Elok Je Dia Berdiri..

Hai assalamualaikum..Nama aku Mai dan pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku pun terbuka hati nak kongsi pengalaman yang mungkin tak berapa seram sangat la yg jadi kat aku.

Kejadian ni berlaku tahun lepas. Masa tu aku ikut kursus pendek selama 6 bulan di satu universiti swasta. Pihak universiti ada tawarkan kemudahan hostel untuk pelajar yang tinggal jauh dari bandar. tapi aku tak tinggal hostel sbb rumah dekat dengan U tersebut cuma kadang2 tumpang ikut kawan balik hostel untuk solat dan makan.

Jadi ada satu hari ni, kami dijemput utk hadir satu program keusahawanan di luar kawasan kolej tu. Tapi hari tu aku dan sorang lagi kwn B tak sihat sbb aku demam dan B pula sakit perut. Kami pun minta tumpang rehat kejap di hostel tempat kwn kami. Dan nasib baik masa tu ada 2 org dalam rumah tu tak pergi juga program yg sama.

Kami tumpang bilik yg paling hujung dekat dengan pintu.kiranya bilik yg paling pertama la nampak bila masuk rumah. Okay hostel ni ada 7 tingkat dan kami mmg tumpang kwn yg tinggal tingkat paling atas ni. Jadi kadang2 waktu pagi pun suasana dia sunyi sangat dan agak menyeramkan kalau tinggal sorang.

Kami da inform kwn yg tinggal kat bilik tu yg kami nak tumpang rehat..Masa ni kitorang masih lagi borak2 dgn kwn yg ada masa tu si Zu dan Nurul. Nurul pula da bersiap nak keluar masa tu sebab nak ambil laptop.

Aku tak la ambik port sangat sbb rasa mcm da tak larat aku tidur kejap. Yela pagi lg da terpacak kat kolej dengan tak sihat. Aku tidur dlm keadaan kepala kat bahagian belakang tilam dan menghadap loker2 dorang. kiranya korang kalau tidur atas katil kepala hanging kat tepi tilam mcm tu la.

Tapi tak lama kemudian aku terbangun tapi masa ni masih mamai lg.Dlm keadaan mamai tu juga aku terpandang ada satu susuk badan yg tgh berdiri menghadap loker dan membelakangkan aku. Lama jg aku tgk tp aku tak bangun pun just tgk dr kedudukan kepala yg hanging tu. Aku tak tegur sbb tgk dia berdiri tegak tapi dlm keadaan tunduk sikit menghadap loker. Yang aku nmpk masa tu ‘dia’ pakai set bju tidur warna coklat tp seluar pendek bawah lutut dan baju tidur tak berlengan (rambut masa tu aku lupa tapi yg pasti tak panjang mengurai). Tp dia masih lg tegak menghadap loker.

Aku terfikir ‘Oh mungkin Nurul tak jadi keluar dia tukar baju la kot nak tidur balik’ aku try nk sambung tidur sbb aku tgk B pun masih lagi tidur atas lantai. Then da hampir lena dibuai mimpi lg sekali, aku perasan ada something bunyi2 kat tangga katil mcm bunyi orang panjat katil atas. (Nurul tidur katil atas tmpt aku tidur) jadi aku mmg ingat dia la yg naik. sbb aku dgr bunyi mcm tangga kena panjat, tak lama lepas tu bunyi tilam mcm kena hempap. then masa ni mmg aku betul2 ingat Nurul yg naik sbb nak sambung tidur.

Da dekat tgh hari dlm jam11 mcm tu aku baru terbangun balik sbb bilik dorang da makin panas yela da nak tgh hari kan. Masa tu aku tgk B da bangun, tengok atas katil kosong, tingkap bilik da terbuka sikit. aku keluar dorang da stay2 bercerita kat meja makan di luar bilik.

Keluar dari bilik ja aku tanya ‘Eh Nurul jadi juga keluar?’ dengan muka mamai lagi. Aku perasan muka B dgn Zu ni mcm tekejut. Aku mcm pelik la tgk muka dorang macam tu. Aku tanya la ‘bukan Nurul ka tadi panjat katil? Tukar baju tidur? sbb aku mati2 ingat Nurul sambung tidur tak jadi keluar. Dorang pula dgn muka panik bagitau Nurul lama da keluar dari jam9 lagi.

Aku telan liur. Gulp.. habis siapa yg aku nampak berdiri menghadap loker? siapa yg naik katil atas masa aku tidur kat katil bawah? Aku siap masuk bilik balik check atas katil. mmg kosong dgn cadar elok ja kemas tak mcm ada org tidur pun.

Masa ni kami bertiga da rasa lain. Siang lgi tu da kena kacau. Nak mkn pun mcm da hilang selera bila fikir kejadian yg aku nmpk td. Da la sunyi. Mmg terfikir nak balik tp kalau aku dgn B balik Zu tinggal sorang2 kat situ. Last sekali kitorang stay jg smpi petang tggu budak rumah yg lain da balik. tp aku x cerita dgn yg lain lagi2 dgn Nurul. Yg jadi tu kat katil Nurul pula takut dorang tak boleh tidur mlm pula.

Aku masih tertanya2 jg siapa yg aku nmpk. Siap pakai baju tidur pula tu nk join kitorang berehat..
Tu pun nasib baik dia berdiri elok ja menghadap loker. Kalau dia pusing belakang siap tegur aku, mmg bertambah teruk kot demam aku. Fuhh..

Okay sekian saja pengalaman yg tak berapa seram ni..Tgh menaip ni aku terbayang pula hostel 7 tingkat yg da jd kenangan..

Mai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Elok Je Dia Berdiri..”

  1. teringat ms umur 15thn..cuti sekolah..ikut kakak p maktab dia d Ilmu Khas cheras..dia n roomate final year dh..praktikal.jd aku ni kak aku seludup la msk hostel..klu ikut leh tp dh nnti dia nk blk kg byk brg nk wat blk kg naik bas..aku mai nk tlg la. 1hr ..2nd day d sana..aku malas la pg2 kak kuar dh maka landing2 baca majalah,tertido..dlm agak2 kul 10lbh dlm mamai perasan nmpak roomate kak blk bilik..hak igt pakai bj peach..xtegur pn aku dok tido..mgkn xmau aku jaga.. malas nk kata apa2.. dia mcm.msk lalu dpn katil kak nk amik brg kt loker dia d hujung katil n x kuar2…aku pn cm pelik..bingkas bgn..tp..masyaAllah..xde sapa2 pun… mula nk teriak.. kuar bilik p bilik t.v hall bwh..xde sapa2..tgk tv till kak blk..n tgk kwn kak pn ada..PAKAI BAJU KURUNG BIRU…aku diam ja..xcerita..dh 1mingg tak de apa2..blk kg br aku cerita kat kak..aku pn jd pendiam..arwah ayah masih ada dia buat air tawar baca surah2 bg minum..pulih semangat. kak aku lembik lutut..dok kata..aduhhh igt kan mu xkena..!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.