sahabat baik Farhan. Black sendiri hairan dengan perubahan Farhan. Kali ini Black memasang niat nak mengintip keadaan rumah Farhan. Black mengajak Mail. Malam itu, Black dan Mail menyelinap ke belakang rumah. Perlahan lahan Black melihat di cermin dapur, kelibat Farhan kelihatan. Akan tetapi Farhan yang gemuk sebelum ni, kelihatan cengkung dan kurus
“Kenapa aku selalu tewas ni. Dah 2 jam tetap tewas ” rungut Farhan
“Takpe malam ni. Aku telan tongkat ali banyak banyak ” kata Farhan sendirian dan menuju ke bilik tidur nya. Black pelik
“Wei Paan tu dah kenapa ? ” soal Mail
“Manalah aku tahu. Dah jom masuk. Hati hati jangan sampai dia dengar ” bisik Black
Black menyelinap masuk ke dalam rumah Farhan melalui pintu belakang yang tak berkunci.
“Pergh bau kucing m**i woi ” kata mail berbisik
“Shhh. Diam dan tahan hidung tu ” kata Black
Black dan Mail terdengar gelak tawa Farhan. Mereka berpandangan, dan terus menaiki tangga perlahan lahan supaya tak di dengari Farhan. Dihadapan pintu bilik Farhan, Bau busuk yang teramat menusuk ke hidung. Mail hampir termuntah .
Black membuka pintu bilik Farhan sedikit. Allahuakbar kata Black .
Farhan sedang dalam keadaan bogel dan menindih batang pokok pisang. Di tepi nya kelihatan seorang wanita tua yang buruk wajah nya sedang tersenyum melihat Farhan. Black dan Mail terus beredar dengan segera untuk mendapatkan bantuan. Black menuju ke rumah Encik Vicky iaitu rumah bos nya.
“Assalammualaikum Encik Vicky ” jerit Black
“Waalaikummussalam, dah kenapa kamu Black? Macam nampak hantu saja ? ” kata Encik Vicky
“Paan paan fuh paan en ” kata Black
“Paan kenapa ? ” tanya Encik Vicky kehairanan
“Paan kena kacau dengan hantu en ” sambung Black tercungap cungap
“Astaghfirullahalazim . Tak pe kamu pergi ke rumah dia. Nanti saya dengan adik saya menyusul ” kata Encik Vicky
Black dan Mail berlari ke rumah Farhan dengan kadar segera. Risau terjadi apa apa yang tak di ingini.
Beberapa minit kemudian Encik Vicky dan Adik nya tiba.
“Eh abang. Dah teruk sangat staff abang ni ” kata Jalal
Jalal membaca Ayat Kursi sambil melangkah ke rumah Farhan. Terasa angin yang kuat menolak tubuh nya supaya tidak hampir dengan rumah itu. Tangan Jalal menepis nepis, umpama menidakkan angin menghalangnya dari untuk maju.
Surah Al Baqarah di baca saat Jalal membuka pintu rumah Farhan.
“Allahuakbar, banyak sangat ni! ” jerit Jalal
Di setiap sudut rumah Farhan, di ruang tamu. Penuh dengan makhlus halus wanita. D***h merata rata, bau kencing di setiap penjuru. Tambah mengejutkan ada pad wanita yang berdarah. Penuh dalam beg, Jalal kehairanan.
“Berapa orang duduk dalam rumah ni? ” soal Jalal pada Black
“Seorang je bang setahu saya ” kata Black
“Farhan ada tabiat yang tak elok. Berimaginasi dengan Pad wanita yang di buang. Yang ada ni dia kutip, tak hairan dia di ganggu seteruk ini ” kata Jalal
Laungan Azan Encik Vicky memecah kebuntuan Jalal. Jeritan wanita bergema di ruang tamu.
Surah Yassin di baca diikuti oleh Encik Vicky. Perlahan lahan mereka menuju ke atas. Farhan berada dalam keadaan yang memalukan, tubuhnya yang kering. Seakan akan putus nafas, berlinang air matanya menahan kepenatan.
“To to long aku black ” kata Farhan air matanya menitik
Sedarlah Farhan, dia sebenarnya telah di kacau oleh Jin Betina menyerupai Wanita. Dan apa yang dia ‘lakukan’ iaitu ‘bersama’ adalah dengan batang pokok pisang yang telah buruk dan membusuk.
“Kenapa kau kacau dia! ” jerit Jalal pada Lembaga yang berdiri di sisi Farhan
“Dia mahukan aku. Aku hadir untuknya. Makanan dia berikan, Usah kau pisahkan kami !” Jerit lembaga menyerupai Wanita tua .
“Kau syaitan. Kau Jin. Mana mungkin manusia berkahwin dengan Jin. Pergilah kau dari dia ” kata Jalal dengan tegas
“Kau diam” kata makhluk itu sambil tangannya di hayunkan .
Black secara tiba tiba tercampak ke arah almari baju. Mail di apung betul betul hampir dengan kipas yang berpusing. Kalimah tiada tuhan selain Allah SWT di baca oleh Encik Vicky. Mail terjelepuk di atas Tilam berhampiran Farhan. Mail dan Black pengsan. Jalal menadah tangan membaca ayat kursi, Surah yassin (untuk menghalau).
“Inna allaha sayubtiluh
Falamma alqaw qala moosa majitum bihissihru inna Allaha sayubtiluhu inna Allaha la yuslihu Aamala almufsideen ” baca Jalal dari ayat Al Quran surah Yunus ayat 81.
“Argh argh panas panas. Kau pisahkan aku. Kau kejam, Manusia patut m**i!” kata Makhluk itu yang berada dalam kesakitan.
Perlahan tubuhnya terapung dan mengecil. Jalal tidak berhenti dan terus membaca surah Yunus.
Argh argh argh manusi terkutuk argh argh jerit makhluk itu dan puff cahaya terang di dalam rumah secara tiba tiba. Sedarlah Jalal, jin itu telah pun tewas .
“Farhan, tabiat kamu usahlah di buat lagi. D***h h**d wanita bukan untuk di permainkan. Kamu salah, Makhluk itu datang saat kamu berimaginasi dengan d***h yang ada di pad wanita. Apa yang kamu fikirkan menggunakan d***h kotor itu memuaskan nafsu? Sebab itu kamu tewas. Tugas mereka menyesatkan kita ” kata Jalal
Perlahan air mata Farhan mengalir tanda menyesal.
“Kita sebagai manusia tidak akan tahu perangai manusia yang lain. Tidak boleh menilai wajah orang itu baik jadi dia baik. Dalam kes Farhan, Kita lihat dia macam orang lain yang baik. Hakikatnya dia ada tabiat pelik, tabiat yang pengotor yang mana tabiat itu mengundang makhluk halus. Apapun we try to help Farhan ” kata Encik Vicky
“No matter what happens in our life. Please to remind other people, Allah SWT is always beside us ” kata Encik Vicky memberi peringatan
“Woman, money and anything else is temporary. Please and please Allah SWT is everything ” senyum Encik Vicky
“Thank you bos. I know how to remind the others. I hope this story give the others to think and learn” kata ku
“I tak sangka. Farhan begitu orang nya. Tapi kita tak boleh salahkan dia, kita cuba ajar dia balik apa yang sepatutnya. Dan alhamdulilah Farhan selamat sembuh dan berkahwin. Saya hantar dia jaga site dekat luar kl ” sambung Encik Vicky
“Terima kasih Encik Vicky. You are awesome bos ” kata ku
“You are welcome. Nice to meet You ” kata Encik Vicky menamatkan perbualan.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Best