Hye semua,terima kasih admin sebab publishkan cerita aku “jambatan ber’hantu'” haritu..? cerita kali ke3 aku sharekan ni bnyak kali dah aku hantar,tapi belum di publishkan haha aku ada terbaca komen korang, ada yang kata cerita aku mendadak mengejut terus tamat cmtu je kan? Haahha aku nie tak lah pandai mengarang sangat. Maaflah yer ?hehe.. Dah agak yang cakap seram dengan jiran mak aku tu kan? Sebenarnya jambatan tu,jangan kan kata manusia,burung2 pun tiada berkicauan seolah-olah tahu kawasan jambatan tu ‘keras’.Hahaha . Mak aku pernah cakap jiran dia selalu cakap sorang2 sambil menunjuk2 kat satu tempat,sambil ketawa2 ,bertepuk2 tangan dengan mata merah2 pulak tu..
Tapi sejak kejadian masa mengutip siput tu,mak aku dah takda keluar lagi dah dengan jiran dia tu,cuma menegur2 macam tu je. Itu pun kalau mak aku menegur jiran mak aku suka menjeling sinis tersenyum kat mak aku haha. Tapi bila dengan mak aku dia okey jer,melayan mak aku baik,suka menegur tapi bila dengan orang lain jiran mak xsuka menegur. Sebab jiran mak cakap,hanya mak yang baik dengan dia.
Rasanya takda lagi kisah seram pasal jiran mak aku tu,cuma mak aku banyak jugak lah pengalaman seram yang dia lalui dulu,itu yang mak aku cerita dekat kami beradik hahaah
Sebab itulah aku nak share lagi cerita pengalaman seram mak aku.
Mesti korang tak sabar kan nak dengar cerita seram ni kan? Haha Tapi aku tak tahu lah bagi korang seram atau tak. Nak panjang2 sangat melalut2 ni kang kena kutuk pulak nanti hehehe?
Okey2 aku nak cerita pengalaman2 seram yang dceritakan oleh mak aku jeng jeng?
Kisah 1: Di kejar mata merah
Pengalaman ni di alami oleh mak aku,kakak mak dan abang ipar mak. Masa ni mereka bertiga baru balik dari kebun,ambil buah kedondong ,dan limau kasturi di kebun,mereka bertiga balik ketika waktu senja. Sebab terlalu asyik mengambil buah sampai tak sedar dah masuk waktu senja. Ingat lagi tak jambatan berhantu tu?kali ini pulak mak aku cerita selepas kejadian kena kejar oleh makhluk 2’ekor’ tu,mak aku,kakak mak dan abg ipa(suami kakak mak) Masa perjalanan balik dari kebun ,kakak mak dan abang ipar mak memulakan bacaan bismillah dan doa sebelum teruskan perjalanan sebab dah senja kan? Kakak mak dan abang ipa mak ni berani sikit,mak aku ada penakut sikit lepas kejadian tu hahaha
‘Semasa mereka teruskan perjalanan balik,mereka melimpasi jambatan berhantu tu,masa balik tu kaki mereka bertiga tiba2 terasa berat sangat nak melangkah,bulu roma berdiri serta merta seolah2 ada yang mengekori di belakang mereka. Korang rasa ada yang ikut x?ya!memang ada bebola mata besar kemerahan seperti api..semakin di toleh.semakin membesar semakin dekat bebola mata tersebut. Tapi yang hairan nya hanya satu saja bebola mata yang mengekori mereka. Tapi abang ipar mak aku tenang je sambil cakap kat kakak mak dan mak supaya jangan gelabah dan jangan sekali toleh belakang. Tapi mak aku tak dengar cakap disebabkan terlalu takut mak aku terus menoleh,semakin di toleh bnyak kali semakin cepat pergerakan bebola mata tu. Masa bebola mata kejar tu seolah2 terasa seperti angin bertiup. Setelah 30min perjalanan di kejar bebola mata,mereka tiba disebuah rumah di atas bukit barulah bebola mata tersebut hilang serta merta. Masa ni memang mereka bersyukur sangat2 sebab bebola mata tersebut tidak lagi mengejar mereka.
Kisah 2: Anak itik
Kisah ni dari pengalaman kakak mak aku,ini pun mak aku ceritakan jugak hahaha?
Cerita ni berlaku dimiri disebuah kampung kakak mak aku,(kmpung dirahsiakan) kakak mak ada memelihara itik jantan dan itik betina dan 5 ekor anak2 itik. Kejadian ini berlaku masa kakak mak balik dari surau selepas isyak(petang tu seekor anak itik kakak mak aku hilang) kakak mak aku balik dari surau dengan 2orang kawan. Masa perjalanan balik dari surau tu,kakak mak aku terdengar suara anak itik didalam semak. Kakak mak aku fikir mungkin anak itik dia yang hilang,lalu kakak mak aku cakap kat kawan dia “macam bunyi anak itik aku tu,korang tunggu sini aku nak cari anak itik aku yg hilang tu”lalu kakak mak aku masuk kedalam semak. Kawan kakak mak bagitahu kat kakak mak “jangan masuk kedalam semak,sebab itu bukan suara itik” tapi kakak mak tak peduli kata kawan dia,sebab kakak mak memang syg kan anak2 itik dia. Dahlah malam tu takda lampu hanya bercahayakan torchlight saja. Kakak mak aku semakin masuk kedalam semak mencari dekat mana bunyi anak itik tu. Semakin kakak mak mencari didalam semak semakin dekat semakin nyaring bunyi anak itik ‘cit cit cit cit’ kawan kakak mak bagitahu”sudahlah keluar dari semak tu,bukan ank itik” disebabkan terlalu takut kawan kakak mak pergi meninggalkan kakak mak dekat situ sambil berlari ketakutan. Tapi kakak mak masih mencari anak itik,diseberang semak ada sebuah rumah,jadi orang tua didalam rumah tu ada terdengar suara perempuan ketawa mengilai2 ,orang tua tadi membuka tingkap lalu orang tua tu ternampak kakak mak aku dan dia menjerit dekat kakak mak”Mah balikkk lagii malam dah ni,balik!balik!tu bukan suara itik yang kau cari,keluar dari situ pergi balik”(masa ni kakak mak cuma dgr suara ank itik jer,tapi orang tua tu dgr suara ketawa mengilai2).
Masa tu baru lah kakak mak terasa seram dan meremang bulu roma,lalu pergi meninggalkan semak sambil membaca ayat2 suci,nasib baik orng tua tu sempat memberitahu dekat kakak mak(aku yg taip ni pun dah meremang) yang dia terdengar bunyi hilaian tawa pontianak tu dan menyuruh kakak mak pergi dari situ. Keesokkan harinya kawan kakak mak,berjumpa kakak mak minta maaf sebab tinggalkan dia malam tadi,diaorang pun bagitahu sebab kenapa lari”malam tadi bukan suara itik yang kami dengar tapi suara pontianak,sebab itu kami lari” kakak mak aku hanya terkedu bila mendengar kawan dia menceritakan kisah malam tadi,dia bersyukur kerana cepat keluar dari semak tersebut. Secara jujur kakak mak aku ni bnyak pengalaman seram..
Kisah 3: Kak pon “terbang”
Cerita ni pun pengalaman dari kakak mak aku jugak,masa ni kakak mak tengah sarat mengandung anak sulung. Tempat tinggal kakak mak ni keras sikit,masa ni suami kakak mak kerja malam,kakak mak aku tinggal dengan nenek(moyang aku)hanya mereka berdua tinggal dirumah. Pada waktu petang nak senja kakak mak aku buang sisa2 makanan kat luar tingkap tiba2,kakak mak aku ternampak seekor kucing berwarna hitam merenung kakak mak aku (renungan menyeramkan)kakak mak aku pelik tengok kucing hitam tu,sebab tak pernah tengok kucing tu ada disekitar rumah. Kakak mak aku malas pikir panjang lalu menutup tingkap,sebab dah masuk waktu senja. Kakak mak aku masuk kedalam bilik,bagitahu nenek yang dia nampak kucing hitam diluar. Tapi nenek melarang jangan menegur,sebab kakak mak tengah sarat mengandung ,waktu2 senja tak elok menegur2 sebab takut benda lain yang akan terjadi. Sejurus kemudian ,suami kakak mak pun balik dari kerja,oleh sebab kepenatan suami kakak mak berehat,selepas mandi dan makan suami kakak mak terus tertidur. Masa ni kakak mak ,nak pergi tandas buang air(biasalah tgah mengandung tgu masa nak bersalin kerap buang air)kakak mak bangun untuk ke tandas. Biasalah tandas dulu2 ada seram skit hahaha. Masa ni nenek yg menemani kakak mak untuk ke tandas,sebab nenek taknak jadi apa2 kat kakak mak lagipun rumah tu kan ‘keras’ sikit. Masa nak ke tandas,nenek ternmpak kelibat pontianak di atas bumbung rumah melebarkan tangan sepanjang 2meter seolah2 untuk terbang tinggi. Tapi masa ni kakak mak aku belum perasan kelibat pontianak tadi,oleh kerana ketakutan nenek hanya mampu merangkak masuk kedalam rumah,hairan melihat nenek merangkak sebegitu kakak mak aku pun bertanya kenapa?nenek hanya mampu menunjuk jari keatas bumbung serta merta kakak mak aku terkedu melihat kelibat tersebut,kakak mak aku hanya mampu menyebut nama ALLAH Kerna ketakutan.
Seolah2 menyedari kehadiran kakak mak dan nenek, kelibat tersebut terbang pergi sambil mengilai2. Kakak mak aku dan nenek terus masuk kedalam rumah dan mengunci pintu. Malam tu jugak nenek tidur sekali dengan kakak mak aku dalam bilik mungkin sebab ketakutan. Keesokkan nya suami kakak mak terkejut melihat nenek ada didalam bilik,lalu kakak mak pun menceritakan kejadian tersbut pada suaminya. Suami kakak mak bersyukur sebab tiada apa2 berlaku pada kakak mak.
Kisah 4: kepala dipukul
Pengalamann seram yang ni dialami oleh ayah aku ,kejadian ni berlaku di rumah kami. Masa ni ayah aku tengah menonton siaran kesukaan dia. Setiap pukul 10malam ayah aku mesti tercongak depan tv,hahaha masa ni ayah aku menonton tv dekat tgkat bawah sebab nak tgok rncngan gusti. Hahahaha ayah aku minat giler ngan gusti walaupun ulangan. Malam tu dalam pukul 11mlm,ayah aku tgok gsti sorang2 dekat bawah. Dalam keadaan mamai ayah aku terlelap dan membiarkan tv terbuka macam tu jer. Masa ayah aku tengah tidur di kerusi tiba2 kepala ayah aku dipukul kuat,seolah2 kena tamparan dari belakang. Masa ni ayah aku terkejut sangat siapa yang pukul belakang kepala dia. Lepas tu ayah aku pun bgn dan ttup tv naik ke atas,bertanyakan kami kalau2 kami yang memukul kepala dia.
Mak aku ckp,bukan kami yg memukul kepala dia,turun ke tgkat bawah pun belum apa lagi nak memukul kepala ayah. Ayah aku menceritakan semasa dia tertidur tdi ada seseorang yang memukul kepala dia. Aku syak mngkin ‘benda’ tu marah kat ayah aku sebab membazir elektrik ,tgok tv tapi ayah pulak tertidur ahhahaha mngkin sebab tu benda tu pukul kepala ayah “membazir elektrik je kau ni aku pukul kang” mngkin tu yg benda tu fikirkan kot ahhahaha
Macam mana seram tak cerita yang aku share kan ni?hahaha aku pun ada pengalaman seram jugak,nanti2 aku akan share kan kat korang yer. Nanti berpinar2 pulak biji mata korang baca cerita aku panjang2 mcm ni heheh.okeylah sampai sini dlu cerita aku okey?ada masa nanti aku share Lagi kisah2 seram kat korang. . Cerita ini berdasarkan pengalaman sebenar mak,kakak mak dan abang ipar mak. Sebelum tu ramai2 lah kita sedekahkan Al-fatihah untuk nenek(moyang) kakak mak,abang ipa mak semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman Aamiin.
Okeylah setakat sini dulu cerita aku ..okbaii Assalamulaikum muahmuahmuah?
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kakak mak aku tu makcik hang ka ???? Klu makcik hang…hang tulih ja makcik…tak payah tulih kakak mak aku…kakak mak aku….kakak mak aku….eehhhh…berapa byk kakak mak aku daaaaaaaa…….
Tu la…sy baca pn pening.tak pun tukar je pd nama seolah2 yg mnulis ni kakak mak aku..huhuhu…last2 skip.pening sesangat.tabah btl pnulis duk ulang tulis bnda sama.kakak mak aku…suami kakak mak aku.mak aku…aduyai dikkkk.
haha tahu xpe
sekarang ni saya baca komen pon dh berpina biji mata
Ingatkan aku sorang je pk camtu..adoilaaaa..kakak mak..
Sameeee…
Nk tegur gak psl KAKAK MAK AKU tuu…
Kawan kakak mak aku…
Suami kakak mak aku…
Abg ipar mak aku…
Adeeehhhh…
Tulis jelah:
Makcik aku…
Kawan makcik aku/kawan dia…
Pakcik aku/suami dia…
Take note tau…
Papepon part anak itik tu mmg cuaaakkk kot…
Heheheheh…
Kannn..,kak Yulie..pning plak bca asyik brulg kakak mak aku..kakak mak aku..π
adoi laaa kakak mak aku..ade ke kata gnti nma cmtu
kawan abah aku
kakak aku punya ayah punya nenek
Seramnya…. ??
taw xpe….terus jadik xde mood nak bace citer hang ni taw…aq bce smpai part anak itik tu je… malas nk bce citer yg seterusnya…awat hang xbelajar kata ganti diri kt sekolah ka?? xabih2 dr mula kakak mak kakak mak…meluat taw bacenye…awat x tulis ja makcik aku..kn senang…ishhh
jangan lah kecam penulis,dah tu cara dia sampaikan ape2 pun cerita awak memang bes!
taip ja makcik ka, maklong ka, auntie ka..hahaha,hehehe…
mcm cite labu labi… ‘ bapak tiri, laki mak kau’…
Lenkli ko xpyh tulis dh la..xbest lgsg n semua pgalaman org lain.
Ayat pun terabur fedup org baca..
Kakak mak la mak kakak la kakak ipar mak la
Lg skli ko tulis aku banned
jgn tau nk banned org je. at least penulis ada effort nk menulis . cuba kalau kau kat tmpt dia, org kecam kau. malu tak? malukan.. berfikir dulu sebelum bercakap/bercomment. tegur cara elok. jangan sampai memalukan dia. kesian dia.. maafkan jelah. bukan dia paksakau baca cerita diapun. lepas ni kalau nampak nama dia buat cerita, kau takpayah baca k? senang, dosa pun berkurang.
Adoii penat nau nk baca dik…mula2 best lps nampak kakak mak aku…kakak mak aku…ayah aku ayah aku isyhh serabut oii trus x bca
HAHAHAHA…ni kalau buang kakak mak aku ni mau x sampai 360 patah ni..p****g markah oo kalau x cukup patah perkataan..
Pening nak baca…last2 skip je
Kakak mak kakak makk haha,sakit otak mikioo
dah aku agak dah. mesti penulis kena blame. kalau dibaca betul2,penulis bukan dr semenanjung rasanye. jadik kata ganti diri tu dia tulis ikut pemahaman dia je. maafkan je lah….
aku baca fiksyen shasha ni nak hilangkan stress tapi…hmm…faham fahamlah
lagi best baca komen dari cerita. Hahahahaha
Hahahahahha setuju dgn komen2.part kakak mak aku tu mmg penat nak bce
Tp cerita ni best,seram yg part pontianak tu.kesian nenek smpai merangkak2 sbb takut
Satu je nk ckp…dik ..lain kali tak yah la tulis kakak mak…tulis mak sedara je …skali je ko gtau tu kakak kpd mak aku cukup….so lepas tu tulis makcik or mak sedara org paham dh yer…
Siyes letih nak bace kakak mak…huhu.. Mak sedare jelazππ