EMAK 1

As salam..nama aku induk ..dh nama induk sudah tentu korang tau aku asal negeri Mana kan..janji bukan kanoha..hahah lawak jer..jgn marah aa

Oklah cerita aku bermula ketika aku berusia 9 thn Masa tue EMAK aku dh mula sakit lepas kakak aku nombor 6 kawin..puncanyer mak aku terpijak paku berkarat dan demam..ayah aku pun hantar lah EMAK aku ke hospital ..alih2 mak aku disyaki ada kanser payudara Dan dipindahkan ke hospital besar SEREMBAN untuk rawatan lanjut..maklumahlah tahun 1987 kemudahan hospital terhad ..hanya hospital besar shj yg ada.

Selepas melalui beberapa ujian akhirnya mak mintak keluar hospital sebab dia x sanggup nk buang payudara dia…mak dibenarkan keluar tapi kena follow up check up tiap2 bulan.

Bermula nya kisah misteri EMAK..kalau korang nak tahu sejak mak aku sakit dia dh tak pakai Baju dah..asyik berkemban sahaja..dia cakap kt abah aku dia rasa panas sangat ..sampai dia ambil ais letak atas kepala pun masih panas lagi..abah bawak arwah mak berubat kg…merata abah bawak..ustaz..dukun ..pawang semua ckp benda yg sama ada org nk mak aku m**i..tapi Tak tau siapa..EMAK aku sampai redha dh ..dia dh x larat..ubat hospital makan ..berubat kg lagi..sampai kurus emak aku sedangkan dlu dia chubby..

sampai satu Hari payudara mak aku bengkak dan bernanah Allah sahaja yg tahu mcmna emak aku tahan sakit.. akhirnya lepas setahun emak aku sakit dia pergi tinggalkn kami sekeluarga..sedih sangat aku ..yelah baru 10 thn kot adik aku plak baru 9 thn.. kami dh jd yatim..

oh ya untuk pengetahuan semua arwah mak aku dapat tahu siapa yg buatkan dia sebulan sebelum arwah mak meninggal..org tue sendiri Sayang mengaku Dan kenapa dia buatkan mak aku…hmm jgn ingat KAYA jer org sakit Hati..MISKIN pun org sakit Hati juga arwah mak aku MISKIN anak ramai dia x suka tue SAHAJA alasannya..kejam cara dia buatkan mak aku tau..guna katak yg disalai atas para..patutlah arwah mak asyik panas shj..rupa2nya sebab sihir tue…

oklah setakat nie dlu nnti aku cerita kan gangguan yang arwah mak kena sepanjang dia sakit..tolong sedekah kan alfatihah utk mak Dan abah aku ..yea..tggu part 2
Salam Sayang induk ash

Hantar kisah anda : fiksyensahsa.com/submit

INDUK ASH

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 37 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.