lightning_last_year_by_oompa123

Ein, Ifa, Huda dan Aku

Assalamualaikum.. Aku Zura. Sory sangat2 panjang. Aku malas nak buat episod2 ni kisah aku paling killer bagi aku.. Kerana dia buat aku tak bernafas. Rasa nak mati.. Kau org mesti pernah rasa kena khianat separuh mati, bukan? Ni aku buka 1 per 1 kronologi perkenalan kitaorg..

Jun 2014..
Datang seorang customer.. Aku keje dkt mynews/newsplus lrt cempaka.. Siapa org ampang.. Dia tau location ni.. Student lagi dia.. Masa tu aku tak sangka umurnya 19.. Tapi muka mature.. Kalah aku weh.. Beza kitaorg dlm 5 tahun mcm tu la.. Tgh2 dia nak byr barang.. Dia cakap la “jomlah lepak rumah aku.. Aku menyewa kat kondo sebelah ni..”
Masa tu aku tak fikir lagilah.. Sbb aku ni pun memilih kawan.. Bukan nak yang kaya2.. Ada sebab kenapa.. Siap masa tu dia nak bagi nombor hp.. Aku nak jaga hati..aku ambiklah kertas bagi dia tulis..namanya Ein.. Dah bayar brg semua.. Dia pun pergi..

Aku masih tertanya2 why me dia nak kena berkawan.. Dia ramai kawan kot.. Student la.. Tipu la tak de kwn.. Aku pun suka berborak dengan customer.. Tu sebablah kot.. So secara tak sengaja aku dah buang no dia.. Masa tu aku kemas2 handbag aku.. Segala resit2 aku buang..

Until…

Selang berapa hari.. Dia dtg.. Dia tanya “tak contact pun”.. Which mean.. Dia betul2 serius nak berkawan dgn aku.. Aku trus trg.. Aku da buang no dia.. Dia tak marah.. Cuma cakap.. “Ooo patutlah.. Aku tunggu kau contact.. Takpe bagi no kau la.. Nnt aku text.. Sng2 dtg la lepak.. Aku tinggal sorg”

Aku macam tak percaya yang dia duk sorang.. Menyewa kondo weh.. Ini kl.. Apa je murah.. One day aku tergerak hati nk ajak dia makan.. Time rest aku 2 jam.. Sebab aku keje 12jam.. Ok dia set.. Laju gak dia bersiap.. Then dia tunggu aku kat kedai makan lrt corner.. Makan2 after tu.. Ada baki masa lagi.. Aku minta tumpang solat kat rumah dia.. Masa masuk rumah dia aku tak rasa lagi.. Time nak solat.. Mmg lah tak khusyuk time tu.. Sebab aku terasa benda memerhati dari atas.. Macam terapung.. Fyi, aku solat kat bilik master room.. Dia cakap bilik tu parents dia duduk.. Aku pun ok la.. Aku ni sixth sense.. Aku blh rasa apa yang tak kena.. Kau orang bayangkan.. Rumah kondo tingkat 2.. Aras tu panas.. Lantai rumah dia panas.. Time tu baru lepas hujan.. Haaa… Kau rasa??

Mistik aku bermula…

Pertengahan bulan julai 2014..
Bulan julai bulan akhir aku kerja kat mynews.. Masa tu aku dgn ein da ngam.. Aku blh tidur kat rumah dia.. Aku suka betul dengar slank BI dia.. Fasih.. Aku suka berkawan dengan dia bukan sebab dia orang kaya.. Aku tak tahu nak describe.. Dengan semua orang aku layan sama rata..

Bermula masa.. Aku tidur malam.. Kau orang bayangkan tidur kat ruang tamu.. Ada air cond.. Tapi masih panas.. Kitaorang berpeluh2.. Ein ada cakap.. Kalau dia tinggal sorg.. Bila nampak lembaga hitam kat dalam rumah tu.. Aku tidur2 ayam je.. Sebab bahang tak boleh blahh.. Masa tu aku dah macam… Whatttttt theee helll.. Ni ke alasan dia ajak aku tidur sini.. Aku rilek lagi.. Cover perasaan.. Bukan takut.. Sbb aku dah nampak benda tu masa aku tumpang solat beb.. Aku tau kat mana lembaga tu duduk..kat dapur rumah ein.. Benda tu bukan dari situ.. Tapi orang menghantar..

Ein tanya “kau ok tak?”.. Aku jawab “aku panas wehh.. Kipas macam tak de function jer..” Nasib esok tu aku cuti.. Tak de la aku rasa macam ngntuk sangat.. Aku cakap kat ein “aku ada pendrive.. Kau pasang surah Al baqarah blh tak kat laptop kau.. Biarkan je terpasang.. Bawa masuk bilik.. Kita tidur berdua dalam bilik..ok?”.. Ein pun.. “Ok set..”

Aku tak tidur sebenarnya.. Aku tengok ein macam lena.. Masa tu aku dengar orang bercakap.. Pukul 3pagi.. Aku dengar orang buka shower.. Bilik tidur ein ngam2 bertentangan bilik air.. Aku dengar tv terpasang.. Aku dengar bunyi guli, orang menjerit dari bawah.. Aku tahan je.. Sampai la azan subuh.. Aku lega sangat.. Tapi tu bukan berakhirnya bunyian2.. Hahah..

Hujung bulan 7 2014..

Makin kerap aku tidur rumah dia.. Macam2 aku kena ganggu.. Sampailah satu hari tu.. Aku lepak rumah ein.. Sorang.. Aku taklah berani sangat.. Pg tu ein ada kelas.. Dia benarkan aku stay dlm rumah.. Aku ok kn je.. Petang.. Jam 3.. Aku sdap2 nonton tv.. Aku ingatkan nak pi ambik charger dlm bilik.

Masa aku pi tu aku terasa di perhatikan lagi.. Masa tu aku rasa blur sgt sampailah aku lalu kat depan bilik parents. Selalunya pintu bilik tu tutup.. Bagi ein itu privacy.. Korg tau tak apa bnda ak nmpk.. Sepasang couple. Lelaki perempuan. Aku tersentak weh.Kaku tergamam. Muka separuh hancur. Dua2 toleh kat arah aku.Aku sempat lari masuk dalam bilik ein.. Aku buka laptop aku.. Aku buka surah Al baqarah sampai habis besar dah suara.

Aku tak hairankan jiran sebelah.. Bising pun bising la.. Tetiba ein text aku “weh.. Kau kat mana.. Jangan keluar dari bilik aku.. Kau stay je..”.. Aku dah tergamam.. Macamana dia tau aku kalut dalam rumah dia.. Siapa sebenarnya dia ni.. Aku reply “aku tak kira kau habis kelas jam berapa.. Kau balik skrg!!” Tengah2 ayat suci di perdengarkan.. Pintu bilik aku dah kunci.. Macamana boleh terbuka sendiri.. Aku tengok je pintu tu.. Nak kata angin tak jugak.. Dari luar bilik mana dtgnya angin.. mana angin boleh bukak pintu yang berkunci.. Tak logik ok!.. Aku beranikan diri.. Pi tutup balik.. Terketar2 badan aku..

Selang setengah jam..

Aku dengar suara ein bagi salam.. Aku text ein “kau ke yang masuk rumah bagi salam?”.. Ein reply “jap aku tak sampai lagi.. Jgn keluar lagi dari bilik tu..” Haaa… Korang rasa? Sakit weh masa tu.. Aku tak tahu nak kemana. Rasa terperangkap.. Masa tu aku berdiri belakang pintu.. Aku rasa macam ada yang menunggu depan pintu.. Terasa sangat.. Sampailah dah azan asar.. Aku rasa lega sekejap.. Tak habis tu aku macam terdengar satu suara “Ein milik aku! Knp kau nak ambik hak aku.. “.. Aku dah aduiii kenapa lak ni wehh.. Apa benda aku dah rampas dari tu semua.. Aku jerit dalam bilik.. “Kau syaitan.. Aku manusia.. Darjat aku lagi tinggi dari kau.. Kalau berani.. Tunjuk sapa tuan kau.. Sapa yang hantar kau ke mari!!”.. Bunyi macam orang pegang sudu banyak2 kat dapur.. Bilik ein dengan dapur x jauh mana.. Dekat sangat.. Kali kedua aku dengar suara ein bagi salam.. Aku text dia lagi.. “Kau ke tu?”.. Ein reply “ye”.. Aku lega kejap.. Sebenarnya rumah dia tak selamat.. Hati aku dah bagi warning.. Di sebabkan kawan aku abaikan..

Ein ajak aku keluar dari rumah dia.. Kitaorg lepak bawah.. Aku tanya bertubi2.. Sebab aku tak puas hati.. Separuh mati aku dibuatnya.. tadi tu apa benda? Kenapa menggila ganggu aku.. Kenapa aku nampak sepasang couple dalam bilik mak kau? Kenapa ein? Apa ada dalam rumah kau? Ada yang menghantar ke?

Muka ein berubah.. Dia takut nak explain.. Aku tanya kenapa diam .. Aku nak tahu.. Kau tau tak nyawa dah tahap ni (aku tunjuk bwh leher).. Ein diam je.. Aku tanya lagi.. Kau manusia ke setan? Baik kau jawab semua persoalan aku..

Ein cerita ada kwn baik dia menghantar.. Nak di jadikan cerita.. Petang tu, lepas asar aku ingat nak cari barang2 tu dalam rumah Ein.. Tup2 Ein cakap Ifa nak datang tumpang beg and nak belajar sekali esoknya ada test.. Kalut kemain aku dgn bff aku menyorok.. Nak keluar tak boleh , confirm terserempak..

So Ein decide suruh aku dgn bff masuk bilik parents dan kunci.. Kasut pun bawa masuk.. Sbb taknak Ifa syak ada org lain kat rumah.. Tak tahu knp, masa Ifa masuk, aku sakit gila.. Tapi aku tahan.. Masa dalam bilik parents Ein, aku cakap dgn bff aku jom cari ‘barang’.. Slow2 aku kitaorg buat keje.. Masa tu la, Ifa nak masuk bilik parents Ein, katanya ada barang tertinggal.. Aku syak Ifa tahu ada org lain selain dia.. Tipulah kalau dia tak tahu..

Selalunya org yg ‘menghantar’ ni boleh rasa kehadiran org2 mcm kami.. Faham kan.. Dah macam vampire dah.. Haha.. Ein masuk bilik parents and jumpa kita org.. Bgtau Ifa sebolehnya nak masuk nak barang apalah.. Aku cuma cakap kat Ein.. Cakap dgn yakin yang dia (Ein) dah lambat ada hal.. Nak keluar.. Tetiba Ifa boleh cakap “oo i lupa, brg i kat bilik u la”.. Masa tu lega weh.

Then Ifa dgn Ein keluar, masa tu jantung aku masa tu uishhh Tuhan je yg tahu.. Sampai lah maghrib kitaorg cari barang tu.. Aku target masa dalam 15min.. Kuat sgt instinct aku rasa ‘brg’ tu ada dlm bilik parents dia. Jumpa, tapi aku rasa kalut sgt.. Aku rasa di perhatikan.. Aku rasa mcm kena kepong.. Aku rasa tak selamat langsung bila lama sgt kat rumah tu walaupun surah Al Baqarah terpasang dan tak tutup pun.

Terasa sgt. Masa nak keluar tu, aku suruh bff aku yang kunci pagar semua.. Aku tak mampu buat sebab tangan aku dah sakit teruk..Ein da nak dkt sampai rumah.. Nasib baik aku sempat call n suruh dia jgn balik.. Malam tu jam 8 Time tu kita orang berkumpul kat mcd.. Aku tanya ein.. “Kau rasa aku jumpa apa?”.. Ein jawab “benda tak baiklah kan.. Rumah tu dah mcm tmpat jin bertandang..” Aku pun..”Ok good.. Kau tau pun.. ” Aku campak depan dia barang tu.. Aku cakap “nah.. Ambik bwk balik johor.. Gi berubat.. Risiko apa tah aku tanggung.. Sanggup lagi aku tgk bdk histerHia dpn mata dari barang bodoh ni!” Ein tanya nak buka tak barang ni sbb nak tau apa isinya.. Aku jawab spontan “pengasihlah tu, ni mesti ada tulisan2 jawi.

Sbb tu aku panas dgn benda mcm ni.. Benda penuh syaitan”.. Ein pun buka, memang betul sangkaan aku.. Pengasih.. Malam tu kami jadi homeless.. Kitaorg bukan taknak balik rumah masing2.. Bygkanlah, dah jumpa pengasih dlm rumah Ein, takkan nak biarkan Ein balik sendiri.. Aku dah pikir bukan2 kot2 setan dtg merasuk dlm bdn Ein tetiba bunuh diri.. Haha.. Ifa call, tanya Ein kat mana.. Pukul berapa nak balik.. Ein tak bgtau lokasi n aku cakap abaikan.. Ifa marah pasal beg dia tinggal dlm rumah tu.

Dah tau ada test, knp tak bawa sekali beg dia betul x? Still keluar dgn pakwe dia tak bwk beg.. Lepas tu, Ein kena maki teruk dgn Ifa.. Siap buat loudspeaker.. Tetiba Ifa ckp ” u dgn sapa? Dgn zura ke? U dah bnyk brubah kn sejak knl dgn pmpuan tu..” Ein backup aku ” bukan perempuan, dia ada nama”.. Di suruh balik jugak.. Aku tak rasa Ifa suruh blik sbb Test.. Sbb Ein pnh ckp, kelebihan Ifa bila study sng masuk otak.. So bagi aku tak mustahil kalau Ifa tak boleh jawab.. Logik kan.. Sebenarnya, Ifa dan rasa tercabar lagi2 ‘brg’ dia aku dah jumpa.. Tindak tanduk dia mmg aku peratikan je.. Seminggu Ein balik johor dan berubat.. Ein pi kelas mcm biasa.. Aku ckp la kat Ein ” Ifa msti pucat muka dia.. Sakit2 bdn kot dia ni..”.. Ein jwb la “aha mana kau tahu?”.. Just agak.. Walaupun berubat, tetap Ifa menghntar lgi..

Hari demi hari.. Ein makin teruk.. Skip kelas.. Skip ujian.. Ifa nak dia blah dari kelas tu atau dia nak sesuatu dari keturunan Ein.. Aku pun tak pasti.. Tapi yang aku pasti.. Aku yg berdepan dengan 2 org penuh kepura2an.. Aku je yang perasan mcm tu.. Bg Ein, tak pun.. Dia percaya Ifa yg buat semua ni.. Padahal aku rasa ada 2 orang yang bermuslihat.. Sebab apa, sebab Ein ada lagi sorg kawan.. Namanya Huda.. Sungguh2 aku dapat rasakan Huda dan Ifa berpakat buat Ein mcm ni.. Tapi paling ketara aku nampak perbuatan dari Ifa lah..

Aku decide , aku nak bawa Ein pi Darussyifa’ kat Ampang tanpa pengetahuan parents dia.. Memula Ein takut kalau jadi lagi teruk.. Sangkaan Ein meleset.. Bila pi berubat.. Aku yang teruk dari dia.. Sebab aku kena tempias Ein.. Aku 50,50 je masa tu.. Aku sedar tapi aku tak boleh kawal diri sendiri.. Bff aku cakap, masa berubat tu aku meraung, menjerit sekuat hati. Sebab aku rasa panas sangat pada masa yang sama aku pandang Ein dan cakap “aku nak kau mati”, “Ein kenapa kau buat aku macam ni” .. Pastu aku gelak besar.. Gelak menangis.. Lepas tu meraung balik.. Lepas tu aku diamkan diri.. Ustaz yang mengubat aku tu tanya “knp diam? Kau buat apa duk dlm bdn dia ni.. Keluarlah.. Kau dah sakit kawan kau sendiri ni pula kau nak sakitkan kawan dia pula..”.. Mata aku just tengok atas melilau sambil sengih menyeringai then aku pandang Ein lagi.. Ni semua bff aku cerita balik..

Huda pula kawan Ein.. Aku tak tahu knp aku rasa lain sgt dgn dia ni.. Dia cakap nak ajar aku dgn Ein Tariqat.. Aku pun mcm….. Ok jela.. Blaja agama kn.. Bila aku search psal tariqat.. Kebanyakkannya semuanya ada yang sesat.. Tariqat ni maksudnya jalan.. So bila aku tanya Ein.. Kenapa beriya riya sgt nk aku belajar tariqat.

Ein blh jawab “sbb aku nmpk nur d wajah kau zura”.. Aku pun mcm.. Apahal dgn Ein ni.. Masa tu aku keje kat tesco.. Ein text aku lagi.. Jomlah kita jumpa ayah huda, kita blaja tariqat.. Aku dah syak macam2.. Aku jwb la ” tak boleh nak cuti2 la weh.. Aku baru je kje kat tesco.. Baru keje.. Mana ada cuti kan.. Ein berkeras nak bawa aku juga.. Dan aku hampir2 je terikut nasib la bff aku halang.. Tu semua perangkap kata bff aku.

Aku pun terfikir semua ni ada kaitan dengan ifa ke? Sebab Ifa ‘menghantar’.. Faham kan maksud aku? Huda plak? Kitaorg syak dia subahat dgn huda.. Sebab pernah sekali, bff aku teman aku pi ambik Ein dan Huda kat Apartment Pudu Ulu.. Kat area shamelin.. Time tu jam 12malam.. Ein minta tlg sbb masa tu dah takde teksi.. Aku pun ok je la.. Masa dah sampai.. Ein kalut berlari ke kereta.. Tapi Huda rilek je.. Ein penah cakap.. Huda takkan borak dengan org dia tak kenal.. Aku pun dia tak kenal.. Mcmana plak dia boleh rapat sdgkan masa balik rumah tu.. Ein minta aku hntar ke rumah abg Huda kat cheras.. Korg nk tau apa yg mnghairankan aku.. Knp Ein yg tnjuk jln bkn Huda.. Ein bkn org kl.. Huda masa tu diam je.. Dah hntr dorg blik semua.. Bff aku mengadu sakit bahu… Tak pernah2 dia drive sakit bahu.. Sbb Bff aku keturunan bidan.. So faham2 je la bila bertemu mengubat dgn menghantar…

Berhari2 Ein dgn huda.. Apa2 dgn Huda.. Huda cuma masuk part senang.. Aku dgn bff dah tlg Ein separuh mati.. Sampailah Huda cakap kat aku.. ” kalau jeles tgk Ein dah berubah tak perlu la nak suruh putuskan hubungan dgn Huda . i knew her first then you.. Ptt u sedar semua tu..” .. Aku reply ” kau masuk part senang.. Senang la kau ckp..”..
Huda “kau rebutkan keturunan dia?”
Aku jwb “aku tau keturunan dia hebat2.. Tariqat spt kau.. Tapi tariqat sesat.. Haha.. Kelaka weh.. Dah la suruh knl Wali Allah.. Siap ada buku lagi..” Huda jwb ” kau jgn main2″
Aku jwb ” kau yg main2.. Aku tak hairanlah dgn keturunan dia.. Aku cuma kisahkan yg dia tak tahu Huda dan Ifa bersubahat..nak Ein , kau blh ambik.. Tpi kau takkan dpt apa yg kau nak.. Jwpn semua kat aku thts why kau try nk lumpuhkn aku.. Aku tak sebodoh tu.. ”

Aku tak tahu apa Huda ckp kat Ein.. Smpai Ein benci aku and backup Huda.. Aku tau taklah seram mana cerita aku.. Cuma aku nak cakap.. Kalau berkawan , kalau hati kau tak berkenan.. Jgn teruskan.. Tu pesan Ein kat aku masa kita org ok dulu.. Aku tak tau Ein ok ke tak sekarang.. Tp yg pasti, aku dapat rasakan dia masih tak ok n tetap sakit.. Bukan dia sorg.. Tapi 1 family sakit.. Aku tak boleh nak contact.. Sebab dia dah block aku.. Aku tak menyesal tlg dia.. Org tak kenang budi, buat apa nak kenangkan dia.. Betul tak? Aku tak kejam, tapi dia ajar aku jadi kejam..

Aku tak tahu lah entri ni Ein boleh baca atau tak.. Cuma aku nak cakap.. Stop looking me.. Aku boleh rasa dan aku dah lepaskan kau.. Fyi, sixth sense aku boleh rasa, nampak , tengok.. Aku boleh rasa, sebab Ein pernah rapat dgn aku.. So sikit2 aku lepaskan dia pergi..

P/s: Ein , kalau kau baca.. Sememangnya aku tak menyesal dan aku dah lepaskan kau.. Kau nak terbalik ke sakit ke.. Tu hal kau.. Kau ingt balik apa kau perkatakan ttg ust Abu.. Org tu sanggup tlg kau.. Kau cakap yg bukan2.. So kpd Ifa dan Huda.. Aku tak boleh maafkan korg..

Endingnya.. Aku tak dpt grab Ein semampu aku.

31 comments

  1. Citer menarik… cuma ayat tunggang tebalik… cam kompius….

    kepada pengomen…. dia citer jer… x payah la… nak keluarkan kata-kata kesat… Kitakan bersaudara…

  2. jln cerita da best…tgh2 da pening dgn nme bff..dh tu ape kne mngena ngn couple muka hancur kt bilek mak ein…tlg kemaskini ayat pliss…stress baca 🙁

  3. Fenin gaklah sesikit bace citer ni…
    Tp xpelah…
    Main point die nak sampaikan citer ni pd Ein sebenarnye…
    Sooo huru hara cmne pon yg pasti Ein mesti paham sesgt klu die yg bace…

  4. Cerita mula mula aku faham, pastu lama lama melalut dah. Adumak cerita dah best, lama lama tah mende tah. Perkemaskan ok -_-

  5. Sis, cerita ni menarik sebenarnya.. serious best. cuma bila dh pertengahan cerita.. bahasa tu jadi tunggang langgang sikit. agak menganggu perjalanan cerita. Dan lama2 jadi tak faham langsung. Apa2 pn, cerita ni menarik je sbenarnya..cuma.. tu lah.. jadi confius.

  6. Ko sme mcm ak, boleh rasa, nengok n so on.. ta semua org paham.. ak paham seluruhnye walaupon penggunaan bahasa ko ke laut.. btw ko da cuba yg terbaik.. Allah ta kn uji hambanye kalo Dye tau hambanye ta mmpu..

  7. Saya pun rasa cerita ni susah nak faham.penulis mungkin boleh karang cerita dgn ayat yg teratur. Tapi papepn menarik sbb point dia nk ckp pasal kawan. Memang pasal kawan je kalau bab dengki, iri mmg sanggup menghantar. Plus, org2 yg komen, kalau xpuas hati jgn kluar bahasa kasar2 please. Sbb ni cerita dia, dia try semampu dia nak tulis, nak karang, emosi nak kena handle smua, bukan senang nak taip cerita gini, tapi feedback kasar yg pengomen bg xbestlah. Tegur je leklok k 🙂

  8. saya budak lagi,umur baru berapa..korg semua dah besar panjang pun boleh lgi x fhm cerita die…walaupun ayat tunggang langgang,janganlah komen gitu..

  9. Cerita yg best.. Tapi tersangkut, bnyak bnde belum terungkai lagi.. Next story bole baiki karangan lagi.. Its okey i paham your story

  10. sbnrnya jln citer dia menarik… mmg menyeramkan gk…
    tp mungkin penulis bkn seorg penulis yg baik… n mayb sbb nk pendekkn jln citer..
    jd seme situasi jd bercampur aduk n kelam kabut..
    xde paksaan pd sesapa utk baca.. klu rasa dh pening ke mabuk ke, stop baca, cr story lain…

    pd penulis, klu katakan ada kengkangan masa, apa kata draft dl kt word n betulkn ayat2 cerita sblm copy paste masuk dlm page ni… baru lg siok baca… sbb citer awak mmg best… tp kna baca btl2.. scroll up n down… utk fahamkn jln citer n apa yg jd pd ein, awak n apa yg huda n ifa buat..

  11. kikiki…..ehemmm,
    ayat ko mmg tunggang langgang verse ultimate killer but…..no problem to person like me known as ULTIMATE READER…

    Tahniah kengkawan..adakalanya anda berjaya menitiskan air mata ini….huhuhu

  12. Wait??
    First “Pengasih”??
    Then “Tariqat”?? Keturunan Tariqat Ein lbih hbat dri Huda??
    D*mn~ Start dari sini wa tatau citer nie pasal nak selamatkn Ein dri buatan org atw Ajaran Sesat?? Or both??
    Watlekk watpiss Wa cau dulu paper roger.. kbaii

  13. baik admin suruh dia tulis balik. cerita dia ni ada content. ayat je terabur, cerita pun takda pucuk pangkal. yang aku tak faham apa yang diorang berebut sebenarnya? spesial sangat ke ein ni sampai lesbian berebut? lol siap pakai ubat pengasih bagai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *