Empat ekor

EMPAT EKOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks FS sebab publishkan cerita aku ini. Aku Nora dan masih belajar lagi di sebuah universiti awam. Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah yang berlaku di rumah nenek belah abah aku. Sebenarnya sudah lama aku nak kongsikan kat FS ni, tapi aku takda masa nak menaip. Rumah nenek aku ini terletak di pedalaman kampung jugalah. Dikelilingi kebun getah, semak samun dan jauh sikit depan rumah tu ada hutan tebal. Boleh bayangkan tak? Rumah-rumah jiran pula jarak-jarak. Kalau balik tengah malam tu kadang-kadang aku buat-buat tidur dalam kereta sampailah kat rumah nenek aku. Haha.

Okay, mula-mula mari aku terangkan kenapa ‘empat ekor’. Mak sedara aku, aku panggil dia mak uda, dia ni mengamalkan perubatan Islam. Ramailah juga yang jumpa dia untuk berubat. Dia pon selalu juga ‘ubat’ rumah nenek aku. Dia bagitahu kat emak aku, kat rumah ni ade empat jenis, si ponti rambut hitam, si ponti rambut putih, si jantan dan budak kecik (nama-nama ni aku bagi sendiri dan benda ni cuma dari penilaian aku sendiri berdasarkan pengalaman orang yang pernah kene kacau). Mungkin antara mereka ni hantu raya ke apa ke, tapi aku tak tahu mana satu. Haha.

First, aku nak cerita si ponti rambut hitam. Biasanya yang rajin balik kampung ni family aku, tapi bergantung kepada cuti ayah aku juga la. Pada suatu hari, memang family kami sahaja yang balik. Malam tu aku, mak dan abah tidur dalam bilik makcik aku sorang lagi ni, adik lelaki aku tidur seorang sahaja kat ruang tamu. (Antara ruang tamu dengan dapur takda penghalang, tak macam dulu, ada dinding siap berpintu so, kalau tengah malam siap kunci lagi. Tapi untuk kemudahan nenek aku, dipecahkan dinding tu). Mula-mula adik aku ni tak boleh tidur dan dia pon mainlah phone dia. Tengah-tengah nak lelap tu, dia pon mengiringlah ke arah dapur dan apa yang dia nampak, ada kelibat putih sedang mundar-mandir di dapur. Lepas tu, benda tu mungkin perasan adik aku, benda tu pon berhenti dan tenung adik aku. Lepastu aku tak ingat adik aku lari masuk bilik ke atau teruskan tidur. Esoknya baru die cerita kat mak aku.

Bukan tu saja, si ponti rambut hitam ni ada juga kacau sepupu aku yang sebaya dengan adik aku. Masa tu cuti sekolah dan dia balik kampong untuk jaga nenek aku. Dia sorang saja yang jaga, haishh kalau aku tak sanggup sorang2. Dan nak tahu apa jadi kat dia, satu malam, dia tengah lepak tengok tv sorang2, masa tu nenek aku dalam bilik. Bila sepupu aku ni nak masuk bilik makcik aku, dia nampak benda tu dok menjalar kat meja dapur. Dia pon lari cepat2 masuk bilik. Tapi bukan sampai situ je, benda tu boleh pulak tembus dinding dari dapur dan masuk dalam bilik makcik aku then keluar balik tembus tingkap sambil pandang je sepupu aku tu. (Bilik makcik aku bersebelahan dengan dapur). Sepupu aku pon apa lagi, dia pergi ketuk bilik nenek aku dan minta nak tidur sama dengan nenek aku. Ohh ya, sepupu aku ni perempuan. Esoknya dia terus minta makcik aku, empunya bilik tapi duduk rumah lain, pergi ambil sepupu aku ni.

Si rambut putih ni, aku rasa dia ni ditugaskan untuk jaga luar kawasan rumah kot. Sebab mak aku cerita, masa tu yang balik kampong cuma abah, mak dan adik aku. Biasalah kalau sampai confirm tengah malam punya. Masa tu adik aku yang tolong bukakan pagar rumah, lepas tu ayah aku pandu kereta masuk laman then berhenti kejap nak tunggu adik aku tutup pagar, pastu adik aku boleh pulak dia masuk kereta dalam keadaan tercungap2. Pastu mak aku tanyalah kenapa. Adik aku cakap masa dia nak tutup pagar tu, ada benda rambut putih muncul dari ‘pokok bunga kertas’ pastu terbang melintasi dia sambil pandang je dia. Mana tak takutnya adik aku tu disergahnya macam tu. Hahaha. Dan untuk pengetahuan korang, seumur hidup aku, tak pernah aku yang bukak pintu pagar tu, sebab ni lah. Tak nak aku nampak benda2 ni. Kadang2 bergaduh kot aku dengan adik beradik aku semua taknak bukak pagar. Last2 mak aku yang bukak. Kesian mak aku.

Haaaaaa…. Pasal ‘pokok bunga kertas’ tu, aku rasalah, pokok tu jadi port si ponti rambut putih ni. kotlaaa. Sebab subhanAllah memang cantik sangat pokok tu. Subur sungguh. Dengan izin Allah. Nak dijadikan cerita, masa tu abang aku nak balik KL dah. Masa tu anak buah aku umur dah nak masuk 4 tahun, panggil mama dia sambil tunjuk kat pokok tu, ”mama, tengok tu, buruk, takut”. Tapi masa tu kakak ipar aku takde rasa apa2, Cuma abang aku jelah yang rasa something. Balik tu dia cerita kat mak aku. Kiteorang pon syakla benda tu. Huhu…

Next, si jantan, alkisahnya, adik aku jugak yang kene haha. Kampong belah mak dan belah abah dekat je. Boleh lah nak lari sana lari sini haha… berlaku masa raya, kiteorang dah penat beraya rehat jap kat rumah belah mak aku. Adik aku ni pulak masa tu dia tumpang paksu aku sebab nak ambil motor kat rumah belah abah aku. Dia pon penat juga masa tu then dia tidur kat rumah tu jap. Pastu dia mimpi dengar suara lelaki bagi amaran kat dia, ”kau duduk sini jangan buat hal ehh, kalau tak, siap kau”. Adik aku terjaga terus balik rumah belah mak aku. Hahahaha, aku tak tahulah apa yang adik aku dah buat kat rumah nenek aku tu sampai kene beri amaran macam tu. Adik2…

Last, budak kecik. Yang ni baru kene kat aku sendiri. Aku ni jenis kalau tidur memang bukak mata punyalah. Masa tu family aku semua tidur kat ruang tamu kecuali abang aku dengan isteri dan anak dia tidur dalam bilik makcik aku. Disebabkan aku tidor bukak mata, apa yang berlaku aku tak pasti samada aku mimpi atau memang aku nampak dengan real nya. Masa tu hari raya juga, baru balik dari rumah Mak Dang aku. Masa tidor tu, aku rasa macam ada budak atas kepala aku, maksud aku ade laluan atas tempat kami tidor, korang faham2 lah sendiri macam mana keadaannya. So, aku expected anak buah aku, aku pandanglah ke atas, memang muka macam anak buah aku yang si kecik tu, tapi tiba-tiba muka dia tiba-tiba berubah jadi wajah orang tua takda gigi, rambut, muka berkedut sambil senyum kat aku. Kalau yang pernah tengok the lord of the ring macam Gollum rupa dia. Lebih kurang macam tulah aku dapat bagi bayangan dia kat korang. Hahaha.. pastu aku pon terus lelapkan mata dan dalam hati tertanya2, “ya Allah, ape benda tu”. Sedar2 je dah pagi.

Esoknya aku cerita kat mak. Mak cakap benda tu nak ajak ‘berkawan’ lah tu. Huhu. Then tak sangka pulak abang aku pon kene malam tu. Macam ni cerita dia. Masa raya kat rumah Mak Dang, adik aku buat rakaman pakai wechat. Bila dia tengok balik video tu, ada kelibat macam perempuan pakai kebaya duk intai dari balik pintu luar rumah. Pastu hilang. Gaya benda tu macam dia tinjau2 nak masuk rumah tu tapi tak jadi. Mungkin sebab ramai sangat orang. Pastu anak buah aku asyik nangis je. Malam tu kat rumah nenek aku, abang aku mimpi ade benda telinga tajam duk menjalar nak ambil anak buah dan kakak ipar aku. Terjerit-jerit abang aku tak bagi bende tu ambil. Yang lawaknya, kakak ipar aku pergi tampar abang aku sebab masa tu abang aku mengigau. Mungkin benda yang nampak kat rumah Mak Dang aku tu ikut balik kot. Abang aku pon lupa nak baca 3 QUL sebelum masuk rumah.

Dan satu lagi, rumah Mak Dang aku tu memang banyak sangat patung2 haiwan. Aku masuk pon dah rasa seram. Yelah rumah yang ada patung ni malaikat tak masuk tau. Dah kalau malaikat tak nak masuk, jadi port syaitonir rajim lah. So, nasihat aku sesiapa yang ada patung2 hiasan tu buanglah tak pon simpan dalam kotak jelah. Cantik memang cantik, sampai benda2 tu pon suka.

Okay, banyak lagi cerita kat rumah nenek belah abah aku ni. Tapi buat masa ni hanya pengenalan 4 ekor tu je. Cehhh, thanks sudi baca. Sekian.

NORACIK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

7 thoughts on “Empat ekor”

  1. Selalunye orang yg tido mata terbukak nie budak degil. Hmmm.. Mmg lah benda tu ajak berkawan, perangai lebih kurang xD

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.